Pada ketika negeri lain –
Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Penang, Kedah serta Sabah - menyambut meriah pembentukan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN), kepimpinan
HARAPAN di Terengganu menyepi
seolah-oleh hilang punca.
Pemerhati melihat
kegagalan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mentadbir dan menggerakkan HARAPAN
dengan jelas dan licin pada ‘musim Pilihan Raya Umum ke-14’ lalu menyumbang kepada
kekalahan teruk parti itu di Terengganu.
Gaya pentadbiran beliau ialah mengharapkan semata-mata laporan ketua parti kepada beliau dalam setiap mesyuarat tetapi tiada pendapat dan perancangan khusus untuk menggerakkan parti anggota HARAPAN - sebelum dan selepas datangnya pilihan raya umum lalu.
Malah selepas kalah teruk
beliau bagaikan enggan mengambil tanggungjawab dan menyepikan diri.
Jangan salahkan orang lain
akibat kekalahan teruk tetapi salahkan juga Ketua HARAPAN Terengganu terlebih
dahulu.
Ketua HARAPAN Terengganu itu
gagal menyatukan parti dalam HARAPAN
khususnya PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersamanya.
Walaupun beliau dilihat
amat rapat dengan DAP, namun hakikatnya penglibatan DAP tidak besar dan penting
dalam konteks politik dan pilihan raya Terengganu.
Dengan kata lain Raja
Bahrin ibarat ‘seorang Raja yang mengelilingi kampung dengan memakai mahkota
dan meminta rakyat sujud kepadanya’. Apakah cara ini berbaloi untuk mentadbir
sebuah pakatan yang membabitkan dua parti lain?
Kenapa pertanyaan dan dikatakan
demikian?
1. Rajah Bahrin
seorang pemimpin yang lemah dan tidak mampu membuat keputusan segera. Beliau
perlu merujuk kepada dua tiga orang di kelilingnya walaupun perkara itu
melibatkan HARAPAN.
2. Raja Bahrin hanya
melihat dan mementingkan AMANAH tetapi membiarkan pemimpin parti lain
menentukan haluan sendiri.
3. Raja Bahrin tidak
berfungsi menggerakkan HARAPAN dan jelas gagal dalam konteks:
(a) Mentadbir HARAPAN secara holistik dan mencapai kata
sepakat dalam keputusan;
(b) Sering membuat ‘U-Turn’ dalam banyak perkara;
(c) Tidak telus dan menggunakan kedudukan untuk
kepentingan partinya semata.
4. Pada musim PRU14,
beliau gagal untuk mengenalpasti sumber dana untuk HARAPAN, malah gagal
menyatakan dengan telus jumlah dana yang didapati daripada HARAPAN Pusat,
selain tidak memaklumkan derma daripada orang persaorangan atau syarikat untuk HARAPAN
(jika ada).
Nota:
Bendahari HARAPAN, Eng Chai Heng mengatakan dana HARAPANU Terengganu memang ‘Zero’.
5. Dengan bertanding
dua kerusi – DUN Batu Buruk dan Parlimen Kuala Terengganu, beliau sebagai ketua
HARAPAN terlalu sibuk dengan kempennya sehingga gagal untuk membantu
menguruskan kerja pilihan raya dan TIDAK AMBIL TAHU persediaan untuk parti
anggota HARAPAN, seperti:
(a) Persediaan PACABA;
(b) Bendera
(c) Manifesto Negeri
(d) Jentera Pilihanraya dan banyak lagi.
Sejak pembahagian kerusi
selesai, Raja Bahrin hanya menumpukan kerja untuk partinya dan kedudukan dua
parti lain yang turut bertanding tidak dipedulikan langsung.
Malah, beliau tidak kenal
pun kebanyakan calon HARAPAN yang bertanding menggunakan logo PKR.
Beliau juga gagal
menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku kerana kelemahan diri beliau sendiri
yang tidak mampu bermesyuarat lebih dua jam. Memasuki jam ketiga dan seterusnya
beliau kelihatan hilang fokus.
Raja Bahrin sering membuat
kenyataan persendirian mengenai perjuangan HARAPAN Terengganu, malah sehingga
ke hari ini gagal memaklumkan kepada media dan orang ramai siapa sebenarnya
menganggotai HARAPAN Terengganu.
Raja Bahrin menggunakan
orang tertentu untuk menyerang pemimpinj PKR dan PPBM sebagai cara untuk
melonjakkan dirinya. Sedangkan cara itu dan orang yang digunakan itu memang
diketahui bukan ahli parti komponen HARAPAN PUN.
Namun dia dilihat
berkeliaran bersama Raja Bahrin di semua tempat.
Ternyata beliau berjaya
menggunakan pemimpin AMANAH di Kelantan dan Selangor untuk mendapatkan kerusi
Ketua HARAPAN Terengganu. Namun selepas itu, apa yang b erlaku ialah seperti
yang disebutkan di atas.
Dan apabila HARAPAN
Terengganu mendapat ‘telur’ dalam konteks kerusi DUN dan Parlimen beliau
berdiam diri seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab terhadap kekalan teruk
HARAPAN di Terengganu.
Beliau bukan pemimpin
berjiwa besar yang berani mengakui kelemahan kepimpinannya seperti Najib Razak
atau pemimpin BN yang kalah, sebaliknya membuat kenyataan kononnya AMANAH akan
menjadi penghubung antara Terengganu dan Kerajaan Posit.
Tidakkah beliau wajar diganti
dengan pemimpin lain selepas HARAPAN Terengganu dihukum sedemikian rupa kerana kegagalan
kepimpinannya?
Juga tidak malukah beliau
bersuara kononnya AMANAH akan berfungsi sebagai penghubung antara Terengganu
dengan Kerajaan Pusat?
Diharapkan Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi HARAPAN meneliti isu Ketua HARAPAN Terengganu.
Yang sudah gagal dan calon
kalah teruk – Raja Bahrin dan AMANAH kalah di DUN dan Parlimen – tidak wajar
lagi dipertimbangkan.
Malah, AMANAH kalah di
tiga Parlimen – Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus, selain 11 DUN
berbanding PKR kalah dua kerusi Parlimen dan 11 DUN diikuti dengan PPBM kalah
tiga Parlimen dan 10 DUN.
Lantiklah orang lain di
kalangan pemimpin HARAPAN Terengganu yang mampu merancang, melaksanakan
tanggungjawab serta mempunyai misi untuk memulihkan HARAPAN di Terengganu.
Raja Bahrin jelas sekali tidak mampu melakukan semua itu!!!