Analisis
oleh Hambali Abdul Latiff
Ahad
(lusa) akan menentukan pendirian Parti
Keadilan Rakyat (PKR) sama ada menyahut putus hubungan kerjasama dengan PAS.
Bermakna, jika ia benar-benar berlaku, lebih 5,000 ahli PAS di Selangor tidak akann tidur dengan lena.
Ini kerana kerana jika PKR membuat
keputusan itu, kesemua 5,000 ahli PAS yang
ada jawatan dalam kerajaan Selangor sewajarnya meletakkan jawatan atau dipecat.
Laporan
menyebut, PAS dijangka kehilangan 5,000 pelbagai jawatan dalam
Kerajaan Selangor sekiranya meninggalkan pentadbiran kerajaan negeri itu.
Keputusan ini memang rumit, namun kesombongan sesetengah pihak dalam PAS menangani isu ini akan menyebabkan
5,000 ahli Pas Selangor akan 'berputih mata'.
Persoalannya, apakah keesemua mereka sanggup meletakkan jawatan atau meninggalkan 'sedikit kesenangan' yang sudah dikecapi sejak selepas pilihan raya umum lalu?
Apakah mereka gembira
dengan keputusan PAS membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR, tanpa mengambil
kira kepentingan dari segi jawatan dan pendapatan ahli-ahlinya dalam kerajaan
Selangor?
Nampak gayanya Menteri
Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali sedang berusaha untuk mengekalkan
PAS dalam pentdbiran Selangor bukan sekadar kerana mengekalkan kestabilan politik
tetapi juga menjamin yang sedang menikmati ‘kesenangan’ sekarang tidak menjadi
mangsa politik PAS.
Banyak pihak yang kurang
memahami dilemma ahli PAS Selangor akan mudah meminta supaya semya Exco PAS seharusnya melepaskan jawatan di dalam Kerajaan Selangor selepas parti Islam
itu memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR.
Ini termasuk seruan oleh pensyarah
Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian
Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin
Mohd Sani yang menyebut bahawa tiada
alasan buat Exco Pas untuk kekal memegang jawatan itu.
Ini kerana parti itu
sendiri telah sebulat suara memutuskan untuk hentikan sebarang kerjasama dengan
PKR yang merupakan sebahagian dari Kerajaan Selangor.
Ini bertentangan dengan
kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk
Takiyuddin Hassan yang memaklumkan tiga exco parti berkenaan kekal dalam
Kerajaan Selangor sehingga Menteri Besar, buat keputusan dan dapatkan
perkenan Sultan Selangor.
Azizuddin berkata, PAS
tidak sepatutnya menyerahkan kepada Azmin untuk membuat keputusan selepas
parti itu membuat keputusan memutuskan hubungan dengan PKR.
Malah seorang lagi
penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, Exco Pas
sepatutnya perlu mengikut keputusan muktamar dan Majlis Syura Ulamak yang
sebelum ini memutuskan agar tahaluf siyasi itu dihentikan.
Tidak wajar untuk
penganalisis politik berkenaan mengatakan sekiraya Exco terlibat tidak mengikut
arahan parti, pihak terbabit boleh dikenakan tindakan disiplin kerana masih
menjalinkan hubungan kerjasama dalam Kerajaan Selangor.
Anaiis politik dengan
kepentingan politik dan merasai 'laba politik' semasa jauh bezanya.
Nampaknya di pihak PAS juga sudah ada nada lembut bahawa selepas memutuskan untuk kekal dalam kerajaan negeri
Selangor dan menyerahkan kedudukan tiga Exconya kepada istana dan menteri
besar, PAS sudah mengumumkan hasrat untuk bertemu Menteri Besar Selangor bagi
membincang pelbagai isu yang melibatkan Kerajaan Negeri Selangor dalam masa
terdekat.
Keputusan itu, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
dicapai pada mesyuarat jawatankuasa parti itu hari ini.
"PAS akan diwakili oleh Timbalan Presiden, Naib Presiden dan
Setiausaha Agung," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan ringkas.
Bagaimanapun tarikh dan waktu pertemuan akan diputuskan kemudian.
Hakikatnya, jika PKR mahu
membandingkan ‘keuntungan jawatan dan kesenangan hidup’ antara pemimpin politik
PAS di Selangor dengan pemimpin PKR di Kelantan, perbezaaan kedua-duanya amat ketara.
Di Kelantan, PKR akan hanya
kehilangan 45 jawatan dalam Kerajaan Kelantan setelah Presidennya, Datuk Seri Dr
Wan Azizah Wan Ismail mengarahkan semua ahlinya yang menerima lantikan jawatan
dalam pentadbiran Kerajaan Kelantan meletak jawatan.
Oriental Daily yang memetik sumber mengatakan,
di Kelantan, PKR ada 39 ahli majlis daerah, tiga penyelaras Dewan Undangan
Negeri (DUN) dan tiga jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Jumlah
keseluruhannya adalah 45.
Sebaliknya, PAS Selangor
akan berada di pihak paling merugikan sekiranya parti itu berhasrat
meninggalkan Kerajaan Selangor.
Kenapa sedemikian?
Ini kerana setakat hari
ini, hampir 5,000 ahli Pas memegang pelbagai jawatan yang dilantik oleh
Kerajaan Selangor, termasuklah ketua kampung, ahli jawatan kuasa masjid, ahli
majlis perbandaran dan ahli majlis daerah.
Malah, seramai sekurang-kurangnya
500 ketua kampung di seluruh Kelantan, namun tidak ada seorang pun ahli PKR
dilantik memegang jawatan berkenaan.
Sebaliknya, tiada seorang
pun ahli PKR dilantik sebagai ketua kampung di Kelantan.
Apakah kerajaan Selangor
yang dipimpin oleh PKR, termasuk gabungan mereka, DAP dan AMANAH, bertindak
jahat dan kejam kepada pemimpin PAS di Selangor?
Apakah untungnya kerjasama
PKR dan PAS sebenarnya? Ada mengatakan sebenarnya selepas PRU13, PKR tidak banyak
dapat faedah hasil kerjasama antara PKR dan PAS.
Yang nyata di kalangan
pemimpin PKR, mereka anggap arahan Wan
Azizah yang meminta semua ahlinya meletakkan jawatan dalam pentadbiran Kerajaan
Kelantan adalah tepat.
Ia bagi mengelak akar umbi
parti itu tidak lagi rasa keliru dengan pendirian parti.
Namun di pihak PAS, jika
benar-benar PAS putuskan hubungan dengan PKR dan ahli PAS tidak menyertai
gabungan kerajaan pembangkang di Selangor, apa akan jadi kepada 5,000 ahli PAS
berkenaan.
Berputih mata, hilang
pekerjaaan dan hilang sumber kehidupan, gara-gara mainan pemimpin atasan PAS
yang kononnya ‘berperinsip’.
Bersediakah PAS
mengorbankan pemimpin dan ahlinya di Selangor?
"Dengan keputusan
yang dibuat ini, sudah tentu semua ahli PKR faham dan jelas mengenai hala tuju
yang ingin dibawa oleh parti mereka di Kelantan," katanya.