Saturday, June 13, 2009

‘CAKNA RAKYAT’ PENDEKATAN PEMUDA UMNO

Ada dua perkara menarik mengenai keputusan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam mendekati pengundi Manek Urai.
Pertama slogan ‘cakna rakyat’ memang sesuai untuk kempen menghadapi pilihan raya kecil 14 Julai nanti. DUN tersebut kosong selepas penyandangnya, Ismail Yaacob, meninggal dunia akibat sakit jantung pada 22 Mei lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 6 Julai depan sebagai hari penamaan calon dan jika ada pertandingan, 14 Julai sebagai hari pembuangan undi.
Kedua, jentera akan diketuai oleh Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim adalah tepat.
Jelas di sini, Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin tahu menempatkan dirinya serta menyesuaikan dengan keadaan di Manek Urai.Khairy mungkin sudah belajar pada pilihan raya umum lalu, rakyat Kelantan tidak gemar dengan kehadirannya di negeri itu.

Malah, ramai yang mengatakan ‘menyampah’ dengan gelagat Khairy ketika itu bersama dengan Pemuda UMNO Kelantan. Pendekatannya di Kelantan dikatakan tidak sesuai.
Orang UMNO sendiri pun kurang gemar, termasuk Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan ketika itu, Tan Sri Annuar Musa.

Dengan keputusan mengambil pendekatan ‘Cakna Rakyat’ terutama dalam melaksanakan program bagi mendekati hati golongan muda dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Julai ini akan memudahkan sedikit tugas Datuk Mustapa Mohamed dan Datuk Ramzi Abdul Rahman.

Mesyuarat Exco pergerakan itu petang Khamis lalu memutuskan Razali mengetuai jentera pemuda berkempen.

Kata Khairy: “Kita yakin dalam pilihan raya kecil ini peluang bagi Barisan Nasional (BN) semakin cerah sekiranya kita dapat memilih calon yang tepat dan kita akan menggunakan pendekatan berbeza sikit, pendekatan yang lebih saintifik dari segi kajian sikap untuk peringkat pemuda dapat dilaksanakan dengan baik,” kata Khairy.

Berhubung dengan calon dari kalangan pemuda, Khairy berkata, “Pemuda sokong calon yang diterima oleh rakyat dan pengundi Manek Urai, kita tidak kisah calon itu datang dari pemuda, wanita atau mana-mana pun, kita akan sokong.”

Pergerakan Puteri UMNO pula akan menggerakkan 300 jentera tempatannya untuk menawan kira-kira 3,000 golongan pengundi wanita muda dalam pilihan raya kecil itu.
Ketuanya, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin berkata, jentera terbabit akan menggunakan pendekatan mesra rakyat dan alam maya untuk memastikan Barisan Nasional (BN) dapat menawan kembali DUN tersebut.

Friday, June 12, 2009

MANEK URAI – CALON TERBAIK ADA...

Agak menarik perbualan telefon dengan seseorang malam semalam mengenai calon di Manek Urai.

Menurut ‘orang ini’ Barisan Nasional (BN) boleh menang jika letak calon anak tempatan walaupun tinggal di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, ini bukan strategi PAS untuk mengalahkan UMNO tetapi pandangan ikhlas beliau.
Lagipun, katanya orang yang dimaksudkannya bukan calang-calang.
Ini kerana dia bukan sahaja dikenali malah bapa dan ibunya pernah jadi wakil rakyat di kawasan Kuala Krai.
“Bawa balik orang ini, BN akan menang. Saya yakin,” katanya berseungguh-sungguh.
Ironinya, dia ini penyokong kuat PAS. Berkarat Hijau, kata orang Kelantan.
Saya yakin kepada orang yang saya berbual melalui telefon kerana pandangan dan pengalamannya banyak dipakai oleh pemimpin PAS.
Apa salahnya kalau mengambil pandangan beliau jika ikhlas.
“Beri namanya kepada Datuk Seri Mohd Najib...saya yakin BN akan menang,” katanya.
Saya tidak pasti kerana rakan saya itu mahu membantu BN di Manek Urai.

Kebetulan, seorang penjenguk posting saya bertajuk ‘Manek Urai – Mencari Calon Cakna Rakyat’ pada 9 Jun, Nik Amir membuat ulasan berikut:

“Bagitahu Dato' Pa, jangan pilih pimpinan tempatan untuk jadi calon Manik Urai. Dendam mendendam amat tinggi dikalangan ahli UMNO tempatan. Buat polisi cari anak tempatan yang berkerja di KL untuk balik bertanding. Macam Dato' Pa buat pada tahun 2004 dahulu.

Orang ini tidak ada musuh. masing-maing kabilah akan membantu habis-habisan untuk menunjukkan komitmen kepada orang baru....adalah peluang sikit..menang belum tentu.”
Sedikit sebanyak pendapat Nik Amir dan rakan yang saya berbual melalui telefon itu ada persamaan.

Rasanya pendapat Nik Amir sedikit bertentangan dengan cadangan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin semalam yang mahukan anak tempatan.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Julai depan sebagai hari penamaan calon dan jika ada pertandingan, 14 Julai sebagai hari pembuangan undi berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob (Pas), akibat sakit jantung pada 22 Mei lalu.

Saya bersetuju 100 peratus jika anak tempatan diutamakan sebagai calon Barisan Nasional yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.
Tidak syak lagi, dia akan kenal penduduk tempatan dan penduduk tempatan juga mengenalinya.
Difahamkan dalam sejarah pilihan raya di Manek Urai, anak tempatan belum pernah diletakkan sebagai calon.

Banyak pihak berpendapat, faktor utama untuk menang dalam pilihan raya kecil di sini dikatakan bukan bergantung kepada pengaruh parti tetapi lebih terarah kepada ‘kekuatan’ calon.

Kerana itu pandangan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin mengenai calon yang semestinya anak tempatan saya sokong seratus peratus.

Namun, sekiranya anak tempatan yang ditonjolkan akan menyebabkan ‘perpecahan dan pertelingkahan’, buat apa diletakkan calon sedemikian.

Kata Awang Adek di Pasir Puteh semalam, anak tempatan yang dapat diterima meluas oleh pengundi wajar diberi keutamaan dalam pemilihan calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Beliau percaya, ia langkah yang sebaik-baiknya bagi memastikan pengundi dapat diyakinkan dalam proses melakukan perubahan di kawasan itu.

Bagi Awang Adek, ia penting bukan hanya diterima semua lapisan rakyat tetapi berkeupayaan melaksanakan misi Perdana Menteri iaitu konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan.

Katanya, BN akan menggunakan pendekatan terbaik dalam memenangi hati rakyat untuk kembali mencetuskan satu gelombang baru dalam politik di negeri ini.

PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA BN ESOK

guanodemo.net & hambali1.blogspot.com

Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Barisan Nasional N. 41 Manik Urai Kelantan esok (13 Jun 2009) jam 9.00 malam.
Ia akan dilangsungkan bertempat di Sekolah Kebangsaan Peria Manik Urai Kuala Krai Kelantan.

Turut sama dalam majlis ini ialah Pengarah Pilihanraya YB Datuk Mustapa Mohamad merangkap Pengerusi Barisan Nasional Kelantan.

Dijangkakan semua pemimpin UMNO Bahagian Negeri Kelantan terutama UMNO Bahagian Kuala Krai yang diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian Datuk Ramzi Ab Rahman akan hadir.

Ramzi selaku Pengarah Pilihanraya Parlimen Kuala Krai dan AJK serta pemimpin tempatan dan rakyat Manik Urai akan memenuhi padang sekolah berkenaan pada malam tersebut.
Pilihan Raya Kecil Manek Urai diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaacob, 60, pada 22 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan akibat sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Pada pilihan raya umum 8 Mac 2008, Ismail memperoleh 5,746 undi menewaskan Mohamed Zulkifli daripada BN yang mendapat 4,394 undi.

PENTING SANGATKAH ANUAR TAN?

Itu Cina Islam, yang memiliki blog sendiri dan pernah menuduh Menteri Besar Perak menggunakan ‘kuasa ghaib’ kini mempertikaikan partinya sendiri.

Cina Islam dari Perak ini marah kerana Datuk Anuar Tan tidak dilantik ke dalam Jawatankuasa Pusat PAS.

Persoalannya, besar sangatkah peranan Anuar Tan dalam PAS Pusat.
Di Kelantan bolehlah sebab dia ngam dengan Datuk Husam Musa untuk mengambil alih tanah orang Melayu untuk pembangunan konon.

Dia boleh tipu Menteri Besar dan orang Islam di Kelantan tetapi tidak boleh tipu orang Islam luar Kelantan.

Baca posting ini dalam salah satu blog pro-PAS bagaimana marahnya Cina Islam.

Anuar tan:tidak terpilih dan tidak dilantik

MERAGUKAN dan kurang bijak. Itulah yang boleh saya simpulkan dengan pemilihan AJK baru yang dilantik. Itulah yang berlaku di dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Pusat yang baru diadakan semalam. Dalam situasi Pas terancam, bergelora serta menjadi sasaran kritikan, nampaknya parti ini tidak pernah belajar dari kesilapan mereka.
Berikut adalah senarai perlantikan yang baru dibuat di dalam mesyuarat tersebut, dan seperti biasa ahli-ahli Pas diajar untuk `wala', kepada senarai ini:

Ahli jawatankuasa baru yang dilantik:

Datuk Husam Musa, bekas naib presiden
Mohamad Sabu, bekas naib presiden
Mohd Anuar Tahir, bekas setiausaha agung PKR
Mohd Taufik Abdul Ghani, ADUN Paroi
Dr Mariah Mahamud, ahli parlimen Kota Raja
Wan Ubaidah Wan Omar, exco kerajaan Kelantan
Asmuni Awi, timbalan pesuruhajaya PAS Perak
Ahmad Dollah, timbalan pesuruhajaya PAS Sabah

Saya merasa agak pelik ke mana `hilang'nya Dato Anuar Tan seorang pemimpin yang boleh mewakili kaum Cina di dalam PAS?

Beliau telah beberapa penggal berada di dalam saf kepimpinan PAS Pusat dan jasanya untuk menarik sokongan kaum Cina tidak boleh dipertikaikan.

Bukankah PAS sekarang begitu hebat untuk mempromosikan parti kepada kaum yang selama ini begitu takut kepada PAS?

Anuar Tan tidak mendapat cukup undi daripada perwakilan bagi membolehkannya berada dalam saf kepimpinan tetapi salahkah jika beliau dilantik di dalam AJK ini sebagai mewakili kaum Cina?

Memang benar, perlantikan jawatan ini adalah budi bicara Presiden mahu pun ahli mesyuarat, tetapi tidak adakah seorang pun yang terfikir betapa perlunya seorang pemimpin berbangsa Cina berada di dalam Saf kepimpinan PAS?

Saya berharap perkara ini tidak dipandang sepi oleh PAS, tetapi jika keputusan yang telah dibuat perlu ditaati, apa yang boleh dikatakan lagi.

Thursday, June 11, 2009

MANIK URAI, APA MENARIKNYA?

http://pkrpasdap.blogspot.com (23 Mei 2009)

DUN Manik Urai satu-satu 'DUN Melayu' menyaksikan pilihanraya kecil bakal diadakan ekoran kematian ADUNnya, Pok Su.

DUN itu terletak di dalam Parlimen Kuala Krai. DUN itu merupakan 'sarang PAS' melainkan tewas pada tahun 2004.

Mampukah UMNO merampas DUN Manik Urai. Abe MIE ramai saudara di sana. Ingatnya sudah 20 tahun tak ke sana selepas singgah di Bertam Baru dan Lama.

Kawasan itu kebanyakkan dihuni oleh petani, penoreh getah, peniaga dan pekebun kecil. Tidak ada kilang melainkan kilang simen yang beroperasi. Begitu daif Manik Urai.

Namun KTMB membina jalan keretapi telah menjadikan Manik Urai mudah dihubungi. Kalau tidak KTMB sudah tentu Manik urai macan pedalaman Sabah dan Sarawak- hendak ke bandar memerlukan 3 jam untuk membeli barangan keperluan.

Kini, jalan raya dibina dan Manik Urai boleh dikatakan setanding bandar-bandar kecil seperti Pasir Mas, Tanah Merah dan Rantau Panjang.

Pilihanraya nanti menyaksikan Manik Urai menjadi rebutan antara UMNO dan PAS. Tersiratnya beberapa perkara menarik mengenai pilihanraya kecil Manik Urai, antaranya;

1. PAS perlu pertahankan undi majoriti yang dimenangi pada tahun 2008 atau WAJIB menang. Jika PAS tewas bererti orang Melayu menolak PAS ekoran kerjasama PAS dengan DAP.

2. Jika BN menang seperti tahun 2004- walaupun dengan satu undi, ini membawa mesej kepada UMNO- mereka diterika oleh orang Melayu dan gelombang biru kembali ke Kelantan.

Pakatan Rakyat akan menghadapi dilema terutamanya PAS.

3. Jika PAS tewas dengan majoriti yang banyak, maka PAS perlu memikirkan satu formula perpaduan bagi orang Melayu. Bererti pengundi Manik Urai akan kata- kalau Melayu tak bersatu, kami akan pilih parti bangsa- lagipun agama sudah dijual beli oleh bangsa lain.

4. UMNO perlu seorang 'master plan' untuk memenangi pilihanraya ini. Dua tokoh yang abe MIE rasa sesuai- Mustapha Mohammad dan KULI.

Kawasan Manik Urai ialah kawasan kampung jadi 'master plan' perlulah orang kampung. Orang bandar tak akan makan bersila di kampung dan menghisap rokok daun!!!

Ada kawasan keretapun tak boleh masuk.

5. PAS percaya mereka akan menang dengan undi majoriti memandangkan itu 'sarang PAS'. UMNO boleh memanipulasi keadaan di bandar- hubungan PAS dengan DAP sehingga menjadikan Islam mainan PAS.

UMNO boleh membogelkan PAS dengan janji hudud dan bagaimana PAS sanggup menjual beli al-Quran apabila dibaca oleh DAP lebih mulia daripada bacaan orang Islam.

Bahkan PASsanggup menghina Datuk Masitah yang mempunyai PhD dalam bidang agama dan memuliakan Cina DAP yang menggunakan al-Quran.

Orang Melayu perlu faham selepas membaca petikan ayat suci berkenaan, Cina DAP akan pulang ke rumah dan memakan babi.

JADI KITA BOLEH KATAKAN, SESIAPA BOLEH MEMBACA AL-QURAN SELEPAS MAKAN BABI!! ATAU SESIAPA BOLEH MAKAN BABI DENGAN MEMBACA AL-QURAN!!! RENDAHNYA MARTABAT KITAB ALLAH DAN MULIA LAGI HARAKAH.

PAS juga menyokong isu Bogel Elizaberth Wong. Kalau UMNO berjaya memanipulasi keadaan, ini boleh menjadikan PAS 'tertidur' sebagaimana lenanya Eliza!!!!

6. UMNO perlu letak calon beragama atau tokoh ulama yang akan menangkis dakyah PAS.

7. Isu pembangunan dan kemajuan tidak menjadi isu utama kerana 'orang kampung' lebih suka isu bersifat siapa pandai cakap dia menang.

Namun BN perlu bekerja kuat dan menggunakan kelemahan yang ada semasa pemerintahan Pakatan setahun untuk memastikan penduduk Manik Urai tertarik mengundi BN.

8. Hairan apabila PAS kata UMNO jangan bertanding di Manik Urai. Penanti, ADUNnya belum mati sedangkan di Manik Urai situasi lain berlaku.

Inilah demokrasi yang PAS perjuangkan atau memang PAS percaya mereka akan menang selesa?

abe MIE- Manik Urai tidak ubah seperti kawasan lain di Gua Musang. Ketokohan KULI diperlukan di manik Urai.

abe MIE- Ibrahim Ali boleh buat kejutan apabila mengisytiharkan masuk UMNO pada pilihanraya kecil nanti?

Isu HINDRAF dan 'perkongsian agama' antara PAS dan HINDRAF boleh dijadikan modal bagi menarik perhatian penduduk selain memberi bantuan kepada sekolah.

Tuesday, June 9, 2009

SIAPA SEBENARNYA LAYAK?

Malaysiakini melaporkan, beberapa nama pemimpin Umno bahagian Kuala Krai yang disebut-sebut bakal dipilih sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai bulan depan, tidak disenangi ahli dan penyokong Umno.

Pertanyaan ialah siapa sebenarnya yang layak?

Yang berkata-kata itu?

Ikuti laporan Malaysiakini semalam (8 Jun 2009)

Beberapa nama bakal calon BN tidak disenangi ahli Umno

Muda Mohd Noor | Jun 8, 09 3:19pm

Beberapa nama pemimpin Umno bahagian Kuala Krai yang disebut-sebut bakal dipilih sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai bulan depan, tidak disenangi ahli dan penyokong Umno, dakwa bekas ADUN BN, Zulkepli Omar.

Beliau mendakwa, mereka termasuklah ketua bahagian, Datuk Ramzi Abdul Rahman; naib ketua bahagian, Che Jalal Muda dan ketua Wanita, Rohani Abdul Majid.

Zulkepli adalah calon BN dalam pilihanraya umum 2004 dan 2008. Beliau memenangi kerusi tersebut pada 2004 dengan majoriti 53 undi sahaja.

Bagaimanapun, dalam pilihanraya umum 2008 beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut yang dimenangi oleh calon PAS, Ismail Yaacob dengan majoriti 1,352 undi.

Kerusi tersebut kosong berikutan kematian Ismail bulan lalu kerana sakit jantung. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 6 Julai sebagai penamaan calon dan pengundian pada 14 Julai.

Zulkifli mendakwa, ketiga-tiga mereka tidak digemari oleh ahli dan pengundi Manek Urai sendiri.

"Datuk Ramzi, walaupun menang tanpa bertanding jawatan ketua Umno bahagian dalam pemilihan lalu, tetapi banyak cawangan Umno tidak senang dengannya," kata Zulkifli ketika dihubungi Malaysiakini

Sebaliknya, beliau mendakwa, Ramzi yang menyebabkan cawangan-cawangan Umno tidak dapat mencalonkan pemimpin lain untuk mencabarnya.

'Calon wanita tak sesuai'

Manakala Che Jalal pula, dakwa Zulkifli, dilabelkan sebagai pemimpin yang tidak turun ke bawah menemui penduduk setempat.

Katanya, kalau tidak menemui pengundi bagaimana hendak mendapatkan sokongan mereka.

Manakala Rohani pula, kata Zulkifli, tidak mempunyai penyokong dan umurnya pula sudah menjangkau 68 tahun.

Katanya, jika Rohani dipilih sebagai calon BN, ia umpama memberi kemenangan percuma kepada pembangkang.

"Tetapi kalau dia kata hendak bertanding di Manek Urai, tak apalah itu hak dia.

"Apapun wanita tidak sesuai bertanding di Manek Urai. Ini kubu PAS dan kawasan kampung dan banyak ladang pula," katanya.

Rohani sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut 14 April depan.

HUSAM ADALAH MUSUH DALAM SELIMUT PAS?

http://anginperubahan.blogspot.com (8 Jun 2009)

Mengapa terasa? Siapa makan cili dia terasa pedasnya.

Setelah kalah sebagai Timbalan Presiden PAS, Husam mengeluarkan kenyataan berikut pada 7 Jun 2009, dalam muktamar PAS "saya minta Dr Haron menjelaskan ungkapan itu (musuh dalam selimut) dalam kertas kerja tersebut,". (baca sini). Kenapa Husam meminta Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS) menjelaskan mengenai istilah "musuh dalam selimut"?

Pada 23 Mei 2009, Haron Din menyampaikan ucapan tersebut ketika Seminar Sehari Kepimpinan Ulama PAS yang ke-25 di Markas Tarbiyyah PAS, Gombak. (baca sini). Namun Haron Din ketika memberikan respon kepada kenyataan Husam menyatakan "saya ingat, tidak ada saya sebut ("musuh dalam selimut"). Saya tidak kata dalam PAS ada musang berbulu ayam. Dan saya tidak kata ada musuh dalam selimut. Tetapi saya sebut, musuh sentiasa ada, mungkin sebutan itu orang mengulas dan menambah,". Kalau Haron Din tidak sebut, mengapa Husam yang terasa pedasnya? Sepatutnya, Husam menyalahkan laporan media bukan Haron Din.

Syed Azman Syed Nawawi (Ahli Jawatankuasa PAS) yang juga merupakan team Erdogan turut berganding bahu bersama Husam mengkritik Haron Din dalam kenyataannya di Harakahdaily pada 28 Mei 2009. Nampaknya Erdogan sudah mulai panas dan berdendam kepada team ulama bila Husam kalah sebagai Timbalan Presiden PAS. Husam menjadikan ucapan Haron Din yang menyatakan ada "musuh dalam selimut" menjadi punca kekalahannya. Husam terasa dirinya musuh dalam selimut?

Menurut beberapa orang perwakilan PAS Perak, team ulama sudah sedar bahawa Nik Aziz mesti diselamatkan daripada dipengaruhi oleh Erdogan. Jika Nik Aziz masih lagi mengikuti Erdogan, maka Nik Aziz perlu dijatuhkan secara halus oleh ulama. Bukan dijatuhkan sebagai Mursyidul Am PAS tetapi sebagai Menteri Besar Kelantan. Inilah masanya untuk ulama mempupuskan terus spesis Erdogan dalam PAS. Apakah dalam ulama juga tidak ada "musuh dalam selimut"? Ramai yang keliru status Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS), apakah dia Ulama atau Erdogan?, kerana hubungan kekeluargaannya dengan Nik Aziz.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Sunday, June 7, 2009

PERIKSA SEMUA PROJEK ERA IDRIS

Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah

bypass308.blogspot.com (6 Jun 2009)

JABATAN Kerja Raya (JKR) Negeri Terengganu perlu bertindak pro aktif dengan memeriksa semua projek mega atau tidak mega yang dibuat era kepimpinan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, walaupun Menteri Besar (MB), Datuk Ahmad Said hanya mengarahkan tiga projek mega diperiksa.
Tiga projek mega yang diarahkan diperiksa ekoran runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, iaitu Terminal Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak.

Pengarah JKR negeri, Rosly Zainal pula ketika menyambut arahan itu berkata, usaha sedang dibuat untuk mengumpul satu pasukan jurutera untuk memeriksa tahap keselamatan tiga projek mega yang baru siap di negeri ini.

Sepatutnya, walaupun tanpa apa-apa arahan, JKR Negeri Terengganu perlu bertindak menjalankan pemeriksaan berkala terhadap keselamatan bangunan-bangunan dan semua projek yang dibuat dalam era bekas Menteri Besar Terengganu, DSIJ yang dikatakan seorang pemimpin bertaraf dunia.

Tidak usah tunggu arahan. Lagipun, dari kenyataan MB Terengganu, permintaan supaya JKR memantau bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sudah dibuat tetapi belum ada apa-apa tindakan sehinggalah bumbung itu runtuh.

Kalau boleh, JKR Negeri menjalankan siasatan terhadap tahap keselamatan iaitu menjurus kepada aspek teknikal dan reka bentuk serta sama ada pembinaan tiga projek itu mengikut spesifikasi atau tidak.

Dalam masa yang sama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula mestilah terus menjalankan siasatan terhadap pelbagai spekulasi yang mengaitkan pembangunan projek-projek mega di Terengganu dengan unsur-unsur rasuah dan penyelewengan.

Dalam masa yang sama, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga perlu mempunyai jawatankuasa sendiri menyiasat kawan-kawannya, khususnya bekas-bekas Ketua Pemuda Umno bahagian, kalau-kalau mereka juga terkait dan terlibat dengan projek mega yang runtuh ini.

Jangan nanti, selepas JKR dapat jawapan, SPRM tahu cerita sebenarnya, tetapi Hishammuddin masih terkial-kial menerima pelbagai cerita palsu dari kawan-kawannya yang kebulor jawatan di dalam Umno negeri, hingga menyebabkan Hishammuddin tersilap membuat perhitungan.

Jesteru, Presiden Umno dan timbalannya, patutlah menimbang semula perlantikan Hishammuddin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu kerana kemelut politik Terengganu bukan disebabkan Datuk Ahmad Said sebaliknya disebabkan ‘ada kisah pembangunan projek mega’ yang mahu diselidungkan dari pengetahuan umum.

Hari ini, selepas bumbung stadium runtuh, ia mendedahkan banyak perkara. JKR kena siasat. SPRM kena siasat. Orang-orang politik kena siasat dan yang penting, jika ada bukti, hadapkan mereka ini ke muka pengadilan kerana mereka ‘tidak amanah ketika diberikan amanah’ untuk pembangunan negeri.

JKR tidak perlu menunggu arahan kerajaan negeri, tetapi mestilah mempunyai inisiatif untuk mengambil tanggungjawab mencegah lebih baik dari mengubati manakala SPRM juga sepatutnya tidak menunggu sehingga bumbung stadium runtuh baru hendak sibuk-sibuk merakamkan gambar-gambar bagi tujuan penyiasatan.

PAC di peringkat negeri dan PAC di peringkat Parlimen juga perlu turun menjalankan siasatan. Jangan cuba menyembunyikan sesuatu. Jika ia tidak disiasat dan tidak dibendung, penyakit ini akan terus merebak dan akhirnya, bukan sahaja bumbung stadium runtuh, malahan, kerajaan juga akhirnya akan runtuh.

Sehingga hari ini, selepas kejadian bumbung stadium runtuh, tidak kedengaran suara Geng 10 yang membidas Datk Ahmad Said melantik bekas pemandu ambulan menjadi pengerusi sebuah syarikat kerajaan negeri (GLC).

Tetapi lebih baik rasanya memberi tempat kepada orang yang tidak berpendidikan tinggi jika nyata mereka tidak menyeleweng, daripada meletakan seseorang yang mendakwa bertaraf dunia tetapi melantik kontraktor yang hanya mampu memasang bumbung yang boleh bertahan, setahun sahaja.

Ramai yang merindui cerita Geng 10 yang cukup hebat menyerang kepimpinan Menteri Besar. Mereka sepatutnya turut menyerang mereka yang bertanggungjawab membina stadium yang bumbungnya boleh runtuh sedangkan mereka melantik kontraktor dari luar Negara.

Geng 10, di manakah pakar-pakar strategi yang mereka ada kerana pakar-pakar ini sepatutnya digunakan untuk menjalankan kerja-kerja yang baik dan bukan membuat kerja menghantar sms bernada ugutan dengan niat mahu memboikot persidangan DUN Terengganu.

Ingat! Semua pihak yang bertanggungjawab, hendaklah menjalankan pemeriksaan terhadap semua projek terdahulu dan jika perlu, siasat juga siapa sebenarnya kontraktor yang mendapat projek ini…hem,hem,hem….orang kampong semua dah tahu!