Seseorang hanya bersalah apabila sudah disabitkan
kesalahannya.
Selalunya inilah kata-kata bersifat apologi untuk ‘membela’
seseorang yang disiasat atau menghadapi pertuduhan.
Namun apabila tangkapan atau tahanan reman dibuat ke atas seseorang, sudah pasti pihak yang mendakwa.mempunyai asas untuk melakukan tindakan sedemikian.
Apalagi, tindakan bukan terhadap calang-calang orang. Dia mewakili parti dominan negara dan komponen pemerintah negeri dan negara.
Soal bersalah atau sebaliknya memang mahkamah tentukan.
Namun
kes penipuan dan penyelewengan itu sudah pasti akan menjejaskan diri atau parti
yang diwakili oleh individu berkenaan.
Keputusan Mahkamah Majistret, di Johor Bahru semalam yang
membenarkan tahanan reman selama tiga hari terhadap seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian
di Johor bersama rakan wanitanya untuk
membantu siasatan bersabit kes penipuan tawaran memiliki Rumah Mampu Milik
Johor (RMMJ) menyerlahkan kedudukan UMNO di mata orang ramai hari ini.
Kedua-dua suspek dipercayai terbabit dalam penipuan
tawaran memiliki RMMJ melibatkan empat mangsa dengan jumlah kerugian RM120,000
sejak tahun lalu.
Difahamkan penipuan itu terbongkar selepas mangsa
mendapati namanya tidak terdapat dalam rekod permohonan selepas membuat semakan
di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Apakah rakyat Johor dan Malaysia amnya tidak memerhatikan
kes ini?
Apakah perbuatan mereka itu ‘halal’ sedangkan harapan
mereka yang menharapkan pemilikan RMMJ sangat tinggi dan dikecewakan oleh
kemungkinan tindakan mereka itu.
Beginikah sikap pemuda sebuah parti yang kononnya
memperjuangkan kepentinan rakyat dan mereka yang ingin memiliki rumah?
Sabitan terhadap Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Johor ini menyerlahkan
pendapat bahawa UMNO memang tidak pernah terlepas daripada isu penyelewengan.
Kes ini membawa implikasi besar kepada UMNO dan
seolah-olah membenarkan laporan bahawa rasuah memang berlaku di kalangan orang
muda yang kini cukup membimbangkan.
Semalam, Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias
membenarkan kedua-dua suspek yang berumur 41 hingga 43 tahun itu ditahan reman
bermula semalam sehingga Jumaat ini.
Ini bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen
420 Kanun Keseksaan.
Lelaki bersama peniaga wanita berkenaan tiba di
pekarangan Mahkamah Majistret kira-kira jam 3 petang dengan berpakaian lokap
berwarna unggu dan diiringi beberapa anggota polis.
Terdahulu, kedua-dua suspek ditahan selepas dipanggil ke
Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri kira-kira jam 5 petang semalam untuk
diambil keterangan.