"Kemuncak gegaran kempen di pihak Pakatan Harapan yang diwakili Amanah apabila Tun Mahathir bersedia untuk turun berkempen. Kehadiran beliau di Sungai Besar dan Kuala Kangsar merubah trend politik tradisi pengundi tegar BN."
Calon Barisan Nasional (BN) boleh dikalahkan dalam dua
pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar jika pengundi tidak
membazirkan undi mereka dengan mengundi Pas yang sudah pasti kalah atau undi
protes di kalangan ahli Umno mengundi Amanah dalam pilihan raya kecil hari ini.
Demikian kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan kajian
yang dilakukan oleh penyelidik bebas Ilham Centre, kata Pengerusi
Eksekutifnya, Hisomuddin Bakar.
Bagi beliau, ketika keputusan hampir menjadi milik BN,
keputusan upset boleh berlaku saat-saat akhir sekiranya jentera BN gagal
menangani elemen protes senyap dalaman parti Umno.
"Malapetaka kepada BN ini boleh disumbangkan oleh
undi protes dalaman Umno tinggi, undi bukan Melayu solid kepada Amanah, undi
kelompok anti BN dan undi 'fence sitter' beralih mengundi pembangkang,"
kata Hisomuddin dalam analisisnya terhadap kajian mereka.
Kajian Ilham Centre berbeza dengan kajian oleh Amanah
sebagaimana yang dumumkan oleh presidennya Mohamad
Sabu yang mendapati sokongan sudah memihak kepada mereka.
Menurut
Ilham Centre, peratusan besar respondan yang menjawab 'Tidak
Tahu' menyebabkan BN berada di depan berbanding dengan Amanah.
Hisomudin mengaku, perubahan pola kesan daripada kempen
agresif oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sedikit sebanyak menggoncang titik
kekuatan Umno di kawasan pedalaman yang mempunyai nilai sentimental dengan
negarawan itu mengheret mereka membuat analisa sehingga saat akhir tempoh
pengundian.
"Ketika fasa awal kajian sebelum penamaan calon,
kami mendapati BN selesa di hadapan manakala PAS mengekori rapat di dua-dua
kawasan ini dan Amanah hampir tidak dikenali oleh majoriti pengundi.
Keputusan
kajian Sungai Besar oleh Ilham Centre"Ketika kami meninjau pergerakan
kempen selepas penamaan calon, prestasi Amanah dilihat berkembang dengan
mendadak.
"Kehadiran Menteri Besar Selangor memberikan
sokongan kepada calon Amanah telah melenyapkan teka-teki pendirian beliau yang
dilihat seolah-olah tidak mahu memihak kepada Amanah mahupun PAS,"
katanya.
Menurut Hisom, kemuncak gegaran kempen di pihak Pakatan
Harapan yang diwakili Amanah apabila Tun Mahathir bersedia untuk turun
berkempen.
"Kehadiran beliau di Sungai Besar dan Kuala Kangsar
merubah trend politik tradisi pengundi tegar BN.
"Bagaimanapun kajian kami menunjukkan Amanah masih
bergelut untuk mengatasi kubu tradisi Barisan Nasional di Sungai Besar dan
Kuala Kangsar terutamanya di kawasan majoriti Melayu," katanya.
Kajian ini dilakukan serentak di dua kawasan pilihanraya
melibatkan 420 responden di Sungai Besar dan 402 responden di Kuala Kangsar.
Kajian akhir dilakukan bermula 11 hingga 16 Jun 2016. Laporan kajian disiapkan
pada 17 Jun 2016.
Menurut Hisomuddin, dapatan kajian
mendapati sebanyak 73 peratus di Sungai Besar dan 81 peratus di Kuala Kangsar
bersetuju bahawa gerakan Tun Mahathir mampu mengubah sokongan pengundi kepada
BN.
Kuala Kangsar mencatatkan penerimaan positif pengundi
Umno terhadap kempen Tun Mahathir kerana digerakkan secara intensif oleh
Datuk Hamidah Osman dan Datuk' Kamilia Ibrahim untuk meningkatkan undi
protes kepada BN.
Ini ditambah lagi dengan protes senyap di kalangan
pemimpin Umno Bahagian Kuala Kangsar yang kecewa dengan pemilihan Datin Mastura
Mohd Yazid sebagai calon, katanya.
Manakala di Kuala Kangsar, penerimaan kempen Tun Mahathir
agak sederhana ekoran kesukaran untuk menembusi kubu kuat BN di DUN Sungai
Panjang.
Limitasi kadar penetrasi kawasan Daerah Mengundi Melayu terutama
kawasan tegar Umno membezakan penerimaan kempen Tun Mahathir berbanding Kuala
Kangsar.
Namun begitu, persamaan juga wujud dari aspek suara-suara
ketidakpuasan hati beberapa kumpulan di dalam Umno Bahagian Sungai Besar yang
mempertikaikan pemilihan ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi sebagai calon
BN.
"Kesemua elemen ini kami kategorikan elemen luar
kawal dan ramal dan untuk dibuat tafsiran sejauhmana memberikan kesan kepada
undi Barian Nasional," kata Hisomuddin.
Kesan tiga hari kempen Tun Mahahir diterima baik
khususnya di semua lokaliti Daerah Mengundi Melayu yang menjadi kubu kuat Umno
masih belum dapat dibaca sama ada akan berlaku protes senyap terhadap BN dalam
bentuk mengundi calon pembangkang, merosakkan undi ataupun tidak keluar
mengundi. Kesemua senario itu berpotensi merugikan BN.
Tambahan lagi, semua pihak yang anti Barisan Nasional
kelihatan berdiri di belakang Amanah menjadikan Amanah menerima sokongan
mendadak di saat-saat akhir kempen.
No comments:
Post a Comment