Daripada Malaysiakini
Berdasarkan hirarki parti dan pentadbiran kerajaan Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dianggap pelapis nombor satu kepemimpinannya, kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Ahmad-lah. (Beliau) itu pelapis nombor satu. Orang boleh terima atau tidak (kepemimpinan) dia, wallahu a'lam. Tetapi saya sekarang ini letak dia sebagai timbalan nombor satu," kata menteri besar Kelantan kepada Malaysiakini.
"Dan tugas saya sekarang ini, saya serah pada dia. Tugas pentadbiran negeri banyak saya serah padanya."
Nik Abdul Aziz mengulas isu penggantinya setelah muncul pelbagai spekulasi berhubung perkara itu susulan cadangan exco kerajaan negeri Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah supaya “pelan peralihan kuasa” diumumkan.
Selain Ahmad, Nik Mohd Amar sendiri turut disebut-sebut mengisi jawatan itu apabila beliau dibawa bertanding di peringkat DUN dalam pilihan raya umum 2004.
Seorang lagi calon yang dispekulasikan, exco kanan kerajaan Datuk Husam Musa, bekas setiausaha menteri besar itu yang dianggap anak didik Nik Abdul Aziz.
Ketiga-tiga Husam, Nik Mohd Amar dan Ahmad timbalan pesuruhjaya PAS negeri.
Ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, Nik Aziz berkata, berdasarkan hirarki tersebut, beliau tidak memerlukan satu pelan peralihan kuasa yang khusus kerana penggantinya akan dipilih secara automatik berdasarkan kekananan jawatan.
"(Secara) automatiklah. Automatik cara parti. Betul ke begitu, wallahu a'lam. Tetapi persiapan payung itu ada. Bila hujan, kita ada payung.
"Hendak pakai payung atau pergi begitu sahaja, terpulanglah," jelasnya, Khamis lalu.
Beliau, yang juga mursyidul am PAS, menambah, dalam masa terdekat ini, tiada sebarang peralihan akan dibuat kerana tiada tuntutan daripada parti itu.
"Orang PAS tidak ada (desak peralihan kuasa). Tengoklah, di tepi-tepi jalan, (orang berdemonstrasi sebut) 'jangan kacau Tok Guru'," katanya, merujuk demonstrasi besar menyokong kepimpinannya, 4 Disember lalu.
Tambahnya, hanya masalah kesihatannya – yang sering mendapat rawatan – dan arahan parti sahaja yang boleh membuatkannya, kini 78 tahun, berundur daripada jawatannya.
"Selagi PAS terima saya, saya berkhidmat. (Kalau) PAS kata, 'petang ini, berhentilah Tok Guru', saya berhenti terus," kata Nik Abdul Aziz.
Thursday, December 17, 2009
KRISIS PEREBUTAN TAKHTA DI KELANTAN?
Daripada mStar/Malaysiakini
Isu sensasi yang menyelubungi Istana Kelantan ekoran pergolakan rumah tangga Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan model Indonesia, Manohara Odelio Pinot kini beralih ke satu episod baru apabila Tengku Fakhry mencabar kekandanya di mahkamah pula.
Dan tindakan Tengku Temenggong Kelantan itu bakal mencetuskan krisis baru dalam pergolakan dalaman istana di negeri Serambi Mekah itu.
Hari ini, Tengku Fakhry mencabar keputusan kekandanya, Tengku Muhammad Faris Petra yang juga Pemangku Sultan Kelantan yang membatalkan kedudukan beliau sebagai Ahli Majlis Perajaan negeri itu di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu.
Tengku Fakhry, 31, merupakan anakanda ketiga Sultan Kelantan dan merupakan seorang lagi waris bagi takhta di istana negeri.
Hakim Mohamad Ariff Md Yusof hari ini menetapkan 31 Disember ini bagi keputusan permohonan yang dikemukakan oleh Tengku Temenggong itu.
Tindakan itu dilihat sebagai sesuatu yang menyebabkan pergolakan di istana Kelantan susulan surat pelucutan tersebut yang diterima putera itu daripada setiausaha kerajaan Kelantan, 16 September lalu.
Tengku Faris kini dilantik Pemangku Raja Kelantan susulan kegeringan yang dihadapi Sultan dan dirawat di Singapura.
Tengku Fakhry yang juga Tengku Temenggong Kelantan, mendakwa pelantikannya dalam majlis tersebut adalah sah kerana ia dibuat oleh bapanya.
Majlis Perajaan merupakan badan yang bertanggungjawab mengesahkan penabalan waris dan kedaulatan kerajaan negeri itu selain menentukan kekosongan takhta jika sultan tidak dapat menjalankan tugasnya dalam tempoh masa yang lama atas sebab-sebab tertentu.
Beliau dipilih oleh ayahandanya menganggotai majlis berkenaan kira-kira lapan tahun lalu.
Sementara itu, ketua peguamnya K. Shanmuga berkata, tindakan Tengku Faris itu dilihat dalam keadaan tertentu sebagai cuba merampas kuasa sultan.
“Perlembagan Negeri Kelantan jelas menyatakan, hanya sultan yang berhak mengubah kedudukan ahli di dalam majlis tersebut. Tengku Mahkota hanya memangku takhta selama mana sultan uzur," katanya selepas menyerahkan permohonan semakan kehakiman berhubung keputusan pemangku Sultan Kelantan itu.
Dalam kenyataan permohonan semakan berkenaan menyebut, Sultan Kelantan gering sejak Mei yang menyebabkan Tengku Mahkota dilantik sebagai pemangku pada 25 Mei.
Baginda dimasukkan ke hospital di Singapura sejak bulan itu tetapi baginda dilaporkan semakin pulih.
Shanmuga berkata, memang Tengku Mahkota merupakan pewaris utama takhta Kelantan. Bagaimanapun pelantikannya bukan secara automatik sebaliknya perlu disahkan kedaulatan pemerintahannya oleh Majlis Perajaan.
“Jika beliau tidak disahkan, maka adiknya Tengku Bendahara sebagai pewaris kedua berhak disahkan oleh majlis berkenaan dan jika itu tidak berlaku maka pewaris seterusnya iaitu Tengku Temenggong berhak mewarisi takhta,” jelasnya.
Dalam permohonannya yang difailkan pada 1 Disember lalu, Tengku Fakhry menamakan kekandanya, Tengku Mahkota; kerajaan negeri, setiausaha Majlis Perajaan dan lima yang lain iaitu ahli majlis terbabit yang dilantik oleh pemangku sultan pada 24 Mei lalu sebagai responden.
Dalam kenyatannya, Tengku Fakhry ketika itu mendakwa bahawa Tengku Mahkota dipilih oleh majlis berdasarkan Artikel 22A Perlembagaan Kelantan semasa sultan tidak berupaya menghadiri hal ehwal kerajaan negeri.
Beliau mendakwa pernah menulis surat pada 25 Oktober kepada setiausana majlis bagi mendapat penjelasan mengenai tindakan melucutkan kedudukannya dalam majlis dan surat itu dijawab pada 26 Oktober dengan menyebut bahawa ia adalah perintah Tengku Mahkota.
Selain itu, putera sultan berkenaan meminta mahkamah membatalkan keputusan tersebut atau mengisytiharkan bahawa pembatalan pelantikan adalah bertentangan dengan perlembagaan negeri.
Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi yang mewakili responden dalam bantahannya berkata bahawa Tengku Mahkota mempunyai kuasa mutlak untuk melucut keahlian mana-mana ahli majlis.
Beliau berkata, keputusan itu tidak boleh dipersoalkan oleh mahkamah kerana tindakan itu merupakan prerogatif diraja yang tidak boleh dibicarakan.

NIK AZIZ NAFI AKAN ROMBAK EXCO
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata barisan Exco Kerajaan Negeri sekarang akan dikekalkan dan tidak akan berlaku sebarang rombakan dalam tempoh terdekat ini.
Beliau berkata khabar angin kononnya akan berlaku rombakan adalah tidak benar.
"Saya beri jaminan tidak akan berlaku rombakan exco," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Mengenai pertukaran beberapa pegawai kanan kerajaan, Nik Aziz berkata itu adalah perkara biasa dalam memantapkan pentadbiran negeri.
Mengenai keputusan kerajaan negeri untuk membawa balik Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra yang sedang menerima rawatan di Singapura, Nik Aziz berkata, ia adalah satu langkah psikologi untuk mendekatkan ingatan rakyat Kelantan agar sentiasa mendoakan kesejahteraan baginda.
"Faktor perbelanjaan atau kewangan adalah perkara kedua, tetapi yang nyata ialah psikologi minda rakyat terhadap Sultan dalam menghadapi suasana itu. Kalau tidak ada dalam negara bagi tempoh sebulan dua, itu perkara biasa," katanya.
Nik Aziz berkata kerajaan negeri bagaimanapun masih menunggu keputusan perubatan baginda sebelum langkah seterusnya diambil.
"Apa pun Tuanku Sultan akan dirawat di hospital yang dipilih dalam negara dan bukannya di Istana," katanya.
Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas, berkata beliau tetap memuji Datuk Seri Najib Razak dalam usaha Perdana Menteri membantu umat Islam di Selatan Thailand.
Menurutnya, beliau terpaksa akur dengan kebaikan seseorang itu walaupun orang itu merupakan musuh dalam politik.
"Mana boleh manusia ini buruk 100 peratus dan baik 100 peratus. Yang baik 100 peratus itu adalah malaikat, dan buruk 100 peratus itu adalah syaitan. Saya (kalau boleh) berusaha nak jadi malaikat," katanya.
Sumber: Bernama

Subscribe to:
Posts (Atom)