Apakah Barisan Nasional (BN) termasuk UMNO, PKR, PAS, DAP dan
parti-lain yang ada di Semenanjung memecahbelahkan masyarkat. khususnya di Sabah?
Juga benarkah "politik Malaya sudah memusnahkan
negara" ini?
Hari ini Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yong Teck
Lee berkata orang ramai berpecah-belah disebabkan konflik yang berpunca
daripada politik perkauman.
Menurutnya "parti Malaya" telah gagal dan
"politik Malaya sudah memusnahkan negara" ini.
Kerana itu semua suku kaum orang Sabah kembali ke parti
Sabah," katanya seperti yang dipetik oleh Malaysiakini.
Malaya yang disebut Yong itu merujuk kepada Semenanjung
Malaysia.
Menurut beliau, politik Malaya amat bersifat
memecah-belahkan. ia tidak baik untuk Malaysia. Tidak baik untuk Sabah dan Sarawak.
Kecenderungan kini ialah, semakin ramai orang
meninggalkan parti (bersifat nasional) untuk menyertai parti tempatan di Sabah.
Yong yang berkhidmat sebagai ketua menteri antara 1996
hingga 1998 berkata negara amat terjejas oleh polarisasi perkauman dan agama.
Menurut presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) itu, sementara
di Sabah dan Sarawak (masyarakatnya hidup dalam) harmoni, negara Malaysia
sedang dibankrapkan oleh parti-parti politik Malaya.
Yong mengulas demikian tiada kena mengena dengan keputusan
anggota parlimen Penampang, Darell
Leiking keluar dari PKR. Bekas naib presiden PKR itu kini bersama
Datuk Seri Shafie Apdal yang dalam proses menggerakkan sebuah parti baru
menggunakan pertubuhan sedia ada di Sabah.
"(Ia berdasarkan) situasi secara keseluruhan,
bukannya kerana Darell," kata Yong. Bagi beliau, kembalinya Leiking berpolitik di Sabah
membuktikan betapa sia-sianya parti dari Semenanjung.
Darell...letak jawatan berkuatkuasa serta merta. |
Semalam (22 September
2016), Naib Presiden PKR itu mengumumkan meletak jawatan dan keluar PKR.
Peletakan jawatan itu
berkuat kuasa serta merta.
Beliau menjelaskan sudah menemui Presiden PKR Datin Seri
Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menyatakan hasratnya itu dan menurutnya presiden
menghormati keputusannya.
Darell mengesahkan menyertai parti tempatan Sabah yang
bakal diterajui bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Mengenai jawatan yang ditawarkan kepadanya dalam parti
yang akan disertainya, Darell berkata beliau ada berbincang mengenai jawatan
dengan Mohd Shafie namun belum membuat keputusan sama ada menerimanya atau
tidak.