Apakah cara Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria
menjawab isu tindakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dalam tindakan
sivil terhadap tiga penama baru-baru ini selaras dengan tuntutan Islam?
Pada jawapannya terhadap gesaan Ahmad Awang daripada AMANAH,
agamawan terkenal itu, menyatakan tidak perlu Majlis Fatwa membuat pendirian
mengenai isu 1MDB.
Ini kerana peguam Australia sudah mengatakan apa yang
disebut oleh DOJ Amerika Syarikat
sebagai ‘tidak munasabah.’
“Peguam kanan Australia berkata tindakan Jabatan
Kehakiman Amerika Syarikat sebagai tidak munasabah,” kata Harussani kepada FMT.
Beliau merujukseorang individu bernama Quintin Rozario yang mengecam tindakan Peguam Negara Amerika
Syarikat, Loretta Lynch sebagai “keterlaluan dan melanggar keadilan asasi”.
Kata Harussani, Peguam Negara sudah memutuskan kedudukan
syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak
ada kena mengena dengan tindakan DOJ itu.
Berikutan itu Harussani Zakaria menegaskan, Majlis Fatwa
Kebangsaan tidak perlu bersidang berhubung isu melibatkan 1MDB.
Pengerusi Majlis Fatwa Tan Sri Dr Shukor Husin juga
menegaskan, pihaknya tidak merancang bersidang tentang isu 1MDB.
“Ia sudah dikaji pihak profesional. Kita juga tak punya
maklumat tentang soal ekonomi yang teknikal dan di tahap global.
Kerana itu Majlis Fatwa tidak melihat akan mencampuri
hal-hal seumpama ini, tegasnya.
Harussani jelas menyandarkan kenyataannya kepada seorang
individu bernama Quintin Rozario yang mendakwa peguam yang kini turut dikritik
hebat kerana menganggap tindakan saman oleh DOJ sebagai ‘cacat’.
Seorang pengamal undang-undang, Syahredzan Johan berkata
Peguam Negara Amerika itu mempunyai hak untuk membuat kenyataan itu berkaitan
tuntutan pelucutanhak sivil susulan siasatan beberapa badan penguatkuasaan di
Amerika Syarikat.
“Sudah tentu beliau berhak mengumumkan tindakan yang diambil dan hasil siasatan mereka. Beliau mempunyai tanggungjawab kepada rakyat Amerika untuk melaporkan “sitaan aset terbesar dalam sejarah Amerika.
Pengumumannya tidak membuatkan sebarang pihak dinamakan (atau tidak dinamakan) bersalah terhadap sesuatu kesalahan. Jika demikian, pihak yang terkilan terhadap dakwaan-dakwaan yang dibuat boleh mencari jalan lain fitnah tort. Dan malah Lynch mungkin ada pembelaannya.” katanya.
Harussani bagaikan
sudah memuktamadkan pendapat Rozario sebaliknya rampasan sivil adalah
tindakan menyasarkan harta tanah (in rem), bukan individu (in personam).
Ketika itu, tiada pendakwaan jenayah dibawa terhadap mana-mana
pihak dinamakan (atau tidak dinamakan) yang terlibat dalam kegiatan pengubahan
wang haram.
Kerana itu, hujah Rozario berkaitan hak untuk didengar sudah tentu prinsip yang penting dalam sesuatu sistem keadilan, tetapi tiada sesiapa yang didakwa. Jadi, andaian tidak bersalah tidak timbul.
Kerana itu, hujah Rozario berkaitan hak untuk didengar sudah tentu prinsip yang penting dalam sesuatu sistem keadilan, tetapi tiada sesiapa yang didakwa. Jadi, andaian tidak bersalah tidak timbul.
Malah, Nizha Periaswamy, wartawan Free Malaysia Today
bertanyakan “Quintin Rozario ni siapa?”
Tanya Nizha, “Mungkinkah, hubungan Quintin Rozario dan
Malaysia menjadi ‘kelayakan utama’ beliau untuk mengulas tentang kenyataan
Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch?
Nizha mengatakan Rozario yang mengakui dirinya sebagai
warga Malaysia sebelum ke Australia dalam beberapa artikel dan surat yang
ditulis di beberapa laman web, termasuk kepada Majlis Peguam Negara, Quintin
Rozario yang berpendidikan di Universiti Victoria Melbourne dalam bidang
perundangan, LLB (Hons) dan Grad Dip Econs-M.Bus (Finance Accounting) adalah
pelajar La Salle, Klang.
Kata Nizha, beliau tidak nampak apa-apa yang luar biasa
mengenai Rozario kecuali sedikit latar belakang peribadi mengenai dirinya di
Linkedln, lingkaran pekerjaan yang menghubungkan jutaan orang.
Yang lain mengenainya adalah penulisannya dalam beberapa
forum, blog tetapi sangat sedikit., Begitu juga, carian dalam laman Australia
juga hampa.
Apakah seseorang yang berlatarbelakangkan begini boleh
dijadikan rujukan kukuh oleh Harussani?
Saya sekali, Mufti Perak ini terpedaya mungkin kerana
mahu meyakinkan orang ramai bahawa ‘orang tertentu tidak bersalah’ dan perlu
dibela dan dilindungi.
Sedangkan dengan Harussani memetik kenyataan peguam di
Australia seperti yang dilaporkan Bernama,
yang mempertikaikan tindakan DOJ itu, tidakkah menunjukkan Harussani tanpa
ragu-ragu mempercayai kata-kata peguam berkenaan?
Sejauh mana kredibiliti peguam berkenaan yang diketahui
oleh Harussani sehingga terlalu yakin kenyataan Rozario itu ‘boleh dipakai’?
Bagaimana kalau ia tidak benar?
Harussani menduduki jawatan mulia dan dihormati, namun
nampak beliau tidak cermat dalam memilih sumber rujukannya.
Harussani menyatakan pendapatnya mengulas gesaan
Penasihat Umum AMANAH Ahmad Awang agar majlis fatwa agar majlis fatwa menyatakan pendirian
susulan tuduhan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat melibatkan syarikat negara
1MDB.
Sebelum ini, Ahmad yang merupakan bekas presiden
Persatuan Ulama Malaysia memberitahu portal pro-AMANAH, pendirian majlis fatwa
dalam isu 1MDB amat penting memandangkan Majlis Raja-raja pada tahun lalu juga
menggesa kerajaan segera menyelesaikan isu itu.
Beliau melahirkan kekesalan terhadap sikap alim ulama
yang dilihat membisu dalam isu 1MDB.
“Hari ini kita berasa dukacita apabila orang dah mula
kaitkan ulama-ulama khususnya yang terlibat dalam parti Islam sebagai ‘memakan
dedak’.
Ada ulama-ulama yang berjuang dengan nama Islam mereka
inilah yang diharapkan untuk menentang kezaliman dan penindasan yang dirasi
rakyat,” katanya.
“Inilah yang Rasulullah S.A.W. Paling takut. Baginda menyebut tentang ulama yang merosakkan umat. Apabila ulama rosak maka rosaklah kerajaan,” katanya kepada Malaysia Dateline.
Berkaitan tindakan DOJ itu, Harussani turut menegaskan,
Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali juga
sudah memutuskan 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan.
“Jadi apa perlunya dan apa yang nak dibincangkan? Isu ini
tak perlu fatwa (dikeluarkan),” katanya.
Memang tidak perlu fatwa, namun orang ramai sendiripun
‘pening’ dengan pendapat dan keputusan Peguam Negara ini.
Semalam Apandi berkata, beliau sedang mempertimbangkan
cadangan menghantar wakil sebagai peguam pemerhati dalam pendengaran saman
sivil yang difailkan oleh DOJ.
Ini kerana tindakan menyita dan merampas aset berkaitan
1MDB, membabitkan sebuah syarikat milik negara dengan kepentingan Malaysia.
"Kami mahu ke sana dan mendengar apa yang berlaku di
mahkamah. Dengan kebenaran daripada mahkamah, kami mahu bertanya beberapa
soalan.
"Itulah yang dimaksudkan sebagai pemerhati, dan saya
masih mempertimbangkan idea itu selepas berunding dengan pakar (untuk membantu
dan menasihatinya mengenai prosedur mahkamah di Amerika)," katanya.
Oleh kerana kes1MDB membabitkan sebuah syarikat Malaysia,
Apandi berkata kerajaan mempunyai kepentingan dengan pihak berkuasa Amerika
menunjukkan niat untuk menghantar pulang wang yang dirampas itu semula ke
negara ini.