Bahagian
2 - Sambungan "MPKK - Kerajaan PAS Terengganu Berniat ‘Merompak Di Siang Hari’???"
Biarkan jika Kerajaan PAS Terengganu dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim mahu meroyan sekali pun!
Dengan
sikap pemimpin PAS yang mendahului pelantikan di 1044 MPKK di Terengganu (sejak
Julai 2018), Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar (LPLB) perlu proaktif,
sensitif dan menerima suara pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) DI Terengganu.
Bayangkan berapa ramai jika 1044 MPKK dengan anggota 16 orang di setiap satu MPKK berkenaan.
Jangan
kerana mahu tunjuk atau menggambarkan wujudnya kerjasama erat antara kerajaan
PAS Terengganu dengan Kerajaan Pusat, menteri dan KPLB dianggap sebagai ‘enggan
mendengar suara penyokong dan pengundi HARAPAN Terengganu’.
Fikir balik, apa tujuan sebenar kerjasama ini?
Untuk buktikan Putrajaya ‘memahami aspirasi kerajaan PAS Terengganu’?
Apakah
menteri dan kementerian di era Malaysia Baru hanya mahu buktikan kepada
rakyat yang mereka ‘tidak menindas’ kerajaan PAS Terengganu?
Sedangkan
pemimpin PAS setiap hari mengutuk, mencemuh, memali-hamun dan mengata dalam berbagai isu mmengenai
pemimpin dan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN)?
Beri
peruntukan melalui MPKK sebaliknya sebagai balasan untuk caci maki kerajaan
HARAPAN?
Kerana
itu tidak hairanlah jika kerajaan PAS Terengganu dan Dr Azman tidak sabar-sabar
mengatakan pihaknya sudah melantik
anggota MPKK.
Seperti
disebut sebelum ini, apabila kerajaan negeri cepat-cepat melantik jawatankuasa
MPKK di pihak mereka – tanpa menunggu cadangan KPLB – yang menggambarkan mempunyai
niat untuk ‘merompak peruntukan dari Putrajaya di siang hari’, apa juga langkah
mereka seterusnya boleh dibaca dengan nyata.
Bagi
Menteri Besar dan Dr Azman Ibrahim, mereka munkin merasakan segala-galanya sudah selesai
mengenai isu MPKK ini.
Benbarkah
demikian?
Di
pihak Pakatan Harapan (HARAPAN), amat nyata pendirian mereka menentang dan berbelah
bahagi mengenai perkara ini.
Apakah
ada mesyuarat khususnya diatur oleh sekretariat HARAPAN Terengganu
membincangkan mengenai MPKK yang penting ini?
Difahamkan
minggu lalu, isu ini ada dibangkitkan untuk mendapatkan persetujuan dengan
cadangan Menteri KPLB, Datuk Seri Rina Mohd Harun mengenai perkara ini.
Mesyuarat
itu khabarnya hanya dihadiri wakil daripada PKR dan AMANAH. Tiada wakil BERSATU
walau seorang pun.
Ketua
Pimpinan BERSATU Terengganu khabarnya sudah memaklumkan beliau tidak dapat
hadir mesyuarat berkenaan kerana ada
mesyuarat kepimpinan tertinggi (MPT) parti itu di Kuala Lumpur.
Namun
ahli lain seramai tiga orang tidak hadir tanpa sebab.
Empat
wakil PKR ke mesyuarat itu tidak bersetuju dengan cadangan Rina dan kementerian
yang bersetuju untuk menambahkan lima ahli MPKK selain 11 yang dilantik oleh
kerajaan negeri.
Pengerusi
HARAPAN, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah dilaporkan meminta supaya ahli
mesyuarat bersetuju dengan cadangan Rina dan kementerian.
Apakah
peranan Raja Bahrin pada mesyuarat itu sebagai wakil kerajaan Posit
(kedudukannya sebagai Timbalan Menteri) atau Pengerusi HARAPAN yang cakna
kepada bantahan kepimpinan parti dalam HARAPAN?
Walaupun
tidak hadir ke mesyuarat itu dikatakan semua Ketua Bahagian BERSATU, kecuali
seorang dua Ketua Bahagian yang nampaknya menyokong Rina dan kementerian.
(Ini
boleh difahami kerana yang satu dua itu ada kepentingan tertentu dengan KPLB).
Apakah
yang dibantah oleh PKR dan BERSATU?
Sewajarnya
ada perundingan terlebih dahulu antara Rina serta kementerian dengan HARAPANJ
Terengganu dalam cadangan pelantikan, bukan cara ‘kamu terima dan laksana
sahaja perintah kami’.
Apa
kepentingan cadangan melantik lima (5) anggota (sebagai wakil Pusat) dalam MPKK
sebagai tambahan kepada 11 anggota yang dilantik oleh kerajaan negeri?
Apa
hak mereka dalam MPKK Terengganu? Bidang kuasa siapa mengenai pembangunan di
peringkat bawahan? Pengerusi dan Setiausaha sudah pasti dilantik oleh kerajaan
PAS Terengganu?
Apa
kuasa yang ada bagi lima (5 ahli) wakil Posit itu?
Siapa
tentukan perbelanjaan untuk pembangunan sedangkan KPLB dijangka memperuntukkan
RM22juta setahun bagi tujuan ini?
Siapa
tentukan perbelanjaan geran sebanyak RM10,000 setahun untuk setiap 1044 MPKK di
Terengganu?
Banyak
lagi persoalan lain yang melibatkan perkara lain yang perlu diteliti apabila
Rina dan KPLB mahu tunjuk ‘baik dan saksama’ dalam dalam isu pelantikan dan
fungsi KPKK ini.
Masa
masih ada dan KPLB serta menterinya perlu menilai semula.
Tidak
mengapa jika kerajaan PAS Terengganu, Menteri Besar atau Dr Azman sendiri
meroyan tidak tentu pasal kerana menunggu cadangan daripada HARAPAN Terengganu.
Ia
baik untuk sokongan ahli parti komponen HARAPAN demi masa depan pakatan itu,
apalagi BERSATU Terengganu yang imejnya ada pada Rina!
Persoalan
asas juga, jika HARAPAN belumpun melantik Penyelaras Parlimen dan Dewan
Unfangan Negeri (DUN) bagaimana mereka mahu mencalonkan anggota seramai lima
orang itu ke kerajaan negeri?
Menteri
dan pegawai kementerian akan turun ke Terengganu untuk memilih calon layak?
Sedangkan
menteri sendiri enggan turun ke Terengganu membincangkan perkara ini dengan
HARAPAN Terengganu.
Apakah
Rina egois atau tidak tahu bidang tugasnya? Mentadbir secara ‘perintah’? Ini
bukan ciri-ciri mentari di era Malaysia Baru.
Pemimpin
HARAPAN Terengganu yang menentang cadangan Rina dan kementerian melihat Rina
TIDAK PEKA dan PENAKUT untuk bertemu pemimpin Bahagian di semua Parlimen, tidak
kiralah sama ada dari PKR, AMANAH atau BERSATU!
Sebelum
terlambat baik Rina melakukan langkah segera.
No comments:
Post a Comment