Tuesday, May 3, 2011

Usah Guna Duit Rakyat Buat Iklan Kempen Mansuh ISA

http://www.sahabat-gunung.com/

Setelah sekian lama isu ISA senyap, kini pakatan rakyat melalui Menteri Besar Selangor sekali lagi memainkan semula ini dengan meluluskan peruntukan RM600,00.00 dari kantung kerajaan negeri untuk membiayai kempen politik mereka bagi menghapuskan akta ISA. Satu usaha yang sia-sia selain dari menghabiskan duit rakyat untuk kepentingan parti pakatan rakyat.

Ketua Penerangan UMNO negeri Selangor, Abdul Shukur Idrus menggesa agar kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh pakatan PKR-DAP-PAS agar menggunakan wang parti masing-masing jika ingin membina papan iklan bagi menjayakan kempen memansuhkan ISA, dan bukannya menghabiskan wang rakyat untuk kepentingan politik mereka.

“Ini adalah satu pembaziran wang rakyat oleh kerajaan negeri, pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Mereka menggunakan duit rakyat sebanyak itu bagi menjayakan manifesto politik mereka dan pastinya tidak menguntungkan rakyat.

Mereka hanya pandai menghabiskan duit rakyat sahaja, bukannya untuk menyelesaikan masalah melibatkan pembangunan dan kebajikan rakyat.

Hakikatnya, peruntukan sebanyak itu boleh digunakan untuk membantu dan membela rakyat, bukannya terus mempermainkan rakyat dengan agenda-agenda kepentingan politik mereka,” ujarnya mengulas tindakan kerajaan negeri yang mahu menggunakan wang rakyat sebanyak RM600,000 semata-mata menjayakan kempen politik mereka.

Tambahnya, tindakan kerajaan negeri memperjuangkan ISA dilihat tidak mewakili kepentingan rakyat. Umumnya kebanyakan rakyat mengetahui bahawa akta ISA ini telah pun wujud sejak dari 1960 lagi sebagai satu akta yang lebih bersifat mencegah.

Dalam bidang perubatan, kita memang sedia maklum, mencegah itu jauh lebih baik dari mengubati. Begitulah juga dalam aspek pembinaan negara bangsa, kos mencegah itu jauh lebih murah berbanding dengan kos memperbaiki segala kerosakan yang telah berlaku.

Malah dalam sesetengah kes bilamana ianya melibatkan nyawa rakyat maka kosnya tidak ternilai dengan wang ringgit lagi.

“Persoalannya kini, adakah kempen memansuhkan ISA yang menggunakan peruntukan yang banyak ini boleh mengubah Selangor menjadi sebuah negeri berkebajikan sebagaimana janji-janji mereka dulu. Tapi hakikatnya, mereka mengabaikan tanggungjawab demi memenuhi tuntutan politik mereka,” ujarnya lagi.

Sehubungan dengan itu, Shukur meminta rakyat Selangor menilai kembali sokongan mereka terhadap kerajaan negeri Selangor yang hari ini ternyata memberikan tekanana kepada rakyat, bukannya kerajaan negeri berkebajikan sebagaimana yang mereka laung-laungkan sebelum ini.

Kerajaan negeri ternyata gagal melaksanakan segala janji mereka, kini mereka berusaha untuk menutup segala kelemahan dan kegagalan mereka dengan mengajak rakyat memberi fokus kepada isu ISA yang ternyata tidak memberikan apa-apa kesan kepada rakyat kebanyakan.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan membelanjakan RM600,000 untuk membina papan iklan bagi menjayakan kempen memansuhkan ISA di semua 56 kawasan DUN di Negeri Selangor.

PAS Dakwa UMNO Bawa Pengundi Luar di Pandan

Takut kalah tu macam-macam buat cerita!

PAS Kawasan Pandan semalam membantah keras tindakan UMNO BN yang didakwanya membawa masuk pengundi dari luar ke dalam kawasan itu dalam usaha merampas semula negeri termaju di Malaysia, Selangor dari tangan Pakatan Rakyat.

Dalam soal ini PAS perlu buktikan tuduhannya.

Kedua, kalau benar, kenapa PAS begitu melenting sedangkan di Marang, Terengganu, bukan rahsia lagi di Rhu Rendang, PAS melakukan perkara yang sama.

Untuk apa? Pastinya pertahan Hadi Awang sebagai wakil rakyat, Ahli Parlimen dan paling penting sebagai Presiden PAS.

Harakahdaily hari ini melaporkan Yang Dipertua PAS Pandan, Iskandar Abdul Samad (gambar kanan ) pada sidang media di pejabatnya mendesak satu siasatan segera dilakukan kerana beliau yakin kerja-kerja jahat ini dilakukan oleh banyak agensi kerajaan berkaitan.

Beliau percaya, tindakan mengubah alamat tempat tinggal di dalam kad pengenalan pasti melibatkan paling kurang dua agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.

Gesaan juga dibuat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera melakukan penyiasatan kerana dibimbangi operasi itu dibantu oleh agensi-agensi Kerajaan Persekutuan.

Penemuan ini, jelasnya, membuktikan Umno BN telah memindahkan pengundi-pengundi ke dalam Dun-Dun tertentu dan yakin, ini adalah sebahagian kecil dari gerak kerja besar-besaran Umno BN di seluruh Negeri Selangor.

"Umno BN kecewa kerana gagal mendapatkan sokongan rakyat, mereka terpaksa memindahkan pengundi untuk merampas Negeri Selangor dari Pakatan," jelasnya.

Beliau yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Negeri Selangor berharap jika SPR benar-benar adil dan telus, mereka akan melakukan siasatan terperinci ke atas perkara ini.

Menurutnya, PAS Pandan telah mengenalpasti lebih 900 pengundi baru telah didaftarkan di dalam Dun Chempaka yang beliau menjadi ADUNnya.

"Meskipun terpaksa membelanjakan banyak wang untuk membayar proses membantah ini kepada SPR, PAS Pandan tetap melakukannya," tegasnya.

Untuk rekod, setiap bantahan memerlukan RM60 untuk setiap pengundi di mana RM10 untuk bantahan pemula dan mempertahankan bantahan di dalam perbicaraan pula perlu dibayar sebanyak RM50 kepada SPR.

Iskandar turut memberikan bukti berkaitan yang dikenalpasti di mana perpindahan itu melibatkan AJK-AJK Umno dari Dun Teratai.

Beliau berkata, AJK Umno Bahagian Pandan yang juga Ketua Umno Cawangan Taman Kencana dipindahkan ke Taman Dagang di dalam Dun Chempaka.

Seramai lima AJK Wanita Umno Cawangan Pangsapuri Intan telah dipindahkan ke Dun Chempaka, Taman Bakti (2), Pandan Jaya (2) dan Lorong Molek Kampung Pandan (1) termasuk 10 ahli Umno Cheras Baru dipindahkan ke Dun Chempaka.

Tambahnya, mereka yang dipindahkan untuk mengundi di Dun Chempaka itu masih bermastautin di Dun Teratai dan mereka tidak menetap di alamat mereka didaftarkan.

Beliau berharap dengan pendedahan sebahagian kecil dari kerja jahat Umno BN di dalam hal ini akan menambahkan kesedaran rakyat secara umumnya tentang kemuflisan mereka di dalam berpolitik secara demokratik dan bersih.