Bahagian 4 – (Sambungan - (MPKK - Gara-Gara Keputusan & Tindakan 'Bodoh-Sombong' Menteri...)
Pada sidang media
mesyuarat pertama Kabinet Pakatan Harapan (HARAPAN) di Bangunan
Perdana Putra, Putrajaya pada 23 Mei 2018 lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad mengumumkan pembubaran lima agensi dan jawatankuasa kerajaan,
termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).
Yang lain ialah Majlis Profesor Negara (MPN), Unit
Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU), Jabatan
Hal Ehwal Khas (JASA) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Perdana Menteri berpendapat, kebanyak institusi ini
sebenarnya bukan sebahagian daripada kerajaan, yang
sepatutnya memberi nasihat kepada kerajaan. Semua perkara ini
akan dibubarkan.
"Kita tidak memerlukan
kepintaran mereka, saya fikir kita pun ada
kepintaran," katanya. Kini JKKKP dilihat
tidak lagi relevan.
Malah dalam kes JKKKP ini, Perdana Menteri dan Kabinet
melihat institusi yang ditubuh dan kakitangannya dilantik oleh kerajaan
persekutuan, sebagai terlalu berunsur politik.
Sedangkan, tegas Perdana Menteri, peranannya dapat dilaksanakan oleh pegawai
kerajaan lain.
"Kita dapati gaji dibayar kepada JKKKP yang
seolah-olah telah menjadi kerajaan tambahan di negeri-negeri, ia banyak
berunsur politik dan bukan pentadbiran.
"Sebaliknya kita ada pegawai kerajaan untuk
menjalankan tugas itu dan kita tidak akan ganti bayaran kepada JKKP kerana kita
tidak ingin amalkan politik seperti kerajaan terdahulu," katanya.
Bagi yang memahami tugas JKKKP yang kini kononnya
ditransformasikan menjadi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), mereka
hanya mampu menggeleng kepala.
Mereka tidak percaya sama sekali bahawa kata-kata itu
keluar daripada mulut Dr Mahathir sendiri.
Oleh kerana ia ‘arahan Perdana Menteri’, maka tiada yang
berani berkata-kata atau memberikan pendapat kedua mengenai perkara berkenaan.
Ia sudah jadi perintah.
Kerana itu Menteri bertanggungjawab, Datuk Seri Rina Mohd
Harun ‘tertelan lidah’ sejak hari itu.
Sudah pastilah bagi yang tidak ada kena dan tidak sensitif
dengan politik dan kepimpinan bawahan, mereka merasakan tindakan itu sebagai
suatu tidakan bijak.
Hakikatnya tindakan itu tidak bijak dan merugikan parti
pemerintah. Pendapat kedua bukan bantahan perlu dinyatakan.
Kenapa keputusan Perdana Menteri dan Kabinet HARAPAN itu merugikan jika pegawai kerajaan
diberikan tugas menggantikan peranan JKKKP atau MPKK itu?
1. Memang pegawai kerajaan boleh menjalankan
kerja-kerja pentadbiran, termasuk melaksanakan pembangunan di peringkat mukim
dan kampung.
Soalan – apakah mereka
bekerja 24 jam dan menjelajah setiap kampung?
2. Pegawai kerajaan akan melaksanakan tgas mereka
berasaskan ‘arahan kerjaan negeri’ atau juga kerajaan Pusat.
Soalan – apakah semua
kerajaan negeri – Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis – di bawah HARAPAN?
3. Pegawai kerajaan melaksanakan visi dan misi
pentadbiran negeri khususnya pembangunan di peringkat bawah.
Soalan - Apakah kerajaan
negeri diperintah oleh PAS seperti Kelantan dan Terengganu, Barisan Nasional di
Pahang dan Perlis akan melaksanakan misi HARAPAN?
4. Bagaimana dengan peruntukan kerajaan Pusat
khususnya daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KPLB) akan dibelanjakan?
Soalan - Tidakkan di empat
negeri berkenaan, ia akan menguntungkan kerajaan negeri berkenaan dan
kemungkinan penyalahgunaan dana untuk penyokong kerajaan negeri sahaja adalah
besar.
5. Peruntukan KPLB sudah semestinya untuk rakyat
dan political milagenya diharapkan dipulangkan kepada HARAPAN tetapi?
Soalan - Apakah kerajaan negeri PAS dan kerajaan negeri
BN di empat negeri berkenaan bersedia melakukannya?
Tidakkah akhirnya dana digunakan bukan sahaja tidak
memberikan kelebihan kepada HARAPAN tetapi mereka menggunakan dana itu untuk memperlekeh, memperkecil, menghasut dan
menghentam HARAPAN kembali?
Berkaitan pegawai kerajaan – khususnya pegawai
pentdabiran negeri, mereka selalunya taat kepada kerajaan yang memerintah.
Pegawai kerajaan sewajarnya hanya menjadi fasilitator
kepada anggota MPKK dalam perancangan dan pelaksanaan pembangunan dan
keselamatan peringkat bawahan, bukan dengan cara menolak mentah-mentah peranan
anggota pembangunan peringkat bawahan seperti MPKK.
Apa jaminan HARAPAN yang membelanjakan dana begitu banyak
akan turut dimanfaatkan oleh penyokong mereka?
Tidakkah kelak, apabila dipencilkan, penyokong HARAPAN
akan menjadi marah dan meluat yang akhirnya ‘berpaling tadah’?
Malah, ketika pilihan raya, apa jaminan pegawai kerajaan
yang bertugas untuk kerajaan negeri yang mereka bekerja dengannya akan
menyokong kerajaan HARAPAN?
Gara-gara keputusan Perdana Menteri dan Kabinet,
khususnya di negeri yang diperintah oleh pembangkang, mereka akan berputih mata
sekali lagi pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Yang juga penting, jangan perkecilkan harapan penyokong
HARAPAN sebelum ini kerana jika mereka tidak DIJAGA dan DIBERIKAN RUANG UNTUK
sama-sama merancang dan melaksanakan pembangunan peringkat bawahan, sokongan
peringkat bawahan akan terhakis.
Jika ini berlaku, mungkin ada kebenarannya kata-kata
bahawa kerajaan HARAPAN adalah KERAJAAN SEPENGGAL sahaja.
Baca siri 1-3 sebelum ini:
Siri 3 - MPKK - Gara-Gara Keputusan & Tindakan 'Bodoh-Sombong' Menteri...