"...turun berkempen hari-hari adalah cara UMNO. Apabila ada pilihan raya kecil baru nak turun (padang), baru nak tengok orang kampung...kerajaan Selangor membantu rakyat negeri itu secara berkesan sejak 2008."
"Media tanya saya, Khairy Jamaluddin tanya saya mana
pergi Azmin Ali dia tak datang maknanya dia tak sokong Amanah dan Pakatan
Harapan.
""Itulah mentaliti Umno. Saya tak payah pulun kerja di Sungai Besar semata-mata kerana PRK. Kita dalam kerajaan negeri sebelum ini dari 2008, atas semangat Pakatan Rakyat dan sekarang Pakatan Harapan, kita kerja sepanjang masa sama ada pilihan raya, tak ada pilihan raya kita turun kerja beri khidmat kepada rakyat.”
Itulah penegasan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor,
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjawab kritikan dan tuduhan mengenai
ketidakhadirannya berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan
Kuala Kangsar.
Kata Azmin, turun berkempen hari-hari adalah cara UMNO. “Apabila ada pilihan raya
kecil baru nak turun (padang), baru nak tengok orang kampung," katanya.
Sebaliknya menurut Azmin kerajaan Selangor membantu rakyat negeri
itu secara berkesan sejak 2008. Pada majlis itu juga Azmin menyerahkan
peruntukan bernilai RM30,000 untuk Masjid Binjai Jaya. Permohonan mendapatkan peruntukan itu dibuat sebelum
musim pilihan raya kecil akan diadakan.
Kemunculan Azmin petang semalam adalah yang pertama
untuknya sejak hari penamaan calon pada 5 Jun lalu.
Ketiadaan Azmin berkempen di kawasan berkenaan sebelum
ini menyebabkan sesetengah pihak termasuk PAS dan Umno mendakwa ADUN Bukit
Antarabangsa itu tidak memberikan sokongan padu kepada AMANAH.
Pada 10 Jun lalu, Khairy mengemukakan tanggapanya pada
satu majlis: "Menteri Besar tidak menunjukkan komitmen kepada kawasan
Sungai Besar.”
Sebaliknya, Khairy berkata perdana menteri, timbalan
perdana menteri dan menteri-menteri lain datang ke Sungai Besar menunjukkan
komitmen mereka terhadap pilihan raya kecil ini.
"Saya lihat tiap-tiap hari ada seorang menteri
datang, saya rasa timbalan perdana menteri hampir setiap hari di Sungai Besar. Maka
pilihan satu saja kalau kita nak pilih calon yang menunjukkan komitmen dengan
kehadiran menteri, kalau kita menang akan terus menyokong rakyat Sungai
Besar," katanya.
"Saya rasa selepas media melaporkan ucapan saya hari
ini, esok menteri besar Selangor akan datang," kata Khairy lagi.
Berucap di Majlis Iftar Perdana Bersama Menteri Besar di
Sungai Panjang di Sungai Besar semalam, Azmin berkata, beliau tidak turun
berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar disebabkan perlu mengiringi Sultan
Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam program bersama rakyat hampir
setiap malam pada bulan Ramadan.
"Sebagai menteri besar saya bertanggungjawab untuk
mengiringi tuanku. Pada malam ini (semalam) tuanku di masjid Jeram. Saya bisik
pada tuanku malam tadi izinkan patik turun ke Sungai Besar dan tuanku
perkenankan saya turun. InsyaAllah Jumaat saya akan turun lagi, Khamis di Kuala
Kangsar," katanya.
Lagipun, menurutnya, beliau sentiasa turun padang untuk bertemu rakyat walaupun tanpa pilihan raya.
Bukan sekadar turun padang, Azmin turut menegaskan sokongannya terhadap calon Parti Amanah Negara (Amanah), Azhar Ab Shukur.
"Saya percaya dengan latar belakang agama,
kredibiliti dan latar belakang keluarga, Ustaz Azhar akan dapat menjadi suara
kita di Parlimen Sungai Besar," katanya.
Kepada calon Pas beliau turut berharap dapat terus
menyembung persahabatan.
"Dr Rani, jangan sedih, kita masih rakan di Dewan
Undangan Negeri, anda telah menyumbang banyak saya berdoa agar anda akan terus
berjaya dan menyumbang," katanya
Selain Dr Rani, Azhar berdepan saingan daripada calon BN
Budiman Mohd Zohdi untuk mengisi kekosongan ditinggalkan arwah Datuk Noriah
Kasnon.
Kini Azmin sudah menyatakan dengan jelas, beliau
menyokong calon Pakatan Harapan dalam PRK itu selepas mengadakan perbincangan
panjang lebar.
Bagaimanapun Azmin tidak mengetepikan terus lawan AMANAH
dari PAS, Dr Rani Osman, yang dianggapnya seorang rakan di DUN Selangor.
"Saya doakan dia (Dr Rani) terus maju untuk
sama-sama dalam satu tekad melawan kezaliman di Putrajaya," katanya. Di
majlis anjuran Pakatan Harapan itu, Dr Rani turut hadir kerana beranggapan ia
terbuka untuk semua.
Katanya, Dr Rani telah banyak membantu menyokong
dasar-dasar kerajaan negeri sejak 2008.
Walaupun bersaing dalam pilihan raya kecil kali ini
kehadiran Dr Rani disambut mesra oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan.
Pilihan raya kecil Sungai Besar - dan Kuala Kangsar -
akan diadakan serentak pada 18 Jun ini.
No comments:
Post a Comment