Monday, November 5, 2018

MPKK - Gara-Gara Keputusan & Tindakan 'Bodoh-Sombong' Menteri...




Masalah yang melanda  mengenai pelantikan Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Terengganu ketika ini disebabkan oleh salah langkah Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Rina Mohd Harun ( yang berbangga dengan gelaran kerana kononnya memberikan semangat untuknya bekerja).

Ketika sebelum dianugerahkan  Datuk Seri - Rina dan pegawai kementerian itu membuat keputusan sendiri bahawa mereka menyerahkan kepada kerajaan PAS Terengganu supaya melantik dan menguruskan MPKK – walaupun beliau sedar  bahawa sebahagian dana ditanggung oleh KPLB.

Jelas, Rina membuka jalan kepada kerajaan PAS Terengganu untuk berbuat sesuka hati dalam isu MPK ini. Tidak pelik jika kerajaan negeri mengumumkan ia sudah melantik semua anggota MPKK di 1044 MPKK di negeri berkenaan.

Bayangkan berapa ramai yang terlibat?

Mereka menjadi jentera PAS – mata dan telinga untuk menyokong PAS dan menghentam lawan mereka, khususnya kerajaan Pusat.

Bukankah itu keputusan menteri yang 'bodoh-sombong'?

Wahai Rina, duit siapa yang kau mahu peruntukkan kepada kerajaan PAS yang dijangka sebanyak RM22 juta setahun? Penyokong HARAPAN restuinya?

Duit kamu sendiri atau duit kementerian? (Anggaran perbelanjaan MPKK di Terengganu ialah RM44 juta setahun, sebelum RM10,000 geran tahunan untuk setiap 1044 MPKK di negeri berkenaan, selain bayaran lain seperti elaun mesyuarat, elaun kehadiran di majlis-majlis anjuran parti  dan sebagainya.

Rina kena mau ingat, duit kerajaan adalah duit rakyat. Rakyat Terengganu juga ada yang menyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) dan  Barisan Nasional (UMNO). Bukan semuanya penyokong PAS, kalaupun PAS dianggap sebagai ‘rakan pentadbiran’ oleh kerajaan Posit, khususnya Rina.

Berkerjasama dan demi kesejahteraan KONON!

Gara-gara kegagalannya memahami situasi di Terengganu, termasuk sikap sombong dan tidak berbincang dengan pemimpin HARAPAN, Rina dan kementerian dengan sombong buat keputusan sendiri.

Kini selepas mendapat Datuk Seri dan bersemangat baru, Rina dan kementerian memutuskan untuk mencadangkan agar ditambah lima (5) lagi anggota MPKK sebagai tambahan kepada anggota MPKK yang sudah dilantik oleh PAS.

Ia hasil mesyuarat Rina, kementerian dan kononnya wakil HARAPAN.  Mesyuarat atau ‘perintah’?

Persoalannya, lima daripada 3 atau 4 parti komponen HARAPAN Teregganu iaitu PKR, AMANAH, BERSATU + DAP.

Habis tu, penyokong UMNO nak letak di mana? Mereka bukan pemimpin di peringkat Bahagian dan Cawangan?

Juga, apa jawatan untuk mereka? Pengerusi dan Setiausaha yang berkuasa dipegang oleh PAS. Lima anggita itu hanya ‘Pak Angguk’?

Dalam menentukan sebarang keputusan, jika mengundi, apakah yang 5 itu boleh menang melawan 11 daripada PAS?

Apa punya dangkal pendapat Rina dan kementerian dalam menentukan cadangan berkenaan.

Rina menggunakan Pengerusi HARAPAN Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah untuk meminta sokongan atau mempengaruhi anggota jawatankuasa agar cadangannya diterima oleh pemimpin HARAPAN.

Jelas sekali Raja Bahrin di atas kedudukannya sebagai Timbalan Menteri pusat (bukan sebagai Pengerusi HARAPAN) cuba mempengaruhi anggota mesyuarat HARAPAN negeri supaya bersetuju dengan cadangan Rina.

Beliau mengesyorkan cuba dahulu setahun. Apa jenis pendapat seperti yang dikemukakan oleh Raja Bahrin itu?

Boleh dicadangkan supaya cuba-cuba dahulu. Keputusan politik yang sebegini penting mahu diuji terlebih dahulu. BENGONG!

Memalukan mempunyai Pengerusi HARAPAN yang mementingkan kedudukan. Sedangkan PKR dan BERSATU menolak mentah-mentah cadangan Rina.

(Tidak diketahui sama ada Ketua Kepimpinan BERSATU Terengganu sudah mengubah pendirian sekarang ini atau sebaliknya kerana difahamkan semua Ketua Bahgian BERSATU kecuali dua bahagian menentang cadangan Rina).

Difahamkan mesyuarat HARAPAN pada 10 November 2018 ini akan membincangkan sekali lagi isu MPKK ini. Apakah Rina akan mengambil perhatian kepada cadangan dan keputusan HARAPAN Terengganu atau ikut kepalanya sahaja?

Kerajaan PAS Terengganu  sudah menyelesaikan pelantikan Ahli MPKK di seluruh negeri pada 1 Julai 2018 yang lalu melibatkan 15 orang  yang dilihat oleh PAS mampu untuk memberikan sumbangan kepada pengurusan komuniti di setiap 1,044 kampung.

Jika ditambah lagi lima orang apakah anggota MPKK di Terengganu akan menjadi 20 orang?

Sanggupkah PAS menggugurkan lima orang yang sudah dilantiknya untuk digantikan dengan lima yang dicadangkan oleh Pusat  seperti dicadangkan oleh Rina untuk kekalkan 15 anggota?

Kenapa Rina kusutkan isu pentadbiran dan mengakibatkan ‘pertelingkahan politik’ secara terbuka antara PAS dan HARAPAN Terengganu?

BERSAMBUNG  

No comments: