Saturday, January 28, 2012

Bertindaklah Terhadap Yang Mencemarkan Nama Rosmah


Hairan juga Malaysiakini  menyiarkan penafian berita dari Australia mengenai perbelanjaan sakan Datin Sri Rosmah Mansor dengan mempertahankan bahawa "Rosmah ada Membeli".

Apa agenda Malaysiakini terhadap Rosmah dan kenapa akhbar elektronik ini terlalu 'bencikan' Rosmah? Salahkah membeli dan Rosmah membeli secara berkumpulan yang besar, bukan persaorangan!

Malah, Malaysiakini menyiarkan perdebatan mengenai kolumnis, Andrew Hornery yang dianggap oleh blogger proUMNO sebagai gay yang dikatakan lebih beretika.

Baca  apa yang disiarkan di Malaysiakini: "One thing is certain - the worst journalist in Australia has more journalism ethics and standards than the best journalist in the Malaysian mainstream media."

Wah teruknya wartawan Malaysia, termasuk wartawan terkemuka di negara ini.

Menurut blog pisau.net, kolumnis berkenaan, Hornery merupakan penulis kolum gosip dan bukannya wartawan berita.

Menurut blog berkenaan lagi, Hornery disenaraikan di dalam satu laman web yang mengumpulkan "wartawan paling teruk" Australia – www.australiasworstjournalist.com.au. pisau.net antara lainnya mendakwa Hornery tidak menulis semula fakta dengan tepat dalam tulisannya.

Apapun, semalam pereka Australia menafikan beliau mendedahkan perbelanjaan Rosmah.

Pereka berkenaan Carl Kapp semalam (25 Januari 2012) membuat penjelasan mengenai dakwaan bahawa Rosmah  membelanjakan A$100,000 (kira-kira RM325, 000) di Sydney semasa lawatannya ke sana baru-baru ini dengan 'kumpulan yang agak besar'.
Kapp menerusi kenyataannya menjelaskan, pembelian yang dibuat oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu dibuat bersama kumpulannya termasuk mereka yang terlibat dengan Festival Fesyen Islamik di mana beliau menjadi penaungnya.

"Saya ingin menjelaskan mengenai kenyataan saya berhubung kunjungan klien saya ini, saya tidak pernah nyatakan jumlah sebenar yang dibelanjakan di kedai saya. Pihak Datin Seri Rosmah datang ke kedai kami dalam kumpulan yang besar dan semasa kunjungannya, pihak beliau termasuk kenalannyan, pengerusi dan penganjur Festival Fesyen Islamik telah membuat pembelian berasingan dan pelbagai. Saya percaya Datin Seri Rosmah adalah penaung kepada festival fesyen itu," katanya menerusi kenyataan kepada Malaysiakini.

Penjelasan ini bagaimanapun tidak disiarkan secara penuh dalam edisi Bahasa Inggeris Malaysiakini dan tiada dalam edisi Bahasa Melayu akhbar elektronik itu!

Rosmah sebelum ini telah menafikan dakwaan bahawa beliau seorang yang boros malah menyifatkan menjadi mangsa kepada kepada tuduhan liar pihak-pihak tertentu.

Dalam pada itu Kapp turut menafikan dakwaan bahawa beliau telah diterbangkan ke Malaysia semata-mata untuk kepentingan Rosmah.

"Perkara ini juga tidak tepat. Lawatan ke beberapa bahagian di Asia termasuk Malaysia dibuat bagi tujuan pemasaran serta untuk mencari material bagi produk terbaru kami. Ia termasuk dalam jadual kerja saya dan ia adalah urusan perniagaan yang biasa.

"Pada pandangan kami adalah tidak adil sebuah artikel memberi gambaran bahawa Carl Kapp sebagai sebuah syarikat yang tidak berhemah malah sedia mendedahkan maklumat peribadi mengenai klien kami," katanya.

Yang cuba ditegakkan 'benang basah' oleh Malaysiakini ialah Rosmah membeli. Malah ada satu banner di Malaysiakini yang bersifat 'merendahkan imej Rosmah' dengan tajuknya 'Rosmah shopping spree hits Aussie Paper.

Apa tujuan Malaysiakini melakukan ini semua?

Mungkin Rosmah atau sesiapa yang terlibat dalam isu ini, jika berada di pihak yang benar, ambillah tindakan sewajarnya untuk membersihkan nama baik mereka.

www.hambali1.blogspot.com