Saturday, January 3, 2009

ANUAR MUSA - PAS GAGAL KETENGAH CALON BERWIBAWA....

(www.kt-bn.blogspot.com)

Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan melihat PAS gagal mengetengahkan calon yang boleh dianggap tokoh dan berwibawa untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu apabila meletakkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut.

Mohd Wahid sudah lima penggal memegang jawatan ADUN dan pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO), pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Tan Sri Anuar Musa berkata, sepanjang perkhidmatan Abdul Wahid Endut termasuk semasa PAS memerintah Terengganu, tidak ada sumbangan besar yang diberikan beliau kepada pengundi di kawasan Wakaf Mempelam.

Tidak banyak berlaku perubahan di DUN Wakaf Mempelam dalam tempoh lima penggal beliau menjadi ADUN kawasan tersebut, katanya.

Berbanding dengan calon Barisan Nasional (BN), Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh, merupakan seorang tokoh dan dikenali di peringkat nasional.

Beliau merupakan seorang Timbalan Menteri dan pernah memegang pelbagai jawatan penting di peringkat nasional, termasuk menjadi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau kini diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri untuk bertanding dalam pilihan raya kecil ini. Jika beliau menang sudah tentu Perdana Menteri akan memberi pertimbangan untuk memberikan jawatan penting kepada beliau dalam kerajaan bagi membolehkannya mencurahkan khidmat kepada rakyat.

"Oleh itu, saya berpendapat amat rugi jika pengundi kawasan Parlimen Kuala Terengganu mengundi calon Pas kerana terbukti bahawa Mohd Wahid tidak berupaya untuk merubah keadaan di kawasan Wakaf Mempelam walaupun pernah memegang jawatan sebagai EXCO.

Malah, pemilihan Mohd Wahid sebagai calon Pas untuk pilihan raya kecil ini mengejutkan banyak pihak.

Di kalangan pemimpin PAS dan PKR sendiri, tidak terdapat persefahaman mengenai pemilihan calon. Sebagai jalan tengah, saya difahamkan PAS terpaksa mengemukakan calon ini sebagai kompromi selepas beberapa nama yang disebut-sebut sebelum ini tidak dapat memberi kepuasan kepada pihak-pihak berkenaan," ujarnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan di Bangunan UMNO Terengganu di Kuala Terengganu.

Badan Perhubungan UMNO Kelantan tetap menghormati keputusan PAS mencalonkan Abdul Wahid, tetapi percaya bahawa pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu sudah matang dan bijak dalam membuat pilihan mereka. Mereka sudah pasti akan memilih calon BN yang mempunyai hubungan rapat dengan Kerajaan Pusat bagi memastikan kesinambungan proses pembangunan di sekitar Bandar Kuala Terengganu.

Tambahan pula, calon BN sebelum ini, Allahyarham Dato’ Razali Ismail yang memegang jawatan Timbalan Menteri Pelajaran, telah membuktikan perkhidmatan yang cemerlang dan sentiasa mengambil berat kebajikan pengundi, khususnya di bidang pendidikan. Sudah tentu Wan Farid akan terus mencurahkan khidmat seperti yang dilakukan oleh calon BN sebelum ini, jika BN menang sekali lagi dalam pilihan raya kecil kali ini.

UMNO Kelantan akan berkempen berhabis-habisan dalam pilihan raya kecil ini, khususnya di tiga kawasan peti undi dalam DUN Wakaf Mempelam, bagi memastikan calon BN akan menang dalam pilihan raya kali ini.

“Pihak kami meminta semua 2,000 cawangan UMNO yang ada di Kelantan supaya menghantar seberapa ramai wakil untuk mengiringi calon BN pada hari penamaan calon pada 6 Januari ini.”

UMNO Kelantan akan menggunakan konsep mesra pengundi dan menjelaskan kepada mereka apa kebaikan dan kelebihan mengundi BN. Dalam kempen tersebut, pihaknya akan mensasarkan golongan atas pagar yang boleh mempengaruhi keputusan pilihan raya.

Tuesday, December 30, 2008

HUDUD ALAPAS, HUDUDEOLOGI DAP

Oleh Belantan (mykmu.net) - 28 Disember 2008

DIA menggelar dirinya Ulama. Orang ramai menggelarnya Tok Guru. PAS pula mengakui dia sebagai Tok Guru dan Ulama. Sudah berabad Tok Guru menjadi Menteri Besar Kelantan.
Sebagai Menteri Besar, dia tidak dapat lari daripada bertindak secara politik dan mentadbir negeri ikut selera dan keupayaan sendiri.

Sebenarnya banyak rahsia pembohongan yang sengaja diputar belitkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, baik dari segi tutur kata, tindak-tanduk, pandangan dan pendapat yang secara terang-terangan tidak mencerminkan keperibadiannya sebagai "Ulama dan Tok Guru", yang menjadi idola kepada perjuangan menegakkan sebuah pemerintah Islam di Malaysia.

Dalam manifesto pilihan raya umum 1990, PAS berikrar akan melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan jika memerintah Negeri Kelantan. (Manifesto Pilihan Raya PAS bertajuk Program PAS Negeri Kelantan 1990)

"Hendak melaksanakan hukum hudud di negeri ini hanya boleh dibuat jika mendapat perhatian dan kerjasama daripada semua pihak." (Utusan Malaysia, 11 Februari 1998)

Sehingga kini, walau apapun alasan, hakikatnya PAS belum tertunaikan janjinya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Berabad lamanya. Dulunya Kerajaan PAS membayar RM250,000 untuk membuat draf tapi tak boleh laksanakannya kerana belum memenuhi syarat minimum.

Kerajaan PAS tidak mempunyai kemampuan dan tenaga pakar perundangan yang mencukupi. Hakim Syarie yang ada sekarang pun tidak mampu menepati 15 syarat yang perlu sebelum boleh membicarakan kes-kes Hudud ala-PAS, bukan Hudud Allah.

PAS tak boleh pinda hukum hudud asal mengikut seleranya sendiri. Kerana tidak mampu, Nik Aziz mula menuduh orang lain, mula-mula dia tuduh Sultan Kelantan tidak tandatangan sebagai tanda persetujuan, kemudiannya diugut Perdana Menteri pula. Akhirnya menuduh pula Islam Melayu, UMNO. Apa dah jadi dengan Tok Guru ini yang hanya mencari "skapegoat" supaya tuduhan diletak keatas bahu orang lain bertujuan menyuci tangan yang penuh dengan najis.

Pendedahan oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) bahawa Sultan Kelantan telah menandatangani pindaan hukum hudud jelas menunjukkan bahawa PAS bukan sahaja berbohong malah apa yang tersirat sebenarnya ialah mereka hanya menjadikan "hudud" sebagai propaganda politik - agar PAS dilihat sebagai parti politik yang memperjuangkan Islam.

Selain itu, "hudud" juga dijadikan umpan oleh PAS - umpan untuk pancing undi, umpan untuk mendapat kuasa lagi dan umpan supaya dengan kuasa itu, mereka boleh hidup mewah dan mengaut kekayaan negeri Kelantan.

"Sejarah hidup" PAS selama ini memang sering berdolak-dalik dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan Islam. Oleh sebab kononnya "baju" mereka adalah "baju Islam", maka hanya mereka sahaja yang layak untuk berkata tentang Islam - dan apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin mereka semuanya adalah "fatwa" yang boleh dipercayai.

Sikap totok kepada perjuangan yang walaupun songsang ini, membuatkan sebilangan penyokong PAS ditipu bulat-bulat tanpa kompromi! Jika bukan kerana pendedahan Ku Li, mungkin ramai yang mempercayai dakwaan pemimpin PAS bahawa tidak adanya perkenan dari Sultan Kelantan adalah antara penyebab kenapa hudud masih belum terlaksana di Kelantan.

Apalagi iktibar yang boleh didapati dari pendedahan ini selain dari pembuktian bahawa PAS memang tidak bersedia dengan pelaksanaan hukum hudud! Ini semua hanyalah omongan dan nawaitu tidak ikhlas pemimpin PAS untuk menunjukkan kehebatan tidak bertempat kepada rakyat - setelah mabuk kuasa!

Lebih menghairankan, PAS yang mendakwa mereka tidak pernah membazir telah menggunakan dana sejumlah lebih RM200,000 wang rakyat, diperuntukkan kepada sebuah syarikat guaman, semata-mata untuk membuat undang-undang yang masih belum terlaksana ini!

Pemimpin PAS suka menyembunyikan perkara yang sebenar dalam Islam.

Pemimpin PAS tiada rasa malu menggunakan nama ulama tapi sering kali menipu rakyat. Ini kerana pada hakikatnya mereka sedar dan mengetahui bahawa pada zaman keagungan empayar-empayar Islam dulu, orang Islam tidak sahaja menghafal al-Quran dan hadis, belajar tauhid dan belajar fikah tetapi mereka juga belajar sains, matematik, falsafah dan lain-lain ilmu dunia. Dengan cara itu mereka menjadi kuasa besar yang menguasai dunia pada zaman dulu.

Begitu juga dengan ulama-ulama pada zaman dulu bukan sahaja mengetahui ilmu fikah, tauhid dan lain-lain ilmu agama semata-mata, tetapi mereka juga mengetahui ilmu-ilmu dunia yang lain. Maka dengan itu ada antara ulama-ulama zaman dulu yang merupakan ahli perniagaan, doktor (bukan bomoh jampi), saintis, pembuat barang-barang dan lain-lain.

Disuruh bertaranum pun belum tentu Nik Aziz, Hadi, Husam dapat memberikan persembahan yang baik seperti adik-adik "Mari Bertaranum" di NTV9, inikan pula beliau meletakan gelaran khas Musyidul Am kepemimpinan tertinggi PAS kononya melambangkan pemerintahan Islam.

Dengan itu sistem pendidikan PAS yang memberi tumpuan kepada agama semata-mata seperti sering diperjelaskan oleh Nik Aziz demi melaksanakan apa yang dipanggil pembangunan akhirat adalah lari daripada ajaran Islam. Ini kerana tidak mungkin produk pendidikan PAS yang tahu cuma membangunkan akhirat dan tidak tahu pembangunan dunia boleh mewujudkan masyarakat yang ideal dalam erti kata adil, dapat mengurangkan kemiskinan ke tahap yang paling minimum dan negara menjadi aman damai dan sejahtera sebagai syarat utama untuk melayakkan dilaksana hukum hudud.

Rakyat seharusnya sedar bahawa para ulama PAS yang mendakwa diri mereka mengutamakan pembangunan akhirat itu sebenarnya mereka juga cintakan dunia kerana mereka kaya raya belaka. Contohnya kereta dan rumah mereka dan pendapatan "belakang" mereka. Dulu mereka miskin dan kini mereka kaya seperti ahli politik lain juga. Apa faedahnya mereka menjadi kaya jika betul mereka mengutamakan pembangunan akhirat terutama yang telah tua-tua itu?

Ada yang menjadi kaya secepat kilat seolah-olah mereka mendapat harta karun. Apakah betul pembangunan akhirat yang mereka laung-laungkan selama ini? Cara memomok-momokkan pembangunan akhirat oleh PAS adalah bertujuan untuk menuduh kerajaan dengan terang-terang menolak tidak mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Ketika terlalu ghairah mereka bukan sahaja menuduh kerajaan tidak mahu melaksanakan hukum hudud, tetapi menuduh kerajaan juga tidak mahu melaksanakan hukum Islam secara keseluruhannya. Namun yang pasti PAS lah yang sebenarnya yang menolak tidak mahu melaksanakan hukum hudud kerana ia menolak pendidikan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan dan dituduh sebagai sekular dan tidak Islamik.

Hakikatnya pendidikan dan pembangunan adalah merupakan di antara persiapan-persiapan awal yang diperlukan untuk melaksanakan ajaran Islam yang bersifat hukum hakam termasuklah hudud. Maka oleh kerana PAS tidak mengiktiraf pendidikan dan pembangunan, bererti ia sendiri yang menolak pelaksanaan hukum hudud atau sekurang-kurangnya meletakkan halangan supaya tidak melaksanakannya.

PAS menganggap pendidikan yang seimbang antara dunia dan agama seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai sekular. Bagi PAS, pendidikan mestilah pendidikan agama sahaja yang dianggap pendidikan yang Islamik. Dengan itu tidak hairanlah jika ada ustaz dan ulama PAS sering mengulit para pengikut dan penyokong mereka dengan dendangan? PAS mengutamakan pembangunan akhirat daripada pembangunan duniawi yang dilaksanakan oleh kerajaan?

Sekarang siapa yang tidak Islam iaitu tidak menuntut atau berusaha ke arah jalan yang sebenar-benarnya untuk membangunkan Islam dan seterusnya melaksanakan hukum Allah?

Jampi Adunan Mistik, Politik dan Agama

Melihat politik yang dibawa oleh golongan PAS lazimnya akan menemui jawapan yang sedikit berlainan berbanding pandangan sesetengah penceramah politik biasa. Faktor kemistikan dan pengaruh agama diambil kira dalam berpolitik oleh golongan PAS. Ada beberapa penceramah PAS yang berkempen terpaksa membahagikan masa antara ceramah agama, cerita politik dan keahliannya dalam bidang perubatan.

Orang yang datang mendengar kempen turut datang membawa bersama botol-botol air. Selepas selesai berceramah, terpaksa melayani permintaan orang ramai yang mengadu pelbagai masalah diri mereka, daripada masalah kesihatan hinggalah kepada kekusutan jiwa. Ada kalanya bilangan mereka yang menunggu lazimnya tidak dihampakan mereka dalam membacakan doa-doa untuk memohon kepada Allah bagi membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dialami oleh orang yang bertemunya. Selepas mendengar dan berdoa menyelesaikan masalah orang, kadangkala bertanya orang yang menemuinya sama ada "sudah menjadi ahli PAS ke belum?"

"Jika sudah, alhamdulillah. Kalau belum, kena jadi ahli PASlah". Habis sesi ceramah itu, orang yang menemuinya akan pulang membawa bersama botol-botol air tadi. Cerita doa-doa bukan terpencil dalam politik orang Melayu. Di Kelantan, sejak menjadi Menteri Besar pada tahun 1990, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, seorang ahli politik PAS, lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir, juga terpaksa berhadapan dengan fenomena yang sama.

Sejak bertahun lalu, Nik Aziz meluangkan masa di pejabatnya di Kota Bharu untuk menerima orang ramai yang hendak berjumpanya. Terdapat orang yang berjumpa untuk mengadu mengenai hal-hal pentadbiran, dan ada masa-masanya Nik Aziz terpaksa mendengar rungutan-rungutan mereka selama berjam-jam.

Di kalangan mereka, ada juga yang datang dari luar Kelantan semata-mata untuk meminta Nik Aziz membacakan doa air penerang hati untuk anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan. Nik Aziz yang lemah lembut jarang menghampakan orang. Dia akan membacakan doa-doa, dan orang tadi biasanya balik ke rumah dengan buah tangan daripada Menteri Besar. Anak-anaknya mungkin dapat meminum air penerang hati yang dibacakan oleh Tok Guru Nik Aziz.

Apabila anak-anak mereka ini lulus peperiksaan, maka sibapa menjaja akan keberkesanan air penerang-hati kepada ahli-ahli keluarga lainnya dan ahli jemaah PAS lainnya bahawa kemujaraban air penawar Nik Aziz. Maka secara tidak langsung tergadailah AQIDAH kerana mempercayai air penawar hati Nik Aziz dan bukannya ALLAH. Begitu mudah ahli, penyokong PAS terpesong aqidah mereka.

Apa yang ditawarkan Nik Aziz dan beberapa pemimpin PAS lain tidak dapat dilakukan oleh para pemimpin UMNO. Penyelesaian masalah kehidupan dalam UMNO ialah jika rakyat sakit, mereka perlu pergi ke klinik-klinik dan hospital; kalau anda ingin anak anda berjaya, pastikan dia rajin belajar, menerima pendidikan agama dan diasuh oleh guru-guru diiktiraf dan berkelayakan yang baik di sekolah-sekolah.

Jika anak-anak anda mempunyai masalah untuk mendapatkan biasiswa atau pinjaman pelajaran, wakil-wakil rakyat atau Ketua Bahagian UMNO, bersedia menulis surat cadangan atau rayuan kepada Menteri dan institusi tertentu.

PAS menawarkan satu perjuangan politik yang sekali-sekala bertaut dengan unsur-unsur keghaiban dan mistik manakala UMNO memberikan satu dimensi kemodenen.

Pemimpin UMNO berkempen ke kampung-kampung bercakap mengenai wajah-wajah Islam moden, pembangunan, kestabilan, kemakmuran, cabaran globalisasi, tuntutan perindustrian, kemerdekaan, perpaduan dan seribu lagi perkataan-perkataan yang membawa kemakmuran masa depan bagi negara ini.

PAS berkempen atas isu-isu murtad, kafir-mengkafir, pembangunan akhirat, taksiran Islam secara tradisional, kuasa dari langit, keadilan peribadi, pembaziran pembangunan, keyakinan kepada ulamak dan pengaruh syaitan.

Dalam beberapa kes, strategi PAS di negeri-negeri itu dibantu oleh gambaran umum kononnya pemimpin seperti Nik Aziz dan beberapa pemimpin PAS lain mempunyai kekuatan spiritual.

Bagaimana UMNO hendak berhadapan dengan orang ramai yang percaya bahawa pemimpin PAS yang berceramah juga pada masa yang sama boleh membantu mendoakan supaya penyakit yang mereka hadapi sembuh dan anak-anak menjadi cerdik.

Keyakinan itu menjadikan telinga dan mata sesetengah mereka tertutup dan ini dipagarkan lagi oleh tafsiran-tafsiran ortodoks tentang definisi ulamak, peranan golongan intelektual agama dan konsep politik Islam tradisional.

Politik pembangunan UMNO tidak membawa makna besar kepada golongan ini terutama yang ekstrim.

Susah untuk berhujah dengan mereka mengenai rasionaliti. Amalan dan fahaman ini banyak dikalangan pengikut fahaman Syiah dimana mereka akan berhujah dalam mempertikaikan hal-ehwal Islam walaupun ada kalanya hujah-hujah mereka bertentangan daripada Al-Quran dan Hadith sahih. Mereka akan membuka kitab-kitab Syiah dalam menyangkal apa sahaja yang dipersoalkan oleh ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Para pemimpin UMNO mempunyai tugas berat untuk membetulkan interpretasi-interpretasi tersebut yang berakar daripada perbezaan system nilai dan pandangan hidup kelompok Melayu-Islam di negara ini.
Jika diletak ke tepi segala emosi dan sandiwara yang dilihat dalam kempen dan ceramah PAS, UMNO tetap mewakili suara politik sederhana yang membawa harapan kestabilan, perpaduan kaum dan kemajuan di Malaysia ke sempadan yang lebih jauh.

UMNO menjanjikan kemakmuran bangsa, ketinggian martabat dan kekukuhan kuasa Melayu-Islam yang nilainya tidak sekali-kali setaraf dengan sebotol air penerang hati.

Konflik Hududeologi DA'PAS

Pertentangan ideologi yang wujud antara DAP dan PAS yang menggugat kerjasama antara parti pembangkang sukar disembunyikan lagi apabila DAP mengakui parti itu menghadapi konflik kepentingan dengan PAS. Konflik kepentingan yang wujud antara DAP dengan PAS timbul disebabkan manifesto bersama yang dilancarkan oleh barisan pembangkang telah tidak menyebut mengenai penubuhan sebuah negara Islam.

Menurut DAP, PAS boleh berbuat apa sahaja yang mereka suka termasuk memperjuangkan sebuah negara Islam tetapi tidak harus mengaitkan perjuangan parti itu dengan Pakatan Rakyat.

Sebelum itu, Presiden PAS mengesahkan ada mengarahkan Hadi Awang untuk membentangkang rang undang-undang bagi mengawal dan menyekat propaganda agama bukan Islam pada persidangan Dewan Rakyat. Cadangan Hadi itu bertentangan dengan ikrar yang dibuat oleh PAS dan rakannya dalam manifesto barisan pembangkang bertajuk "Ke Arah Malaysia Yang Adil".

DAP yang terkejut beruk dengan kenyataan itu mengarahkan PAS mengawal tingkah laku dan mengenakan tindakan displin terhadap Hadi Awang kerana cadangannya itu disifatkan tidak bertanggungjawab dan sungguh mengecewakan DAP.
Jelas dalam pakatan pembangkang ini DAP terus angkuh manakala PAS lebih rela menjadi tikus mondok yang hanya mengiyakan sahaja apa jua tindakan walaupun ia bersifat membelakangkan Islam. DAP berlagak seperti "big brother" cuba menekan PAS dan begitu biadap mempersoalkan displin pemimpin PAS. Di manakah maruah sebenar PAS dalam situasi ini.

DAP juga dilihat macam "kudung dapat cincin" cuba menyerapkan budaya parti itu yang suka memecat ahli-ahlinya dalam parti lain. Dalam Pakatan Rakyat ini, PAS betul-betul dijadikan hamba pada DAP hingga terpaksa tunduk dengan setiap tindakan yang ingin dilakukan DAP. PAS hilang suara, PAS hilang maruah, PAS hilang kuasa akibat gila kuasa dan terkurung dalam kebodohannya.

Pakatan Rakyat ini hanya retak menanti belah kerana pemimpin PAS dan penyokongnya tidak akan mahu selama-lamanya menjadi macai DAP. Kalau PAS masih sayangkan pakatan ini jadilah PAS sebagai macai yang dungu yang sentiasa tunduk di bawah telunjuk DAP, si kafir yang tak pernah menghormati Islam dan Ketuanan Melayu ini.

DAP semakin bimbang kerjasama disifatkan memakan diri apabila mula meragui keikhlasan parti gabungannya terutamanya PAS. Walaupun pembangkang cuba meyakinkan rakyat melalui manifesto yang dikeluarkan bersama tapi yang nyata masing-masing menyimpan gunting dalam lipatan.

Hakikatnya DAP tetap tidak akan menerima apa jua rancangan yang menuju ke arah Kerajaan Islam. Kit Siang mendedahkan perkara ini untuk menjaga kepentingannya dan penyokong DAP yang amat takut akan sikap PAS yang radikal dan tidak mengendahkan kepentingan kaum-kaum lain di negara ini.

Kalau DAP dan pihak pembangkang lain tidak menyokong matlamat negara Islam bagaimana boleh PAS bersekongkol dengan mereka yang akan menentang habis-habisan matlamat utama kewujudan PAS ini? PAS telah berjanji untuk menubuhkan Negara Islam dan ini amat dinanti-nantikan oleh para pengikutnya. Pihak pembangkang lainnya sudah membuat pendirian dan meluahkan perasaan tidak puashati mereka terhadap Negara Islam.

Namun kenapa PAS masih boleh berdiam tentang hal ini dan membiarkan penyokong-penyokongnya meracau di dalam gelap? Di dalam semua ceramahnya Pemimpin PAS mengelakkan dari menyentuh tentang komprominya dengan DAP dan PKR. Kenapa PAS takut sangat berbincang hal sebenarnya sedangkan penyokong dan rakyat Malaysia masih menunggu luahan dari mulut Nik Aziz tentang pengorbanan PAS yang terbesar ini?

Mengapa PAS mengambil jalan menfitnah pemimpin Kerajaan yang telah memulihkan ekonomi, membawa pembangunan dan merangsang kehidupan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia? Adakah ini untuk mengalih pandangan rakyat dari kebaculan PAS yang sanggup mengorban teras perjuangannya menegakkan Negara Islam hanya untuk mengambil hati DAP dan PKR?

Sedihnya bukan saja PAS sanggup berbohong kepada pengikutnya tentang komprominya dengan pembangkang lain PAS juga ternyata tidak mementingkan perjuangannya dan kepentingan para pengikut setianya bahkan umat Islam keseluruhannya.

Rakyat Malaysia terutama umat Islam diharapkan tidak mempercayai parti PAS ini yang tidak jujur dan ikhlas dalam perjuangan kerana pemimpinnya sanggup melakukan apa saja yang buruk dan kotor hanya untuk menang pilihan raya. Soal masa depan rakyat tidak penting bagi PAS yang penting hanyalah menjatuhkan Barisan Nasional yang telah membawa seribu macam pembangunan, kemajuan dan keamanan kepada rakyat dan negara ini.

PAS mengakui pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas yang menjadi asas perjuangan terpaksa ditangguhkan walaupun jika Pakatan Rakyat menguasai Malaysia kerana ia memerlukan persetujuan PKR dan DAP.

Naib presidennya Datuk Husam Musa berkata parti-parti dalam gabungan pembangkang telah menandatangani perjanjian pada Ogos lalu bahawa sebarang perubahan dasar perlu dibuat dengan persetujuan ketiga-tiga parti tersebut, lapor Bernama.
"PAS tidak akan mengambil langkah unilateral. Semua perkara akan diambil secara multilateral," katanya di Kota Bharu hari ini.

Dalam satu forum di sini pada Sabtu lepas, beliau berkata PAS akan tetap melaksanakan hudud tetapi pendirian itu dibantah oleh DAP. "Pasal hudud kita bincang, kalau tidak boleh terima lagi, kita tangguhkan lagi," kata Husam.

Beliau berkata banyak perkara perlu dilakukan untuk menggubal undang-undang hudud itu seperti mengadakan rundingan dengan badan-badan peguam dan mungkin perlu diadakan pungutan suara. DAP hari ini membantah hasrat PAS untuk menjalankan hudud sekiranya berjaya menguasai kerajaan persekutuan.

"Hukum hudud bukan dasar Pakatan Rakyat dan tiba giliran Husam menjelaskan apa yang dimaksudkannya," kata tokoh popular parti Lim Kit Siang hari ini.

DAP, tambahnya dalam satu kenyataan, terus dengan pendiriannya untuk mempertahankan wajah sekular bangsa dan negara Malaysia seperti dipersetujui dalam kontrak sosial oleh pengasas kemerdekaan negara 51 tahun lalu.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum, Mac lepas.

Ketua menteri Pulau Pinang berkata beliau akan menghubungi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu. Sah kini bahawa Anwar telah menjadi penasihat bagi Islam dan bukannya Ustaz-ustaz, tok-tok guru dalam PAS. Adakah Anwar kini telah dilabel sebagai penasihat Islam dalam Pakatan Rakyat selain dari PAS?

Terang lagi jelas, kepentingan politik lebih daripada kepentingan agama. Itulah yang boleh kita lihat apa yang ada pada kebanyakan pemimpin-pemimpin PAS pada hari ini.

Hakikatnya, perjuangan mereka juga sama dengan perjuangan parti-parti politik lain yang terdapat dalam negara ini. Begitu juga dengan para penyokong parti PAS.

Takbir sana...takbir sini, hinggakan bila cicak terjatuh dari siling dewan pun takbir juga. Tetapi hakikatnya perangai mereka sama saja dengan perangai ahli-ahli parti politik lain. Melalak melaungkan Takbir, tetapi apabila kilang arak berleluasa kononnya akan menghapuskannya jika diberi kuasa kini Tak'BIR' hanyalah salakan sahaja.

Cuba kita lihat yang terkini bersabit pendirian Naib Presiden PAS iaitu Husam Musa mengenai perlaksanaan hukum Hudud. Dalam forum beliau membuat pengakuan PAS akan melaksanakannya jika mereka memerintah negara ini. Disebaliknya bila diasak oleh DAP, beliau segera menukar kenyataan tersebut.

Persoalan penting di sini "Adakah pemimpin PAS lebih takut kepada DAP"?

Jika begitulah pendirian dan halatuju PAS masa sekarang, adalah lebih baik mereka bergabung semula dengan UMNO seberapa segera sebelum PRU-13 demi kepentingan umat Melayu dan Islam di negara ini.

Kini tidak ada apa-apa perbezaan lagi antara Islam yang diperjuangkan oleh PAS dengan Islam yang diterapkan oleh UMNO. Semakin lama PAS bersekongkol dengan DAP, maka semakin tersasar arah perjuangan parti mereka. Oleh itu adalah lebih baik sekiranya mereka berpatah balik dengan segera.

PAS dikatakan memaksa orang lain untuk buat hudud. Mengapa sampai sekarang ini PAS tidak boleh lagi pengaruhi DAP dan ahli-ahli parlimen bukan Islam dalam PKR untuk terima hudud? Anwar Ibrahim tidak tolong PAS untuk convience mereka terima hudud?

DAP masih lagi tegas tidak mahu hudud. Apa sahaja PAS mahu buat DAP reject. Pemerintahan cara Islam di negeri Pakatan Rakyat pun ditolak oleh DAP. Malah di Pulau Pinang, bila DAP memerintah kerusi Exco Kerajaan Negeri tidak pun diberi kepada PAS. Inilah pakatan murni dalam Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim selaku Ketua Pakatan Rakyat mahu menyebelahi siapa dalam soal hudud ini? PAS atau DAP? Dalam isu babi PAS diam seribu bahasa. Takut pada DAP?

Akibat pukulan dan desakan DAP ini, Husam yang tampak berani dan bersemangat tinggi semasa majlis Wacana di Balai Islam Kota Bharu, tiba-tiba pula menjadi ikon transformasi politik layu di mana dengan longlai dan lesunya tunduk kepada gertakan DAP. Tidak sampai dua hari selepas Husam dengan lantang memberi jaminan kepada penyokong tegar PAS di gelanggangnya sendiri bahawa hudud akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan, beliau sudah pun "surrender" dan kata hukum hudud tidak akan dilaksanakan kerana memerlukan persetujuan rakan kongsi "senior" dalam Pakatan Rakyat yakni PKR dan DAP.

Kenyataan "u-turn" Husam dalam tempoh yang amat pendek sekali memberikan kita satu lagi contoh dimana PAS terpaksa tunduk kepada desakan parti DAP. Dimanakah prinsip PAS yang dikatakan oleh Husam semasa beliau bentangkan mukadimahnya di Wacana tersebut yang mana antara "P" penting yang disebut adalah prinsip? Takkan prinsip boleh dibuang begitu mudah sahaja?

Memang sesuatu yang dijangkakan DAP pasti menentang cadangan Hudud dan Qisas ni. Kenyataan Husam yang dbuat akibat tekanan dan provokasi oleh Khairy Jamaluddin hanya memakan dirinya sendiri. Tentulah kata-kata Husam itu disorak gembira oleh penyokong PAS sewaktu wacana itu, tapi jika dibuat untuk populariti semata-mata akhirnya menyusahkan diri sendiri.

Nampaknya Lim Guan Eng yang dianggap khalifah dan dikatakan 'faham Islam' sendiri yang mengeluarkan kenyataan menentang Hudud dan Qisas. Malangnya selama ini pemimpin PAS hanya menganggap orang UMNO sahaja yang tak nak Hudud tapi jika direnungkan dengan melihat penyokong PAS dan PR, sebenarnya mereka sendiri pun takut pada pelaksanaan Hudud ini.
Jika benarlah PAS ikhlas nak buat Hudud dan Qisas, lebih baik mulakan di Kelantan di mana DAP langsung tak ada pengaruh dan tak ada kuasa di sini. Mampukah?

Dulunya menurut Hadi persoalan mengenai agama Islam tidak menjadi isu utama dalam pentadbiran di negeri-negeri yang dikuasai pakatan tiga parti itu. "Jangan jadikan Islam sebagai isu, Islam adalah agama dan dalam Islam kita diajak bermuafakat bagi apa jua perkara...gunakan panduan itu dalam politik juga," katanya dalam sidang akhbar di pejabat PKR di Petaling Jaya yang dihadiri oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

Lim pula berkata pakatan itu banyak belajar daripada kesilapan ketika Barisan Alternatif diwujudkan pada tahun 1999 menyebabkan ia tidak kukuh kerana mesej perjuangan kurang jelas.

RENUNG SEJENAK UNDANG-UNDANG TUBUH PAS

Dalam undang-undang tubuh PAS Bab Pertama (Fasal 2, Ceraian 2) telah menerangkan secara jelas perkara tersebut iaitu: "Memperjuangkan cita-cita lslam dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara". Sementara dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 1993) Bab Ketiga (Fasal 5, Ceraian 1) telah menyebutkan: "Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah".

KATA-KATA PENGASAS DAN PENGGERAK AWAL PAS :

"Kita adalah umat lslam, dengan sebab itu kita ingin melihat hukum-hukum Allah itu dapat dilaksanakan di bumi Allah ini. Kalau dulu cita-cita lslam itu dapat dilaksanakan, maka tidak ada sebab mengapa kita ketinggalan. Maka dengan dorongan ini, dan dengan kepercayaan bahawa hanya dengan ajaran lslam, dengan dasar hidup lslam itu sahajalah kita boleh selamat, maka inilah sebabnya kita percaya kepada pergerakan kita, kepada persatuan kita sendiri.

"Kita mahu merdeka sama seperti orang lain, kita mahu makmur sama seperti orang lain, kita mahu sama rata sama seperti orang lain. Akan tetapi semuanya itu, kemerdekaan kita, kemakmuran kita, dan sama rata kita, semuanya kita mahu dilingkungi oleh hukum-hukum lslam, oleh kebijaksanaan yang dipesan oleh Allah SWT dan oleh Nabi Muhammad SAW". - Prof. Zulkifli Mohamad

Perosak Menjadi Ulama

Nik Aziz yang dianggap ulama oleh PAS telah mengkhianati Agama Islam DEMI KEPENTINGAN PERIBADI DAN PERJUANGAN PARTI PAS. Nik Aziz tidak layak digelar ulama sebaliknya boleh digelar perosak kepada Agama Islam.

1. MENGAKU MENYELEWENGKAN AJARAN ISLAM SEMATA-MATA UNTUK MEMELIHARA PERJUANGAN PARTI PAS

2. MENGAKU MENYESUAIKAN BEBERAPA TAFSIRAN AYAT AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA MENJUNJUNG PERJUANGAN PARTINYA

3. MENGHASUT RAKYAT MEMBENCI DAN MENJATUHKAN KERAJAAN YANG MENDIRIKAN PERJUANGAN AGAMA ISLAM

4. MENGHAPUSKAN PERJUANGAN UNTUK MENDIRIKAN NEGARA ISLAM

5. MEMBOHONGI RAKYAT DENGAN BERBAGAI JANJI

6. MEMUSUHI UMAT ISLAM DENGAN MEMECAH-BELAHKAN MASYARAKAT MELAYU DI KELANTAN DAN MEMULAUKAN APA SAHAJA KEGIATAN KHAIRAT ORANG-ORANG ISLAM YANG TIDAK SEHALUAN DENGAN PAS

7. MELINDUNGI SHAHNON AHMAD (PENULIS MUNAFIK SAMA TARAF SALMAN RUSHDIE)

8. GAGAL MEMPERKENALKAN HUKUM HUDUD DI KELANTAN KERANA TERLALU CETEK DALAM BIDANG PERUNDANGAN ISLAM)

9. MENGELUARKAN FATWA ISLAM DENGAN SEWENANG-WENANGNYA TANPA MERUJUK MANA-MANA PIHAK

10. MENGHALAKAN SIFAT CARUT-MENCARUT DAN KATA-MENGATA DI KALANGAN UMAT ISLAM

11. MENDAKWA TUHAN MENCARUT HAMBANYA DALAM AL-QURAN DALAM SURAH AL- LAHAB


12. MENIPU RAKYAT UNTUK MEMBENTUK PERLEMBAGAAN ISLAM MENJADIKAN KELANTAN 'SERAMBI MEKAH?'


13. MENGHALALKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DARI KALANGAN ORANG KAFIR


14. MENGHALALKAN PERSEPAKATAN DENGAN SYAITAN UNTUK MENANG DALAM PILIHANRAYA


15. MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM DENGAN MENGAJAK MEREKA BERMUSUHAN SESAMA SENDIRI, TERUTAMANYA DENGAN ORANG-ORANG ISLAM YANG TIDAK SEHALUAN DENGAN FAHAMAN PAS.


16. MELAKUKAN DOSA DENGAN MENJANJIKAN SYURGA KEPADA ORANG-ORANG YANG MENYERTAI PAS


17. MENGKAFIRKAN UMNO DAN MENUDUH ORANG-ORANG UMNO KAFIR


18. MENUDUH ULAMA-ULAMA KERAJAAN FASIK. HANYA ULAMA PAS YANG MAKSUM

19. MENGAKUI BAHAWA DIRINYA ULAMA YANG DITERIMA AGAMA ISLAM

20. MENGELUARKAN FATWA BAHAWA DR. MAHATHIR MAHAFIRAUN DAN KAFIR KERANA MENENTANG ISLAM

21. MENDAKWA DR. MAHATHIR ANTI-ULAMA DAN PARTI UMNO SAMA SEPERTI PARTI ORANG KAFIR

22. GAGAL MEMERINTAH KELANTAN . KELANTAN MENJADI MUNDUR


23. MENGHALALKAN RAKYAT KELANTAN HIDUP DALAM KEMUNDURAN


24. MELINDUNGI KRONI-KRONINYA YANG MELAKUKAN JENAYAH KHALWAT SEPERTI KES MAT SABU


25. MENGHALALKAN FITNAH KEPADA PEMIMPIN UMNO DAN BN SEMATA-MATA UNTUK MENGHADAPI PILIHANRAYA


26. MENGGANTUNG BEBERAPA PERATURAN DALAM AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA UNTUK MENGHADAPI KEMPEN PILIHANRAYA


27. MEMPERMAIN-MAINKAN AL-QURAN, HADITH DAN AGAMA ISLAM UNTUK KEPENTINGAN PERIBADINYA.


28. MEMEPERSENDA-SENDAKAN NAMA ALLAH PADA SETIAP FATWA DAN CERAMAH YANG DIBERIKAN

29. BERTINDAK SEBAGAI IMAM MAZHAB APABILA MENGELUARKAN FATWA TANPA BERMUZAKARAH

30. MENGANGKAT DIRINYA SENDIRI SEBAGAI ULAMA TETAPI BELUM MAHIR DALAM SISTEM PERUNDANGAN ISLAM


31. MELANTIK ORIENTALIS-ORIENTALIS TIMUR SEPERTI DATO HASSAN DAN SHAHNON AHMAD SEBAGAI ULAMA SEDANGKAN MEREKA TERANG-TERANGAN MEMPERMAIN-MAINKAN AGAMA ISLAM


Justeru itu, sebagai umat Islam yang senantiasa mengutamakan AQIDAH, perlu fikirkan ADAKAH NIK AZIZ DAN PAS MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM ATAU MENYESATKAN UMAT ISLAM DARIPADA AJARAN YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH?

Telah lama pemimpin-peminpin PAS sebenarnya yang cukup besar menyesatkan umat Islam di Malaysia dan sanggup mengadaikan maruah agama Islam dan bangsa Melayu demi kepentingan politik mereka. Kepimpinan PAS yang meneruskan tradisi berjuang di dalam politik dengan menggadaikan maruah Islam.

PAS berbangga dengan konsep perjuangan dengan menggunakan nama Islam. Apabila mereka menang, mereka bangga dengan kemenangan dan tiada lagi kritikan yang diberikan kepada SPR. Jika mereka kalah, mereka menyalahkan kerajaan dan SPR. Inilah yang dapat disimpulkan kepada PAS berdasarkan beberapa siri pilihanraya kecil atau umum.

1. 1. JIKA MENANG, SPR betul tetapi JIKA KALAH, SPR salah. 'Pengundi hantu' menjadi alasan hantu-hantu PAS, PKR dan DAP.

2. 2. Bagi PAS yang benar hanyalah PAS dan pembangkang. ALLAH hanya menerima PAS sahaja dan ahli PAS dan pemimpin PAS bakal ditempatkan di syurga. Bunyi semacam ajaran dari 'Ayah Pin'.

3. 3. Imam-imam yang dilantik kerajaan akan dipecat dan digantikan dengan imam yang mempunyai keahlian PAS, ini kerana hanya imam PAS sahaja yang diterima malaikat amalannya.

Temberang dulu, Syariat Islam cerita lain

Kata-kata pemimpin mereka hanya retorik dan berkepentingan sahaja.
a. Hadi berkata PAS sekarang bukan perjuangan hudud lagi.
b. Azizan berkata tiada hukum Islam di Kedah.
c. Nizar berkata tiada juga hukum Islam di Perak.
d. Nik Aziz berkata tiada juga hukum Islam diKelantan.

Waktu UMNO memerintah mereka mengatakan UMNO menentang hukum ALLAH. Sekarang apabila mereka berkuasa, mereka lebih teruk menentang hukum ALLAH. Pemimpin kerajaan tidak pula menyatakan hukum Islam tidak akan di wujudkan tetapi kerajaan sedang berusaha kearah itu. Tetapi PAS terus terang menyatakan hukum Islam tiada dalam perjuangan manifesto.

PAS terpaksa bersetuju dengan pendirian DAP yang tidak menyukai undang-undang Hudud walaupun mereka cuba mengatakan kesepakatan dengan rakan kongsi pakatan. Malah bersetuju mempersendakan Al-Quran apabila merelakan Gobalakrishnan dan semua ahli bukan Islam PKR menggunakan ayat Allah iaitu Al-Quran.

Sewaktu UMNO, mereka kata dan menyalak sana sini yang UMNO halalkan Disco, Kilang arak dan apabila mereka memerintah dan berkuasa, mereka sendiri yang menyatakan tidak boleh haramkan Disco dan menutup kilang arak.

PAS juga tidak mengekang gejala murtad yang dilemparkan kepada UMNO sedangkan merekalah yang membawa fahaman songsang. Demi menutup fahaman mereka, mereka alihkan kepada kerajaan dan UMNO.

Mereka berselongkol dengan pemimpin PKR dan DAP seperti Irene Fernandez berjuang kearah mencetak Bible ke dalam bahasa Melayu agar orang Islam di murtadkan. Peguam-peguam yang mewakili anakguam terdiri daripada mereka yang berkepentingan dalam DAP dan PKR yang merupakan pakatan dan rakan politik PAS.

Bahawasanya PAS, DAP dan PKR tidak pernah bersatu kerana sudah hakikat mereka ini tidak pernah bernaung dibawah satu ideologi. DAP Lawan Islam manakala PAS memperjuangkan Islam konon-kononnya. Apa akan jadi agaknya kalau ketiga-tiga parti perosak ini menjadi pemerintah kita?

Satu sahaja jawapannya iaitu LINGKUPLAH SEMUA.

Kesimpulan

Sedarlah rakyat umat Islam-Melayu Malaysia, bahawasanya PAS bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa iaitu berselindung disebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia. Kumpulan mereka meletakan syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya diakhirat kelak.

Tiada siapa diantara golongan mereka berani menegur perbuatan yang menyalahi ajaran Islam sepertimana ketua ajaran-ajaran sesat yang ada. Ini memberikan satu kuasa sampingan kepada ketua-ketua mereka untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat keuntungan politik. Al-Quran, Hadith, hukum-hakam, hal ehwan Islam menjadi mainan politik serta pertaruhan oleh ketua-ketua serta pengikut dan penyokong PAS untuk mengekalkan kuasa.

Demi DAP dan PKR, PAS dibawah pemimpin yang ada kini akan mengorbankan PRINSIP dan Undang-Undang Tubuh parti PAS sendiri. Ahli PAS dan penyokong PAS yang mahukan Islam ala-PAS, sedarlah bahawa tiada lagi perjuangan dan syariat Islam di dalam PAS. Perjuangan Hudud bukan lagi "make-up" buat PAS.

Kepada penyokong PAS yang sangat mentah untuk menilai semua ini kerana berpandukan emosi dan terpengaruh dengan lidah bercabang pemimpin PAS. TOLAK PAS, sebuah parti yang bertopengkan Islam yang sanggup merosakan agama Islam hanya untuk mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat. Janganlah tersesat dan mengadaikan AQIDAH demi kepercayaan tok-tok guru PAS yang berkepentingan.

Sunday, December 28, 2008

PERTELINGKAHAN PAS KELANTAN, TERENGGANU

Oleh Hambali Abdul Latiff (hambali1.blogspot.com)

PAS sehingga kini masih mengatur strategi untuk meletakkan siapa calon mereka pada ketika UMNO dan Barisan Nasional (BN) begitu yakin bahawa Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh boleh berdepan dengan sesiapa sahaja.

Semalam Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, berkata BN negeri sedia berdepan dengan sesiapa saja yang akan dicalonkan Pas bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan 17 Januari depan.

Ahmad Said yang juga Pengerusi BN Terengganu berkata, BN tidak gentar dengan siapa saja calon yang akan dikemukakan Pas, termasuk kononnya mereka daripada kalangan profesional seperti digembar-gemburkan.

Dengan PAS yang semakin terdesak menamakan calonnnya pada 1 Januari 2009, hanya empat hari lagi, sukar untuk PAS melakukan yang terbaik, lebih-lebih lagi perbezaan antara PAS Terengganu dan PAS Kelantan semakin ketara.

Suara Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang awal-awal menonjolkan nama Mohamad Sabu (Mat Sabu) menggambarkan bahawa PAS Kelantan yang kini menjadi rujukan penting bagi PAS keseluruhannya, berusaha mempengaruhi keputusan PAS Terengganu.

Kenapa PAS Kelantan berani berbuat demikian? Apakah PAS Terengganu dilihat ‘lekeh’ (tidak bertenaga)?

PAS Kelantan merasakan ia lebih penting daripada PAS negeri lain, selain sudah memegang kuasa sejak 1990, penjawat penting parti adalah wakil rakyat di Kelantan, selain Presiden.
Apalah strategi PAS Kelantan (untuk menguasai PAS) bagi memudahkan laluan Husam untuk bertanding Presiden PAS pada pemilihan parti akan dating?

Siapa orang penting PAS ada di Kelantan?

1. Musyidul Am Pas – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan
2. Timbalan Presiden – Nasaruddin Mat Isa, Ahli Parlimen Bachok
3. Naib Presiden PAS – Datuk Husam Musa, Exco Kanan Kerajaan
4. Setiausaha Agung PAS – Datuk Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Tumpat
5. Ketua Pemuda PAS – Salahuddin Ayob, Ahli Parlimen Kubang Krian
6. Bendahari Agung PAS - Dr Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai
7. AJK Agung PAS - Datuk Takiyuddin Hassan dan Datuk Abdul Halim
8. Ketua Dewan Ulama PAS – Mohd Daud Mohamad
9. Beberapa AJK Muslimat PAS

Kerana itu ada pendapat mengatakan, PAS Kelantan berusaha ‘merampas kuasa’ daripada Presiden sekarang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila menonjolkan Husam yang bukan sahaja diterima oleh PAS tetapi juga oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan).

Dengan menawarkan tempat untuk pemimpin tertinggi PAS menjadi Ahli Parlimen di Kelantan, mereka ini kini ‘dibeli’ oleh PAS Kelantan untuk menonjolkkan Husam dan dengan cara beliau mewakili banyak acara bagi pihak Nik Aziz dan PAS Kelantan, negeri itu member isyarat mereka perlu menjadi ketua atau hulubalang – bukan lagi Terengganu yang sudah kalah pilihan raya.
Jika kalah lagi Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti, PAS Terengganu akan menerima lebih besar ‘aib’ dan ‘pengaruhnya’.

Selain itu nampaknya pendirian Husam mengenai Hudud mudah diterima oleh mereka ini berbanding Hadi. Apalagi Hadi dilihat sebagai pelopor Hudud.

Banyak pendapat memperkatakan suara Husam yang mewakili PAS Kelantan adalah suara majoriti PAS dan menenggelamkan suara Hadi dan PAS Terengganu.

Sejauh mana benar pendapat ini tidak diketahui tetapi persoalannya apakah PAS Terengganu sanggup membelakangkan suara PAS Kelantan dalam soal memilih calon?

Kerana itu PAS jelas sukar mengemukakan calon dan faktot tarik tali PAS Terengganu dan PAS Kelantan akan menjadi faktor penentu calon PAS.

Kalau tidak masakan tempoh lima jam bermesyuarat minggu lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya boleh mengatakan ‘nama calon sudah ada dalam poket saya”?
Ini sebenarnya memberikan kelebihan kepada UMNO yang sudah awal-awal menentukan calonnya dan mendapat sokongan padu semua pihak – UMNO cawangan, UMNO bahagian ,UMNO negeri dan UMNO pusat.

Selain itu komponen BN sama ada di negeri atau pusat, seratus peratus menyokong Wan Farid sebagai calon.

Benar kata Ahmad Said: "Kita sedia berhadapan dengan siapa saja yang dipilih Pas. Paling penting ialah jentera, penyokong dan persefahaman yang perlu kita kukuhkan di kalangan BN," katanya.

Menurut beliau: “BN sudah bersedia dan yakin dengan kemampuan calon kita. Itulah sebabnya kita isytiharkan nama calon lebih awal dan Umno Terengganu sendiri tak ada masalah kerana nama calon kita memang dicadangkan sendiri Umno Bahagian Kuala Terengganu," katanya selepas menghadiri Program Mesra Rakyat Bersama Komuniti Cina Kuala Terengganu di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Wei Sin di sini, semalam.