Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang kelmarin tidak bermoral kerana calon yang dipilih memiliki rekod lampau yang tidak baik.
Katanya, walaupun calon BN, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berjaya menewaskan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar namun kemenangannya itu akan membebankan BN dan UMNO.
Bukan Nik Aziz sahaja, anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali turut menyifatkan, pengundi Bagan Pinang telah terpilih tokoh rasuah.
"Antara maruah dan rasuah, pengundi Bagan Pinang telah terpilih rasuah. Ini satu kemalangan," katnya.
Satu kemalangan? Salah, pengundi Bagan Pinang membuat pilihan dalam keadaan mereka sedar dan arif mengenai siapa calon yang mereka pilih.
Persoalannya, kenapa pengundi Bagan Pinang tetap memilih Mohd Isa walaupun tahu beliau pernah melakukan rasuah sebelum ini?
Sebaliknya kenapa mereka menolak calon PAS dan parti itu gagal untuk mempengaruhi pengundi di Bagan Pinang?
Apakah pengundi Bagan Pinang bodoh sangat? Apakah pengundi Bagan Pinang tidak Islam kerana menolak PAS?
Kesian dengan Nik Aziz. Beliau yang nampak terlalu kecewa, menolak kemampuan dan kesempurnaan akal pengundi Bagan Pinang untuk membuat pilihan.
Nik Aziz sebaliknya turut mengakui: “Kalau mereka memilih BN dengan kehendak hati sendiri, saya tidak boleh buat apa. Tetapi hak yang 2,000 lagi yang mengundi PAS itu saya harap biar ia jadi benih yang cukup bernas untuk menyebarkan Islam di masa depan,” katanya.
Dalam kedudukan beliau mengatakan akur dengan kekalahan itu kerana pengundi sudah membuat pilihan dengan memilih BN, Nik Aziz tetap timbulkan isu Mohd Isa sebagai perasuah dan membandingkan UMNO dan MCA.
Kata Nik Aziz, tindakan UMNO memilih Mohd Isa amat memalukan jika dibandingkan langkah yang diambil kaum Cina di dalam MCA yang menolak dua pemimpin utamanya dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Sabtu lepas .
“Langkah yang diambil UMNO terbalik dan cukup memalukan. Cina yang tidak beragama Islam tolak Presiden dan Timbalan Presiden kerana terlibat dengan yang seorang tu kerana skandal duit dan hak seorang lagi tu skandal perempuan.
“Tetapi yang ini pula memang UMNO sendiri mengaku dia terlibat dengan skandal tetapi dia pilih. Pilih pula dengan majoriti banyak. Jadi di mana duduk moral, malu pada orang Cina yang tidak beragama Islam. Saya nak ulang sekali lagi malu kepada orang Cina yang tidak beragama Islam,” katanya.
Kata-kata Nik Aziz seolah-olah pengundi di Bagan Pinang tidak dapat memisahkan diri mereka dengan pemimpin rasuah.
Dalam konteks ini, bagi Nik Aziz, dia akan tetap menghukum seseorang walaupun orang itu sudah insaf atau sudah menjalani hukuman.
Jelas Nik Aziz bukan jenis pemimpin yang boleh menerima seseorang yang insaf dan sedar kesalahan mereka.
Juga Nik Aziz bukan jenis orang yang dapat menerima orang lain yang sudah menjalani hukuman.
Namun, peliknya walaupun tahu Mohamad Sabu pernah melakukan sesuatu yang tidak baik dan rakyat Kelantan sudah menolak Mat Sabu, Nik Aziz tetap menerimanya.
Begitu juga dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diketahui ada bukti kuat melakukan liwat, beliau boleh menerimanya.
Kerana apa? Kerana kuasa dan mahu menjamin PAS terus memerintah Kelantan.
Yang jelas Nik Aziz bukan sekadar tidak mahu menerima hakikat pengundi Bagan Pinang mahukan Mohd Isa tetapi Menteri Besar itu jenis manusia yang tidak tahu menghormati kehendak dan keinginan pengundi DUN berkenaan.
Pada ketika pengundi Bagan Pinang boleh ‘memaafkan’ Mohd Isa, kenapa Nik Aziz terus mencerca dan menghina Mohd Isa dengan mempersoalkan kenapa bekas Menteri dan Menteri Besar itu tetap menang pilihan raya?
Mohd Isa sendiri sudah menjelaskan, beliau tidak akan pergi lebih jauh dalam pentadbiran Kerajaan Negeri kerana mahu memberi khidmat terbaik kepada masyarakat yang telah memilihnya.
Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang itu turut menafikan desas-desus mengatakan beliau bakal diserapkan sebagai Exco Kerajaan Negeri dengan mengambil kira pengalamannya pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun.
“Setakat ini saya tak terfikir bab itu (jadi Exco). Setakat ini, saya tak fikirkan sebab saya mahu tumpukan kemenangan, dan selepas menang saya mahu berkhidmat untuk rakyat Bagan Pinang dan Telok Kemang, selain mengukuhkan parti. Itu saja matlamat saya,” katanya.
Mohd Isa juga kurang bersetuju sekiranya ada pihak yang menganggap kemenangannya di Bagan Pinang kelmarin sebagai titik permulaan kembalinya beliau ke dalam arena politik selepas dikenakan tindakan kerana terlibat kesalahan politik wang.
“Saya memang aktif dalam politik sebab saya Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang. Lepas habis hukuman, saya dipilih sebagai Ketua UMNO bahagian dan ini bermakna saya masih dalam arena politik. Bagaimanapun, untuk aktif dalam politik aliran perdana, ia bergantung kepada keadaan. Saya pun tak ramalkan masa depan saya sebab saya tak buat ramalan,” katanya.
Jawapan kepada komen Nik Aziz ialah, Mohd Isa kembali aktif berpolitik dan bertanding pilihan raya selepas menjalani hukuman.
Amat jelas Nik Aziz jenis manusia yang gemar menghukum manusia selama-lamanya walaupun seseorang itu sudah menjalani hukuman di atas kesalahannya.
Wednesday, October 14, 2009
Tuesday, October 13, 2009
Nampak kuat agama tapi masuk neraka
Oleh DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
Untuk membuat penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil bukanlah mudah. Dalam kehidupan ini ramai orang selalu membuat kesimpulan daripada penampilan atau faktor luaran yang mereka lihat semata. Penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil berbeza dengan sangkaan baik.
Umpamanya, apabila kita melihat mereka yang kuat bersolat, atau berpuasa maka sudah pasti kita wajar bersangka baik terhadapnya. Namun dalam masa yang sama kita tidak akan membuat kesimpulan bahawa dia adalah pasti ahli syurga, atau pasti orang yang kuat berpegang dengan agama, atau seorang yang soleh.
Ini kerana solat dan puasa memanglah amalan yang baik dalam Islam, tetapi Islam bukan sahaja berkaitan soal solat dan puasa, sebaliknya Islam merangkumi pelbagai sudut kehidupan. Jika dia kuat solat dan puasa, tetapi dalam masa yang sama kuat memaki dan mencerca orang, atau menderhakai ibubapanya, atau tidak amanah, atau menzalimi orang lain dan seumpamanya, maka dia bukannya orang yang soleh dalam ertikata sebenar dalam Islam.
Tidakkah kita selalu membaca hadis: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang.
Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).
Pendusta Agama
Dalam hadis lain Nabi s.a.w menceritakan tentang akhir zaman ada para pembaca al-Quran kerana hendak dapat untung. Ini dapat kita lihat dalam negara kita mereka yang memakai ‘pakaian agama’ dan mengutip wang daripada orangramai kononnya kerana hendak membuat penghantaran pahala kepada si mati.
Mereka membuat untung yang besar saban tahun atas nama al-Quran dan orang menganggap mereka melakukan kebaikan sedangkan Nabi s.a.w menyindir perbuatan ini dengan sabdanya: “Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Dalam sejarah ramai mereka yang menampil watak ‘agama’ tetapi sebenarnya penjenayah agama. Antara yang terkenal ialah Abu ‘Ismah Nuh bin Abi Maryam yang mencipta hadis-hadis dusta kononnya kerana ingin mendapat pahala dengan diadakan hadis-hadis fadilat itu dan ini khususnya tentang surah-surah al-Quran. Dia digelar Nuh al-Jami’ bermaksud Nuh yang menghimpunkan. Ini kerana dia menghimpunkan ilmu daripada berbagai tokoh-tokoh besar.
Namun al-Hafiz Ibn Hibban menyatakan: “dia menghimpunkan segalanya, kecuali cakap benar”. (lihat: al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, 185, Beirut: Dar al-Fikr).
Pada zahirnya, dia tokoh agamawan namun pada hakikatnya dia sebenarnya pendusta agama. Bukan sedikit orang yang sepertinya dalam sejarah pengumpulan hadis. Kata seorang tokoh pengkaji hadis, Dr. Hammam Sa`id: “Telah zahir golongan ahli ibadat, zuhud dan nussak (penumpu penuh ibadah). Kejahilan dan kebodohan mereka telah membawa mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam fadhilat-fadhilat amal, fadhilat surah-surah al-Quran dan solat-solat sunat, untuk menggalakkan orang ramai beramal.
Seperti juga mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam menakut orang ramai terhadap maksiat. Mereka menyangka mereka telah membela Islam. Golongan yang jahil ini tidak tahu bahawa pendustaan ke atas Rasulullah s.a.w boleh menurunkan mereka ke dalam tingkatan-tingkatan yang paling bawah dalam neraka jahannam” (Hammam `Abd al-Rahim Sa`id, Al-Tamhid fi `Ulum al-Hadith, m.s. 140, Jordan: Dar al-Furqan). Ini kerana tindakan mereka telah menipu atas nama Nabi s.a.w dan merubah wajah asal agama.
Jika dilihat atau dinilai pada zahir ibadah dan pakaian mereka, tentu kita menyangka mereka golongan yang soleh, tetapi di sisi agama mereka adalah para pendusta yang termasuk dalam sabda Nabi s.a.w: Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Khawarij
Dalam sejarah pertelingkahan umat Islam kelompok yang paling kuat dan awal menggunakan isu agama untuk mengkafirkan orang Islam yang lain ialah Puak Khawarij. Kelompok ini Nabi s.a.w sifatkan seperti berikut: “..Seseorang kamu akan merasa lekeh solatnya dibandingkan solat mereka, merasa lekeh puasanya dibandingkan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran, namun al-Quran itu tidak melebih halkum mereka. Mereka tersasar keluar dari agama seperti anak panah tersasar dari sasarannya..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Inilah Khawarij yang kelihatan hebat dalam ibadah dan pidato agama mereka dengan menggunakan nas-nas al-Quran. Mereka mengkafirkan orang Islam yang melakukan maksiat, juga mengkafirkan orang Islam yang tidak mengikut kumpulan mereka. Puak Khawarij ini mengangkat slogan: "Tidak ada hukum melainkan hukum Allah". Slogan yang kelihatannya berteraskan al-Quran, tetapi dengan tujuan yang buruk. Kata Saidina Saidina 'Ali bin Abi Talib kepada mereka: "Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil". (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).
Dengan slogan al-Quran “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu orang-orang yang kafir” (Surah al-Maidah, ayat 44), maka mereka melancarkan kempen mengkafirkan dan memerangi orang Islam. Atas andaian yang tipis maka dengan mudah seseorang dijatuhkan hukuman murtad dan kafir.
Hasilnya, pertumpahan yang dahsyat berlaku pada zaman pemerintahan Saidiyyida ‘Ali bin ‘Abi Talib. Selepas zaman ‘Ali pun, pemikiran Khawarij meresap ke dalam berbagai kumpulan dan organisasi. Hasilnya, kita mendengar isu kafir mengkafir muncul di pelbagai zaman dan tempat di seluruh pelusuk dunia Islam.
Pada zahirnya puak ini berwajah agama, namun pada hakikatnya Nabi s.a.w menyebut tentang mereka: “Mereka itu berucap dengan ucapan sebaik-baik makhluk. Mereka tersasar keluar dari Islam seperti anak panah tersasar dari sasarannya. Iman mereka tidak melebihi halkum mereka. Di mana sahaja kamu temui mereka maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya membunuh mereka itu ada pahala pada Hari Kiamat” (Riwayat al-Bukhari).
Demikian getirnya kelompok ini. Sekalipun dengan ungkapan dan nas agama di mulut mereka, namun Nabi s.a.w memerintahkan agar pemerintah Islam membunuh mereka kerana mereka mengkafirkan bahkan sesetengah kelompok mereka seperti al-Azraqiyah membunuh orang Islam, anak kecil dan wanita yang tidak mengikut kumpulan atau jamaah mereka.
Dengan ini menyedarkan kita semua, di samping kita bersangka baik kepada golongan yang menzahirkan ciri-ciri agama, kita sayangkan mereka dan menghormati mereka, namun kita juga mestilah berhati-hati dengan tindakan setiap individu dan kumpulan.
Janganlah penampilan zahir menyebabkan kita membuta mata atau memandulkan akal dari membuat penilaian yang matang dan seimbang. Apa yang baik kita kata baik, apa yang salah tetap dinilai salah tanpa mengira dari mana dan siapa kesalahan itu datang. Namun jika golongan tertentu menzahirkan ciri-ciri agama dan memegang prinsip agama dalam seluruh perjalanan mereka, maka merekalah golongan yang kita cinta dan kita bela dengan sepenuhnya.

Sunday, October 11, 2009
NIK AJIS MENGAMALKAN KRONISME
Sumber: www.parpukari.blogspot.com
Realitinya, pemimpin PAS merupakan orang politik yang tidak bertanggung jawab kerana mempunyai naluri untuk tamak kuasa dan harta membatasi kepertanggung jawaban melunaskan amanah yang rakyat . Pemimpin PAS yang selalu mengambil peluang memperkudakan keyakinan orang ramai atas perjuangan mereka yang kunun kunun berlandaskan ‘Al Quran dan Sunnah’ kini sah dikategorikan dalam rumpun amalan kronyism, terutama menjaga kepentingan sendiri.
Kelmarin, perlantikan Ariffahmi Abdul Rahman sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan Bhd. (PMBK) menjadi rasmi. Menantu MB Kelantan Nik Aziz Nik Mat ini mengambil alih jawatan agensi pelaburan dan pemangkin pembangunan Kelantan dalam tempoh singkat menjawat COO.
Antara tindakan terawal beliau setelah mengambil alih penuh kuasa eksekutif ialah mengeluarkan perintah melucutkan jawatan CFO Puan Norizan Yaakob dan diberi tugasan ‘bilik sejuk’ (cold storage). Dipercayai, CEO bertindak demikian untuk menjaga maklumat mengenai kegiatan beliau semasa menjawat COO, terutama berkaitan salah guna kuasa. Kemungkinan, setelah CFO ini dikeluarkan serta merta, CEO bertindak untuk ‘memadamkan’ maklumat.
PMBK dikatakan memberikan banyak kelebihan peluang perniagaan kepada mereka yang rapat dengan Nik Aziz, termasuk waris Abdul Razak “Pok Jak” Abas.
Jika benar kegiatan semua ini berlaku, maka kepimpinan Nik Aziz sebagai Murshidul Am PAS merupakan sesuatu ‘wayang’ semata mata. Pelawaan Nik Aziz mengundang Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melihat Kelantan dari dekat merupakan sebahagian strategi PR dalam proses untuk ‘memutihkan’ amalan kronysim yang dilakukan.
Hari ini, orang yang secara mudah melacurkan nama Allah s.w.t. sebagai “pun mencarut” dan “boleh berkawan dengan syaitan” terbukti tamak kuasa dan harta.
Ramblings and doodlings of an unsettled mind!
Kisah ‘Anak Bapak’
Dalam keghairahan orang PAS mengagung agungkan MB Besar Kelantan Murshidul Am PAS Dato’ Nik Aziz Nik Mat sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat, tidak korup dan hidup penuh keserdehanaan, sebagai insan marhaen yang benar benar bertaqwa, keadaan sebenar yang berlaku di’belakang tabir’ sebenarnya ‘lain padang, lain belalang’. Nik Aziz, yang disifatkan orang PAS sebagai ‘Ulama Besar’ sebenarnya mengamalkan nepotism dan kronism, dalam pentadbiran ‘Semi Diktator’ semenjak PAS mengambil alih Kerajaan Kelantan Disember 1990.
Dikhabarkan hari ini, MB Kelantan itu melantik Abdul Ariffahmi Abd Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Beliau merupakan suami Nik Amalina Nik Aziz, anak perempuan kesayangan Murshidul Am PAS itu.
Perlantikan ini menjadi kontroversi kerana Ariff disifatkan sebagai ‘tidak layak’ untuk menjawat kedudukan strategik agensi perlaburan dan perlaksana pembangunan jentera Kerajaan PAS Kelantan tersebut. Walaupun sebagai seorang juritera, beliau tidak diyakini dikalangan professional dari berkhidmat diKelantan. PMBK dipercayai mempunyai asset beratus juta Ringgit kini berada dalam keadan kesempitan tunai. Salah satu sebab ialah dipercayai Ariff yang sebelum ini COO PMBK dikatakan seorang yang boros berbelanja.
Dikhabarkan bahawa Ariff merupakan ahli UMNO Bahagian Machang. Sekiranya ini benar, maka Nik Aziz yang tidak lama dahulu mengeluarkan kenyataan celupar “Pergi jahanam UMNO” dan “Boleh berkerjasama dengan Syaitan” sebagai alasan meng’halal’kan perhubungan dan kerjasama rapat dengan DAP yang rata rata disifatkan sebagai anti-Islam itu adah seorang pemimpin yang layak disifatkan seai ‘munafik’. Ini kerana semata mata politik, beliau tergamak memanipulasi kedudukan beliau sebagai ‘ulama’ yang rata rata dihormati dan mengeluarkan pendapat dari perspektif ugama Islam untuk meng’halal’kan matlamat dan cara.
Nik Aziz juga merupakan pemimpin yang mengeluarkan kenytaan “Allah pun mencarut” untuk menghalalkan penulisan sumbang Dato’ Shahnon Ahmad “Shit”, yang diterbitkan pada tahun 1999 dan disifatkan sebagai mencemar anugerah kepada seorang Sasterawan Negara sebagai reaksi kepada episod pemecatan Anwar “Mat King Leather” Ibrahim dari Kerajaan. Ini jelas menunjukan bahawa Nik Aziz secara begitu mudah memperkudakan ugama Islam, termasuk Maha Suci Allah s.w.t. semata mata untuk kepentingan politik dan mempertahankan kecabulan bahasa dan tindakan ahli PAS seumur hidup.
Apa apa pun, perlantikan Ariff merupakan amalan ‘Kronism’ dan ini boleh membawa kepada amalan korupsi dan salah guna kuasa, samada untuk kepentingan peribadi maupun politik. Apakah tindakan ini, yang dilihat akan membawa kepada keadaan dimana rakyat Kelantan sendiri mengumpat, jika tidak sampai ketahap memfitnah sebagai sesuatu “Yang berlandaskan Al Quran dan Sunnah”?
Lantikan ini umpama semasa pentadbiran PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengangkat menantunya Khairy Jamaluddin sebagai CEO Khazanah Holdings Bhd atau MOF Inc. Sedangkan beliau diambil sebagai Naib Ketua Setiausaha di Pejabat Perdana Menteri pun menjadi bahan politik Pembangkang, ini pulak mempunyai akses dan penguasaan pada harta dan dana agensi pelaburan Kerajaan Persekutuan.
Kegagalan MB Kelantan ini membangunkan Kelantan, yang rata rata merupakan negeri warga Islam per kapita paling tinggi dalam negara. Slogan “Membangun bersama Islam” sebenarnya omong omong kosong dan permainan politik yang memperkudakan emosi dan ketaatan orang Melayu atas aqidah, yang tidak langsung direalisasi pada pembangunan fizikal, modal insan dan rohaniah warga Islam Kelantan.
Selama 19 tahun warga Kelantan di’nafikan’ pembangunan kerana kegagalan kepimpinan Nik Aziz.
Walaupun PMBK diujudkan bagi tujuan pembangunan, namun kelemahan kepimpinan tidak akan berjaya merealisasikan apa apa perancangan walaupun Kelantan kaya dengan sumber asli. Apabila agensi pemangkin pembangunan Kelantan seperti PMBK diPengerusikan bapa dan dilaksana dengan penguasaan eksekutif oleh menantu, maka tidak banyak yang diharapkan untuk menjaya dan realisasikan apa apa program melainkan agenda tersirat memperkuatkan propaganda agar Nik Aziz untuk bererusan berkuasa di Kelantan. Pemimpin PAS Kelantan juga pernah dikaitkan dengan salah guna kuasa seperti isu pembalakan Lojing.
Yang nyatanya, tindakan MB Kelantan Nik Aziz ini sebenarnya memperlupuri amalan Muawiyah Abi Suffian diKelantan, yang memulakan pemerintahan hierraki Khalifah Ummaiyah dalam menghalalkan amalan dinasti dan menghentikan amalan musyawarah Khalifah Ar Rashidin.
* Perkembangan dikemas kini Selasa 30 September 2009 0745am
Anak anak MB Kelantan Nik Aziz dikatakan dilantik ke beberapa badan yang ditaja Kerajaan Kelantan atau PAS Kelantan. Badan ini, seperti Yayasan Kumus dipercayai mendapat konsessi balak dan anak beliau Nik Omar Nik Aziz merupakan ahli lembaga pengarah.

PORT DICKSON BANDAR PEMBIAKAN LALAT, KOTA BHARU?
Salahuddin Ayub (jangan salah sebut dia ni bukan Salahuddin Al-Ayubi tapi mungkin Salahudin Al-Lupali), wah mendengar ucapan Salahuddin Ayub ni yang berdegar-degar memang membuatkan kita bersemangat untuk mendengarnya.
Ini nak dikisahkan sewaktu Salahuddin Ayub berceramah semasa kempen Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang berlangsung. Dengan bersungguhnya beliau mendakwa bahawa Port Dikson bandar adalah Bandar Pembiakan Lalat, kesian kat lalat, tak pasal-pasal jadi bahan kempen maklum sahajalah Kelantan kan bebas daripada Lalat.
Paling menjatuhkan air muka orang Port Dikson apabila Salahuddin Ayub ni kata, guna lalat buat jadi maskot bandar Port Dikson. Amboi tak sayang mulut nampak, dalam keghairahan untuk memancing undi sampai mengabaikan perasaan orang Port Dikson, mungkin kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini menyebabkan PAS menjadi semakin sombong dan berlagak. Sampai tergamak menghina orang Port Dikson.
Penulis nak nasihatkan sikit kat Salahuddin Ayub tu, sebelum anta menjaga negeri orang, cuba balik tengok sendiri dulu. Pertamanya di Pasar Siti Khatijah, di mana disitu bukan sahaja ada pembiakkan lalat malah tikus gergasi sebesar kucing pun boleh dijumpai di sana. Tak taulah apa kerja adun-adun yang ada kat sini, mungkin kerjanya cukup bulan terima duit gaji je kot.
Keduanya cuba pergi lihat di Medan Selera Buluh Kubu yang juga dikenali dengan nama Padang Bas, memang menjijikkan dah lah kotor, lepas tu bau busuk pulak tu, bagus betul perancangan bandar Kerajaan Pas ini, menikmati makan malam sambil menghidu aroma sampah, memang mengasyikkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)