Tuesday, June 9, 2009

HUSAM ADALAH MUSUH DALAM SELIMUT PAS?

http://anginperubahan.blogspot.com (8 Jun 2009)

Mengapa terasa? Siapa makan cili dia terasa pedasnya.

Setelah kalah sebagai Timbalan Presiden PAS, Husam mengeluarkan kenyataan berikut pada 7 Jun 2009, dalam muktamar PAS "saya minta Dr Haron menjelaskan ungkapan itu (musuh dalam selimut) dalam kertas kerja tersebut,". (baca sini). Kenapa Husam meminta Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS) menjelaskan mengenai istilah "musuh dalam selimut"?

Pada 23 Mei 2009, Haron Din menyampaikan ucapan tersebut ketika Seminar Sehari Kepimpinan Ulama PAS yang ke-25 di Markas Tarbiyyah PAS, Gombak. (baca sini). Namun Haron Din ketika memberikan respon kepada kenyataan Husam menyatakan "saya ingat, tidak ada saya sebut ("musuh dalam selimut"). Saya tidak kata dalam PAS ada musang berbulu ayam. Dan saya tidak kata ada musuh dalam selimut. Tetapi saya sebut, musuh sentiasa ada, mungkin sebutan itu orang mengulas dan menambah,". Kalau Haron Din tidak sebut, mengapa Husam yang terasa pedasnya? Sepatutnya, Husam menyalahkan laporan media bukan Haron Din.

Syed Azman Syed Nawawi (Ahli Jawatankuasa PAS) yang juga merupakan team Erdogan turut berganding bahu bersama Husam mengkritik Haron Din dalam kenyataannya di Harakahdaily pada 28 Mei 2009. Nampaknya Erdogan sudah mulai panas dan berdendam kepada team ulama bila Husam kalah sebagai Timbalan Presiden PAS. Husam menjadikan ucapan Haron Din yang menyatakan ada "musuh dalam selimut" menjadi punca kekalahannya. Husam terasa dirinya musuh dalam selimut?

Menurut beberapa orang perwakilan PAS Perak, team ulama sudah sedar bahawa Nik Aziz mesti diselamatkan daripada dipengaruhi oleh Erdogan. Jika Nik Aziz masih lagi mengikuti Erdogan, maka Nik Aziz perlu dijatuhkan secara halus oleh ulama. Bukan dijatuhkan sebagai Mursyidul Am PAS tetapi sebagai Menteri Besar Kelantan. Inilah masanya untuk ulama mempupuskan terus spesis Erdogan dalam PAS. Apakah dalam ulama juga tidak ada "musuh dalam selimut"? Ramai yang keliru status Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS), apakah dia Ulama atau Erdogan?, kerana hubungan kekeluargaannya dengan Nik Aziz.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

No comments: