Thursday, May 14, 2009

DEKLARASI DI SUK ADA TUJUAN TERSIRAT

msomelayu.blogspot.com (Wednesday, May 13, 2009)

MENJELANG Maghrib semalam saya menerima satu SMS dari seseorang yang tidak dikenali tetapi saya yakin dia mengenali saya. SMS itu berbunyi begini; Sidang media penting YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan kenyataan kepada seluruh rakyat Malaysia akan diadakan esok 13 Mei 2009 di Dewan Teratai kompleks SUK jam 11:00 pagi. Semua wakil media dan bloggers dijemput menghadiri merakam deklerasi penting Tuan Guru kepada masyarakat Malaysia – 7:04 petang.

Terhimbau juga saya dengan SMS itu, apakah kenyataan yang dikatakan penting yang bakal dibuat oleh Menteri Besar Kelantan itu. Apakah ianya kena mengenai dengan pentadbirannya ataupun dengan Pas? Apabila mesej itu menyebut deklerasi kepada masyarakat Malaysia, ertinya mesejnya bersifat nasional bukan lokal.

Saya berada di KL dan tidak mungkin kalau balik hanya hendak mendengar deklerasi itu. Tidak mungkin! Tidak ada daya tarikan, lainlah kalau kenyataan bakal dibuat itu nanti mengenai peralihan kuasa di Kelantan. Semisalnya penurunan kuasa MB dari Nik Aziz kepada si baju petak-petak merah atau kepada Nik Mohd Amar ataupun Ustaz Ahmad Yaacob. Kalau itu jika balik berbaloi juga.

Namun saya mula berfikir dan mencongak sendiri, apakah deklerasi itu. Belum pernah sepanjang 19 tahun menjadi MB Nik Aziz mengeluarkan deklerasi sedemikian. Jadi apakah deklerasi dan tujuannya itu. Anihnya juga apakah istimewanya deklerasi dari seorang individu berbanding dengan sebuah institusi atau parti?

Saya teringat hari ini 13 Mei, hari ulang tahun tragedi berdarah 13 Mei 1969. Maka mungkin deklerasi itu ada kena mengena dengan tragedi itu. Tetapi soalnya kenapa ia dibuat pada tahun ini, sedang pada tahun-tahun sebelumnya tidak dibuat apa-apa deklerasi atau majlis memperingatkannya? Bukankah 13 Mei menjelma setiap tahun?

Apakah kerana tahun ini kebetulan Pas bermuktamar dan memilih pemimpin maka deklerasi itu hendak digunapakai oleh orang tertentu untuk bertanding dalam muktamr nanti? Mungkin... mungkin sekali. Dan kalau benar begitu ini bermakna mereka yang menaiki atas belakang orang untuk menyeberang sungai adalah mereka yang pengecut dan tidak yakinkan diri sendiri.

Lantas saya mengira majlis itu sengaja diadakan sebagai wadah terbuka kepada wartawan untuk berintraksi dengan Tok Guru. Harapan dari itu ialah agar wartawan menanyakan sesuatu yang ada hubungan kait dengan muktamar. Serangkaian soalan-soalan eksklusif dibekalkan kepada wartawan. Sebab itulah dalam majlis itu semua diminta hadir termasuk wakil-wakil rakyat dan pemimpin parti tujuannya biarlah mereka turut mendengar sendiri endorsement oleh Nik Aziz?

Dan apabila saya membaca beberapa laporan berita protal lewat petang ini jelas apa yang saya sagkakan itu betul. Dalam deklerasi yang mengandungi sembilan perkara itu tidak ada apa benda yang baru pun. Ia hanya 'ayat-ayat cinta' yang diulang-ulang bagaikan piring hitam lama saja. Apa yang dilapazkan Nik Aziz dalam deklerasi itu semuanya perkara lama yang sudah diucap beribu kali dalam kuliah dan ceramahnya.

Justeru apa yang dimahui ialah jawaban-jawaban Nik Aziz dari soalan-soalan yang dibekalkan kepada wartawan yang dilontarkan untuk dijawab oleh Nik Aziz tersebut.

Jelas antara yang ditimbulkan dan dihighlightkan ialah mengenai penolakan Nik Aziz terhadap idea untuk mewujudkan unity government. Untuk kesekian kalinya Nik Aziz mengulangi akan kebenciannya kepada Umno dan tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana Umno tendang Pas dari BN.

Ayat-ayat ini sudah kerap diulang oleh Nik Aziz. Sudah bernanah telinga kita mendengarnya. Saya sendiri pernah menanyakan hal ini tahun 2004 lagi dan tidak akan bertanya lagi. Wartawan yang bertanya adalah wartawan yang pelupa atau pun mungkin juga mereka sengaja disuruh menanyani begitu oleh orang tertentu dengan motif tersendiri.

Kerana ada orang yang suka mendengar pengucapan Nik Aziz mengenai topik ini. Apabila Nik Aziz mengucapkan demikian mereka boleh menjadikan isu dan modal untuk memberi tahu ahli Pas bahawa Mursyidul Am Pas sendiri menolak idea berbaik dengan Umno itu.

Apa yang hendak diceritakan dengan penolakan ini ialah bahawa idea sesetengah pihak dalam Pas yang menyokong untuk berkerjasama dengan Umno itu ditolak oleh Nik Aziz selaku Mursyidul Am Pas.

Mungkin ramai yang tidak tahu kenapa majlis hari ini diadakan khas untuk menjelaskan sikap Nik Aziz mengenai kerajaan perpaduan itu. Hujung dua minggu lepas Abdul Hadi Awang dan Dr Haron Din ada mengunjungi Nik Aziz di Kota Bharu. Kunjungan itu seperti biasalah untuk menjelaskan sesuatu isu yang dikelirukan, agaknya.

Kunjungan kali ini katanya bagi menjelaskan mengenai pertarungan dalam Pas ketika ini antara dua kumpulan; Ustaz Mat dan Prolib. Mereka dikatakan cuba mempengaruhi Nik Aziz agar berpihak kepada mereka, maksunya Pas perlu diketuai oleh ulama.
Tidak ada jawaban konkrit dari Nik Aziz mengenai hal ini. Bagaimana pun mungkin pertemuan ini dicurigai orang-orang tertentu yang beranggapan Nik Aziz ikut menyetujui apa yang mereka berdua itu kehendaki. Lantaran itu satu tindakan perlu dibuat untuk membersihkan semula pemikiran Nik Aziz yang mungkin ternoda dengan pandangan Hadi dan Haron itu.

Nah, majlis itu untuk counter attack itu ialah majlis deklerasi hari ini. Majlis itu diharap dapat digunakan sepenuhnya untuk menyuci dan menyamak pemikiran Nik Aziz baik berhubung dengan apa yang ditabuhkan Nik Abduh atau mungkin apa yang disuntikkan oleh Hadi dan Haron Din itu.

Saya percaya bagi mereka yang tidak cekap membaca tujuan majlis hari ini akan menerimanya sebagai satu lagi pembaharuan dan stail penatdbiran Nik Aziz. Wahalkan ianya adalah satu usaha untuk kounter apa yang dianggap telah berlaku itu.

Apapun bijaklah pihak yang mengatur majlis berkenaan kerana berjaya mengeskplotasikan Nik Aziz dan sedikit sebanyak memberi hasil kepada orang tertentu yang menajdi idolanya. Sekali lagi nampaknya Tok Guruku diperalatkan! [wm.9:15 pm 13/05/09]
Posted by mso.im at 9:17:00 PM 0 comments

APAKAH HUSAM PUNCA KEHANCURAN PAS ?

MalaysiaHariIni (Monday, 04 May 2009)

PAS membantah keras keputusan kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kedudukan agama anak mualaf. Pendirian Pas itu disuarakan oleh Ketua Penerangan Mahfuz Omar. Pendirian Pas itu diselar oleh Karpal Singh, Pengerusi DAP, rakannya dalam pakatan pembangkang.

Perkembangan ini menyerlahkan lagi ironi Pas berada dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan PKR. Ia memperkukuhkan lagi pertanyaan, berapa lama Pas boleh bertahan dalam muafakat yang sangat rapuh itu. Jika pun ada titik-titik keserasian dalam pakatan tersebut, ia adalah lebih kepada DAP dan PKR, dua buah parti sekular. Pas amat janggal dalam muafakat tiga parti itu.

Seperti yang pernah dikatakan, jika ada ruang keserasian antara parti, kemungkinan yang lebih besar adalah antara Pas dan UMNO. Ada banyak titik-titik yang boleh dijuruskan kepada persamaan.

Pas lahir daripada UMNO. Majoriti ahli mereka adalah Melayu dan lubuk kuasa politik mereka juga adalah di kalangan orang Melayu yang beragama Islam. Kedua-dua parti itu juga meletakkan kedaulatan Islam sebagai amanah besar dalam perjuangan. Hanya pendekatan terhadap proses memartabatkan Islam itu sahaja yang berbeza.

Pendekatan itulah yang menyebabkan kerenggangan yang kadang kala muncul sebagai permusuhan paling sengit sehingga mereka tidak boleh duduk semeja dan bertentang muka.
Namun jika ada keinsafan tentang mala petaka yang boleh menimpa orang Melayu dan Islam, sejarah telah menunjukkan bahawa kedua-dua parti Melayu itu boleh mengetepikan permusuhan dan bermuafakat dalam sebuah gabungan sebagaimana yang dilakukan di bawah pimpinan Datuk Asri Muda dan Tun Abdul Razak pada 70-an.

Bagaimanapun, permuafakatan itu berakhir dengan perpecahan yang menyebabkan luka lama berdarah semula dan lebih banyak pula darah yang keluar. Sebab itulah orang lama dalam Pas seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agak keberatan untuk menyokong muafakat baru Pas dan UMNO yang dianjurkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan disokong kuat oleh timbalannya Nasharuddin Mat Isa.

Hadi mulai nampak bahawa permusuhan antara Pas dan UMNO hanya akan merugikan orang Melayu dan Islam jika berpanjangan. Sebaliknya kedudukan sekarang yang banyak berpunca daripada putar muslihat Anwar Ibrahim dalam mengejar cita-cita yang terkulai untuk menjadi Perdana Menteri, hanya menguntungkan bukan Melayu dan Islam.

Betapa kumpulan bukan Melayu dan bukan Islam membuat pelbagai tuntutan dan desakan melalui parti-parti politik, NGO serta pertubuhan yang tidak sah. Tuntutan-tuntutan itu kelihatan pada mulanya hanya bersifat untuk keadilan bukan Melayu dan bukan Islam, tetapi akhirnya ia mengasak ke tepi kepentingan Melayu dan Islam pula.

Siapa pernah terfikir gereja Katolik Wilayah Persekutuan berani menuntut penggunaan perkataan Allah. Begitu juga isu-isu mualaf dijadikan bahan kritikan terbuka terhadap kerajaan yang memberikan keutamaan kepada nilai-nilai Islam bukan sahaja kerana Islam adalah agama rasmi yang diperuntukkan perlembagaan persekutuan, tetapi juga kerana majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam.

Tetapi sejak Anwar Ibrahim mengatur muslihat dan akhirnya berjaya `meyakinkan' Pas dan DAP untuk menyokongnya menjadi Perdana Menteri, kedudukan Melayu dan Islam sudah tidak sestabil dulu lagi walaupun ada jaminan dalam perlembagaan persekutuan.

Selepas pilihan raya umum 2008, UMNO dilihat mulai beralah. Pas tidak boleh menyalahkan UMNO jika kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak mualaf yang boleh menukar agama selepas berusia 18 tahun kerana Pas sendiri yang menyebabkan UMNO terdesak.

Secara jujur eloklah Pas bertanya kepada diri sendiri, adakah bukan Islam akan berani membuat tuntutan seumpama jika UMNO dan Pas bersatu hati dalam soal-soal yang melibatkan kedudukan Melayu dan Islam.

Sayangnya Pas telah menjual roh perjuangan Islam mereka kepada Anwar dan Lim Kit Siang. Apakah seluruh pemimpin Pas dan ahli-ahlinya berasa `perjuangan akhirat' mereka sudah tercapai hanya dengan kemampuan menubuhkan kerajaan pimpinan Menteri Besar dari Pas di Kelantan, Kedah dan seketika di Perak?

Percayalah bahawa jika Pas terus bergembira dengan kedudukannya dalam pakatan pembangkang, bukan Islam akan terus membuat tuntutan demi tuntutan. Percayalah bahawa bukan Islam tidak akan berpuas hati selagi kedudukan Islam tidak sama rata dengan kedudukan agama-agama lain.

Betapa pejuang-pejuang Katolik yang menuntut penggunaan perkataan Allah telah menjadikan Indonesia sebagai hujah mereka. Di Indonesia yang nisbah majoriti penganut agama Islam dikatakan melebihi 90 peratus, kedudukan agama-agama lain adalah setaraf. Suatu masa dulu, Majlis Gereja Sedunia turut memberikan sumbangan dana untuk rancangan pembangunan Indonesia.

Barangkali, atas kesedaran inilah terdetik hati Hadi Awang untuk mengusulkan kerajaan perpaduan BN-Pas, tapi syor tersebut ditentang kuat oleh Nik Aziz. Dan ia tidak berakhir setakat itu sahaja.

Kini wujud dua kem dalam Pas. Satu kem menyokong cadangan untuk mewujudkan semula rundingan dengan UMNO dan satu lagi menentang. Mereka yang menentang mahu Pas terus bersama Anwar, PKR dan DAP kerana mereka melihat melalui pakatan itu sahaja Pas boleh terus memerintah Kelantan, Kedah dan barangkali beberapa negeri lagi selepas pilihan raya umum akan datang.

Jelas sekali pemimpin Pas yang cukup kuat keyakinan untuk meneruskan pakatan dengan Anwar, Kit Siang, PKR dan DAP ialah Datuk Husam Musam, Naib Presiden Pas dari Kelantan. Di kalangan pemimpin Pas, Husam dilihat paling akrab dengan Anwar.

Husam yang lulus dari USM bukanlah golongan ulama. Kemunculan Husam serta Mohamad Sabu dan Datuk Hassan Ali untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Pas daripada Nasharuddin Mat Isa dalam muktamar Jun ini telah menimbulkan kegelisahan di kalangan golongan ulama Pas. Sebab itulah Dewan Ulama Pas baru-baru ini menyatakan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden mestilah dipegang oleh golongan ulama.

Nasharuddin yang fasih bertutur dalam banyak bahasa termasuk Inggeris dan Perancis, dianggap dari golongan ulama kerana turut mendapat pendidikan agama. Istilah ulama dalam Pas ialah seseorang yang berpendidikan sekolah dan pusat pengajian tinggi agama Islam.
Disebabkan Nasharuddin juga mempunyai latar belakang pengajian bukan agama, beliau juga dilihat sebagai pemimpin yang ideal bagi Pas. Beliau dianggap memiliki ciri-ciri ulama dan teknokrat.

Husam, Mohamad Sabu dan Hassan Ali tidak dianggap golongan ulama walau sepandai mana sekalipun mereka berceramah mengenai agama. Ini kerana mereka tidak memiliki kertas kelulusan agama.

Dalam keadaan biasa sudah pasti Husam, Mohamad Sabu atau Hassan Ali tidak akan berani menampilkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas. Tapi apabila Pas berada dalam keadaan yang tidak jelas lagi `identitinya' kerana semakin tunduk kepada PKR dan rapat sangat dengan Malaysian Malaysia DAP, maka golongan bukan ulama melihat ini adalah peluang untuk mereka mendaki tangga dalam Pas.

Di antara mereka, Husam yang paling akrab dengan Anwar adalah paling bercita-cita tinggi. Cita-citanya mungkin tidak berakhir dengan sekadar menjadi Timbalan Presiden Pas (jika menang). Mungkin dengan bantuan Anwar dan penyokong-penyokong kuat Anwar dalam Pas (termasuk Datuk Kamarudin Jaafar), Husam melihat bahawa satu hari nanti bukan golongan ulama juga boleh menjadi Presiden Pas. Dan bagi mereka detiknya semakin hampir.