Thursday, October 8, 2009

HUSAM KEBAS DUIT BALAK UNTUK LAWAN HADI?

Benarkah cerita ini? rbf tidak mungkin bohong.

Sedih dengan rakyat Kelantan. Kalau PAS buat apa pun ok dan halal. Kalaulah pemimpin UMNO melakukan sebegini, akan heboh satu dunia – sampai Mesir sampai Amerika.

Namun bila orang seperti Husam Musa atau Anwar Ibrahim buat, tidak apa, halal semuanya.
Fikirkanlah, apa nak jadi dengan pemimpin PAS jika manusia seperti Husam terus bermaharajalela. PAS akan jadi parti sekular kerana berebut jawatan menggunakan duit balak. Haram atau halal duit sebegini?

Duit itu pula digunakan untuk menjamin kedudukannya dalam PAS, sekurang-kurangnya jawatan Timbalan Presiden, dan kalau tidak terus lawan jawatan Presiden sahaja.

Kedudukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan tergugat selepas ini.
Persoalannya halalkah mengundi pemimpin sebegini?

Baca entri berikut yang dipetik daripada ruangbicarafaisal.blogspot.com.














Saya amat tertarik dengan kenyataan Husam Musa@Husam Minyak di bawah
semua pihak termasuk Pas berhak untuk mendedahkan kepada umum apa saja isu membabitkan pemimpin yang mempunyai rekod tidak baik demi kebaikan rakyat.

“Ada atau tak ada pilihan raya, itu tidak ada masalah. Kalau pemimpin tak baik, macam-macam pihak akan dedahkan, tak semestinya Pas yang dedahkan,” katanya. Sila rujuk disini
Mengambil iktibar atas apa yang dikatakan oleh Husam semalam, maka saya mengambil keputusan untuk membongkarkan kisah ini. Bukan niat saya hendak hendak menyerang peribadi Husam , tetapi rakyat perlu tahu apa sahaja membabitkan pemimpin yang mempunyai rekod tidak baik demi kebaikan rakyat. Tambahan pula ianya membabitkan seorang pemimpin yang mewakili parti yang kononnya memperjuangkan Islam dan sering menuduh orang lain rasuah,sedangkan diri sendiri pun penuh dengan tahi rasuah.

Info ini saya dapat daripada seorang pemimpin PAS Kelantan yang jawatannya tidak perlu saya beritahu disini. Inilah yang saya katakan dua hari lepas bahawa saya akan menyiarkan satu cerita panas.

Untuk pengetahuan pembaca,saya bercakap melalui telefon selama hampir satu jam dengan pemimpin PAS berkenaan tiga hari lepas. Beliau yang menghubungi saya melalui seorang teman kepada teman saya. Semuanya bertitik tolak daripada serangan yang saya lakukan terhadap Kerajaan PAS Kelantan seminggu dua ini.

Rupa-rupanya di Kelantan wakil-wakil rakyatnya pun ada kem tertentu. Mana-mana wakil rakyat atau pimpinan PAS negeri yang berada dalam kem Husam/Nik Aziz mereka tergolong dalam golongan orang kaya.

Manakala yang tidak berada dalam kem berkenaan,hidup mereka akan susah dan hidup hanya mengharapkan elaun wakil rakyat sahaja. Jangan harap nak dapat balak atau projek-projek lain. Kalau boleh dapat pun hanya duit ceramah sahaja.

Cerita yang saya bawa kali ini ialah tentang pemberian kawasan balak seluas 10 ribu ekar kepada anak Almarhum Tun Ghaffar Baba, iaitu Tamrin Ghaffar.

Untuk pengetahuan umum, Tamrin Ghaffar berkawan rapat dengan Anwar Ibrahim sekarang. Anwar sengaja memilih untuk berkawan dengan Tamrin bagi mengabui mata masyarakat kononnya beliau tidak mempunyai masalah dengan Almarhum Tun Ghaffar Baba sebelum ini.

Manakala Tamrin pula ibarat orang mengantuk yang disorongkan bantal. Beliau sekarang hidup dipenuhi hutang keliling pinggang. Nak cari peluang dalam Umno sudah tak boleh ,kerana orang-orang Umno sudah lama ‘scrap’ kan Tamrin. Peluang inilah yang disambar oleh Anwar untuk tujuan yang dinyatakan diatas.

Manakala Tamrin pula nampak ada peluang disebelah sana,kerana ada empat negeri yang diperintah pembangkang sekarang. ‘Why not’ dia cuba nasib. Peduli apa walau orang itu pernah mengkhianati arwah bapanya pun. Yang penting duit. Apa pun percubaan beliau berjaya.

Anwar Ibrahim telah meminta Husam Musa@Husam Minyak, tengok apa-apa peluang yang ada untuk Tamrin di Kelantan. Husam pun sambar juga peluang ini sebaik mungkin , untuk membuktikan kepada rakyat bahawa PAS tidak hanya memberi balak kepada orang PAS sahaja, orang Umno pun turut diberi. Lagi pun kata pemimpin PAS berkenaan, Husam lebih senang berpakat dengan orang Umno,kerana bimbangnya rahsianya akan bocor jika beliau berpakat dengan orang-orang PAS.

Lalu Husam memberi 10,000 ekar kawasan balak kepada Tamrin .Balak ini cuba dijual kepada seorang tauke balak dengan harga RM 25 juta. Pembahagiannya pula seperti berikut,Husam RM 10 juta, Tamrin RM 10 juta dan PAS Pusat RM 5 juta.

Pas sedang merancang untuk membina satu bangunan PAS yang baru di Sungai Merab,Bangi Selangor,sementara mereka masih berkuasa di sana. Sebab itu mereka perlukan dana. Husam pula perlukan dana untuk membeli orang-orang PAS bermula daripada sekarang, bagi memudahkan kerja beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden atau Presiden PAS dalam pemilihan akan datang.

Anwar telah menasihatkan Husam,supaya buat kerja daripada sekarang. Jangan tunggu terlalu hampir dengan pemilihan,nanti tewas lagi. Manakala Tamrin pula memerlukan wang untuk membayar hutang-hutang beliau dan terus kekal dapat menjalani kehidupan mewah.

Tidak seperti yang dijangka, kawasan balak tersebut tidak dapat dijual dengan harga RM 25 juta kerana harga kayu yang jatuh sekarang. Kawasan tersebut hanya boleh dijual dengan harga RM 15 juta sahaja.

Saya difahamkan dua orang pengkhianat tersebut (seorang pengkhianat PAS dan seorang pengkhianat Umno) setuju dengan harga RM 15 juta. Pembahagian harta ‘rompakan’ seperti berikut. Husam RM 6 juta,Tamrin 6 juta dan PAS Pusat RM 3 juta.

Memang elok sangatlah, hanya pengkhianat yang mengenali pengkhianat. Anwar pengkhianat bangsa, Tamrin pengkhianat Umno dan Husam pengkhianat PAS. Akhir sekali hasil bumi rakyat Kelantan yang menjadi mangsa bagi memenuhi tembolok mereka.

Kepada mana-mana pemimpin PAS yang ingin tahu lebih lanjut lagi berkenaan ‘deal’ ini,sila bertanya atau berhubung dengan Hj.Kasim dari PAS Kawasan Kubang Kerian. Beliau lebih tahu segalanya kerana beliau juga turut terlibat dalam ‘deal’ ini.