UMNO Selangor semalam melancarkan laman web rasminya dalam usaha untuk
memperkasakan lagi pengaruh parti keramat Melayu itu terutamanya dalam media
sosial.
Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, laman web yang dikenali
sebagai www.umno-selangor.com itu akan menjadi siaran rasmi UMNO Selangor
dengan memaparkan semua program, aktiviti dan gerak kerja dilakukan setiap
bahagian dan sayap parti.
Menurutnya,
laman web itu juga berperanan untuk menangkis, menjernih dan menjelaskan kepada
rakyat tentang isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.
‘‘Sebelum ini
ada yang kata UMNO Selangor ‘tidur’ kerana menyangka kita tidak buat kerja
sedangkan ketua-ketua bahagian setiap hari mempunyai jadual yang ketat dari
pagi hingga ke malam mengadakan program bersama rakyat.
‘‘Dengan
adanya laman web ini saya minta setiap bahagian dan sayap UMNO memuat naik
semua aktiviti mereka sekali gus bukan sahaja membuktikan kita buat kerja
tetapi juga memudahkan saya serta kepimpinan atasan memantau,’’ katanya selepas
menghadiri seminar media sosial dan pelancaran laman web itu di Bangunan UMNO
Selangor semalam.
Mengulas
lanjut, Noh berkata, media sosial memainkan peranan yang penting ketika ini dan
tanpa menguasainya adalah sukar untuk menarik pengundi serta menawan kembali
Selangor.
‘‘Kita
sebenarnya hanya kalah di media sosial sahaja ini terbukti apabila di sidang
dewan Parlimen, pemimpin pembangkang terdiam apabila menteri menjawab isu yang
dibangkitkan mereka,’’ jelasnya.
Utusan