Showing posts with label Hadi. Show all posts
Showing posts with label Hadi. Show all posts

Tuesday, June 27, 2017

Isu DoJ: Surat Terbuka Kepada Abdul Hadi Hadi Awang


Oleh Ulya Aqamah Husamudin
(Ketua Penerangan ARMADA, Parti Pribumi Bersatu Malaysia)

Surat ini adalah respons kepada surat terbuka Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disiarkan di laman Facebook rasmi beliau.

Pada dasarnya saya setuju bahawa campur tangan asing tidak diperlukan dalam mengendalikan isu negara. Namun begitu, isu 1MDB tidak boleh dipukul sama rata seperti kes-kes yang lain.

Ini kerana skandal 1MDB telah melibatkan banyak negara termasuklah Singapura, Switzerland, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.

Tindakan badan undang-undang Amerika Syarikat atau disebut sebagai Jabatan Kehakiman (DoJ) adalah kerana wang 1MDB telah diselewengkan di dalam negara mereka dan melanggar undang-undang mereka.

Oleh itu mereka mempunyai hak untuk bertindak dalam kerangka dan bidang kuasa mereka kerana kesalahan telah dilakukan dalam tanah Amerika Syarikat.

Ini bukan isu campur tangan. Ini isu hak Amerika Syarikat mengambil tindakan dalam negara demi memastikan kemungkaran tidak merebak di dalam negara mereka.

Tindakan undang-undang juga telah dilaksanakan ke atas individu-individu yang terlibat dengan penyelewengan wang 1MDB di Switzerland dan Singapura.

Jelas negara-negara ini tidak berkompromi dengan penyelewengan.

Sepatutnya Malaysia sebagai negara Islam mengambil tindakan yang sama bagi mencegah kemungkaran daripada berleluasa. Namun begitu, sewaktu kes 1MDB dibuka, peguam negara. Bagaimana keadilan hendak diangkat?

Maka, saya pohon Abdul Hadi untuk bersama rakan pembangkang yang lain untuk mendesak pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini sendiri seperti saranan Abdul Hadi.

Saya juga berharap dan bersangka baik yang kenyataan Abdul Hadi ini bukan dicetuskan kerana tuduhan blogger pro-BN Raja Petra Kamarudin yang menuduh Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama-sama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin membayar DoJ untuk mengeluarkan laporan. Ini kerana perkara ini telah kami nafikan pada sidang media baru-baru ini.

Semoga Allah memberkati Abdul Hadi.

Maaf Zahir Batin, Salam permulaan Syawal.


(Disiarkan oleh FMT, 24 Jun 2017)

Thursday, April 6, 2017

RUU355 - Speaker Benarkah Hadi Bentang Di Sebalik Bantahan???

 

Apakah PAS boleh bentangkan pindaan kontroversi Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355) hari ini?

Juga apakah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan membentangkan usul asli yang dirangka oleh PAS, bukan dengan beberapa pembaikan oleh pihak kerajaan?

Sebelum ini Hadi menegaskan, pihaknya mahu melihat pindaan usul berkenaan jika kerajaan mahu membentangkannya.

Pada Ahad (2 April 2017), Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, usul RUU 355 akan dibentangkan sebagai usul persendirian pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat, (6 April hari ini).

Katanya, usul itu akan dibentangkan oleh Hadi selepas semua urusan kerajaan diselesaikan.

Bermakna bahawa cadangan kerajaan membentangkannya sudah menjadi sejarah dan Hadi boleh melakukan apa yang beliau impikan sebelum ini bagi mencipta sejarah!


Namun semudah itukah  Hadi akan diberikan laluan untuk melakukannya di Dewan Rakyat serta apakah usul itu kekal sebagai ‘versi PAS’?

Ternyata kini kerajaan BN bukan sahaja memberikan laluan sepenuhnya kepada Hadi dan kandungan usulnya oleh PAS juga ‘diluluskan sepenuhnya’?

Namun perkembangan terbaru semalam -  usaha untuk menggagalkan pembentangan RUU355  itu dturut berlaku apabila bekas Ahli Parlimen Benut, Mohamed Tawfik Ismail menghantar dokumen perisytiharan kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi menghalang usul meminda RUU 355 dibentangkan di Dewan Rakyat.

Mohamad Tawfik yang memfailkan saman pemula kepada Speaker Dewan Rakyat itu diramalkan boleh  menyebabkan usul pindaan itu akan menjadi subjudis jika dibentangkan dan menimbulkan banyak persoalan.

Mohamed Tawfik Ismail, anak kepada bekas timbalan perdana menteri, Tun Dr Ismail Abd Rahman, berkata semalam, beliau menjangka PAS tidak jadi membentangkan pindaan di Dewan Rakyat hari ini.

Tawfik memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur Jumaat lalu, bagi memohon pengisytiharan bahawa cadangan pindaan Akta 355 adalah tidak berperlembagaan.

"Kami tidak menjangkakan pindaan Akta 355 akan berada dalam Peraturan Mesyuarat esok," kata Tawfik kepada pemberita selepas saman pemula yang diperolehi daripada Mahkamah Tinggi, diserahkan sendiri kepada Pandikar.

Peguamnya, Mansoor Saat, yang turut hadir menjelaskan speaker telah menetapkan keutaman pada masa lalu bahawa isu subjudis akan timbul di dalam dewan sebelum perkara itu dibawa ke mahkamah.

"Berikutan keutamaan dalam beberapa kes lain, sama dengan isu ini, pindaan itu tidak seharusnya dibentangkan di Dewan Rakyat," tambah Mansoor.

Bagaimanapun, difahamkan, keputusan untuk membenarkan RUU 355 dibentangkan esok masih tetap bergantung kepada kuasa dan budi bicara Speaker Dewan Rakyat.

Pada 3 April lalu pula sebuah kumpulan -BEBAS - menentang rancangan PAS untuk mengenakan hukuman syariah lebih keras di Malaysia SAMBIL merayu kepada ahli Parlimen supaya hadir di persidangan Dewan Rakyat hari ini ketika Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (pindaan) 2016 dijangka dibentangkan.

BEBAS berkata berkata semua ahli Parlimen perlu hadir untuk bercakap bagi pihak sebahagian rakyat Malaysia.

Jurucakap Bebas Azrul Mohd Khalib meminta Ahli Dewan Rakyat supaya jangan biarkan kedatangan sedikit di Dewan Rakyat kerana ia boleh menyebabkan RUU itu dibawa ke peringkat seterusnya.


Sebelum ini RUU persendirian itu dibentangkan dua kali oleh Presiden PAS itu yang memohon supaya kuasa menjatuhkan hukuman di mahkamah syariah diperkasakan, daripada 3 tahun penjara pada masa ini dan denda RM5,000 serta 6 sekatan dinaikkan kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan sebat 100 kali.

Beberapa pemimpin UMNO sebelum ini menyuarakan sokongan kepada RUU itu walaupun dibantah parti komponen bukan Islam dalam BN.

Azrul mengulangi bantahan BEBAS terhadap RUU itu, berkata pindaan berkenaan akan mengubah cara keadilan ditadbir dengan bergantung pada ketakutan dan hukuman.

“Ia akan menyebabkan ketidaksaksamaan. Ia akan menyebabkan ketidakadilan. Inikah yang Malaysia mahu? Mari kita bersatu dalam mempertahankan identiti pelbagai bangsa dan kesederhanaan Malaysia,” tegasnya.

Kelmarin, PAS menegaskan presidennya tidak akan memohon penangguhan sekali lagi bagi meminda Akta 355 jika diberi ruang membentangkannya kali ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata tidak ada sebab untuk mereka menangguhkan usul rang undang-undang itu sekali lagi, seperti yang pernah dilakukan Ahli Parlimen Marang itu sebelum ini.

"Tidak, mengapa kita nak tangguhkan? Kami sedang menunggu peluang untuk mengemukakannya," kata Takiyuddin kepada Malaysiakini.

RUU355 dibawa Abdul Hadi melalui peruntukan rang undang-undang persendirian Dewan Rakyat dalam usaha PAS memperkasa mahkamah syariah di negara ini, namun dibantah sesetengah pihak.

Sebahagian mendakwa pindaan itu membuka jalan kepada pelaksanaan hukum hudud, manakala pengkritik lain melihatnya sebagai tergesa-gesar serta mempunyai maksud politik tersirat.

Ada kalangan yang membantah mengatakan usul sepatutnya dibawa ke pengetahuan Majlis Raja-Raja Melayu untuk dinilai terlebih dahulu.

Kita menunggu apakah Speaker akan memberikan laluan atau usul Hadi akan tergantung kali ini tanpa diberikan ruang untuk bentangkannya.

Jika demikian, polimik mengenai isu ini akan menjadi 'perbicaraan politik' yang akan mengakibat banyak pihak dan pastinya menjadi antara isu penting sebelum dan pada kempen Pilihan Raya Umum ke-14 yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat.



Tuesday, February 28, 2017

Beza Pas Versi Nik Aziz Berbanding Hadi Daripada Kacamata Kit Siang


Sepanjang tempoh 48 jam lalu, kita diperlihatkan dengan satu lagi aspek perbezaan ketara antara PAS versi Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan PAS versi Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Suatu sandiwara penyebaran berita palsu dan fitnah telah berlangsung dalam penyampaian memorandum kononnya oleh akar umbi PAS kepada Ketua Penerangan PAS, Nasarudin Hassan yang meminta Jawatankuasa Pusat PAS supaya memutuskan hubungan dengan mana-mana pihak yang mempunyai pertalian dengan DAP dan AMANAH, diiringi beberapa poster menyerang pimpinan Pakatan Harapan dan Bersatu.

Banner yang mahal dan berwarna-warni, menyerang pemimpin Pakatan Harapan dan Bersatu – termasuk satu yang memaparkan wajah saya dan menyerang saya sebagai ‘Musuh Melayu/Islan (Rasis)’ – dipamerkan di luar Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur bagi menyampaikan rasa tidak suka dan benci yang bersangatan terhadap pimpinan DAP, AMANAH dan Bersatu seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan saya sendiri.

Ini adalah sesuatu yang tidak akan terjadi dalam PAS versi Nik Aziz, kerana tidak akan ada Ketua Penerangan PAS yang akan berani mengatur dan menjalankan aksi politik nakal sedemikian, kerana PAStinya akan mengundang kemarahan Nik Aziz.

Tetapi Nik Aziz sudah tiada dan apa yang ada hari ini ialah PAS versi Abdul Hadi.

Nik Aziz tidak akan merelakan sebarang muslihat atau pengkhianatan politik, terutamanya oleh pemimpin PAS.

Jika DAP dan pemimpin DAP adalah anti-Melayu dan anti-Islam, kenapa PAS menganggotai Pakatan Rakyat sepanjang 2008 ke 2013 dan mendapat sokongan majoriti undi popular pada PRU13 dan hampir menghalau UMNO/BN keluar dari Putrajaya?

Sekiranya sistem pilihan raya adalah benar-benar adil dan demokratik; daripada membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri?

Kalau DAP dan pemimpin DAP anti-Melayu dan anti-Islam, adakah Nik Aziz akan menziarahi bekas Pengerusi Kebangsaan DAP, mendiang Karpal Singh, di kediamannya di Pulau Pinang semasa perayaan Thaipusam pada Januari 2013, di mana hari jadi Nik Aziz yang ke-82 turut disambut dengan kek ‘Pakatan Rakyat’?

Kenapa begitu banyak sekali perubahan terhadap PAS setelah kematian Nik Aziz pada Februari 2015?


Sekiranya Nik Aziz masih hidup, saya tidak fikir PAS akan teragak-agak untuk menyertai pergerakan patriotik parti-parti politik dan NGO untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah kleptokrasi global dan menuju nasib sebuah negara gagal.

Malah, sekiranya Nik Aziz masih hidup, PAS akan berada di barisan paling hadapan mendesak kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam skandal kleptokratik pengubahan wang berbilion dolar 1MDB, berbanding melihat Presiden PAS semakin selesa dengan Presiden UMNO.

Walaupun sandiwara 48 jam lalu didakwa berpunca dari akar umbi PAS Selangor yang menyerahkan memorandum kepada pimpinan PAS bagi memutuskan hubungan dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan AMANAH.

Serangan terhadap DAP, AMANAH dan Bersatu adalah suatu deklarasi perang oleh kepimpinan PAS terhadap DAP, Pakatan Harapan dan Bersatu.

Walaupun sandiwara serangan kepimpinan PAS terhadap DAP, AMANAH dan Bersatu itu cuba dialas, kononnya berpunca dari akar umbi PAS Selangor, senario sebenar adalah sangat berbeza.

Hakikatnya, akar umbi PAS Selangor sudah sangat tidak berpuas hati dan bergolak ekoran pendirian garis keras PAS versi Abdul Hadi yang selesa bersama UMNO.

Ini menjelaskan kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS minggu lalu bahawa kalau pun Jawatankuasa Pusat PAS dan Majlis Syura memutuskan untuk berpisah dengan PKR, Exco-exco PAS di Selangor, anggota GLC, ahli majlis dan ketua kampung tidak akan meletakkan jawatan sehinggalah keputusan dibuat dalam Muktamar PAS pada bulan April nanti.

PAS Selangor berkemungkinan tewas kesemua 15 kerusi Dun yang dimenanginya dalam PRU13 pada PRU akan datang, memandangkan para pengundi Islam dan bukan-Islam kecewa dengan hala tuju baru PAS.

Saya percaya Nik Aziz tidak akan mempunyai masalah menyokong kenyataan dan aspirasi saya bahawa rakyat Malaysia tidak boleh bersifat anti-Melayu, atau anti-Cina, anti-India, anti-Kadazan atau anti-Iban atau anti mana-mana agama, lantas mengkhianati aspirasi Malaysia yang menyifatkan setiap warga Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, wilayah, kelas, gender atau usia sebagai sebuah bangsa Malaysia.

Tetapi Abdul Hadi sangat berbeza dan saya akan sangat terkejut sekiranya beliau mampu menyokong kenyataan dan aspirasi tersebut secara terbuka.


Lim Kit Siang ialah Ahli Parlimen Gelang Patah dan bekas Setiausaha Agung DAP (27 Februari 2017)

Friday, November 18, 2016

Mahfuz Ini Siapa – Dedah Rahsia PAS Cari Pasal Atau 'Ejen Parti'?


Hari ini kita tertanya-tanya seperti ahli dan kebanyakan pemimpin PAS - siapa Datuk Mahfuz Omar ini sebenarnya?

Apakah beliau ‘dipasang oleh PAS’ untuk menyelinap masuk ke Pakatan Pembangkang untuk mengambil rahsia gerakan PKR, DAP, AMANAH dan juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau apa?

Apakah Mahfuz menyampaikan banyak rahsia kepada partinya – PAS – memandangkan sejauh ini sungguh menghairankan apabila PAS tidak mengenakan apa-apa tindakan terhadapnya.

Ketika PAS semakin menjauhkan diri dengan parti pembangkang, Mahfuz nampaknya bersaorangan bebas dengan pemimpin pembangkang ke sana ke mari.

Mengejutkan juga kerana pada ketika PAS membuat ketetapan melarang semua ahlinya menyertai BERSIH5, Mahfuz hadir pada himpunan BERSIH5 di Kedah baru-baru ini.

Malah tidak hairan jika Mahfuz muncul pada perhimpunan BERSIH5 di ibu negara esok.

Semua  orang tahu bahawa Mahfuz merupakan penyokong tegar Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Selain itu beliau bebas ke program parti AMANAH dan DAP yang kini menjadi musuh ketat PAS. Apa tujuan dan peranannya?

Atau apakah Mahfuz sebenarnya menunggu untuk dipecat oleh PAS?

Beliau antara pemimpin PAS yang bertindak keluar Dewan Rakyat membantah Bajet 2017 bersama Ahli Parlimen pakatan pembangkang yang lain pada ketika Ahli PAS lain kekal dalam Dewan Rakyat.

Malah semalam amat mengejutkan apabila beliau meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta menjelaskan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam perjanjian melombong bijih mangan di Gua Musang, Kelantan.

Anggaran jumlah sumbangan Vigorous Global Sdn Bhd kepada Pejabat Presiden PAS yang viral di media sosial.
Bekas Naib Presiden itu  berkata, sepanjang dirinya memegang jawatan berkenaan, beliau tidak pernah dimaklumkan tentang adanya agihan daripada projek tersebut kepada parti.

"Sejak saya menjadi Ketua Penerangan PAS Pusat juga saya tidak pernah mendengar adanya pembahagian hasil galian milik kerajaan negeri kepada parti.

"Tak tahulah selePAS saya tidak lagi berada dalam kedua-dua jawatan itu, hal sebegini berlaku pula. Jadi, elok kiranya Presiden segera buat kenyataan rasmi.

"Kalau tidak betul apa yang sedang viral sekarang boleh nafikan," ujarnya.

Beliau membuat komen kepada Malaysia Dateline semalam dalam keadaan sedar bahawa beliau melakukan sesuatu yang besar terhadap presiden partinya.

Pertanyaan itu dibuat Mahfuz  mengulas dokumen surat akujanji antara syarikat Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden PAS  beralamat di Taman Melewar, Gombak, Selangor yang berlaku pada 10 Oktober 2013 menjadi viral di media sosial.

Turut tersebar beberapa foto menyerupai Abdul Hadi sedang melihat pelan lokasi serta dikatakan melakukan solat hajat ketika lawatan ke tapak projek.

"Pihak syarikat bersetuju dan berjanji memberi sumbangan kepada Pejabat Presiden PAS sebanyak RM10 per metrik tan jika syarikat mendapat kelulusan dari kerajaan negeri," dipetik daripada dokumen tersebut.

Menurut laporan Malaysia Dateline semalam, dokumen itu juga menyenaraikan anggaran jumlah sumbangan syarikat terbabit kepada Pejabat Presiden PAS yang mencecah RM200,000 sebulan dengan anggaran jumlah sebanyak RM10 juta bagi tempoh 50 bulan.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Abdul Hadi tentu sekali perlu memberitahu apa yang sebenarnya berlaku agar pendedahan perjanjian itu tidak mencalarkan imej parti.

"Saya tidak fikir tandatangan bagi 'Pemegang Amanah Pejabat Presiden PAS' lengkap dengan saksi dibuat tanpa pengetahuannya.

"Jika sekarang baru tahu, Presiden harus ambil tindakan terhadap nama-nama yang memperakui mewakili dirinya.

"Ini juga berkait dengan imej, maruah dan integriti PAS itu sendiri. Sudah tentu rakyat Kelantan khasnya akan marah bagaimana hasil bumi negeri boleh diagih kepada pejabat presiden," tegasnya.

Tidak jelas apakah Mahfuz sengaja membuat kenyataan untuk mempersoalkan sumbangan syarikat berkenaan kepada PAS atau untuk ‘mempersoalkan kredibiliti’ Presiden PAS itu.

Surat Akujanji antara Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden PAS

Malah beliau turut mempersoalkan Kerajaan PAS dengan mengatakan mereka tidak harus berdiam diri terhadap projek melombong mineral itu yang terletak di Lot PT6728 Mukim Relai di Daerah Chiku dengan anggaran kawasan diluluskan seluas 600 hingga 800 ekar itu.

"Ini dalam negeri Kelantan. Agihan kepada kerajaan negeri yang hanya RM5 per metrik tan yang lebih rendah berbanding untuk parti politik akan dilihat ramai pihak sebagai tidak adil.

"Tentu rakyat Kelantan akan marah. Sepatutnya, kerajaan negeri yang mendapat hasil yang lebih bukan pihak lain.

"Bahkan, rakyat melihat ada unsur-unsur rasuah apabila seolah-olah pihak PAS yang menolong mendapatkan projek melombong itu dengan syarat beri RM10 per tan metrik kepada parti.

Malah dengan sinis beliau mengingatkan pemimpin PAS, “Jangan nanti orang kata oh inilah budaya politik matang dan sejahtera."

Persoalannya kalau bukan ‘spy PAS” apakah Mahfuz akan mendedahkan banyak lagi rahsia PAS selePAS ini?


Tidakkah Mahfuz kini semakin jelas juga menjadi ‘gunting dalam lipatan’ kepada PAS?

Monday, November 16, 2015

Hadi, PAS Selangor Turut Bertanggungjawab Terhadap Judi, Arak & Maksiat…

Malulah sikit Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang)!
Kenyataan anda mengatakan parti Islam itu tidak akan membenarkan bandar yang dikuasai DAP menghalalkan arak dan judi kepada umat Islam, boleh dipersoalkan.

Kita semua tahu bahawa tiada agama yang  membenarkan maksiat, judi dan jenayah.

Namun PAS yang berada dalam kerajaan Selangor nampaknya gagl untuk menyekat perkara yang dilarang oleh Islam itu daripada berkembang, apa lagi kepada umat Islam.

Usaha menentang ‘pelbagai kejahatan’ itu tidak disuarakan oleh PAS sebaliknya oleh UMNO Selangor.

Shahrum Mohd Sharif, ADUN Dengkil
Pembabitan orang Islam, termasuk remaja Islam dalam pelbagai kegiatan judi, arak dan ‘kejahatan lain’ bukan berkurangan malah bertambah.

Ada statistik daripada operasi oihak berkuasa mengenai perkara ini. Dengan memiliki 15 kerusi DUN di negeri Selangor, PAS nampaknya gagal ‘mengIslamkan dasar-dasar seperti ini di Selangor’.

Amat nyata PAS pusat. khususnya Hadi gagal mengawal pemimpin PAS Selangor, sedangkan mereka menegakkan bendera PAS di Selangor.

Apakah Hadi pun boleh dipalit atau disabitkan dengan ‘kejahatan ini’ dengan membiarkan ADUN Selangor ‘menikus demi kedudukan’ sedangkan jelas, maksiat dan ‘pelbagai kejahatan’ sedang berlaku di Selangor yang sebahagian pemerintahnya adalah mereka yang melabelkan mereka ‘pemimpin Islam.

Contohnya,  Ahli Dewan Undangan (BN-Dengkil), Shahrum Mohd Sharif pernah menimbulkan perkara ini apabila mengatakan hasil kutipan cukai hiburan di Selangor sentiasa menunjukkan kenaikan ketara setiap tahun.

Shamsuddin Alias, ADUN Sungai Burong
Bagi  tahun 2015 sahaja kutipan cukai itu mencecah RM51 juta berbanding RM21 juta sahaja pada tahun 2007.

Dengan hasil kutipan cukai hiburan di Selangor sentiasa menunjukkan kenaikan ketara setiap tahun jelas membuktikan wakil PAS dalam kerajaan tidak melakukan sesuatu memerangi perkara ini.

Persoalan yang timbul, ke mana perginya slogan untuk menjadikan Selangor bersih daripada hasil maksiat?

Seperti kata Ahli Dewan Undangan Dengkil, Shahrum Mohd. Sharif, kerajaan negeri hanya pandai bercakap, tetapi pelaksanaannya langsung tidak dipraktikkan. “Apa sudah jadi? Hasil cukai hiburan semakin banyak menunjukkan pertambahan pusat hiburan setiap tahun.”

Pada Bajet Selangor 2013, kerajaan negeri ada menyebut akan menggubal enakmen baharu yang akan memperkasakan pihak berkuasa tempatan dalam usaha membendung premis hiburan dan judi haram.

“Apa sudah jadi? Hasil cukai hiburan semakin banyak menunjukkan pertambahan pusat hiburan setiap tahun.

Selain itu malang sekali jawapan yang diterima daripada sidang DUN lepas menyatakan kerajaan negeri tidak bercadang untuk menggubal sebarang enakmen untuk menangani permasalahan ini,” katanya pada sidang media di Lobi Dewan Undangan Negeri Selangor pada 4 November lalu.

PAS Selangor bagaikan tidak sensitif kepada pusat judi haram, judi internet, pusat hiburan dan pusat maksiat yang berselindung di sebalik nama pusat urut atau refleksologi yang semakin menjadi kerisauan ramai di Selangor.

Pada 15 Januari lalu, Adun Sungai Burong, Datuk Shamsuddin Lias berkata, angka besar yang dilaporkan itu membuktikan kegagalan kerajaan negeri untuk menurunkan angka premis pelacuran dan sarang maksiat yang meningkat seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Shamsuddin menjelaskan peningkatan bilangan premis  pelacuran mungkin kerana kerjaaan PKR yang terlalu memfokuskan hal politik sehingga mengabaikan masalah semasa di negeri tersebut.

Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar turut berkata sebelum ini, PAS sebagai rakan gabungan PKR dalam kerajaan Selangor  seharusnya memainkan peranan yang penting dalam mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan yang berlaku.

“Dalam hal ini, PAS tak boleh duduk diam sebab mereka adalah rakan gabungan dengan PKR, kalau dalam hal ini dia tak boleh nak bersuara, susahlah. Tapi sebenanya ia tetap akan menjadi masalah kepada kerajaan negeri sebab selagi PKR bergabung dengan parti DAP, angka ini akan terus meningkat dan masalah memang susah nak ditangani,” katanya.

Untuk rekod, sebelum pakatan rakyat mengambil alih Selangor pada 2008, bilangan pusat hiburan di negeri itu hanya di bawah 700 premis sahaja selepas operasi mengapuskan pusat-pusat hiburan tanpa lesen oleh kerajaan BN terdahulu.

Namun, awal tahun ini, Polis Selangor berkata, ada  2,067 premis yang dikenalpasti  menjalankan kegiatan pelacuran termasuk dii pusat hiburan, rumah urut, pub, spa, salon dan hotel.

Menurut laporan, ia bercambah dengan meluasnya bagaikan cendewan tumbuh selepas hujan di kebanyakan bandar sedia ada atau bandar baru, pusat ini bercambah.

Memang PBT mengeluarkan permit kepada sebahagian kecilnya saja manakala selebihnya adalah tidak berlesen dan dibangunkan secara haram. Walaupun sudah banyak serbuan oleh pihak berkuasa, namun ia tetap tumbuh semula.

Sebenarnya, di sinilah berpuncanya segala macam masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat. Ia bukan saja melibatkan orang dewasa dan mereka yang sudah berkeluarga, tetapi turut melibatkan golongan remaja dan murid-murid sekolah.

Pertumbuhannya, sama ada yang berlesen atau haram, nyata membimbangkan ramai ibu bapa yang merasakan semakin sukar untuk mengawal ahli keluarga masing-masing daripada terjebak dalam kancah tidak sihat itu.

Ternyata kerajaan Selangor yang turut didokong oleh PAS hanya pandai bercakap, tetapi pelaksanaannya langsung tidak dipraktikkan.

Juga apakah kerana perkara-perkara ini, PAS Selangor tidak mahu Hadi campurtangan dalam isu pentadbiran negeri Selangor dan membiarkan mereka terus ‘berkuasa’?

Kegagalan ini membuktikan PAS bukanlah perjuangkan Islam tetapi hanya mengejar kuasa menggunakan platform Islam.

Apabila berjaya mereka ‘melupakan niat awal’ sebaliknya berusaha untuk terus mencengkam kuasa di Selangor.

Malang, seribu kali malang apabila Hadi terus merepek menegaskan PAS tidak akan membenarkan DAP menghalalkan arak dan judi kepada umat Islam.

Segala jenis maksiat yang berlaku secara ‘terbuka’ kini akan hanya mengundang umat Islam mendekatinya kerana penawaran banyak sekali di depan mata.

Apakah pemimpin PAS di Selangor yang bernaung di bawah Hadi akan terus mendiamkan diri dan memerhatikan sahaja apa yang berlaku?

Tuesday, February 4, 2014

Mesyuarat Pas Tidak Bangkit Jawatan MB Selangor


Isu kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor tidak dibangkitkan dalam Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihan Raya malam tadi.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perkara yang disentuh hanya melibatkan soal politik tanah air dan antarabangsa termasuk PRK Dun Kajang.

"Mesyuarat ini telah membincangkan isu-isu politik semasa antarabangsa dan tanahair termasuklah PRK di Dun Kajang setelah berlaku kekosongan berikutan perletakan jawatan Adun Kajang yang memenanginya dalam PRU13 yang lalu.

"Bersesuaian dengan semangat dalam PR maka Pas Pusat dan Pas Negeri Selangor akan membantu jentera pilihan raya PKR berdasarkan kepada keperluannya dalam menghadapi PRK ini," katanya dalam satu kenyataan,semalam.

Beliau menegaskan bahawa isu kedudukan jawatan Menteri Besar yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini tidak menjadi agenda perbincangan mereka.

"Sementara itu, Dr Mohd Hatta Ramli dilantik Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat untuk mengetuai jentera pilihan raya Pas dalam PRK ini," katanya.

Sebelum ini, Pas Selangor memberitahu bakal menuntut kerusi Menteri Besar Selangor jika ia dikosongkan. Tambah Abdul Hadi, turut dibincang termasuk soal hukuman gantung sampai mati yang diputuskan oleh Tribunal Jenayah Perang di Bangladesh.

"Mesyuarat juga merakamkan kecaman terhadap hukuman gantung sampai mati yang diputuskan oleh Tribunal Jenayah Perang di Bangladesh terhadap mantan Menteri Pertanian (2001 - 2003) dan Menteri Industri (2003 - 2006) Bangladesh yang juga merupakan Ameer Jamaat Islami Bangladesh iaitu Maulana Matiur Rahman Nizami.

"Beliau telah dinafikan perbicaraan yang adil dan berdepan dengan berbagai ancaman ketika perbicaraan. 

"Pas mendesak agar pihak Tribunal tidak sepatutnya menjadi penghukum politik kepada kerajaan yang terdesak dan seharusnya mendengar kritikan badan guaman dan hak asasi manusia antarabangsa," katanya.

Monday, March 19, 2012

Untuk Bantu Anwar Kumpul Dana, Hadi Sanggup Sokong Israel


Sepanjang isu sokongn ke atas keselamatan Israel yang disebut Anwar menjadi panas ini, tidak pernah sekali rasanya perkatan Zionis itu keluar dari mulut Anwar. Yang kita tahu Israel dan hanya Israel sahaja itulah.

Malah Nik Aziz dan kepimpinan PAS berulang kali menyatakan bahawa PAS tidak menyokong penubuhan negara Israel kerana menganggap negara itu haram, maka itu dalam apa keadaan sekalipun, menolak kerjasama dengan negara tersebut.

Ini berlambak dalam google, bukan penulis sengaja reka apatah lagi nak dikata memfitnah PAS.

Justeru amat menghairankan bila Presiden PAS, Hadi Awang secara mengejut mengumumkan boleh berniaga dengan Yahudi tapi bukan zionis, seolahnya dikalangan orang yahudi hari ini ada tanda di dahi masing-masing menunjukkan siapa zionis ke tidaknya.

Apa motif pulak yang tiba-tiba Hadi memilih masa ini dan saat ini untuk menyatakan sokongannya kepada yahudi?

Kalau tengok dari kenyataan Hadi, dia menunjukkan yang zionis lebih jahat dari yahudi tapi Israel (yang merupakan negara yahudi) haram pulak penubuhannya, apa ni? Kelentong dan putar belit apa yang cuba nak disampaikan ni?

PAS seumur hidupnya memang menentang yahudi dan Israel, zionis ni apatah lagi. Tapi sebab seperti yang penulis sebutkan di atas sukarnya nak membezakan yahudi dan zionis, PAS pulun semua pun sama, yahudi.

Sebab itulah Mahfuz Omar dan Salehudin Ayub sanggup pilih dipenjara setahun dari membayar denda kerana mengadakan demonstrasi haram membantah kedatangan pasukan kriket Israel bermain di negara ini pada 1997. Sebab fahaman PAS pada ketika itu dan sekarang inipun, Israel itu yahudi, yahudi itu zionis.

Walhal kalau nak diikutkan, apa yang zionis tentang budak-budak sekolah nak main kriket? Tapi macam penulis sebutkan, zionis atau tidak bukan isunya kerana faham PAS ialah yahudi dan zionis adalah sama.

Sia-sia Mahfuz dan Salehudin tercatat rekodnya sebagai bekas banduan kerana diakhirnya PAS mengiktiraf juga yahudi, walaupun dari sudut perniagaan seperti yang disebutkan Hadi. Itu bukan jalan kepada tak apa ada hubungan diplomatik dengan yahudi, asal bukan dengan zionis.

Apa pun, ia inline (selari) dengan banyak kenyataan Anwar mengenai Israel sebelum ini. Sudah confirm PAS sekarang ialah anjing togel yang mengekor Anwar 24 jam untuk mendapatkan bulunya semula.

Nak gelak ke nak marah, itulah hakikatnya.

Tapi yang lebih utama, maklumat yang penulis terima mengatakan, kenyataan terbaru PAS ini ada kaitan dengan dana pilihanraya yang sedang diusahakan Anwar melalui badan-badan kewangan pro yahudi yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Untuk menjayakan usaha tersebut, Anwar dan Pakatan politiknya perlu dilihat pro yahudi.

Sebab itulah kenyataan Anwar dalam The Wall Street Journal (WSJ) dikeluarkan sekarang, sebab pilihanraya dah nak dekat, dan pilihanraya memerlukan dana, wang, money, kase’k.

Anwar tahu, yang susah nak ditune ini ialah PAS, jadi kata dua Anwar kepada PAS, sama ada ikut atau tertinggal. Sudah tentu bila bercakap tentang duit, PAS akan lupa segala yang lain, termasuklah kalau terpaksa menyokong yahudi. Cuma anglenya itu sahaja yang berbeza.

Eh tuan tuan, negara Islam pun boleh terbang, sokong yahudi besar apa sangat?

Pada Anwar, so long PAS dipetik sebagai menyokong yahudi – tidak kisah dari sudut pembacaan yang mana, itu sudah cukup untuk ditayang kepada penajanya diluar negara. Sebab nakkan duit ni masuk atau Pakatan harami ini akan kalah lagi sebab takdak dana.

Ini taktik Anwar dan tanpa sedar, kita juga sedang menjayakannya. Lagi kuat kita gambarkan Anwar sebagai pro yahudi, lagi masyukklah dana luar ke dalam PKR dan Pakatan harami. Yang paling syoknya, perwakilan Hamas pulak datang Malaysia dan menafikan ada kaitan dengan Anwar, lagilah yakin puak-puak luar ini bahawa Anwar sememangnya pro yahudi.

Sama ada sedar atau tidak, kita semua terperangkap dengan mainan Anwar. Anwar memang mahu dia dikutuk dan digambarkan sebagai pro yahudi kerana itu akan meyakinkan penaja Anwar di luar untuk menyalurkan wang bagi membantunya dalam pilihanraya umum akan datang.

Penulis gesa, ahli-ahli PAS tengoklah balik pendekatan yang dipilih Presiden korang ni. Cubalah berani-berani sikit menegur keputusannya yang berkiblatkan kuasa, wang dan perut.

Memang Nabi zaman dulu pun mengadakan kerjasama dengan yahudi di Madinah, tapi yahudi itu bukan menentang Islam seperti yang berlaku pada hari ini. Jadi yang Hadi sibuk nak iktiraf tu kenapa?

Tak payah pusing, undi BN, semua masalah ini boleh selesai.

myKMU.net

Saturday, June 12, 2010

MUKTAMAR PAS KE 56 YANG HAMBAR

Analisis MStar

TIDAK seperti dua tahun sebelumnya, Muktamar Tahunan PAS ke-56 yang berlangsung sejak Khamis lalu tidak begitu 'panas' dengan isu-isu kontroversi dan sebaliknya boleh disifatkan agak suram dan hambar.

Sama ada bagi Dewan Ulama, Dewan Pemuda mahupun Dewan Muslimat, masing-masing dilihat tidak begitu 'garang' menggunakan pentas muktamar ini untuk mengutarakan usul-usul menarik yang lebih besar dan relevan.

Sebaliknya, kebanyakan perwakilan bagi setiap dewan hanya menyentuh isu-isu dalaman parti serta beberapa isu nasional yang tidak relevan dan berkepentingan untuk pembangunan parti itu sendiri.

Nampaknya bukan sahaja di kalangan sayap PAS yang mengambil sikap untuk mengurangkan kontroversi, malah Ucapan Dasar Presiden oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis peramian di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK) pada Jumaat lalu turut mengikut rentak yang sama.

Mungkin Abdul Hadi 'belajar' daripada pengalamannya pada muktamar tahunan PAS tahun lalu di Shah Alam apabila menyentuh isu kerajaan perpaduan dengan Umno hingga mencetuskan pelbagai kontroversi yang berlanjutan.

Oleh itu dirasakan pada muktamar kali ini Abdul Hadi memilih 'jalan selamat' apabila ucapannya hanya menyentuh mengenai isu-isu kecil selain mengulangi pendirian yang sama dengan skrip yang sama iaitu kesetiaan PAS menjalinkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Abdul Hadi sendiri ketika diajukan soalan mengapa ucapan dasarnya tahun ini tidak begitu 'panas' dengan seloroh berkata: "Yang penting bukan panas... tapi biar masak."

Jawapan Abdul Hadi itu mungkin boleh disifatkan bahawa PAS kini lebih matang tanpa perlu mencetuskan pelbagai kontroversi sebaliknya menumpukan kepada usaha untuk memperkukuhkan partinya demi kepentingan politik.
Keghairahan Terhadap Bukan Islam
Nampaknya sayap bongsu PAS iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai oleh penyokong bukan Islam menarik minat para perwakilan untuk mendapatkan penjelasan yang selama ini menghantui mereka.

Boleh dikatakan majoriti perwakilan yang mengambil bahagian bagi sesi perbahasan pada muktamar sayap parti mahupun muktamar penuh, membangkitkan kebimbangan mereka terhadap keghairahan pucuk pimpinan untuk meraih sokongan di kalangan pengundi bukan Islam.

Walaupun kewujudan DHPP yang sebelum ini hanya bermula dengan Kelab Penyokong PAS (KPP) disambut oleh ahli PAS, namun timbul juga amaran di kalangan perwakilan agar tidak menganaktirikan pengundi Islam yang sebelum ini menunjangi kekuatan parti itu.

Tidak dinafikan kewujudan DHPP menggambarkan keterbukaan PAS dalam berpolitik iaitu tidak hanya dihadkan kepada orang Melayu yang beragama Islam.

Namun amaran demi amaran diberikan kepada kepimpinan PAS bahawa keghairahan untuk meraih sokongan pengundi bukan Islam dengan mengabaikan pengundi tradisi akan hanya mengundang padah kepada parti.

Ada benarnya kebimbangan yang disuarakan itu, keterujaan PAS meraih sokongan pengundi bukan Islam boleh memakan diri sendiri sekiranya pelan pelaksanaanya tidak dirangka dengan baik.

Mungkin sikap 'rambang mata' tatkala menerima begitu banyak permohonan daripada penyokong bukan Islam untuk menyertai DHPP membuatkan PAS lupa untuk terus mengingatkan penyokong yang sedia ada supaya kekal dalam parti itu.

Teorinya mudah, iaitu sama seperti dalam hubungan rumah tangga di mana sekiranya si suami atau si isteri tidak terus membajai hubungan berkenaan dengan kasih sayang, lambat laun ia akan berakhir dengan penceraian.

Samalah juga dengan sokongan dalam berpolitik, sekiranya ahli yang ada tidak selalu diingatkan untuk terus memberi sokongan, maka tidak mustahil mereka akan disambar oleh parti lawan.

Dalam politik macam-macam boleh berlaku, kadang-kala pengundi tradisi yang sudah bertahun-tahun memberi sokongan padu terhadap sesebuah parti yang disokong mereka akan turut beralih arah jika sokongan mereka tidak dihargai.

Matlamat PAS sendiri perlu jelas termasuk yang terbaru keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membenarkan bukan Islam untuk mewakili parti tersebut pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Tidak dapat tidak ia akan mengundang rasa iri hati di kalangan ahli dan pemimpin lama parti sekiranya tidak dipilih menjadi calon pada pilihan raya kerana kuota PAS diberikan kepada wakil bukan Islam.

Apa akan terjadi kepada ustaz-ustaz dalam PAS yang sudah lama berjuang terhadap parti apabila 'jalan mereka dipotong' oleh calon bukan Islam yang baru setahun jagung dalam PAS?

Sudah tentu perkara ini akan menikam PAS secara senyap dek kerana begitu ghairah mendapatkan undi bukan Islam.

Lagi Isu Nasharuddin

Sejak berakhirnya pemilihan parti pada muktamar tahun lalu, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa tidak pernah sunyi dengan pelbagai kontroversi terutamanya apabila dikaitkan dengan isu kerajaan perpaduan PAS-Umno.

Malah sekitar Oktober tahun lalu nama Nasharuddin sekali lagi disebut hingga dilabelkan sebagai antara "dua tiga kerat pemimpin yang bermasalah" oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana masih berterusan dengan isu kerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Tidak cukup di situ, nama Nasharuddin turut disebut-sebut pada muktamar kali apabila Perwakilan Dewan Ulama mempersoalkan mengenai ketiadaan gambar beliau pada poster dan juga kain pemidang sempena muktamar itu.
Apakah ini menggambarkan Ahli Parlimen Bachok itu ditolak di Kelantan?

Sebelum ini, muncul desas-desus yang menyatakan beliau ditolak di negeri itu setelah dibidas oleh Nik Abdul Aziz kerana cuba untuk menjalinkan hubungan dengan UMNO bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Sejak itu pengaruhnya di negeri ini dikatakan semakin menurun.

Bagaimanapun Nasharuddin sendiri menafikan dakwaan tersebut sebaliknya mengatakan dengan ringkas, "Saya tidak mahu gambar saya disiarkan."

Walau apapun muktamar PAS yang berakhir hari ini akan mencapai beberapa resolusi yang bakal menjadi pengerak kepada hala tuju parti itu.

Harus diingat, resolusi yang bakal dicapai itu sedikit sebanyak tempiasnya akan turut 'dipersetujui' oleh rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat ekoran persefahaman secara kolektif yang dipersetujui mereka selama ini.

Setidak-tidaknya usul Dewan Pemuda PAS yang menggesa supaya kerajaan Pakatan Rakyat tidak memperbaharui lesen premis perjudian yang beroperasi di negeri-negeri yang dikuasai mereka turut memberi tekanan kepada kerajaan campuran mereka di Selangor dan Pulau Pinang.

Mungkin pada muktamar bagi edisi ke-57 tahun depan akan menjanjikan suasana yang lebih menarik apabila kita bakal menyaksikan DHPP akan bermuktamar buat pertama kali sekaligus mengadakan pemilihan peringkat dewan mereka sendiri.

Secara tidak langsung diharapkan dengan kehadiran pelbagai kaum sebagai perwakilan dalam muktamar PAS itu nanti akan menjadikan mereka lebih matang dalam mengutarakan usul dan perbahasan.