Tuesday, March 17, 2009

PAS BANGGA DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN?

“Kadang-kadang saya menitiskan air mata sebab kakak (panggilan keluarga kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, gambar) terpaksa berpuasa sebab tidak ada wang untuk beli makanan.

“Tetapi alhamdulillah, kakak memahami keadaan keluarga. Malah kakak menjadikan ibadah itu sebagai rutin pada setiap hari Khamis dan Isnin sejak berumur 12 tahun.”

Demikian luahan ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Mariani Omar, 42, ketika ditanya mengenai kesusahan dia dan suami, Nik Mohd. Kamal Hussein, 41, membentuk seorang insan contoh.

Katanya, biar susah bagaimana sekali pun, anak sulung daripada empat beradik itu tidak pernah merungut.

Malah Nik Nur Madihah, menurutnya, melalui semua kepayahan itu dengan tabah dan menerimanya sebagai cabaran untuk berusaha dengan lebih keras.

Persoalannya bak kata kpmu.net:

1) Dari mana datang budak bijak ini, Kelantan , Pas dengan bangganya mengakui kerana Madihah dapat 20 A , sama seperti Pas meraikan kejayaan Hafiz, Pas hanya mahu mengakui yang baik saja konon hasil perjuangan mereka. 2) Apa yang Nik Aziz , Husam Musa buat selama ini ? Asyik berpolitik sahaja tanpa menyedari betapa kesengsaraaan rakyat mereka. Ini yang hanya kita ketahui , yang tidak kita ketahui mungkin ramai lagi. Fikirkanlah……..

Baca apa kata Murai melalui blog Tinta Merah:

HATI Murai sungguh tersentuh apabila melihat keadaan rumah pelajar cemerlang, Nik Nur Madihah Nik Ismail, 18 yang terletak di Kampung Parang Punting, Pengkalan Chepa, Kelantan Darul Naim. Apakah ianya boleh digelar rumah ataupun reban? Lama Murai menatap gambar berkenaan di akhbar Utusan Malaysia, dan cuba membayangkan. Air mata Murai menitis satu demi satu dan hati diulik hiba dan sebak memanjang. Murai menangis. Mungkin Murai agak emosi dalam hal ini. Murai cuba membayangkan jauh ke dalam dalam rumah berkenaan. Melihat bagaimana tempat tidur, balai dan juga dapur. Bagaimana dalam keadaan rumah sebegitu rupa Nik Nur Madihah belajar dan boleh membawa kejayaan cemerlang pula?
Murai membayangkan Nik Nur Madihah tidak mempedulikan itu semua. Apa yang ada dihadapannya ialah memburu kejayaan. Keadaan, kemiskinan dan kesusahan tidak ditangisi dan itu dijadikan cabaran untuk dia mengirai kejayaan.
Ternyata akhirnya berbaloi apabila Nik Nur Madihah mendapat 19 A1 dan 1 A2 (20A) dan sekaligus menjadi pelajar cemelerang dalam SPM di Kelantan tahun 2008.
Jelas keadaan (rumah) tidak jadi masalah sekiranya kita berazam untuk berjaya. Di sinilah kata orang tua-tua di mana ada kemahuan di situlah ada jalan. Hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Tanpa mempunyai kemudahan IT, internet, handset (mungkin) dan laptop dan sebagainya, Nik Nur Madihah boleh belajar dan mencapai kejayaan lebih hebat daripada puluhan ribu pelajar lain yang mempunyai segala kelengkapan belajar dan juga mengambil kelas tambahan atau yang mempunyai tiga handset!
Seharusnya kejayaan dan ketabahan Nik Nurmadiah harus diteladani oleh kita semua. Mengenangkan kepada pelajar ini dan melihat keadaan rumahnya menyebabkan Murai menjadi emosi lagi. Apakah kehidupan keluarga ayahnya Nik Mohd Kamal Hussein tidak diepdulikan sesiapa? Murai percaya kalau bukan kerana kejayaan anaknya itu dunia tidak mengenali Mohd Kamal. Dan Mohd Kamal akan kekal hidup dalam keadaanya itu mungkin selama-lamanya.
Apa yang tambah menyedihkan Murai ianya berlaku di negeri Murai sendiri, negeri Kelantan. Negeri tempat Murai bermanja dan berkasih! Negeri berkenaan diperintah oleh parti islam. Yang merujakan, keadaan semacam kontras dengan apa yang diucapkan. Kerajaan Kelantan adalah kerajaan berkebajikan.

Ironisnya juga saat ini seorang pemimpin negeri berkenaan sedang menebarkan jala bicara untuk memulihkan ekonomi global, mengajak Malaysia dan Indonesia agar mempelopuri kerjasama ekonomi serantau untuk mengatasi masalah kesempitan ekonomi kini.

Dia pergi jauh beribu batu untuk menjadi tukang cakapnya.
Diajar juga supaya Indonesia dan Malaysia mengajak negara Aisa Tenggara membentuk zon ekonominya sendiri, manakala perdagangan Malaysia dengan Indonesia hendaklah dilakukan dalam mata wang dinar?

Apakah ertinya semua ini. Kita mengajak dunia agar pulihkan ekonomi tetapi nasib rakyat dan anak buah sendiri masih terbiar dan melarat. Apakah ini dinamakan retorik dan perangai semula jadi orang politik yang bernafsu besar dan terperasan merasa hebat, bijak dan pandai?

Murai rasa lebih baik orang itu bercakap soal memulih dan membangunkan ekonomi di negeri sendiri dulu sebelum menjadi pemidato ekonomi dunia. Sebelum mengajak masyarakat Cina luar datang berdagang di negeri kita,

Murai rasa baik pemimpin itu jaga pohon depu yang sudah layu, atau jaga kambing yang sudah banyak mati, ataupun selesaikan tv web yang masih belum ada siaran itu. Sudah berapa juta dilaburkan untuk projek-projek berkenaan?
Tidak ada gunakannya kita meperagakan kehebatan akal kita kerana apa yang orang akan lihat akhirnya ialah mengenai pencapaian kita. Apakah hasil yang telah dilakukan?

Akhirnya Murai ucapkan tahniah dan syabas kepada Nik Nur Madihah dan keluarganya atas kejayaan itu dengan doa semoga diberkati Allah.

Jadi, kepada pemimpin PAS Kelantan, jangan asyik bangga kerana usaha rakyatnya sendiri, sedangkan mereka tidak melakukan apa-apa!