Wednesday, September 29, 2010

ANWAR PETUALANG POLITIK, EKONOMI MALAYSIA

Kenapa kita menentang komunis dan kumpulan militan Islam dengan begitu bersungguh-sungguh dan sanggup menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)? Jika komunis dan militan Islam hanya mensabotaj politik, Anwar bukan sekadar itu. Dia mensabotaj ekonomi negara selain memperlekehkan Islam di Malaysia.

Muhyiddin Anggap Anwar Lakukan Dosa Kering Burukkan Imej Negara

Memburukkan negara sendiri sebagai dosa kering?

Tidak tahulah. Sepanjang yang penulis faham dan tahu, orang yang cuba mensabotaj pemerintahan adil dan saksama seperti Malaysia yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi bukan buat dosa kering tetapi dosa besar.

Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata tindakan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim memburukkan imej Malaysia di Indonesia merupakan satu dosa kering.

Timbalan Perdana Menteri berkata Anwar bukan seorang pemimpin sejati kerana dia tidak bertanggungjawab terhadap apa yang dikatanya, malah sanggup berkata apa sahaja serta merosakkan imej negara hanya untuk meraih keuntungan politik.


"Apa yang disebut oleh Anwar Ibrahim ialah satu bukti beliau bersedia untuk berbohong dan berbuat sesuatu yang boleh rosakkan imej negara hanya untuk kepentingan dan tujuan politik dia sahaja," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Anwar di Jakarta yang menuduh media Malaysia yang menggalakkan persepsi negatif terhadap Indonesia.

Timbalan Perdana Menteri sebelum itu menyampaikan ucap utama pada forum International Herald Tribune di Kuala Lumpur.

Muhyiddin berkata media di Malaysia merupakan institusi yang bertanggungjawab dan tidak mengeksploitasi isu-isu.

Beliau berkata Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan yang baik di semua peringkat dan perasaan anti Malaysia yang timbul kebelakangan ini adalah dicetuskan oleh satu kumpulan kecil.

Berbalik kepada Anwar, ada sesetengah negara menjatuhkan hukuman mati kepada orang yang biadap dan pengkhianat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenapa kita menentang komunis dan kumpulan militan Islam dengan begitu bersungguh-sungguh dan sanggup menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)?

Kerana mereka adalah petualang negara. Apa bezannya dengan perbuatan Anwar?

Jika komunis dan militan Islam hanya mensabotaj politik, Anwar bukan sekadar itu. Dia mensabotaj ekonomi negara selain memperlekehkan Islam di Malaysia.

Jadi di mana kedudukannya? Sekadar melakukan dosa keringnya?

Jom kempen dan labelkan Anwar sebagai PETUALANG!

Sunday, September 26, 2010

GUAN ENG SAHKAN GUNA DANA JUDI BASMI KEMISKINAN

Dulu tak mengaku.

Kini mengaku pula. Ternyata Lim Guan Eng ini kaki pembohong!

Semalam, Ketua Menteri, Lim Guan Eng akhirnya mengesahkan bahawa kerajaan negeri menggunakan dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Kenyataan terbaru itu dilihat bertentangan dengan penjelasannya sebelum ini yang menafikan bahawa kerajaan negeri menggunakan wang judi bagi pemberian wang ihsan kepada rakyat.

Bagaimanapun menerusi laman sosial twitter miliknya, Guan Eng menjelaskan bahawa kerajaan negeri mengasingkan dana pelbagai sumber untuk diagihkan bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu.

"Derma Kelab Lumba Kuda untuk anti-kemiskinan kerajaan Pulau Pinang asingkan kerana ada bukan Islam juga yang miskin.

"(Penerima) Yang Islam dari hasil kerajaan negeri yang tidak ada lesen judi," katanya pada Sabtu.

Media hari ini melaporkan pendedahan Pergerakan Pemuda Umno mengenai sepucuk surat yang didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh sumber perjudian untuk disalurkan kepada golongan miskin.

Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000.

Surat bertarikh 9 Julai 2010 itu ditandatangani Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Farida Hani M. Yacob, mengesahkan bahawa sumbangan tersebut sudah diterima kerajaan negeri.

Sementara itu, sumber dalaman kerajaan negeri turut mempersoalkan mekanisme perlaksanaan agihan bantuan bagi membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

"Jika benar kerajaan negeri mengasingkan wang derma daripada sumber perjudian dan sumber yang tidak terlibat dengan perjudian, akaun mana semua wang berkenaan disimpan?

"Bagaimana kalau semuanya dimasukkan dalam satu akaun? Bolehkah kita tahu wang itu halal atau tidak kalau sudah disatukan, melainkan kerajaan negeri mempunyai dua akaun," katanya kepada mStar Online.

Menurut sumber berkenaan sepanjang pengetahuannya, semua wang berkenaan dimasukkan ke dalam akaun yang sama daripada pelbagai sumber dana kewangan.