Rakyat jangan terpengaruh
dengan isu Jerusalem’s Jubilee di Melaka.
Ia mungkin sengaja
diada-adakan, Ia cuba diperbesarkan oleh UMNO untuk menutup isu pembayaran RM9.5 juta oleh Perdana Menteri kepada peguam kanan
yang mewakili kerajaan.
Hasilnya maka kecohlah seketika dan
kononnya menimbulkan kemarahan UMNO dan PAS mengenai program tiga hari yang dijangka bermula 15 Jun nanti.
Juga timbullah persoalan kenapa Malaysia dipilih untuk sambutan ke-50
kemenangan Israel menjarah Palestin?
Ramaikah Yahudi di Malaysia? Atau kalau diadakan, mudahkah Yahudi memasuki negara ini?
Isunya apakah Putrajaya
dan Kerajaan Melaka sebelum ini tidak tahu langsung mengenainya?
Jelas daripada episod ini
ialah ia memang spin politik untuk menutup isu besar iaitu ‘Perdana Menteri
membayar wang guaman sebanyak RM9.5 Juta dalam kes rayuan berkenaan liwat
terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim’.
Kita menghargai usaha
Polis Diraja Melaka yang mengadakan perbincangan dan memberikan nasihat kepada
pengajur agar perhimpunan Jerusalem’s Jubilee membatalkan perhimpunan tersebut.
Dengan keputusan itu maka
isu ini sudah pasti tidak dapat lagi dijadi suatu perbincangan umum yang besar. Ia dengan sendirinya menggagalkan usaha sesetengah pihak untuk mengalih daripada isu RM9.5 juta
itu.
Hari ini Ketua Polis Melaka
Datuk Abd Jalil Hassan berkata pihaknya
telah memanggil pihak penganjur dan hasil perbincangan, penganjur telah membuat
keputusan sendiri untuk membatalkan perhimpunan itu yang dijadual di Cheng pada
15 hingga 18 Jun.
Walaupun ada sedikit
keraguan apabila Kerajaan Negeri menerusi Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron menggesa
penganjur perhimpunan Jerusalem Jubilee agar membatalkan hasrat untuk
mengadakan perhimpunan tersebut, pembatalan itu dengan sendirinya menggagalkan
usaha pihak tertentu untuk menjadikan isu ini sebagai modal ‘mengalih pendapat
umum’.
.Cumanya nampak sangat
mudah benar mereka yang terbabit dengan penganjuran itu mengatur dan
menyediakan tempat program berkenaan
di Melaka.
‘Kemarahan rakyat’ kepada
program itu jelas apabila sebanyak 32 laporan polis telah dibuat sekitar negeri
itu.
Maknanya polis boleh
bertindak cepat dan segera dalam sesuatu isu jika ada laporan polis. Bantahan
rakyat didengari pihak bekuasa dengan serta merta.
Begitulah juga dengan
laporan polis mengenai isu RM9.5 juta, apakah polis akan bertindak segera
seperti isu Jerusalem;s Jubilee?
Apakah akan dilakukan
siasatan segera oleh polis mendenai dakwaan yang dibuat oleh banyak pihak yang
menuntut siasatan dibuat kenapa Perdana Menteri membayar yuran guaman, bukan
kerajaan sendiri?
Juga siasatan perlu
melibatkan perkara bagaimana dan melalui cara apa Datuk Seri Najib Razak
mendapat wang daripada SRC International untuk membayar peguam terkemuka itu?
Ia sangat penting kerana
dakwaan yang dibuat laman pendedah maklumat, Sarawak Report mendakwa
Najib membayar wang berkenaan menggunakan dana anak syarikat 1MDB, SRC
International Sdn Bhd pada 11 September 2013 dan 17 Februari 2014.
Paling penting, Shafee
merupakan pendakwa raya dalam kes liwat kedua yang menyaksikan Anwar
dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun.
Berakhirnya episod Jerusalem's
Jubilee akan menyebabkan isu pembayaran RM9.5 juta kembali panas. Diharapkan
rakyat tidak dipesongkan dengan isu-isu lain kerana selagi tiada penjelasan
yang konkrit daripada kerajaan mengenai perkara ini, Najib akan terus tertekan.
Pertanyaan ialah apakah
Najib dan pemimpin UMNO di sekelilingnya mampu mencari jawapan pilihan kepada
dakwaan kepada isu RM9.5 juta ini?
Atau Najib menmgambil jalan untuk tidak
berkata apa-apa.
Atau mungkin juga akan
mengatakan dia sendiri TIDAK TAHU bagaimana boleh menggunakan wang SRC International
untuk membayar RM9.5 juta kepada peguam pilihannya untuk ‘membolehkan Anwar
dihantar ke penjara’!
Sama-sama kita tunggu nanti.