Showing posts with label MPKK. Show all posts
Showing posts with label MPKK. Show all posts

Saturday, November 10, 2018

Apa Boleh Diharapkan Kepada Pegawai Kerajaan Negeri Untuk Sokongan Politik?


Bahagian 4 – (Sambungan -  (MPKK - Gara-Gara Keputusan & Tindakan 'Bodoh-Sombong' Menteri...)
   
Pada sidang media  mesyuarat pertama Kabinet  Pakatan Harapan (HARAPAN) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 23 Mei 2018 lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pembubaran lima agensi dan jawatankuasa kerajaan, termasuk  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Yang lain ialah Majlis Profesor Negara (MPN), Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Perdana Menteri berpendapat, kebanyak institusi ini sebenarnya bukan sebahagian daripada kerajaan, yang sepatutnya memberi  nasihat kepada kerajaan. Semua perkara ini akan dibubarkan.

"Kita tidak memerlukan kepintaran mereka, saya  fikir kita pun ada kepintaran," katanya. Kini  JKKKP dilihat tidak lagi relevan.

Malah dalam kes JKKKP ini, Perdana Menteri dan Kabinet melihat institusi yang ditubuh dan kakitangannya dilantik oleh kerajaan persekutuan, sebagai terlalu berunsur politik.

Sedangkan, tegas Perdana Menteri,  peranannya dapat dilaksanakan oleh pegawai kerajaan lain.

"Kita dapati gaji dibayar kepada JKKKP yang seolah-olah telah menjadi kerajaan tambahan di negeri-negeri, ia banyak berunsur politik dan bukan pentadbiran.

"Sebaliknya kita ada pegawai kerajaan untuk menjalankan tugas itu dan kita tidak akan ganti bayaran kepada JKKP kerana kita tidak ingin amalkan politik seperti kerajaan terdahulu," katanya.

Bagi yang memahami tugas JKKKP yang kini kononnya ditransformasikan menjadi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), mereka hanya mampu  menggeleng kepala.


Mereka tidak percaya sama sekali bahawa kata-kata itu keluar daripada mulut Dr Mahathir sendiri.

Oleh kerana ia ‘arahan Perdana Menteri’, maka tiada yang berani berkata-kata atau memberikan pendapat kedua mengenai perkara berkenaan. Ia sudah jadi perintah.

Kerana itu Menteri bertanggungjawab, Datuk Seri Rina Mohd Harun ‘tertelan lidah’ sejak hari itu.

Sudah pastilah bagi yang tidak ada kena dan tidak sensitif dengan politik dan kepimpinan bawahan, mereka merasakan tindakan itu sebagai suatu tidakan bijak.

Hakikatnya tindakan itu tidak bijak dan merugikan parti pemerintah. Pendapat kedua bukan bantahan perlu dinyatakan.

Kenapa keputusan Perdana Menteri dan Kabinet  HARAPAN itu merugikan jika pegawai kerajaan diberikan tugas menggantikan peranan JKKKP atau MPKK itu?

1.   Memang pegawai kerajaan boleh menjalankan kerja-kerja pentadbiran, termasuk melaksanakan pembangunan di peringkat mukim dan kampung.
Soalanapakah mereka bekerja 24 jam dan menjelajah setiap kampung?

2.   Pegawai kerajaan akan melaksanakan tgas mereka berasaskan ‘arahan kerjaan negeri’ atau juga kerajaan Pusat.
Soalan – apakah semua kerajaan negeri – Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis – di bawah HARAPAN?

3.   Pegawai kerajaan melaksanakan visi dan misi pentadbiran negeri khususnya pembangunan di peringkat bawah.
Soalan - Apakah kerajaan negeri diperintah oleh PAS seperti Kelantan dan Terengganu, Barisan Nasional di Pahang dan Perlis akan melaksanakan misi HARAPAN?

4.   Bagaimana dengan peruntukan kerajaan Pusat khususnya daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KPLB) akan dibelanjakan?
Soalan - Tidakkan di empat negeri berkenaan, ia akan menguntungkan kerajaan negeri berkenaan dan kemungkinan penyalahgunaan dana untuk penyokong kerajaan negeri sahaja adalah besar.

5.   Peruntukan KPLB sudah semestinya untuk rakyat dan political milagenya diharapkan dipulangkan kepada HARAPAN tetapi?
Soalan -  Apakah kerajaan negeri PAS dan kerajaan negeri BN di empat negeri berkenaan bersedia melakukannya?

Tidakkah akhirnya dana digunakan bukan sahaja tidak memberikan kelebihan kepada HARAPAN tetapi mereka menggunakan dana itu  untuk memperlekeh, memperkecil, menghasut dan menghentam HARAPAN kembali?

Berkaitan pegawai kerajaan – khususnya pegawai pentdabiran negeri, mereka selalunya taat kepada kerajaan yang memerintah.

Pegawai kerajaan sewajarnya hanya menjadi fasilitator kepada anggota MPKK dalam perancangan dan pelaksanaan pembangunan dan keselamatan peringkat bawahan, bukan dengan cara menolak mentah-mentah peranan anggota pembangunan peringkat bawahan seperti MPKK.

Apa jaminan HARAPAN yang membelanjakan dana begitu banyak akan turut dimanfaatkan oleh penyokong mereka?

Tidakkah kelak, apabila dipencilkan, penyokong HARAPAN akan menjadi marah dan meluat yang akhirnya ‘berpaling tadah’?

Malah, ketika pilihan raya, apa jaminan pegawai kerajaan yang bertugas untuk kerajaan negeri yang mereka bekerja dengannya akan menyokong kerajaan HARAPAN?

Gara-gara keputusan Perdana Menteri dan Kabinet, khususnya di negeri yang diperintah oleh pembangkang, mereka akan berputih mata sekali lagi pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Yang juga penting, jangan perkecilkan harapan penyokong HARAPAN sebelum ini kerana jika mereka tidak DIJAGA dan DIBERIKAN RUANG UNTUK sama-sama merancang dan melaksanakan pembangunan peringkat bawahan, sokongan peringkat bawahan akan terhakis.

Jika ini berlaku, mungkin ada kebenarannya kata-kata bahawa kerajaan HARAPAN adalah KERAJAAN SEPENGGAL sahaja.

Baca siri 1-3 sebelum ini:



Siri 3 - MPKK - Gara-Gara Keputusan & Tindakan 'Bodoh-Sombong' Menteri...

Monday, November 5, 2018

MPKK - Gara-Gara Keputusan & Tindakan 'Bodoh-Sombong' Menteri...




Masalah yang melanda  mengenai pelantikan Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Terengganu ketika ini disebabkan oleh salah langkah Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Rina Mohd Harun ( yang berbangga dengan gelaran kerana kononnya memberikan semangat untuknya bekerja).

Ketika sebelum dianugerahkan  Datuk Seri - Rina dan pegawai kementerian itu membuat keputusan sendiri bahawa mereka menyerahkan kepada kerajaan PAS Terengganu supaya melantik dan menguruskan MPKK – walaupun beliau sedar  bahawa sebahagian dana ditanggung oleh KPLB.

Jelas, Rina membuka jalan kepada kerajaan PAS Terengganu untuk berbuat sesuka hati dalam isu MPK ini. Tidak pelik jika kerajaan negeri mengumumkan ia sudah melantik semua anggota MPKK di 1044 MPKK di negeri berkenaan.

Bayangkan berapa ramai yang terlibat?

Mereka menjadi jentera PAS – mata dan telinga untuk menyokong PAS dan menghentam lawan mereka, khususnya kerajaan Pusat.

Bukankah itu keputusan menteri yang 'bodoh-sombong'?

Wahai Rina, duit siapa yang kau mahu peruntukkan kepada kerajaan PAS yang dijangka sebanyak RM22 juta setahun? Penyokong HARAPAN restuinya?

Duit kamu sendiri atau duit kementerian? (Anggaran perbelanjaan MPKK di Terengganu ialah RM44 juta setahun, sebelum RM10,000 geran tahunan untuk setiap 1044 MPKK di negeri berkenaan, selain bayaran lain seperti elaun mesyuarat, elaun kehadiran di majlis-majlis anjuran parti  dan sebagainya.

Rina kena mau ingat, duit kerajaan adalah duit rakyat. Rakyat Terengganu juga ada yang menyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) dan  Barisan Nasional (UMNO). Bukan semuanya penyokong PAS, kalaupun PAS dianggap sebagai ‘rakan pentadbiran’ oleh kerajaan Posit, khususnya Rina.

Berkerjasama dan demi kesejahteraan KONON!

Gara-gara kegagalannya memahami situasi di Terengganu, termasuk sikap sombong dan tidak berbincang dengan pemimpin HARAPAN, Rina dan kementerian dengan sombong buat keputusan sendiri.

Kini selepas mendapat Datuk Seri dan bersemangat baru, Rina dan kementerian memutuskan untuk mencadangkan agar ditambah lima (5) lagi anggota MPKK sebagai tambahan kepada anggota MPKK yang sudah dilantik oleh PAS.

Ia hasil mesyuarat Rina, kementerian dan kononnya wakil HARAPAN.  Mesyuarat atau ‘perintah’?

Persoalannya, lima daripada 3 atau 4 parti komponen HARAPAN Teregganu iaitu PKR, AMANAH, BERSATU + DAP.

Habis tu, penyokong UMNO nak letak di mana? Mereka bukan pemimpin di peringkat Bahagian dan Cawangan?

Juga, apa jawatan untuk mereka? Pengerusi dan Setiausaha yang berkuasa dipegang oleh PAS. Lima anggita itu hanya ‘Pak Angguk’?

Dalam menentukan sebarang keputusan, jika mengundi, apakah yang 5 itu boleh menang melawan 11 daripada PAS?

Apa punya dangkal pendapat Rina dan kementerian dalam menentukan cadangan berkenaan.

Rina menggunakan Pengerusi HARAPAN Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah untuk meminta sokongan atau mempengaruhi anggota jawatankuasa agar cadangannya diterima oleh pemimpin HARAPAN.

Jelas sekali Raja Bahrin di atas kedudukannya sebagai Timbalan Menteri pusat (bukan sebagai Pengerusi HARAPAN) cuba mempengaruhi anggota mesyuarat HARAPAN negeri supaya bersetuju dengan cadangan Rina.

Beliau mengesyorkan cuba dahulu setahun. Apa jenis pendapat seperti yang dikemukakan oleh Raja Bahrin itu?

Boleh dicadangkan supaya cuba-cuba dahulu. Keputusan politik yang sebegini penting mahu diuji terlebih dahulu. BENGONG!

Memalukan mempunyai Pengerusi HARAPAN yang mementingkan kedudukan. Sedangkan PKR dan BERSATU menolak mentah-mentah cadangan Rina.

(Tidak diketahui sama ada Ketua Kepimpinan BERSATU Terengganu sudah mengubah pendirian sekarang ini atau sebaliknya kerana difahamkan semua Ketua Bahgian BERSATU kecuali dua bahagian menentang cadangan Rina).

Difahamkan mesyuarat HARAPAN pada 10 November 2018 ini akan membincangkan sekali lagi isu MPKK ini. Apakah Rina akan mengambil perhatian kepada cadangan dan keputusan HARAPAN Terengganu atau ikut kepalanya sahaja?

Kerajaan PAS Terengganu  sudah menyelesaikan pelantikan Ahli MPKK di seluruh negeri pada 1 Julai 2018 yang lalu melibatkan 15 orang  yang dilihat oleh PAS mampu untuk memberikan sumbangan kepada pengurusan komuniti di setiap 1,044 kampung.

Jika ditambah lagi lima orang apakah anggota MPKK di Terengganu akan menjadi 20 orang?

Sanggupkah PAS menggugurkan lima orang yang sudah dilantiknya untuk digantikan dengan lima yang dicadangkan oleh Pusat  seperti dicadangkan oleh Rina untuk kekalkan 15 anggota?

Kenapa Rina kusutkan isu pentadbiran dan mengakibatkan ‘pertelingkahan politik’ secara terbuka antara PAS dan HARAPAN Terengganu?

BERSAMBUNG  

Thursday, November 1, 2018

MPKK – Rina, KPLB Bincang Segera Jika Sayangkan HARAPAN Terengganu

 


Biarkan jika Kerajaan PAS Terengganu dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim mahu meroyan sekali pun!

Dengan sikap pemimpin PAS yang mendahului pelantikan di 1044 MPKK di Terengganu (sejak Julai 2018), Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar (LPLB) perlu proaktif, sensitif dan menerima suara pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) DI Terengganu.

Bayangkan berapa ramai jika 1044 MPKK dengan anggota 16 orang di setiap satu MPKK berkenaan.

Jangan kerana mahu tunjuk atau menggambarkan wujudnya kerjasama erat antara kerajaan PAS Terengganu dengan Kerajaan Pusat, menteri dan KPLB dianggap sebagai ‘enggan mendengar suara penyokong dan pengundi HARAPAN Terengganu’.

Fikir  balik, apa  tujuan sebenar kerjasama ini? Untuk buktikan Putrajaya ‘memahami aspirasi kerajaan PAS Terengganu’?

Apakah menteri dan kementerian di era Malaysia Baru hanya mahu buktikan kepada rakyat yang mereka ‘tidak menindas’ kerajaan PAS Terengganu?

Sedangkan pemimpin PAS setiap hari mengutuk, mencemuh, memali-hamun  dan mengata dalam berbagai isu mmengenai pemimpin dan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN)?

Beri peruntukan melalui MPKK sebaliknya sebagai balasan untuk caci maki kerajaan HARAPAN?

Kerana itu tidak hairanlah jika kerajaan PAS Terengganu dan Dr Azman tidak sabar-sabar mengatakan  pihaknya sudah melantik anggota MPKK.

Seperti disebut sebelum ini, apabila kerajaan negeri cepat-cepat melantik jawatankuasa MPKK di pihak mereka – tanpa menunggu cadangan KPLB – yang menggambarkan mempunyai niat untuk ‘merompak peruntukan dari Putrajaya di siang hari’, apa juga langkah mereka seterusnya boleh dibaca dengan nyata.

Bagi Menteri Besar dan  Dr Azman Ibrahim, mereka  munkin merasakan segala-galanya sudah selesai mengenai isu MPKK ini.

Benbarkah demikian?

Di pihak Pakatan Harapan (HARAPAN), amat nyata pendirian mereka menentang dan berbelah bahagi mengenai perkara ini.

Apakah ada mesyuarat khususnya diatur oleh sekretariat HARAPAN Terengganu membincangkan mengenai MPKK yang penting ini?

Difahamkan minggu lalu, isu ini ada dibangkitkan untuk mendapatkan persetujuan dengan cadangan Menteri KPLB, Datuk Seri Rina Mohd Harun mengenai perkara ini.

Mesyuarat itu khabarnya hanya dihadiri wakil daripada PKR dan AMANAH. Tiada wakil BERSATU walau seorang pun.

Ketua Pimpinan BERSATU Terengganu khabarnya sudah memaklumkan beliau tidak dapat hadir mesyuarat berkenaan kerana ada  mesyuarat kepimpinan tertinggi (MPT) parti itu di Kuala Lumpur.


Namun ahli lain seramai tiga orang tidak hadir tanpa sebab.

Empat wakil PKR ke mesyuarat itu tidak bersetuju dengan cadangan Rina dan kementerian yang bersetuju untuk menambahkan lima ahli MPKK selain 11 yang dilantik oleh kerajaan negeri.

Pengerusi HARAPAN, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah dilaporkan meminta supaya ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan Rina dan kementerian.

Apakah peranan Raja Bahrin pada mesyuarat itu sebagai wakil kerajaan Posit (kedudukannya sebagai Timbalan Menteri) atau Pengerusi HARAPAN yang cakna kepada bantahan kepimpinan parti dalam HARAPAN?

Walaupun tidak hadir ke mesyuarat itu dikatakan semua Ketua Bahagian BERSATU, kecuali seorang dua Ketua Bahagian yang nampaknya menyokong Rina dan kementerian.

(Ini boleh difahami kerana yang satu dua itu ada kepentingan tertentu dengan KPLB).

Apakah yang dibantah oleh PKR dan BERSATU?

Sewajarnya ada perundingan terlebih dahulu antara Rina serta kementerian dengan HARAPANJ Terengganu dalam cadangan pelantikan, bukan cara ‘kamu terima dan laksana sahaja perintah kami’.

Apa kepentingan cadangan melantik lima (5) anggota (sebagai wakil Pusat) dalam MPKK sebagai tambahan kepada 11 anggota yang dilantik oleh kerajaan negeri?

Apa hak mereka dalam MPKK Terengganu? Bidang kuasa siapa mengenai pembangunan di peringkat bawahan? Pengerusi dan Setiausaha sudah pasti dilantik oleh kerajaan PAS Terengganu?

Apa kuasa yang ada bagi lima (5 ahli) wakil Posit itu?

Siapa tentukan perbelanjaan untuk pembangunan sedangkan KPLB dijangka memperuntukkan RM22juta setahun bagi tujuan ini?

Siapa tentukan perbelanjaan geran sebanyak RM10,000 setahun untuk setiap 1044 MPKK di Terengganu?

Banyak lagi persoalan lain yang melibatkan perkara lain yang perlu diteliti apabila Rina dan KPLB mahu tunjuk ‘baik dan saksama’ dalam dalam isu pelantikan dan fungsi KPKK ini.

Masa masih ada dan KPLB serta menterinya perlu menilai semula.

Tidak mengapa jika kerajaan PAS Terengganu, Menteri Besar atau Dr Azman sendiri meroyan tidak tentu pasal kerana menunggu cadangan daripada HARAPAN Terengganu.

Ia baik untuk sokongan ahli parti komponen HARAPAN demi masa depan pakatan itu, apalagi BERSATU Terengganu yang imejnya ada pada Rina!

Persoalan asas juga, jika HARAPAN belumpun melantik Penyelaras Parlimen dan Dewan Unfangan Negeri (DUN) bagaimana mereka mahu mencalonkan anggota seramai lima orang itu ke kerajaan negeri?

Menteri dan pegawai kementerian akan turun ke Terengganu untuk memilih calon layak?

Sedangkan menteri sendiri enggan turun ke Terengganu membincangkan perkara ini dengan HARAPAN Terengganu.

Apakah Rina egois atau tidak tahu bidang tugasnya? Mentadbir secara ‘perintah’? Ini bukan ciri-ciri mentari di era Malaysia Baru.

Pemimpin HARAPAN Terengganu yang menentang cadangan Rina dan kementerian melihat Rina TIDAK PEKA dan PENAKUT untuk bertemu pemimpin Bahagian di semua Parlimen, tidak kiralah sama ada dari PKR, AMANAH atau BERSATU!

Sebelum terlambat baik Rina melakukan langkah segera.

Monday, October 29, 2018

MPKK - Kerajaan PAS Terengganu Berniat ‘Merompak Di Siang Hari’???


Gelojoh dan tamaknya pemimpin kerajaan PAS Terengganu berkaitan pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Apakan tidak, selepas dua bulan membentuk kerajaan, PAS Terengganu terus melantik anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), juga dikenali dengan J3K.

Bagaimanapun, sebaik sahaja menerima maklum mesyuarat Mesyuarat Jemaah Menteri (Kabinet) pada 27 Jun 2018 lalu dan berikutan syor Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), kerajaan Terengganu membuah kecoh dengan isu pelantikan dan perubahan nama Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), kerajaan PAS Terengganu tergesa-gesa mengatakan JKKK diyvah kepada MPKK.

Bagaikan dirasuk syaitan, kerajaan PAS Terengganu dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim tidak sabar-sabar mengatakan  pihaknya sudah melantik anggota MPKK.

Jika sebelum ini (kenyataan Dr Azman pada 2 Ogos 2018 bahawa nama J3K sudah ditukarkan kepada MPKK untuk bersesuaian dengan hasrat KPLB, pada 22 Oktober 2018 Dr Azman anggap kenyataan Senator Datuk Husam Musa mengenai pelantikan MPKK di Kelantan sebagai ‘ketinggalan’.

Maknanya Dr Azman dan kerajaan Terengganu cuba mendahului KPLB.

Laporan Teganukita memetik Dr Azman sebagai menyifatkan bahawa Ahli Dewan Negara itu jauh ketinggalan dalam isu pelantikan MPKK sedangkan majlis itu  di bawah bidang kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri.

Dr Azman menegaskan Kerajaan Pusat tidak campur tangan sedikit pun hal perlantikan MPKK, malah menurutnya di Terengganu dari bulan Julai 2018 lagi sudah diselesaikan pelantikan semua 1,700 MPKK.


Ia dibuat  tanpa campur tangan kerajaan pusat walaupun MPKK turut mendapat peruntukan Pusat, tegasnya.

Pelik tapi benar. Berniat ambil wang orang lain untuk kegunaan sendiri.

Tetapi sedarkah kerajaan PAS Terengganu bahawa mereka berniat tidak baik untuk ‘ merompak di siang hari’:

Tidakkah itu wang rakyat, yang bukan sahaja dimiliki oleh penyokong PAS tetapi juga penyokong .Pakatan Harapan (harapan) dan orang UMNO/Barisan Nasional Terengganu?

Dengan bangganya Exco berkenaan mengatakan Terengganu ialah negeri yang pertama menyelesaikan perlantikan MPKK.

Malah, beliau juga mengemukakan pertanyaan: "Kementerian yang bertanggungjawab dalam hal MPKK ialah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Siapa Husam dalam Kementerian ini untuk membuat kenyataan?”
  
Beliau mengulas kenyataan Husam yang menyebut seramai 12,672 individu akan dilantik menganggotai MPKK di  Kelantan yang diwujudkan di kesemua 792 kampung di seluruh negeri itu.

Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan itu menyebut, pemilihan bagi jawatan tersebut dibuat kedua-dua belah pihak iaitu kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Pas Kelantan dan akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

"Setiap MPKK di kampung-kampung mempunyai 16 anggota dan daripada jumlah itu, 11 anggota dilantik oleh kerajaan negeri manakala lima lagi dilantik oleh kerajaan Pusat.

"Setiap MPKK akan diberikan geran RM10,000 untuk melaksanakan pelbagai program-program kesejahteraan dan kecantikan kampung," katanya.

Persoalannya bagaimana Husam boleh berkata demikian jika tidak ada asas atau mengetahui kedudukan sebenar isu MPKK ini seperti yang diputuskan  oleh KPLB?

Bersambung:  MPKK – Meroyankah Dr Azman & PAS Terengganu?