Showing posts with label Parlimen. Show all posts
Showing posts with label Parlimen. Show all posts

Sunday, October 18, 2009

INSAFLAH WAHAI PENYOKONG PAS DAN PKR

Sebagai parti yang kononnya berlandaskan Islam, terimalah kekalahan sebagai ketentuan Ilahi, bukannya menimbulkan pelbagai tuduhan atau fitnah yang lain pula ke atas BN.


Kenapa mesti bising dan menuding jari ke arah orang lain apabila kalah.

Kata akan buat bedah siasat dan terima dengan hati yang terbuka.

Cuba buat muhasabah diri. Dr. Badrul Amin meminta diputuskan hubungan dengan keluarga yang menjadi polis atau yang menjadi ahli UMNO.

Kemudian Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Kubang Kerian) buat tuduhan palsu kononnya anggota PAS diserang dengan pedang samurai oleh Pemuda BN.

Kenapa mesti membawa Datuk Seri Dr Mod Nizar Jamaludin dari Perak yang dianggap penderhaka kepada raja untuk berceramah di Bagan Pinang? Kenapa Nizar tidak tumpukan kerja di Parlimen Bukit Gantang seperti yang sepatutnya?
Apa yang berlaku semuanya dinilai oleh rakyat sebagai pengundi.

Carilah salah sendiri dulu sebelum menyalahkan orang lain dan sistem sedia ada terutamanya pihak SPR. Mengapa masih gagal mengikut arahan SPR di hari mengundi.

Kalau semua ikut arahan, tidak timbul soal kekacauan pada hari mengundi. Bukankah taktik buruk ini telah digunakan dalam banyak PRK sebelum ini.

Paling menyedihkan ialah kita sesama bangsa dan sesama agama masih jauh untuk bersatu.
Di Bukit Gantang dan Bagan Pinang, tidakkah kita sesama Islam bertelagah kerana DAP membaca surah daripada al-Quran. Tidakkah kita sedar kita sedang dilagakan oleh kumpulan kiasu ini. Mengapa terlalu lambat untuk kita sedar, bahkan makin teruk.

Ada hikmahnya di sebalik kekalahan ini. Cara PAS salah dan perlu diperbetulkan. Beritahu DAP jangan sewenang-wenangnya guna ayat al-Quran. Ternyata ayat al-Quran hanya dibaca oleh DAP di atas pentas ceramah sahaja. Apa tujuannya kalau bukan untuk politik?

Dr. Badrul tidak boleh menyeru sebegitu rupa walaupun berbeza ideologi politik. Mengapa buat perkara yang menjadi kemurkaan Allah SWT? PAS perlu memikirkan semula bagaimana mereka dipergunakan oleh DAP.
Ulama dalam PAS perlu berfikir bagaimana bukan Islam mempermainkan ayat al-Quran selama ini dan yang mendengar hanya ketawa dan bertepuk tangan sahaja.

Kita bimbang setiap kali PRK. kita bergaduh sesama agama dan sesama bangsa, sedangkan DAP ketawa. Betapa bodohnya Melayu, sama agama, Tuhan yang sama, nabi yang sama, tetapi bergaduh sampai luka-luka.

Tidakkah ini menggambarkan betapa Islam itu ganas dan buruk. Jangan sampai Tuhan membalas tindakan kita, kerana keegoan terhadap parti kita selama ini.

lain pula dan hari mengundi, Tuhan menurunkan bala, tsunami melanda dan gempa bumi menggegar Malaysia.

Semuanya terlibat termasuk yang tidak berdosa. Semuanya sudah terlambat.

Friday, February 20, 2009

BELASAH JANGAN TAK BELASAH

“Inilah Wira” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang menjaga hal Parlimen kepada Datuk Ibrahim Ali semalam.

Apa yang wiranya?

Dah jemu dan muak dengan sikap pemimpin pembangkang, khususnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam yang cakap tak serupa bikin, sentiasa menangguk di air keruh dan anggap diri mereka sahaja betul dan bersih, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu 'meledak' di Dewan Rakyat, petang Khamis.

Suatu ketika Ahli Parlimen Pasir Mas itu sudah membuka songkok dan menghempasnya ke atas seolah-olah geram kerana terus diganggu pembangkang ketika berbahas.

Menurut Agendadaily. ledakan perasaan beliau bukan sahaja meletuskan perang mulut dengan ahli parlimen pembangkang tetapi sebahagian besar daripada mereka termasuk Ketua Pembangkang angkat kaki kerana ada antara mereka panas telinga dan merah muka.

Masakan mereka tidak angkat punggung kerana Ibrahim ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang diPertuan Agong menyindir dan membalun kaw-kaw anggota Parlimen yang bersikap hipokrit serta sanggup mempolitikkan masa depan anak bangsa untuk kepentingan sendiri.

Pemimpin ini katanya tidak memperjuangkan apa yang sepatutnya mereka perjuangkan ketika berkuasa sebaliknya menghentam kerajaan apabila berada di luar kerajaan.

Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyifatkan pemimpin demikian adalah munafik kerana hanya bersetuju perkara yang menguntungkan mereka sahaja.

"Kenapa kita nak rosakkan semua orang dan kata kita saja yang betul, kita sahaja yang bersih sedangkan kita adalah pembohong besar," tegas beliau ketika Dewan masih sepi tanpa seorangpun ahli parlimen bangun mencelah atau minta laluan bercakap.

Kekecohan mula tercetus apabila Ibrahim menggunakan perkataan 'bangsa asing' yang dikatakan tidak tahu menggunakan perkataan sesuai terhadap Raja-Raja Melayu.

Ahli Parlimen PKR Padang Serai N.Gobalakrishnan kemudian meminta beliau menarik balik perkataan bangsa asing itu kerana menyifatkan ia merujuk kepada bangsa yang ada di dalam negara ini selain ia kurang sopan.

Ibrahim bagaimanapun enggan menarik balik perkataan itu kerana ia merujuk kepada bangsa asing di luar negara menyebabkan Gobalakrishnan pula menuduh Ibrahim, munafik.

Keadaan itu mencetuskan pertikaman lidah antara mereka berdua dengan Ibrahim antara lain kedengaran mengeluarkan perkataan 'bangsat' dan 'jangan kurang ajar'.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menenangkan keadaan tetapi tidak diendahkan oleh kedua-dua anggota Parlimen tersebut.

Keadaan bertambah panas apabila kedua-dua mereka saling mempertahankan diri dan akhirnya kerana tidak tahan lagi, Gobalakrishnan keluar Dewan sambil menuturkan kata-kata yang tidak jelas didengar..

Menyedari beliau mengeluarkan kata-kata kasar, Ibrahim kemudian meminta maaf kepada Dr Wan Junaidi dan menarik balik semua perkataan yang tidak sesuai disebut.

Katanya, Gobalakrishnan sengaja membuat provokasi terhadapnya tanpa mengikut peraturan, tidak menghormati Tuan Yang Dipertua...menuduh, menuding dan mengeluarkan katakata kesat sambil keluar dari Dewan.

Belumpun reda, Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad pula masuk campur dan cuba bertikam lidah dengan Ibrahim malah satu ketika Ahli Parlimen Pasir Mas itu sudah membuka songkok dan menghempasnya ke atas seolah-olah geram kerana terus diganggu pembangkang ketika berbahas.

Khalid cuba mempertikaikan sikap Ibrahim seolah-olah hanya beliau pemimpin yang memperjuangkan hak dan institusi Raja-Raja Melayu dan terus keluar Dewan.

Isu yang dibangkitkan Ibrahim itu bagaimanapun mendapat sokongan Ahli Parlimen kerajaan termasuk Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dan Datuk Mohamed Aziz dari Sri Gading.

Malah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut bangga dengan ketegasan Ibrahim mempertahankan hak Raja-Raja Melayu di negara ini.

Mohamed Aziz berkata, Pasir Mas bercakap soal kedaulatan Raja-Raja Melayu dan semua pihak patut mendengar.

"Kenapa Padang Serai (Gobalakrshnan) nak marah. Apakah berdosa orang Melayu nak bela Raja-Raja?..Syabas Pasir Mas," katanya.

Ketika ini sebahagian besar ahli parlimen pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar Dewan.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu kemudian meneruskan perbahasan tanpa gangguan.

Terdahulu, sebelum kekecohan itu Ibrahim berkata beliau tidak bersetuju dengan hasrat Pengerusi DAP Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak perlu.

Beliau juga menyelar Anwar kerana menuduh BN mengugut dan menculik wakil rakyat PKR di Perak yang sudah lompat jadi wakil rakyat Bebas.

"Mereka tak ingatkah mereka kejar Ahli Parlimen BN sampai ke Taiwan kerana mahu 30 orang lompat ikut mereka," kata Ibrahim.

Menurut Ibrahim, kerana beliau wakil rakyat Bebas, pembangkang tidak kejarnya.

"Tapi kalau mereka dapat 29 orang, mereka kena kejar saya. Tapi bagi saya, ini boleh kalau dia (Anwar) jadi timbalan dan saya Perdana Menteri," katanya berseloroh.

Friday, October 17, 2008

PARTI BERASAS KAUM SEMAKIN TERASING?

Berselera betul membaca apa yang ditulis Anual Bakri Harun dalam Harakahdaily, 12 Oktober 2008.

Menurutnya parti berasaskan kaum semakin terasing dan beliau memperkecilkan UMNO seolah-olah parti itu langsung tiada masa depan.

Katanya, UMNO adalah parti perkauman dan sukar untuk menarik minat orang Islam menyokongnya.

Fakta ialah UMNO ada 79 kerusi di Parlimen dengan mendapat 2,381,725 undi atau 29.33 peratus daripada keseluruhan undi dan Pas hanya 23 kerusi dengan 1,140,676 undi atau 14,05 peratus. Kemenangan Pas sejuah ini terbatas di Semenanjung sahaja.

Dengan nada penuh angkuh, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan berkata bertolak dari sentimen perkauman yang taksubkan bangsa; Umno dengan keMelayuannya, MCA dengan keCinaannya dan MIC dengan keIndiaannya, maka seruan konsep permuafakatan dan tolak ansur Barisan Nasional (BN) tidak membawa erti apa-apa.

Katanya, begitu juga dengan kata-kata Naib Presiden MCA, Dato' Donald Lim dan harapan seorang lagi Naib Presiden MCA, Dato' Ong Tee Keat di hari yang sama dalam akhbar yang sama.

Katanya, masing-masing menganggapkan ia idea yang baik tetapi apakah sentimen perkauman yang selama ini dipupuk dan dibajai oleh masing-masing parti komponen parti dalam BN boleh menumbuhkan sikap yang berkompromi dalam semangat persaudaraan yang murni dan tinggi?
Tidak mengapalah, memang begitu bagi BN yang sebelum itu berjuang melalui Perikatan,

Namun, apa yang Pas lakukan ke arah berkenaan?

Berapa ramai sudah orang Cina dan India yang menyokong Pas?

Adakah cukup sekadar perkataan bahawa PAS meletakkan titik persaudaraan tanpa mengira perbezaan bangsa dan suku kaum?

Katanya lagi teras bicara kita ialah kita semua daripada keturunan yang satu yakni Adam dan Hawa.

Selain itu katanya, semua orang adalah sama melainkan perbezaan maqam dan nilai mulia atau hinanya seseorang itu terletaklah di atas ukuran taqwa.

Dengan menggunakan ukuran ini, PAS mempunyai seluruh potensi dan kekuatan yang ada untuk bertindak sebagai parti penyatuan rakyat.

Di atas pentas Islam inilah juga PAS sedang diterima dengan baik sebagai pilihan kepada Umno/BN.

Cuba cermin diri sedikit...berapa ramai pemimpin Cina dan India (bukan Islam) yang diberikan peluang untuk mewakili Pas?

Apakah Anual bercakap dalam konteks Kelantan atau Malaysia?

Apakah Datuk Annuar Tan itu kalau bukan kerana dia Islam diberikan jawatan Exco dalam kerajaan Pas Kelantan?

Cuba lihat UMNO. Berapa banyak kerusi Parlimen yang majoritinya Melayu/Islam diwakili bukan-Melayu dan Islam?

Contohnya Gerik, Perak ketika ini diwakili Gerakan dan sebelum ini Sungai Siput, Teluk Kemang serta Kota Raja diwakili pemimpin India.

Dan lebih jelas, Datuk Ronald Kiandee (Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat) sekarang adalah ahli UMNO dan dia bukan Islam.

Sunday, October 12, 2008

Jom Sokong Utusan Malaysia

UTUSAN SUDAH ADA PENYOKONG

Terima kasih Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.
You are great!

Hari ini, UMNO Bahagian Cheras melancarkan Tabung Azan untuk membantu akhbar Utusan Malaysia yang disaman RM30 juta oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Syed Ali Alhabshee berkata, kutipan tabung itu juga akan digunakan untuk membantu masjid-masjid membeli peralatan pembesar suara selain keperluan lain yang berkaitan.

“Kita wujudkan tabung untuk bantu Utusan Malaysia yang disaman Teresa baru-baru ini,.
Buat permulaan kita akan menjadi badan induk yang mengumpul hasil kutipan daripada UMNO bahagian lain dan badan-badan korporat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cheras, di sini hari ini.

Pada 9 Oktober lalu, Teresa Kok memfailkan saman terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. dan kolumnis, Mohd. Zaini Hassan bagi menuntut ganti rugi RM30 juta kerana didakwa menerbitkan artikel berunsur fitnah terhadapnya.

Teresa mendakwa artikel bertajuk `Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya’ dalam Utusan Malaysia pada 10 September lalu diterbitkan dengan niat jahat.

Artikel itu juga didakwa diterbitkan dengan niat dan tujuan memperkecilkan beliau secara peribadi dan rasmi termasuk sebagai Ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Exco kerajaan negeri Selangor.

Writ saman itu difailkan melalui firma guaman, Tetuan S. N. Nair & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 8.42 oagi ini.

Teresa selaku plaintif menamakan Utusan Melayu defendan pertama dan Mohd. Zaini yang juga Pengarang Utusan Malaysia akhbar tersebut defendan kedua.

Kita berharap sokongan akan bertambah terhadap Utusan Melayu (M) Bhd kerana ia adalah pejuangan dan suara ‘orang Melayu dan Islam’

Friday, October 10, 2008

Jom Sokong Utusan Malaysia

MARI GANYANG TERESA (1)

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sedap sungguh kalau mengata orang.
Itulah, namanya mulut cabul.
Hati-hati berkata-kata Teresa, cakap pandang-pandang.
Selepas membuat gempar beberapa ketika kini dia mulai takut bayang-bayang sendiri.
Itulah perangai Teresa. Kini mahu upah pengawal peribadi.
Hakikatnya, diia takut pada siapa?
Teresa berkata beberapa hari lalu beliau berhasrat mengupah pengawal peribadi dan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah ibu bapanya.
Beliau mendakwa keselamatan beliau serta keluarganya kini terancam.

Beliau berkata langkah itu berikutan kejadian pada 27 September lalu, apabila kediaman ibu bapanya di Taman Rainbow di sini dibaling bom molotov koktail.

"Saya telah dinasihatkan polis supaya menjaga diri serta berhati-hati memandangkan pelbagai perkara buruk dan reaksi negatif yang dilemparkan terhadap saya setelah isu saya (berhubung laungan azan) diperbesar-besarkan.
"Saya berterima kasih atas keprihatinan pihak polis dalam memastikan keselamatan kami terjaga. Kami diberitahu, polis turut mempertingkatkan rondaan mereka," katanya.
Reti jugak dia berterima kasih kepada polis.
Tapi Teresa jangan buat tuduhan macam-macam.
Hei Teresa, kau bukan saja cabul mengenai isu laungan azam. Sebelum ini mulut cabul itu juga yang mendakwa kononnya wanita yang kena ketuk ketampi itu warga China.
Teresa cuba menafikan tuduhan bahawa beliau pernah membuat dakwaan tidak benar di Parlimen berhubung isu wanita China dibogelkan di pusat tahanan polis, sedangkan siasatan mendapati wanita itu ialah wanita Melayu.

“Tengoklah mereka, orang UMNO memang macam ini, saya tidak pernah berkata bahawa wanita berbogel dalam VCD itu adalah wanita warga China,” katanya.
Hei Teresa, kerana ‘keChinaan’ kau itu tebal, kau kata macam-macam.
Akhirnya terbukti bukan warga China. Malaysia dapat malu kerana perbuatan kau.
Buat malu je....kerajaan terpaksa hantar rombongan meminta maaf yang tidak ada kena mengena pun dengan kerajaan negara China.
Teresa juga berkata, beliau tidak takut jika disaman oleh Utusan Malaysia. “Samanlah, ISA pun saya sudah pernah masuk, takut apa lagi saman daripada Utusan Malaysia?,” katanya.
Akhirnya bukan Utusan Malaysia yang menyaman Teresa tetapi semalam Teresa memfailkan saman terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. dan kolumnis, Mohd. Zaini Hassan. Dia menuntut ganti rugi RM30 juta kerana didakwa menerbitkan artikel berunsur fitnah terhadapnya.
Teresa mendakwa artikel bertajuk `Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya’ dalam Utusan Malaysia pada 10 September lalu diterbitkan dengan niat jahat.
Artikel itu juga didakwa diterbitkan dengan niat dan tujuan memperkecilkan beliau secara peribadi dan rasmi termasuk sebagai Ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Exco kerajaan negeri Selangor.

Writ saman itu difailkan melalui firma guaman, Tetuan S. N. Nair & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 8.42 oagi ini.
Teresa selaku plaintif menamakan Utusan Melayu defendan pertama dan Mohd. Zaini yang juga Pengarang Utusan Malaysia akhbar tersebut defendan kedua.

Perlukah kita duduk diam dan tidak pertahankan Utusan Malaysia dalam soal ini?
Marilah ramai-ramai kita ganyang Teresa dalam apa juga bentuk untuk menyedarkan beliau betapa lukanya hati orang Melayu dan Islam di negara ini.
Perbuatannya yang melampau perlu diperangi habis-habisan.

(Ikuti Bahagian Kedua esok)