Thursday, August 25, 2011

PERKASA, Ezam Dakwa MB Fitnah, Tipu Sultan Selangor


Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Selangor dan Pusat, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Senator Ezam Mohd Noor semalam membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Laporan dibuat ke atas Abdul Khalid kerana didakwa memfitnah dan menipu Sultan Selangor (untuk lebih jelas baca di sini) dalam isu penubuhan Majlis Penasihat Syura untuk menyelesaikan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama http://www.blogger.com/img/blank.gifpada 3 Ogos lalu.

Pengerusi GAPS Hamidzun Khairuddin semasa ditemui di Balai Polis Seksyen 6 di Shah Alam di mana mereka membuat laporan berkata tindakan Abdul Khalid adalah suatu kesalahan besar mengikut Akta Hasutan 1948 dan badan itu mahu Menteri Besar Selangor itu disiasat mengikut akta itu.

"GAPS mempunyai pandangan bahawa institusi Raja di Selangor harus dipertahankan sebagai institusi yang unggul untuk menyatukan dan membawa perpaduan rakyat dan bukan bahan untuk ditertawakan diperkotak-katikkan dan dipermainkan," katanya.

Ezam pula berkata beliau merasa bertanggungjawab untuk mempertahankan Perlembagaan Negara dan Institusi Asas Negara dan beliau bersama teman-teman seperjuangan mempercayai ada agenda halus di sebalik tindakan Abdul Khalid yang didalangi oleh pihak-pihak tertentu untuk merosakkan institusi Istana dan Raja Berperlembagaan.

Bukan sahaja institusi Raja diserang, malah JAIS yang menjaga hal ehwal kebajikan orang Islam juga turut diserang, kata Ezam.

Kelmarin Setiausaha Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani mengeluarkan kenyataan bahawa kenyataan Abdul Khalid bahawa penubuhan Majlis Penasihat Syura itu telah dicadangkan oleh Baginda, adalah tidak benar sama sekali.

Monday, August 22, 2011

Isu Gereja - "See U In Court...", Sultan Perintah Tubuh Majlis Syura

“Ini adalah sangkaan jahat dan satu niat untuk mendapatkan sokongan politik dan kita rasa amat terkilan dengan tindakan Mustafa dengan memberi segala gambaran yang berlaku didalangi UMNO Selangor. Saya bagi pihak UMNO Selangor membuat penafian sekeras-kerasnya, kita tidak terlibat dalam peristiwa ini dan kita tiada peranan dan tanggungjawab untuk mengeluarkan arahan kepada JAIS.” – Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed.

Pada ketika Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan kerajaan negeri supaya menubuhkan majlis penasihat syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lepas, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan, beliau bersedia untuk bertemu UMNO di mahkamah.

See you in court...” katakan.

Mustafa mengulangi, beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan UMNO dalam pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya awal bulan ini.

DEng an tegas Mustafa menegaskan tidak akan memohon maaf atau menarik balik dakwaan dilemparkan terhadap Umno sebelum ini. “Kita jumpa di mahkamah, kalau nak saman itu hak dia (UMNO Selangor), saya tidak akan minta maaf dan saya kekal dengan pendirian saya sebelum ini, kita jumpa di mahkamah.” jawabnya.

Umno Selangor dilaporkan akan memfailkan saman RM10 juta terhadap Mustafa berhubung dakwaan kononnya parti Melayu itu memainkan peranan dalam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja awal bulan ini.

Setiausaha UMNO Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, berkata selain Mustafa, pihaknya juga akan mempertimbangkan pihak-pihak lain dalam saman yang akan difailkan selepas Aidilfitri.

“Kita akan memulakan langkah permulaan saman iaitu saman tuntutan ganti rugi dan saman malu terhadap fitnah yang dibuat Datuk Mustafa Ali terhadap Umno Selangor dengan jumlah RM10 juta.

“Ini adalah tindakan yang terpaksa dilakukan demi mempertahankan maruah dan hak, kami akan hantar notis kepada beliau dan pihak-pihak tertentu dan jika tiada jawapan, kita akan failkan saman selepas Aidilfitri,” katanya pada sidang media di Shah Alam.

Mustafa sebelum ini mendakwa mempunyai bukti kononnya Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Beliau turut mengatakan UMNO memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu.

Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan UMNOI kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin.

Ir Mohd Zin bagaimanapun menegaskan, Mustafa masih boleh membuat permohonan maaf secara terbuka kepada UMNO Selangor dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini sebelum tindakan undang-undang diambil.

Jelas beliau, notis pemberitahuan saman akan dihantar kepada Mustafa dalam tempoh terdekat.

“Dan, saya (sebelum ini) telah memberi notis (tiga hari) kepada Mustafa supaya memohon maaf dan kita bersedia memaafkan beliau tetapi malangnya dengan begitu bongkak dan sombong beliau bukan mahu mengaku kesilapan, tetapi keluarkan kenyataan kononnya beliau mempunyai bukti dokumen bahawa semua tindakan dibuat Jais adalah arahan dan didalangi UMNO Selangor.

“Oleh kerana dalam semangat Ramadan dan persaudaraan sesama Islam ini, UMNO Selangor tiada pilihan kecuali mempertahankan diri dengan mengambil proses undang-undang untuk mendapatkan pembelaan,” katanya.

Menurut Ir. Mohd Zin, mustahil untuk pihaknya mengarahkan Jais bertindak sedemikian. Ini kerana Jais adalah sebuah agensi yang terletak di bawah urus tadbir kerajaan negeri Selangor bukan Umno Selangor.

“Ini adalah sangkaan jahat dan satu niat untuk mendapatkan sokongan politik dan kita rasa amat terkilan dengan tindakan Mustafa dengan memberi segala gambaran yang berlaku didalangi UMNO Selangor. Saya bagi pihak UMNO Selangor membuat penafian sekeras-kerasnya, kita tidak terlibat dalam peristiwa ini dan kita tiada peranan dan tanggungjawab untuk mengeluarkan arahan kepada Jais,” tegas Mohd Zin.

Umno Selangor akan diwakili peguam dari Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula berkata, baginda menitahkan demikian ketika beliau bersama Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid dan timbalannya, Datuk Abd Majid Omar menghadap baginda baru-baru ini.

Kata Khalid, penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh baginda minggu lalu dan saya menjunjung titah serta nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan.

Sunday, August 21, 2011

Azmil Mustafa - Tazkirah Saya Bersandar al-Quran'

Pelakon yang kini menjadi pendakwah bebas, Azmil Mustapha berkata, tazkirah yang disampaikannya di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, kelmarin adalah bersandarkan kepada ayat-ayat al-Quran.

Menurutnya, antara perkara disampaikannya adalah umat Islam wajib mengutamakan Allah berbanding manusia, tidak kira siapa orang itu.

Beliau seterusnya menafikan ada mengkafirkan kerajaan dan menyampaikan ceramah berbaur hasutan politik supaya rakyat membenci Yang di-Pertuan Agong ketika memberi tazkirah sebelum solat sunat tarawih di masjid itu.

Pelakon filem Ali Setan dan Kepala Angin itu terkejut apabila laporan polis dibuat oleh bilal masjid itu, Mohd. Sani Nasib di Balai Polis Kampung Baru Subang pada pukul 11.30 pagi semalam yang mengatakan dia ada mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya sedang meneliti laporan polis yang dibuat dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4, Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata, setakat ini, siasatan kes berkenaan masih lagi di peringkat awal dan dia meminta orang ramai memberi peluang kepada polis untuk menyiasat kes itu secara terperinci.

"Dalam siasatan, kita memang akan panggil siapa yang berkenaan termasuk Azmil dan beberapa individu. Bagaimanapun, kita tidak boleh mendedahkan semua maklumat terperinci seperti bila dan di mana sesi merakam percakapan itu akan dilakukan. Biar pihak polis jalankan siasatan dulu," katanya.

Dalam pada itu, abang kepada Mohd. Shafie yang membuat laporan polis, Mohd. Sani Nasib berkata adiknya mempunyai pita rakaman kenyataan berbaur hasutan yang dikeluarkan Azmil dalam satu tazkirah di masjid berkenaan malam kelmarin.

Menurut Mohd. Sani, pita rakaman itu diserahkan oleh Mohd. Shafie kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, tindakan Azmil membuat penafian adalah dianggap sebagai menutup kesalahannya.

"Selain pita rakaman itu, terdapat puluhan jemaah yang boleh dijadikan saksi berhubung kenyataan Azmil," katanya.

"Biarlah, dia mahu menafikan dan kita serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan," katanya.

Menurut Azmil: "Saya tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan apatah lagi mahu menghina Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu tidak berasas kerana ia tiada kena mengena dengan politik.

"Saya bukan sahaja tidak pernah mengundi pada pilihan raya umum, malah tidak berdaftar dengan mana-mana parti politik di negara ini," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia semalam.

Selepas Bob Lokman, Ali Setan Pula Ambil Alih Jadi Maskot PAS

Cucu Tok Selampit, August 19, 2011

Khabarnya, kebanyakan anak khariah Masjid An Nur, Kampung Melayu Subang mengangkat kaki meninggalkan masjid tanpa terlebih dahulu menunaikan Sembahyang Tarawikh malam semalam. Ini berikutan ketidakpuasan hati mereka dan muak dengan ceramah yang disampaikan oleh Azmil Mustapha atau lebih dikenali dengan nama Ali Setan, kesan dari watak yang dipegangnya di dalam filem era 80an.

Di dalam ceramahnya, Azmil Mustapha, yang beberapa tahun berjinak-jinak dengan PAS, banyak mengkritik dasar-dasar Kerajaan, mengelar Kerajaan sekarang tidak Islamik, mengelar Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai Dasar Ekonomi Bodoh malah menyeru agar Sultan dan Agong agar tidak perlu dihormati.

Inilah ragamnya artis kita. Asal saja "so called" nak bertaubat, masuk parti PAS, kononnya sudah "confirm" dapat pegang kunci syurga. Simpan janggut sedikit, dahi kasi hitam sedikit, pakai lebai, pakai jubah, sudah boleh berceramah di pentas-pentas PAS, surau dan masjid. Tak kisahlah ilmu di dada ada atau tidak. Kalau kita mendengar ceramah Bob Lokman dan Azmil Mustapha, kita akan dapati lebih banyak sampah dari isi di dalam ceramah mereka.

Ambil lagi satu contoh seorang artis wanita yang terkenal agak liar sewaktu remajanya. Sekarang ini sejak bergelar pengacara TV dan berjinak-jinak dengan parti PAS, cakap Islam tak lekang di mulut. Dialah yang hebat, anaknyalah contoh terbaik, itulah inilah. Apabila muncul mengacara rancangan kanak-kanak di TV, ber"make up" tebal malah bulu kening turut dicukur. Inikah ciri-ciri mukmin sejati ala PAS? Beliau tak tahukah bercukur bulu kening hukumnya haram di sisi Islam?

Tidak bolehkah mana-mana artis kita kalau hendak bertaubat sekalipun, ambillah Yussuf Islam contohnya sebagai panduan? Beliau yang dulunya seorang athies bergelar Cat Steven, tidak ekstrem apabila mendalami, mendekati dan memperkembangkan Islam. Malah beliau berdakwah dengan caranya tersendiri iaitu berdakwah melalui muzik nasyidnya yang memuji Allah, Islam dan Baginda Rasulullah SAW. Bagi saya saya lebih tertarik dengan corak dakwahnya yang sebegini.

Dalam kes di atas, nak salahkan 100% kepada Azmil Mustapha pun tak boleh juga. Yang ahli jawatankuasa Masjid yang bijak pandai pergi jemput orang yang tidak berkelayakan siapa suruh. Berpuluh malah beratus lagi ilmuan Islam yang berpendidikan Agama di dalam maupun di luar negeri, sekolah pondok maupun lulusan Al Azhar, yang boleh memberi ceramah dan tazkirah di surau dan masjid.

Apa boleh buat, inilah ciri-ciri Negara Islam gaya Malaysia. Orang-orang bukan Islam bebas masuk keluar Masjid berceramah mempermainkan ayat-ayat Al Quran, orang Islam pula sibuk untuk berbuka puasa di gereja manakala ayat-ayat Al Quran dilarang diperdengarkan secara terbuka di Masjid oleh Majlis Fatwa Negeri pulak tu, kononnya nak menjaga hati kafir harbi. Allahhuakbar.