Thursday, May 24, 2012
Isu Air - Khalid Nafi Rizab Air Selangor Tahap Kritikal..
Kerajaan Selangor mempelawa Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui serta wakil rakyat pembangkang melawat tujuh empangan air di negeri itu bagi membuktikan kadar rizab air negeri berada pada tahap yang selesa.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, berdasarkan laporan terbaru Lembaga Urus Air Selangor (Luas), simpanan air mentahdi semua empangannya melebihi 100 peratus simpnan.
"Keputusan untuk menganjurkan lawatan ini selepas mereka mengeluarkan beberapa kenyataan salah mengenai kadar rizab air untuk menunjukkan seolah-olah krisis air berlaku di Selangor.
"Perlu diingatkan bahawa kerajaan negeri sentiasa memantau isu perkembangan rizab air di mana Luas akan memberi laporan bertulis dari masa ke masa," katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco disini, Rabu.
Selain itu Abdul Khalid berkata statistik terkini jumlah takungan sumber air empangan di Selangor ialah sebanyak 522.655 juta meterpadu.
"Sejak Februari tahun ini semua tujuh empangan berada dalam keadaan memuaskan dan mampu untuk membekalkan sumber air kepada semua loji pembersihan air di Selangor.
"Ini jelas menunjukkan bahawa kenyataan bahawa kadar rizab air Selangor hanya tinggal 2.4 peratus sahaja berbanding kadar sepatutnya iaitu 20 peratus adalah salah dan bercanggah dengan data yang diberikan Luas," katanya.
Wednesday, May 23, 2012
Rumah Urut Berleluasa - Selangor Buat Keputusan Hari Ini
Kita nak lihat apa Kerajaan Selangor akan membuat ketetapan mengenai kegiatan rumah urut yang semakin berleluasa di negeri itu.
Keputusan itu katanya akan dibuat pada mesyuarat mingguan EXCO negeri hari ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri memandang serius isu itu dan akan mencari jalan terbaik bagi menanganinya termasuk kemungkinan mengadakan rancangan penempatan semula.
"Saya akan umumkan esok dan akan ada satu keputusan untuk mengatasi masalah ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor 2012 di Muzium Sultan Alam Shah semalam.
Jumlah rumah urut yang semakin bertambah di Selangor membimbangkan banyak pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa pusat urut tumbuh bagai cendawan sehingga merebak ke kawasan penempatan setinggan sejak kebelakangan ini.
Menurut mereka di kawasan Pandan Indah sahaja, terdapat lebih 80 pusat urut dan lebih 200 pusat urut beroperasi di Klang selain berpuluh-puluh lagi di Kuchai Lama, Damansara dan Ampang Jaya.
Sebuah akhbar berbahasa Melayu semalam melaporkan bahawa di Kuala Selangor terdapat enam pusat urut beroperasi dalam satu kawasan perdagangan yang baru dibuka manakala pusat urut juga dibuka di kawasan luar bandar iaitu tiga di Sekinchan, Sungai Besar (dua) dan masing-masing satu di Sabak Bernam dan Tanjong Karang.
Abdul Khalid, bagaimanapun, enggan mengulas gesaan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar, baru-baru ini supaya menteri besar itu menyerahkan portfolio agama Islam yang dipegangnya kepada pemimpin PAS kerana kegagalan mengawal pertambahan rumah urut di Selangor.
"Kegiatan rumah urut di Selangor sudahpun berleluasa sebelum 2008 lagi," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)