Sunday, April 17, 2011

DIALOG KEBENARAN DARIPADA ZULKIFLI NORDIN


(Bersama mantan Mufti Trinidad-Tobago Sheikh Imran Hossein & Sheikh Ali Mustafa semasa menghadiri sidang 2nd International Islamic Retreat, Capetown 27-31 Mac 2011)

12 April 2011
Salam 2 all.
Kebetulan teman singgah solat disebuah Masjid (nama tidak akan disebut). Selepas solat, kebetulan ada ceramah oleh seorang Ustad kawan teman yang juga aktivitis sebuah parti politik. (juga nama tidak akan disebut). Semasa berceramah, kawan teman ini tidak perasan yang teman ada disitu. Teman pun dok berlonggok dengan para jemaah masjid yang lain, yang ada dalam 30-50 orang, termasuk jemaah wanita (agaknya yang lain ke Sarawak kot).

Ustad kawan teman ini memulakan ceramah dengan membaca Surah Al Hujurat ayat 6 dan An Nur ayat 4. Lalu beliau mengupas tentang isu videoklip dan mendakwa ianya adalah satu fitnah besar menuduh orang berzina (cara dia kupas macam dia yang buat videoklip tu, walaupun sebenarnya dia tengok pun tak lagi). Malah beliau menyebut terus nama manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan sebagai mangsa fitnah zina, dan mendakwa mereka yang menuduh sebagai layak dihukum qazaf. Malah beliau menambah bahawa beliau hairan mengapa YAB Dato' Sri Najib boleh terlepas daripada tuduhan membunuh Altantuya sebaliknya "insan suci" (ni perkataan Ustad tu yop) Anwar Ibrahim terus difitnah.

Kemudian Ustad ni membawa kisah Nabi Yusuf a.s yang turut menjadi mangsa fitnah. Dan cara beliau bawa cerita tu seolah-olah Anwar dan Nabi Yusuf sama taraf yop!!!

Kebetulan ada makan-makan disediakan selepas ceramah, teman ambil kesempatan untuk betanya beberapa soalan. Teman tidak mahu bertanya secara terbuka selepas ceramah, khuatir nanti akan meletakkan Ustad kawan teman tu serba salah. Lalu teman pun ambil peluang untuk bertanya sambil makan-makan. Boleh nampak wajah ustad kawan teman itu saperti tidak selesa menyedari teman ada disitu. Lalu bermulalah dialog teman dengan Ustad kawan teman ni:

ZN : Salam Ustad, ana nak tanya adakah Ustad sudah menonton sendiri videoklip tersebut sepenuhnya, atau versi yang singkat itu?

Ust: Ana tidak gamak menengok sebab ianya haram! Malah sesiapa yang tengok itu semuanya haram dan melakukan dosa besar!

ZN: bagaimana Ustad tahu haram sedangkan Ustad tengok lagi pun tidak? Baik, ana nak tanya, kalau seorang perompak pecah masuk rumah seseorang, dan setelah merompak, dia merogol pembantu rumah orang tu, kemudian dia lari. Kebetulan rumah tersebut ada video CCTV, adakah haram bagi polis melihat video itu untuk mengecam perompak/ perogol tersebut? Adakah haram polis menyebarkan video itu dimedia cetak, elektronik dan cyber untuk mengecam perompak/ perogol itu?

UST: itu isu lain, itu satu jenayah! Sebenarnya videoklip ke, DNA ke tidak boleh dijadikan bahan bukti dimana-mana Mahkamah Syariah! (kata Ustad dengan agak meninggi suara) (Nota: teman agak terkejut dengan kenyataan ini kerana jelas memperbodoh dan memperlekeh Islam seolah-olah menolak sains & teknologi sedangkan dizaman kegemilangannyaa Islam mempelopori sains & teknologi).

ZN: dimana lainnya Ustadz? Soalnya sekarang ialah ada satu bahan bukti yang boleh mengecam siapa pelakunya, bukan perlakuan itu yang nak didedahkan! Baik, bagaimana pula kalau ada aduan menyatakan suami seseorang itu nusyuz dan mengadakan hubungan sulit dengan wanita lain. Mereka didapati pergi kesebuah hotel. Yang ada hanya bukti CCTV yang kebetulan ada didalam bilik hotel itu. Takkan tidak boleh si isteri guna video CCTV itu untuk membuktikan sumainya curang?

UST: (tak menjawab).

ZN: isunya sekarang Ustad, videoklip itu diperlukan pertama untuk mengecam dan membuktikan pelaku dan watak didalamnya, bukan membuktikan perbuatan didalamnya. Hanya setelah terbukti siapa pelakunya baru kita pergi ke peringkat selanjutnya iaitu apa yang dibuat oleh para pelaku tersebut. Apakah itu salah dan berdosa?

Ust: tapi video itu adalah rakaman video lucah! Orang sedang buat seks!

ZN: Tadi Ustad kata tidak tengok lagi, mana Ustad tahu? Jadi tidakkah penting untuk Ustad tengok dulu baru buat rumusan? Tidakkah Ustad tahu tiada siapa yang membuat tuduhan seks atau zina terhadap Anwar Ibrahim. Datuk Eskay, kawan baik Anwar sendiri, hanya menggunakan video itu untuk memberitahu rakyat bahawa kawannya Anwar tidak layak jadi pemimpin, adakah itu salah?

Ust: Tetapi video itu mendedahkan 'aib seseorang, dan mendedahkan 'aib seseorang itu dilarang dan adalah haram hukumnya dalam Islam (lalu Ustad membaca sepotong ayat Al quran).

ZN: kalau ada seseorang datang meminang anak perempuan Ustad, dan kebetulan ana tahu akhlak dan karektor peminang tersebut, dan kebetulan ana ada satu videoklip menunjukkan perangai peminang itu, adakah ana berdosa ana memberitahu Ustad dan menunjukkan video itu sebagai bukti keterangan ana?

Ust: itu soal peminangan, tidak ada kena mengena dengan videoklip seks ini.

ZN: tapi Anwar Ibrahim mahu "meminang" seluruh rakyat Malaysia, tidakkah seluruh rakyat Malaysia berhak mengetahui akhlak dan karektor sebenar beliau sebab mereka yang akan menentukan samada mahu menerima "pinangan" Anwar Ibrahim atau tidak?

Ust: bukan begitu caranya, banyak cara lain yang boleh dibuat!

ZN: bagaimana cara lain itu Ustad?

Ust: (tidak menjawab tetapi sebaliknya berkata) Ana rasa elok kita tangguhkan dulu sembang kita kerana para jemaah lain mungkin ada urusan lain.

(Seorang jemaah menjawab, "takpa Ustad, kami pun nak tau jugak. Kebetulan YB ada sini eloklah Ustad perjelaskan").

ZN: ana nak sentuh isu qazaf yang Ustad sebut. Bukankah qazaf ini berlaku hanya jika seseorang menuduh tanpa bukti orang lain melakukan zina?

Ust: Ya, dan jika penuduh itu gagal membawa empat orang saksi yang cukup syaratnya penuduh itu hendaklah dihukum qazaf dengan 80 sebatan.

ZN: Tetapi didalam kes videoklip ini, Datuk Eskay atau mana-mana pihak lain tidak pernah membuat tuduhan untuk membuktikan Anwar berzina. Mereka cuma sekadar nak buktikan Anwar tidak layak menjadi seorang pemimpin umat Islam dan negara ini, dan video itu sebagai bukti. Itupun kita perlu tunggu sehingga polis mengesahkan ketulinan videoklip itu dan siapa watak-wataknya? Apakah itu juga termasuk dalam qazaf?

Ust: soalnya bukan menuduh zina, tetapi ianya videoklip menunjukkan perbuatan seks! Itu sudah cukup untuk mengujudkan qazaf! (Nota: padahal Ustad ni video tu pun tak tengok lagi!)

ZN: Adakah pendirian Ustad kalau ada wanita mengadu dirogol juga perlu membawa empat orang saksi, kalau tidak dia akan diqazaf?

Ust: Sesiapa juga yang menuduh seseorang dengan tuduhan membabitkan seks samada zina, rogol, liwat dan lain-lain, hukum Islam memerlukan empat orang saksi. Jika tidak, orang itu hendaklah dikenakan qazaf iaitu disebat!

ZN: (teman agak terkejut dengan jawapan Ustad ni) Tidakkah Ustad rasa dengan cara itu tiada wanita akan berani membuat lapuran polis mengadu dirogol! Tidakkah itu akan menggalakkan jenayah rogol, kerana para penjenayah ini akan tahu tiada siapa boleh bawak empat orang saksi. Adakah ini cara sistem keadilan Islam? Ana rasa ini bukan cara yang Islamik?

Ust: Islam lebih memelihara kehormatan seseorang, sebab itu ALLAH mewajibkan empat orang saksi (lalu Ustad membaca sepotong ayat Al Quran & satu hadis) (kemudian Ustad menceritakan mengenai tuduhan seorang wanita Yahudi terhadap anak Saidina 'Umar).

ZN: Tapi macam mana dengan kehormatan wanita yang telah dirogol itu? Tidakkah Islam sangat menjaga kehormatan dan kemuliaan wanita, serta membela dan mempertahankan mereka? Satu lagi soalan ana nak tanya, Ustad kata adalah satu fitnah bercakap tanpa bukti. Sekarang secara terbuka Ustad menuduh Dato' Sri Najib sebagai pembunuh Altantuya. Apa bukti yang Ustad ada?

Ust: (langsung tidak menjawab sebaliknya terus tutup majlis) Sorilah ana terpaksa pergi dulu kerana ada program lain. Assalammu'alaikum.

Begitulah secara ringkas dialog diantara teman dengan kawan teman Ustad lulusan 'pengajian Islam ini. Tujuan teman bukan untuk mempertikaikan Ustadz kawan teman ni, sebab itu teman tidak sebut nama dan lokasi tempat dialog itu. Malah teman sangat menghormati komitmen dan dedikasi Ustad ni menyampaikan ceramah siang dan malam. Cuma teman kasihan kepada para jemaah yang kebanyakkannya tidak tahu hujung pangkal, datang dengan ikhlas untuk menimba ilmu tetapi menerima sogokan politik murahan yang teman rasa bertopengkan agama dan kitab. Dan teman kasihan kepada sahabat teman itu, yang mungkin ikhlas orangnya, tetapi dikalkatukan oleh kabus-kabus politik kepartian yang terlalu sempit. Semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita semua.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
08 Jamadil Awal 1432
12 Apr 2011

*Kepada sahabat teman Ustad tersebut, teman memohon ma'af jika dialog tersebut diatas mengguriskan perasaan beliau. Pada teman ianya penting demi membuktikan kebenaran. Moga ALLAH mengampunkan kita semua. Sekiranya teman ada melakukan kesilapan dalam dialog itu, samada dari segi isinya ataupun adabnya, teman memohon kemaafan daripada Ustad kawan teman itu, dan para jemaah yang kebetulan ada masa itu, serta keampunan daripada ALLAH. Amin.