Saturday, September 10, 2011

MULUT KHALID SAMAD SEMAKIN BUSUK…

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Samad bagai hilang ingatan, sasau dan bingung dengan perbuatannya sendiri!

Dia kini berseteru dengan jabatan Islam di Selangor malah mempersoalkan banyak perkara termasuk terhadap NGO Islam Selangor. Dia mendakwa Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa menyokong UMNO.

Ini apabila kelmarin (8 September 2011) beliau menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mendedahkan apa yang dibincangkan dalam pertemuan mereka dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Khalid beranggapan pertemuan itu cuba menjatuhkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dalam entri terbaru blognya pada Rabu lalu, Khalid mendakwa ada pihak-pihak tertentu telah mengadakan pertemuan tertutup membabitkan agensi-agensi agama dan NGO untuk menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar Selangor ekoran kes serbuan ke atas DUMC pada 3 Ogos lalu.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam mendakwa pertemuan beberapa NGO Islam bersama JAIS dan MAIS serta wakil daripada Pejabat Peguam Negara telah menghasilkan satu memorandum untuk menjatuhkan Abdul Khalid selaku Menteri Besar Selangor.

Khalid mendakwa, Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa telah mengakui mengenai pertemuan rasmi yang berlangsung itu adalah untuk membincangkan masalah umat Islam dalam isu gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Menurut Khalid sekiranya pertemuan tersebut adalah mesyuarat rasmi maka Azib selaku pengerusi MAIS perlu mendedahkan maklumat mengenainya bagi mengelakkan sebarang spekulasi.

Hakikatnya Ahli Parlimen Shah itu memang tidak berpuas hati dengan JAIS yang sebelum ini mengambil tindakan terhadapnya kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau bulan lalu.

Kesannya, beliau cuba menyerang pihak berkuasa agama itu dengan mengaitkannya dengan UMNO.

Lebih buruk, pada Rabu 7 September 2010, Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor itu mendakwa para pegawai penguat kuasa yang menjalankan tugas berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 mengamalkan diskriminasi dan bersekongkol dengan UMNO.

Khalid berkata, meskipun JAIS ketika ini di bawah pentadbiran parti-parti pembangkang, masih ramai pegawai pihak berkuasa agama itu merupakan orang yang sama ketika pentadbiran BN sebelum tahun 2008.

Menjawab tuduhan Khalid semalam, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa pada Jumaat menegaskan tidak wujud sebarang komplot untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor.

"Sebaliknya yang kedengaran ialah mereka di sekeliling Datuk Menteri Besar Selangor yang cuba menjatuhkan beliau (Abdul Khalid)," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Shah Alam.

Mohamad Adzib berkata demikian bagi menjawab segala dakwaan kononnya wujud konspirasi politik bagi menjatuhkan Menteri Besar Selangor semasa pertemuan MAIS dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam sebagaimana yang didakwa anggota Parlimen Shah Alam dari PAS itu.

Pengerusi MAIS itu menjelaskan, MAIS mengadakan perjumpaan dengan 45 buah NGO Islam pada 5 Ogos lepas bagi memberi penerangan dan penjelasan berhubung isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan menegaskan ia tiada kena mengena dengan dakwaan bahawa perjumpaan itu bertujuan menjatuhkan Khalid.

Mohamad Adzib berkata, perjumpaan dengan NGO Islam itu dipengerusikan Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan dihadiri beliau selaku Pengerusi MAIS, Pengarah JAIS, Marzuki Hussin dan Penolong Penasihat Undang-undang Negeri.

Agenda perjumpaan itu, jelasnya, antara lain ialah ucapan Dr Hasan sendiri, taklimat dan tayangan video oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS serta sesi soal jawab.
"Tohmahan yang dilemparkan oleh YB Khalid Samad tersebut amat tidak bertanggungjawab dan bertujuan mengelirukan masyarakat Islam terutamanya di negeri Selangor," kata Mohamad Adzib lagi.

Beliau berkata, dalam hal ini, MAIS akan merujuk kepada peguam untuk menentukan sama ada satu tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Anggota Parlimen PAS itu berhubung segala tohmahan yang dilemparkannya.

Mohamad Adzib dalam kenyataan itu turut berkata, institusi-institusi Islam di Selangor seperti JAIS, Lembaga Zakat Selangor, masjid dan surau tidak boleh digunakan bagi tujuan politik oleh sesuatu kumpulan, individu atau pihak tertentu.

"Inilah yang berlaku selama ini di mana pihak atau parti politik tertentu menjadikan institusi-institusi agama sebagai tapak menyebarkan agenda politik masing-masing yang boleh mencemarkan kredibiliti institusi tersebut termasuklah kesucian rumah ibadat," katanya.

Selepas membaca kenyataan ini ternyata Khalid gelabah tidak tentu pasal dan langsung tidak menghormati Dr Hassan yang mempengerusikan perjumpaan yang dikatakan mahu menjatuhkan Menteri Besar Selangor itu.

Kesian Khalid. Tembelangnya semakin jelas dan dialah punca sebenarnya menyebabkan huruhara dalam politik Selangor.

Nampak sangat Khalid cuba menyerang Dr Hassan secara ‘baling batu, sembunyi tangan’.

Masanya sudah sampai untuk jatuhkan Khalid dan selagi ibu kanser ini tidak dibuang, kerajaan Selangor, khususnya Khalid Ibrahim terus berdepan dengan bahaya pembohongan yang dicipta Khalid!