Apakah kerja menteri hanya menyalahkan orang lain akibat
harga minuman dan makan naik?
Kenapa tiada rundingan atau jalan penyelesaian terbaik dicari?
Kenapa tunjuk samseng hingga’ nak baling cawan’ ke muka pemilik
kedai minuman dan makanan?
Apakah ini ajaran terbaik seorang menteri kepada rakyat?
Juga, kenapa restoran India Muslim disalahkan kerana
menaikkaan harga minuman dan makanan?
Yang buat kenyataan mennyalahkan restoran berkenaan ialah Menteri Wilayah
Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor .
Apakah mereka menaikkan harga sesuka hati?
Apa tindakan menteri atau kerajaan Barisan Nasional –
rundingan atau penguatkuasaan – untuk menghalang kenaikan tersebut?
Tengku Adnan membuat
kenyataan mahu ‘membaling cawan ke muka pemilik restoran India Muslim, kerana
tidak berpuas hati dengan tindakan pemilik restoran menaikkan harga teh tarik
dan roti canai.
Beliau
menyatakannya ketika ahli Parlimen Putrajaya itu mewakili perdana menteri
berucap pada Perhimpunan Agung Kimma ke-40, Sabtu lalu.
Reaksi kepada
kenyataan itu, hari ini gabungan NGO terdiri daripada Persekutuan Pertubuhan
India Muslim Malaysia (Permim), Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia
(Presma), Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Malaysia (Mimcoin),
Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (Mawar) serta Liga Muslim
Pulau Pinang menempelak Tengku Adnan.
“Membaling cawan
membawa impak negatif kepada masyarakat India Muslim secara amnya.
“Apakah ini budi
bahasa yang kita pelajari sejak kecil lagi? Lebih malang lagi, kenyataan
sebegini dikeluarkan seorang yang bergelar YB Menteri,” katanya dalam kenyataan
hari ini.
Mereka terkilan
dengan kenyataan setiausaha agung Umno itu yang juga dikenali sebagai Ku Nan
dengan menyifatkan ia tidak berasas dan tidak masuk akal, selain menyakitkan
hati masyarakat India Muslim serta tidak membantu memupuk perpaduan masyarakat
majmuk di negara ini.
Sudah pasti ada
sebab tersendiri kenapa pengusaha restoran India Muslim menaikkan hargaa
sedemikian.
Menurut gabungan
NGO India Muslim, pengusaha restoran India Muslim tidak akan menaikkan harga
makanan serta minuman tanpa persetujuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan.
Sehubungan itu,
mereka mendesak Tengku Adnan menarik balik kenyataannya yang mendakwa pemilik
restoran India Muslim menaikkan harga makanan dan minuman, susulan penarikan
subsidi gula serta tepung.
“Agak mustahil
kami menaikkan harga sesuka hati sebagaimana diperkatakan Ku Nan, walaupun
subsidi ditarik balik.
“Kami
menyarankan sesiapa sahaja yang ingin mengeluarkan sesuatu kenyataan supaya
lebih teliti dan mendalami terlebih dahulu sesuatu perkara agar dapat
mengelakkan diri daripada menabur fitnah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Gabungan NGO itu
berkata, sebagai seorang menteri, Tengku Adnan sepatutnya menjadi teladan
kepada masyarakat, bukannya berjenaka dan beremosi ketika berucap mewakili
Datuk Seri Najib Razak.
Jelas dan nyata, taraf pemikiran Menteri di era Najib sekarang ialah jika tidak menyalahkan orang lain akan membuat ugutan seolah-olah rakyat takut dengan ugutan sedemikian.
Rakyat berdiam diri atau tidak membalas dengan ugutan tetapi tetap menghukuman kerajaan yang tidak tahu lagi meencari jalan penyelesaian secara perundingan!