Apakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan
melayan desakan parti AMANAH agar dibuka semula siasatan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB)?
Parti Amanah Negara (AMANAH) semalam membuat desakan agar
dibuka semula kertas siasatan tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.
AMANAH berpendapat, sebarang kegagalan SPRM untuk membuka
semula siasatan akan menguatkan lagi dakwaan bahawa badan ini sudah hilang
integriti dan tidak lagi bebas. Malah, sekiranya benar ia merupakan bencana yang cukup besar untuk masa
depan Malaysia.
Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub berpendapat dengan
wujudnya keterangan-keterangan yang belum disiasat sepenuhnya, adalah wajar
sekali SPRM melakukan siasatan sekali lagi terhadap penyelewengan dalam 1MDB.
Salahuddin berkata ada banyak bukti baharu berhubung kes
itu, selepas Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali Januari lalu memutuskan Datuk
Seri Najib Razak tidak membuat sebarang kesalahan berhubung wang RM2.6 bilion
dalam akaun peribadinya.
Apandi ketika itu berkata wang itu sumbangan daripada
keluarga diraja Arab Saudi, sementara beberapa pihak lain mendakwa ia
sebenarnya daripada 1MDB.
Lagipun, menurutnya wujud perkembangan baru termasuklah
pendedahan dan saman sivil difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, dan
tindakan mahkamah di Singapura dan Abu Dhabi terhadap individu yang disyaki
terlibat.
Yak...kena penjara 18 minggu. |
Beliau merujuk kepada keputusan Mahkamah Singapura pada
November yang menjatuhkan hukuman penjara 18 minggu kepada bekas pegawai Bank
BSI Yak Yew Chee, yang menguruskan akaun milik Jho Low berkaitan 1MDB, atas
pertuduhan gagal melaporkan urus niaga mencurigakan.
Menurut laporan International Business Times pada 19 Ogos
pula, pihak berkuasa Abu Dhabi menahan hartawan Khadem Al Qubaisi kerana
disyaki terlibat dalam penyelewengan berkaitan 1MDB.
“Dengan bukti baharu ini, wajar untuk siasatan
diteruskan. SPRM perlu mendapatkan dokumen dan keterangan semua saksi penting
termasuk perdana menteri,” kata Salahuddin pada sidang media selepas penyerahan
memorandum.
“Amat wajar SPRM memulakan semula siasatan penyelewengan
yang berlaku,” tegasnya selepas menyerahkan memorandum kepada SPRM di
ibupejabat SPRM di Putrajaya semalam. Turut hadir ialah Setiausaha Agung Mohd
Anuar Tahir dan Ketua Wanita Amanah Nasional (Awan) Dr Mariah Mahmud yang mendesak SPRM membuka semula kertas siasatan.
AMANAH melihat isu dakwaan penyelewengan berkaitan 1MDB
masih tergantung tanpa jawapan dan belum dapat diselesaikan oleh penguat kuasa
undang-undang negara.
Penyiasatan kes tersebut yang turut melibatkan SPRM sebelum ini kelihatan tidak lengkap di mana masih ramai saksi-saksi yang didakwa terlibat dalam transaksi yang berkaitan 1MDB sama ada di dalam mahupun di luar negara belum disiasat kesemuanya.
Kata Salahuddin: "SPRM juga perlu mendapatkan kerangan dan dokumen daripada semua saksi-saksi penting dan suspek yang dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan ini termasuklah Perdana Menteri, untuk melengkapkan siasatan dengan sempurna.”
Beliau yang juga bekas anggota Jawatankuasa Khas SPRM, berkata, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk memberi sumbangan ke arah memperkukuhkan lagi kewibawaan SPRM.
Salahuddin berkata beliau sedar dengan kekangan SPRM yang tidak memiliki kuasa untuk mendakwa.
Penyiasatan kes tersebut yang turut melibatkan SPRM sebelum ini kelihatan tidak lengkap di mana masih ramai saksi-saksi yang didakwa terlibat dalam transaksi yang berkaitan 1MDB sama ada di dalam mahupun di luar negara belum disiasat kesemuanya.
Kata Salahuddin: "SPRM juga perlu mendapatkan kerangan dan dokumen daripada semua saksi-saksi penting dan suspek yang dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan ini termasuklah Perdana Menteri, untuk melengkapkan siasatan dengan sempurna.”
Beliau yang juga bekas anggota Jawatankuasa Khas SPRM, berkata, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk memberi sumbangan ke arah memperkukuhkan lagi kewibawaan SPRM.
Salahuddin berkata beliau sedar dengan kekangan SPRM yang tidak memiliki kuasa untuk mendakwa.
Maka AMANAH akan membawa isu kuasa pendakwaan ini ke
mesyuarat Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) agar ia
dimasukkan ke dalam manifesto.
“Ini bagi membolehkan SPRM kembali menjadi badan
berintegriti dan memiliki kuasa diperlukan untuk menjalankan tugas.
“SPRM tanpa kuasa, peguam negara boleh bertindak mengikut
kemahuan dan eksekutif juga boleh masuk campur,” katanya yang pernah
menganggotai panel SPRM pada 2009 hingga 2013.
"Di
antara perjuangan besar yang masih belum selesai ialah memberikan semula kuasa
pendakwaan SPRM untuk mendakwa terutama kes-kes yang berprofil tinggi,"
ujarnya.
"Cara penyiasatan ditutup dan rumusan penyiasatan
dibuat (menyatakan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun
peribadi milik Datuk Seri Najib adalah dana sumbangan penderma dan bukannya
dari 1MDB) gagal memberi keyakinan kepada rakyat malah menimbulkan lebih banyak
persoalan.
Memandangkan skandal 1MDB sudah menjadi perhatian dunia,
Malaysia perlu membuktikan bahawa negara ini mempunyai sistem keadilan yang
cekap, berintegriti dan mampu untuk menjalankan tugas tanpa rasa takut dan
gentar serta bebas dari campur tangan pihak berkepentingan," ujarnya.
Salahuddin juga berkata, sekiranya rakyat memberikan
mandat baru kepada Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara selepas
PRU14, AMANAH akan memastikan struktur
urus tadbir SPRM akan diletakkan di bawah Parlimen Malaysia.
Ini bertujuan bagi mengangkat integriti dan memastikan
peranannya benar-benar bebas dari campur tangan pihak eksekutif, tegasnya.