Monday, September 28, 2015

Nazri Buli Reezal – Memalukan Kabinet Najib

 

Perbuatan buli memang dilarang.

Selama ini kita dengar perbuatan buli hanya di sekolah atau tempat kerja.

Tetapi dalam Kabinet Najib pun berlaku buli juga.

Mentang-mentang dia seorang Menteri, dia boleh menegur seorang timbalan menteri dari kementerian lain secara terbuka dan menggunakan portal berita yang memang manhukan cerita panas pihak kerajaan.

Mengejutkan, perbuatan itu dilaporkan oleh portal berita yang tidak digemari UMNO dan Barisan Nasional (BN) - Malaysiakini.

MEMALUKAN!

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mendakwa Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Naina Merican tidak mengikut protokol kerana  memanggil duta China, Huang Huikang.

Kenyataan Huang semasa melawat Jalan Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini dilihat sebagai campur tangan asing, tetapi Huang menjelaskan ia hanya lawatan muhibah.


Kata Nazri untuk memanggil Huang, ia mesti dibuat oleh menteri luar negara selepas berunding dengan perdana menteri.

Nazri memberitahu Malaysiakini, tindakan itu dikatakan melanggar protokol kerana hanya menteri luar negara sahaja yang boleh memanggil duta tersebut dan bukan timbalan menteri.

“Sekarang kedua-dua pihak, perdana menteri dan menteri luar negara berada di luar negara, jadi pemangku menteri luar ialah (Datuk) Hamzah (Zainuddin),” katanya kepada Malaysiakini.

Nazri berkata perbualannya dengan Hamzah semalam mendapati pemangku menteri luar itu tidak menerima arahan daripada menteri atau perdana menteri untuk memanggil Huang.

“Timbalan menteri tidak boleh panggil duta kerana pemangku menteri ialah Hamzah,” katanya.

“Itulah sebabnya bila saya sahkan dengannya (Hamzah) beliau tidak terima arahan daripada kedua-dua pihak, menteri luar dan perdana menteri (untuk memanggil Huang) yang saya simpulkan tiada keperluan kepada duta itu untuk ke Wisma Putra.”

Hamzah merupakan timbalan menteri luar sehingga rombakan kabinet Julai lalu, yang mana beliau dilantik sebagai menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan.
  
Mentang-mentang Rizal baharu jadi timbalan menteri, Nazri menegur Rizal secara terbuka dan melalui Malaysia kini.

Apakah Nazri ada kepentingan menegur Rizal dalam kaitan dengan Duta China ini?

Apakah Nazri bimbang kesannya kepada pelancong China yang mungkin tidak mahu datang ke Malaysia?

Sepatutnya teguran sesama ‘sendiri’ menteri dan timbalan menteri yang sama dalam Kaibet – apa lagi Kementerian yang lain – dibuat secara tertutup.

Malu sungguh dengan perbuatan buli Nazri ini.

Reezal hari ini menafikan dakwaan Nazri bahawa beliau melanggar protokol dengan memanggil Duta China itu.

Keputusan memanggil Huang berdasarkan kebenaran yang Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman. Anifah kini berada di New York, Amerika Syarikat untuk Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu.

"Oleh itu, adalah tidak tepat untuk melaporkan bahawa saya yang membuat keputusan untuk bertemu dengan Duta China.

"Saya tidak menandatangani sebarang surat, malah saya tidak melanggar mana-mana protokol seperti yang didakwa. Dan saya peka sepenuhnya tentang prosedur operasi standard Wisma Putra.

"Saya mempunyai keyakinan yang penuh terhadap pegawai-pegawai Wisma Putra dalam mengendalikan keadaan seperti itu," katanya kepada Malaysiakini membalas kenyataan Nazri.

Bukan sedikit malu yang ditanggung Rizal akibat perbuatan buli oleh Nazri.

Daripada kononnya mahu ‘mengajar’ Duta China, Nazri pula yang ‘mengajar’ Rizal dan pastinya ia sesuatu yang sukar dilupakan oleh Rizal.


Bagi rakyat yang ada mata dan telinga, dengar dan lihatlah betapa KABINET NAJIB dibenarkan melakukan buli oleh seorang menteri (senior) kepada timbalan menteri (junior).

Sekali lagi MEMALUKAN!