Saturday, September 12, 2009

BUKTI BN PERIHATIN - KELANTAN DAPAT PELABUHAN

Hadirlah ke Kelantan. Pastinya jiwa kita megah melihat negeri yang memiliki majoriti Melayu paling ramai ini memiliki rumah-rumah besar.

Kebanyakan dari mereka adalah penjawat awam yang berkerja dengan agensi kerajaan persekutuan atau kontraktor dan peniaga yang mendapat bantuan penuh kerajaan BN melalui agensi persekutuan.

Namun, disebalik tegaknya rumah-rumah besar, dicelahan rupanya masih banyak rumah-rumah orang miskin yang usang dan uzur serta menunggu masa untuk roboh.

Rakyat Kelantan tidaklah sehebat mana jika tiada bantuan penuh kerajaan persekutuan. Agensi kerajaan persekutuanlah yang banyak membantu rakyat Kelantan.

Gambar: Raih simpati berkali-kali, fitnah orang tidak henti-henti.
Inilah Nik Aziz tua tak sedar diri.


Nik Aziz dan konco-konconya langsung tidak bekerja. Yang dia dan orang-orangnya tahu, berceramah kosong di merata tempat mencanang kononnya dia sibuk membantu rakyat. Mulut mereka busuk memburukkan Kerajaan BN namun tangan mereka meminta-minta Kerajaan BN membantu mereka.

Nik Aziz langsung tidak pakar membangunkan ekonomi Kelantan dan mengunakan segala sumber bagi mengerakkan ekonominya.

Majoriti rakyat Kelantan bergantung hidup sepenuhnya kepada hasil pertanian dan kerajaan negeri langsung tidak bersungguh membawa pelabur asing masuk. Mereka rakus meratah hutan Kelantan kerana hasil balak itu akan mengenyangkan perut mereka. Rakyat, biar kerajaan BN yang memberi bantuan.

Hari ini, satu lagi bantuan kerajaan hadir.

Pembinaan sebuah pelabuhan memang satu idea yang baik. Kelantan adalah kawasan paling strategik adanya sebuah pelabuhan bertaraf antarabangsa.

Dan di bawah RMK-10 dan Koridor Ekonomi Pantai Timur, Kerajaan BN telah memperuntukan sebuah Pelabuhan untuk Kelantan.

Namun, kerajaan BN harus memantau setiap inci pergerakan pelabuhan itu nanti dan elakkan kerajaan negeri terbabit dalam menguruskan pelabuhan tersebut.

Infrastruktur di Kelantan terutamanya jalan raya perlu diambil kira kerana apabila pelabuhan itu siap kelak, mobiliti rakyat akan bersama dengan mobiliti barang dagangan dari pelabuhan dan ini memerlukan sebuah rangkaian lebuhraya yang dinamik.

Kemudahan air juga perlu diperbaiki segera supaya perindustrian yang mahu dibangunkan tidak terganggu dan pelabur asing pasti akan tertarik untuk mencurahkan modal melabur di sini.

Projek pelabuhan itu akan memberi impak positif kepada pembanguan ekonomi negeri Kelantan. Itulah hakikat yang perlu disedari oleh orang Kelantan. Mereka perlukan kerajaan BN bagi menyuap sesuap nasi dimulut mereka.

PAS langsung tidak berguna. Mencerca membuta tuli, menghina sesedap hati, akhirnya minta pula meraih simpati kepada orang yang mereka keji. Apakah jenis manusia mereka ini?

Wallahhualam.

Idea Asal

Friday, September 11, 2009

KELANTAN SERAMBI MEKAH?: Indah Khabar Dari Rupa

Gambar: Mekah dan Kelantan jauh bezanya. Kelantan mahu menjadi serambinya pun belum tentu.

Di Kelantan ketika Ramadhan, Pastinya diingatan semua orang...

Suasananya syahdu dan dipenuhi dengan aktiviti ibadah. Siangnya, masjid akan dipenuhi dengan warga serambi mekah, beriktikaf di masjid serta bertadarus AlQuran.

Hakikatnya...

Warga serambi Mekah tidak begitu. Masjid lengang selepas solat jemaah Zohor dan Asar. Alasannya mereka mahu membuat persiapan berbuka. Tiada siapa yang bertadarus. Tiada siapa yang beriktikaf. Yang ada, jemaah tua duduk bersembang kosong di serambi masjid, silap-silap mengumpul dosa. Yang ada musafir tidur berdengkur-dengkur bergelimpangan berehat. Tiada bacaan AlQuran..Tiada zikir.

Di Kelantan ketika Ramadhan, Pastinya diingatan semua orang...

Disetiap masjid akan berlumba-lumba warga serambi mekah bersedekah menyediakan juadah berbuka puasa. Pasti tiap-tiap hari Ramadhan akan penuh tempahan orang dan mereka yang terlambat akan berputih mata tidak berpeluang bersedekah. Masjid akan meriah dengan semangat gotong-royong memasak juadah berbuka.

Hakikatnya...

Suasana itu tidak pernah berlaku di Kelantan. Semua warga serambi mekah makan di rumah bersama anak-beranak. Tidak dipedulipun jiran sebelah dan hadapannya ada yang kelaparan. Mereka mementingkan diri. Masjid di waktu Maghrib sunyi sepi. Meriahnya ketika di bazar Ramadhan membeli berbungkus-bungkus makanan bagi mengisi tembolok sendiri.

Di Kelantan ketika Ramadhan, Pastinya diingatan semua orang...

Pastinya Solat Terawikhnya dipenuhi warga serambi Mekah yang berpusu-pusu mahu melakukan ibadah. Masjidnya pasti mengamalkan solat Terawikh sebanyak 20 rakaat dan selepas Terawikh maka berbondong-bondong mereka membentuk kumpulan bertadarus. Malamnya pasti dianjurkan Qiamulail dan pasti warga Serambi Mekah akan berdoyong-doyong turun mengikutinya.

Hakikatnya...

Jauh panggang dari api. Hampir keseluruhan masjid di Kelantan tidak mengamalkan Solat Terawikh 20 rakaat. Selepas solat Isyak tiada pun usaha untuk melaksanakan sedikit tahalil mendoakan roh. Mereka berkejar-kejar mahu menyelesaikan segera solat Terawikh dan dapat pulang segera ke rumah. Walaupun begitu lagi ramai yang turun ke pekan membeli belah dan lupa kepada tuntutan beribadah di bulan Ramadhan.

Anak-anak mudanya sibuk merempit dan jenayah kerap berlaku di Kelantan. Pasukan Polis terpaksa membina banyak pondok pengawasan bagi mengawasi pergerakan warga serambi Mekah.

Bulan bersedekah dijadikan bulan meminta sedekah oleh fakir dan pengemis bukannya dijadikan bulan memberi sedekah. Terlalu sedikit yang memberi, terlalu ramai yang meminta.

Kesimpulannya, tiada yang istimewa mahu mengelarkan Kelantan sebagai serambi Mekah kerana budaya di sini terlalu sekular dan lebih teruk berbanding di negeri-negeri lain.

Mungkin mereka jadi begini selepas Nik Aziz sudah menjamin mereka memasuki Syurga tanpa perlu sibuk beribadah.

Ramadhan tidak perlu dihidupkan. Undi PAS sudah cukup untuk mencium bau Syurga.

Mungkin itu jawapannya.

Wallahhualam.

Idea Asal,