Nampaknya tempias politik PAS Kelantan kini tempias ke
Terengganu.
Kelantangan Datuk Husam Musa mengkritik kerajaan PAS kepimpinan sekarang mendapat perhatian pemimpin veteran PAS Terengganu.
Tindakan Husam yang menyerang kerajaan PAS pimpinan Datuk
Ahmad Yaakob dianggap tidak wajar. Malah mantan Exco Kerajaan Negeri Terengganu,
Datuk Wan Abdul Muatalib Embong mempersoalkan beberapa perkara terhadap Husam.
Soalan beliau:
1. Kenapa mesti Husam tinggalkan Kelantan?
2. Bila penebangan hutan berlaku yang mengakibatkan banjir
berlaku itu? Dan kenapa baru sekarang Husam berkukuk?
3.Berkaitan penebangan hutan, kenapa teguran tidak diberikan? Husam semasa berkuasa,
alangkah sejahteranya Kelantan jika berbuat demikian
4. Kenapa Husam tidak letak jawatan ketika mana nasihat tidak
di dengar ketika itu?
Nasihat Wan Mutalib kepada Husam ialah, jangan isytihar ‘keburukan
isteri sesudah berpisah. Kerana selaku suami ister, pernah nikmati hidup
bersama dan makan juadah masakan dia'.
Juga Husam jangan bakar perahu yang menyelamatkan kita ke
daratan!
Baca surat berkenaan seperti berikut:
Surat Terbuka Kepada YB Dato’ Husam Musa
(Tidak bertarikh)
Kepada YB Dato’ Husam Musa,
Saya rasa amat dukacita bila terbaca surat terbuka YB
Dato’ dan rasa sangat terpanggil untuk membantu memberi pencerahan kepada
rakyat yang tidak mengenali kuasa pemerintahan apatah lagi mengenali YB Dato’
dengan lebih dekat.
Saya mulai kenal YB Dato’ tahun 1995 semasa Encik Husam
(sebelum bergelar YB) mengiringi YAB MB Kelantan ketika itu al-Marhum Dato’
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat melawat Tehran, Iran.
Saya rasa kagum berbicara dengan Encik Husam ketika itu
dan meletakkan harapan YB Dato’ Husam akan satu hari diberi amanah menjadi
orang yg berkuasa d Kelantan khususnya dan akan di nobatkan sebagai pemimpin
penting dalam PAS.
Saya amat dukacita bila terbaca surat terbuka YB Dato’.
Sila beritahu rakyat Kelantan khususnya dan ahli-ahli PAS
amnya, berapa lama YB Dato’ terlibat dengan pemerintahan Kerajaan Kelantan,
jawatan-jawatan yg YB Dato’ pernah di amanahkan.
Kesusahan dan penderitaan kewangan yang YB Dato’ terpaksa
tertanggung kerana berjuang dalam PAS.
Bila YB Dato’ tinggalkan Kerajaan PAS Kelantan dan
mengapakah Dato’ tinggalkan?
Bila pula penebangan hutan berlaku yang mengakibatkan
banjir berlaku itu? Dan kenapa baru sekarang (YB Dato’) berkukuk?
YB Dato’ adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang
amat d hormati fikiran dan nasihat dalam Kerajaan.
Kalau teguran (YB Dato’) diatas (yang tersebut) diberi
semasa berkuasa, alangkah sejahteranya Kelantan.
(Tetapi) Kenapa tidak letak jawatan ketika mana nasihat
YB Dato’ tidak di dengar ketika itu?
Tidak perlu (YB Dato’) istihar keburukan isteri sesudah
berpisah. (Kerana) kita (selaku suami isteri) pernah nikmati hidup bersama dan
makan juadah masakan dia (isteri kita).
Masih ada masa (untuk) balik (kembali) berbakti dan
jangan bakar perahu yang menyelamatkan kita ke daratan!
Salam perjuangan!
Dari saya,