Friday, June 12, 2009

PENTING SANGATKAH ANUAR TAN?

Itu Cina Islam, yang memiliki blog sendiri dan pernah menuduh Menteri Besar Perak menggunakan ‘kuasa ghaib’ kini mempertikaikan partinya sendiri.

Cina Islam dari Perak ini marah kerana Datuk Anuar Tan tidak dilantik ke dalam Jawatankuasa Pusat PAS.

Persoalannya, besar sangatkah peranan Anuar Tan dalam PAS Pusat.
Di Kelantan bolehlah sebab dia ngam dengan Datuk Husam Musa untuk mengambil alih tanah orang Melayu untuk pembangunan konon.

Dia boleh tipu Menteri Besar dan orang Islam di Kelantan tetapi tidak boleh tipu orang Islam luar Kelantan.

Baca posting ini dalam salah satu blog pro-PAS bagaimana marahnya Cina Islam.

Anuar tan:tidak terpilih dan tidak dilantik

MERAGUKAN dan kurang bijak. Itulah yang boleh saya simpulkan dengan pemilihan AJK baru yang dilantik. Itulah yang berlaku di dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Pusat yang baru diadakan semalam. Dalam situasi Pas terancam, bergelora serta menjadi sasaran kritikan, nampaknya parti ini tidak pernah belajar dari kesilapan mereka.
Berikut adalah senarai perlantikan yang baru dibuat di dalam mesyuarat tersebut, dan seperti biasa ahli-ahli Pas diajar untuk `wala', kepada senarai ini:

Ahli jawatankuasa baru yang dilantik:

Datuk Husam Musa, bekas naib presiden
Mohamad Sabu, bekas naib presiden
Mohd Anuar Tahir, bekas setiausaha agung PKR
Mohd Taufik Abdul Ghani, ADUN Paroi
Dr Mariah Mahamud, ahli parlimen Kota Raja
Wan Ubaidah Wan Omar, exco kerajaan Kelantan
Asmuni Awi, timbalan pesuruhajaya PAS Perak
Ahmad Dollah, timbalan pesuruhajaya PAS Sabah

Saya merasa agak pelik ke mana `hilang'nya Dato Anuar Tan seorang pemimpin yang boleh mewakili kaum Cina di dalam PAS?

Beliau telah beberapa penggal berada di dalam saf kepimpinan PAS Pusat dan jasanya untuk menarik sokongan kaum Cina tidak boleh dipertikaikan.

Bukankah PAS sekarang begitu hebat untuk mempromosikan parti kepada kaum yang selama ini begitu takut kepada PAS?

Anuar Tan tidak mendapat cukup undi daripada perwakilan bagi membolehkannya berada dalam saf kepimpinan tetapi salahkah jika beliau dilantik di dalam AJK ini sebagai mewakili kaum Cina?

Memang benar, perlantikan jawatan ini adalah budi bicara Presiden mahu pun ahli mesyuarat, tetapi tidak adakah seorang pun yang terfikir betapa perlunya seorang pemimpin berbangsa Cina berada di dalam Saf kepimpinan PAS?

Saya berharap perkara ini tidak dipandang sepi oleh PAS, tetapi jika keputusan yang telah dibuat perlu ditaati, apa yang boleh dikatakan lagi.

No comments: