Malulah sikit Hadi (Presiden
PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang)!
Kenyataan anda
mengatakan parti Islam itu tidak akan membenarkan bandar yang dikuasai DAP
menghalalkan arak dan judi kepada umat Islam, boleh dipersoalkan.
Kita semua tahu bahawa tiada agama yang membenarkan maksiat, judi dan jenayah.
Namun PAS yang berada dalam kerajaan Selangor nampaknya gagl untuk
menyekat perkara yang dilarang oleh Islam itu daripada berkembang, apa lagi
kepada umat Islam.
Usaha menentang ‘pelbagai kejahatan’ itu tidak disuarakan oleh PAS
sebaliknya oleh UMNO Selangor.
Shahrum Mohd Sharif, ADUN Dengkil |
Pembabitan orang Islam, termasuk remaja Islam dalam pelbagai kegiatan
judi, arak dan ‘kejahatan lain’ bukan berkurangan malah bertambah.
Ada statistik daripada operasi oihak berkuasa mengenai perkara ini. Dengan
memiliki 15 kerusi DUN di negeri Selangor, PAS nampaknya gagal ‘mengIslamkan
dasar-dasar seperti ini di Selangor’.
Amat nyata PAS pusat. khususnya Hadi gagal mengawal pemimpin PAS Selangor,
sedangkan mereka menegakkan bendera PAS di Selangor.
Apakah Hadi pun boleh dipalit atau disabitkan dengan ‘kejahatan ini’
dengan membiarkan ADUN Selangor ‘menikus demi kedudukan’ sedangkan jelas,
maksiat dan ‘pelbagai kejahatan’ sedang berlaku di Selangor yang sebahagian
pemerintahnya adalah mereka yang melabelkan mereka ‘pemimpin Islam.
Contohnya, Ahli Dewan Undangan
(BN-Dengkil), Shahrum Mohd Sharif pernah menimbulkan perkara ini apabila
mengatakan hasil kutipan cukai hiburan di Selangor sentiasa menunjukkan
kenaikan ketara setiap tahun.
Shamsuddin Alias, ADUN Sungai Burong |
Bagi tahun 2015 sahaja kutipan cukai itu mencecah
RM51 juta berbanding RM21 juta sahaja pada tahun 2007.
Dengan
hasil kutipan cukai hiburan di Selangor sentiasa menunjukkan kenaikan ketara
setiap tahun jelas membuktikan wakil PAS dalam kerajaan tidak melakukan sesuatu
memerangi perkara ini.
Persoalan
yang timbul, ke mana perginya slogan untuk menjadikan Selangor bersih daripada
hasil maksiat?
Seperti
kata Ahli Dewan Undangan Dengkil, Shahrum Mohd. Sharif, kerajaan negeri hanya
pandai bercakap, tetapi pelaksanaannya langsung tidak dipraktikkan. “Apa sudah
jadi? Hasil cukai hiburan semakin banyak menunjukkan pertambahan pusat hiburan
setiap tahun.”
Pada
Bajet Selangor 2013, kerajaan negeri ada menyebut akan menggubal enakmen baharu
yang akan memperkasakan pihak berkuasa tempatan dalam usaha membendung premis
hiburan dan judi haram.
“Apa
sudah jadi? Hasil cukai hiburan semakin banyak menunjukkan pertambahan pusat
hiburan setiap tahun.
Selain
itu malang sekali jawapan yang diterima daripada sidang DUN lepas menyatakan
kerajaan negeri tidak bercadang untuk menggubal sebarang enakmen untuk
menangani permasalahan ini,” katanya pada sidang media di Lobi Dewan Undangan
Negeri Selangor pada 4 November lalu.
PAS
Selangor bagaikan tidak sensitif kepada pusat judi haram, judi internet, pusat
hiburan dan pusat maksiat yang berselindung di sebalik nama pusat urut atau
refleksologi yang semakin menjadi kerisauan ramai di Selangor.
Pada 15
Januari lalu, Adun Sungai Burong, Datuk Shamsuddin Lias berkata, angka besar
yang dilaporkan itu membuktikan kegagalan kerajaan negeri untuk menurunkan
angka premis pelacuran dan sarang maksiat yang meningkat seperti cendawan
tumbuh selepas hujan.
Shamsuddin
menjelaskan peningkatan bilangan premis pelacuran mungkin kerana kerjaaan
PKR yang terlalu memfokuskan hal politik sehingga mengabaikan masalah semasa di
negeri tersebut.
Ahli
Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar turut berkata sebelum ini, PAS
sebagai rakan gabungan PKR dalam kerajaan Selangor seharusnya memainkan peranan yang penting
dalam mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan yang berlaku.
“Dalam hal
ini, PAS tak boleh duduk diam sebab mereka adalah rakan gabungan dengan PKR,
kalau dalam hal ini dia tak boleh nak bersuara, susahlah. Tapi sebenanya ia
tetap akan menjadi masalah kepada kerajaan negeri sebab selagi PKR bergabung
dengan parti DAP, angka ini akan terus meningkat dan masalah memang susah nak
ditangani,” katanya.
Untuk
rekod, sebelum pakatan rakyat mengambil alih Selangor pada 2008, bilangan pusat
hiburan di negeri itu hanya di bawah 700 premis sahaja selepas operasi
mengapuskan pusat-pusat hiburan tanpa lesen oleh kerajaan BN terdahulu.
Namun,
awal tahun ini, Polis Selangor berkata, ada
2,067 premis yang dikenalpasti menjalankan kegiatan pelacuran
termasuk dii pusat hiburan, rumah urut, pub, spa, salon dan hotel.
Menurut
laporan, ia bercambah dengan meluasnya bagaikan cendewan tumbuh selepas hujan
di kebanyakan bandar sedia ada atau bandar baru, pusat ini bercambah.
Memang PBT
mengeluarkan permit kepada sebahagian kecilnya saja manakala selebihnya adalah
tidak berlesen dan dibangunkan secara haram. Walaupun sudah banyak serbuan oleh
pihak berkuasa, namun ia tetap tumbuh semula.
Sebenarnya, di sinilah berpuncanya segala macam masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat. Ia bukan saja melibatkan orang dewasa dan mereka yang sudah berkeluarga, tetapi turut melibatkan golongan remaja dan murid-murid sekolah.
Pertumbuhannya, sama ada yang berlesen atau haram, nyata membimbangkan ramai ibu bapa yang merasakan semakin sukar untuk mengawal ahli keluarga masing-masing daripada terjebak dalam kancah tidak sihat itu.
Sebenarnya, di sinilah berpuncanya segala macam masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat. Ia bukan saja melibatkan orang dewasa dan mereka yang sudah berkeluarga, tetapi turut melibatkan golongan remaja dan murid-murid sekolah.
Pertumbuhannya, sama ada yang berlesen atau haram, nyata membimbangkan ramai ibu bapa yang merasakan semakin sukar untuk mengawal ahli keluarga masing-masing daripada terjebak dalam kancah tidak sihat itu.
Ternyata
kerajaan Selangor yang turut didokong oleh PAS hanya pandai bercakap, tetapi
pelaksanaannya langsung tidak dipraktikkan.
Juga
apakah kerana perkara-perkara ini, PAS Selangor tidak mahu Hadi campurtangan
dalam isu pentadbiran negeri Selangor dan membiarkan mereka terus ‘berkuasa’?
Kegagalan
ini membuktikan PAS bukanlah perjuangkan Islam tetapi hanya mengejar kuasa
menggunakan platform Islam.
Apabila
berjaya mereka ‘melupakan niat awal’ sebaliknya berusaha untuk terus mencengkam
kuasa di Selangor.
Malang,
seribu kali malang apabila Hadi terus merepek menegaskan PAS tidak akan membenarkan DAP menghalalkan arak
dan judi kepada umat Islam.
Segala jenis maksiat yang berlaku
secara ‘terbuka’ kini akan hanya mengundang umat Islam mendekatinya kerana
penawaran banyak sekali di depan mata.
Apakah pemimpin PAS di Selangor
yang bernaung di bawah Hadi akan terus mendiamkan diri dan memerhatikan sahaja
apa yang berlaku?
No comments:
Post a Comment