Wednesday, February 29, 2012

Wan Azizah Sepatutnya Buka Kursus Bagaimana Menjaga, Membela Suami


Oleh CUCU TOK WAN
(Tajuk asal - Wan Azizah Patut Ajar Isteri-Isteri Badrolamin Bela Laki Mereka)

Dari hari pertama sampailah ke hari ini, tidak sepatah perkataan pun keluar dari mulut isteri-isteri Badrol Amin tentang kejadian 'malang tapi sedap' yang menimpa suami mereka.

Ada tidak pun, hanyalah kelibat isteri pertama Badrol Amin yang senyum rela dalam paksa menemani lakinya memberi keterangan di pejabat Jabatan Agama Islam Pahang berhubung kes khalwat lakinya itu dengan bini orang di bilik hotel pada waktu subuh!
Dalam keadaan ini, kita harus memberikan pujian kepada Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada Anwar Ibrahim. Berbanding isteri-isteri Badrol Amin, Wan Azizah pantas membuat sidang media dan membersihkan nama suaminya sekalipun cakapnya bercabang di sana sini.

Berbeza pula dengan isteri-isteri Badrol Amin. Kedua-dua (atau ketiga-tiganya) tutup mulut, senyap-sunyi, malahan batang hidung mereka juga langsung tidak kelihatan di mana-mana.

Apakah Badrol Amin telah mengeluarkan arahan kepada isteri-isterinya agar tidak bersuara. Kalau mereka bersuara atau membuat sidang media, maka PENAMPAR akan singgah ke muka sepertimana yang berlaku kepada seorang wanita yang mendakwa dia adalah isteri Badrol Amin yang telah dipukul di hadapan anak-anak!

Wan Azizah selaku Presiden PKR yang juga merupakan isteri mithali, seharusnya mengajar isteri-isteri Badrol Amin agar segera membantu membersihkan nama suami mereka.

Wan Azizah seharusnya menjadikan dirinya sebagai contoh teladan kepada kedua-dua wanita tersebut (atau ketiga-tiga wanita berkenaan).

Tak kisahlah, membohong ke, menipu ke, atau sampai sekarang tidak dapat membuktikan kewujudan Jam Tangan OMEGA dalam simpanannya walaupun sebelum ini berkata, jam tangan tersebut berada dalam simpanannya.

Takkanlah seorang Presiden yang begitu efektif membantu dan melindungi suaminya yang buat kerja haram, tidak mampu mengajar isteri-isteri Badrol Amin untuk menipu dan mempertahankan suami mereka?

Sunday, February 26, 2012

Undi Sesiapa Sahaja Asalkan Calon BN - Dr Mahathir

"Walaupun peringkat bahagian parti mencadangkan beberapa nama tetapi atas sebab tertentu individu yang bukan ahli parti dipilih sebagai calon, anggota UMNO mesti menyokong dan mengundi calon itu kerana yang penting ialah kemenangan parti, bukannya individu...." Tun Dr Mahathir Mohamad

Anggota UMNO hendaklah mengetepikan semua soal lain berkaitan pencalonan dalam pilihan raya umum akan datang dan sebaliknya mengundi sesiapa saja yang mewakili Barisan Nasional (BN) untuk menjamin kemenangan dengan majoriti yang selesa.

Hal ini ditegaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada kira-kira 7,000 pemimpin akar umbi yang terdiri daripada ketua cawangan, ketua wanita, ketua pemuda dan ketua puteri dalam satu perjumpaan tertutup di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dalam satu kenyataan mengenai perjumpaan itu berkata:

"Dr Mahathir menekankan paling penting ialah Barisan Nasional menang majoriti dua pertiga kerusi di peringkat negeri dan Parlimen kerana ia akan menentukan BN dapat menubuhkan kerajaan atau tidak."

Dr Mahathir berkata walaupun peringkat bahagian parti mencadangkan beberapa nama tetapi atas sebab tertentu individu yang bukan ahli parti dipilih sebagai calon, anggota UMNO mesti menyokong dan mengundi calon itu kerana yang penting ialah kemenangan parti, bukannya individu.

Menurut Dr Mahathir, tiada guna jika hanya orang tertentu yang kita mahu menjadi calon itu menang tetapi akhirnya BN tidak cukup kerusi untuk menubuhkan kerajaan.

Bekas presiden Umno itu turut mengingatkan pemimpin UMNO dan parti komponen BN di semua peringkat supaya jangan sekali-kali mensabotaj parti dan calon parti jika mereka tidak dicalonkan kali ini.

"Beliau juga menasihatkan ahli UMNO jangan melakukan sesuatu yang boleh menyakiti hati dan sensitivi masyarakat, apatah lagi ahli parti komponen lain supaya kelebihan utama BN iaitu perpaduan, dapat diperkuatkan," kata Mohd Zin.

Pada keseluruhannya, Mahathir menyarankan tiga pendekatan untuk anggota UMNO iaitu berbakti secara berterusan kepada setiap individu dalam masyarakat setempat, berdoa semoga mendapat kejayaan dan bertawakal dengan memberi sokongan dan undi kepada sesiapa saja yang menjadi calon BN dalam pilihan raya umum ke-13 kelak.

Turut berucap pada perjumpaan itu adalah Timbalan Pengerusi UMNO dan BN Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani.