Monday, October 29, 2018

MPKK - Kerajaan PAS Terengganu Berniat ‘Merompak Di Siang Hari’???


Gelojoh dan tamaknya pemimpin kerajaan PAS Terengganu berkaitan pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Apakan tidak, selepas dua bulan membentuk kerajaan, PAS Terengganu terus melantik anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), juga dikenali dengan J3K.

Bagaimanapun, sebaik sahaja menerima maklum mesyuarat Mesyuarat Jemaah Menteri (Kabinet) pada 27 Jun 2018 lalu dan berikutan syor Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), kerajaan Terengganu membuah kecoh dengan isu pelantikan dan perubahan nama Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), kerajaan PAS Terengganu tergesa-gesa mengatakan JKKK diyvah kepada MPKK.

Bagaikan dirasuk syaitan, kerajaan PAS Terengganu dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim tidak sabar-sabar mengatakan  pihaknya sudah melantik anggota MPKK.

Jika sebelum ini (kenyataan Dr Azman pada 2 Ogos 2018 bahawa nama J3K sudah ditukarkan kepada MPKK untuk bersesuaian dengan hasrat KPLB, pada 22 Oktober 2018 Dr Azman anggap kenyataan Senator Datuk Husam Musa mengenai pelantikan MPKK di Kelantan sebagai ‘ketinggalan’.

Maknanya Dr Azman dan kerajaan Terengganu cuba mendahului KPLB.

Laporan Teganukita memetik Dr Azman sebagai menyifatkan bahawa Ahli Dewan Negara itu jauh ketinggalan dalam isu pelantikan MPKK sedangkan majlis itu  di bawah bidang kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri.

Dr Azman menegaskan Kerajaan Pusat tidak campur tangan sedikit pun hal perlantikan MPKK, malah menurutnya di Terengganu dari bulan Julai 2018 lagi sudah diselesaikan pelantikan semua 1,700 MPKK.


Ia dibuat  tanpa campur tangan kerajaan pusat walaupun MPKK turut mendapat peruntukan Pusat, tegasnya.

Pelik tapi benar. Berniat ambil wang orang lain untuk kegunaan sendiri.

Tetapi sedarkah kerajaan PAS Terengganu bahawa mereka berniat tidak baik untuk ‘ merompak di siang hari’:

Tidakkah itu wang rakyat, yang bukan sahaja dimiliki oleh penyokong PAS tetapi juga penyokong .Pakatan Harapan (harapan) dan orang UMNO/Barisan Nasional Terengganu?

Dengan bangganya Exco berkenaan mengatakan Terengganu ialah negeri yang pertama menyelesaikan perlantikan MPKK.

Malah, beliau juga mengemukakan pertanyaan: "Kementerian yang bertanggungjawab dalam hal MPKK ialah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Siapa Husam dalam Kementerian ini untuk membuat kenyataan?”
  
Beliau mengulas kenyataan Husam yang menyebut seramai 12,672 individu akan dilantik menganggotai MPKK di  Kelantan yang diwujudkan di kesemua 792 kampung di seluruh negeri itu.

Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan itu menyebut, pemilihan bagi jawatan tersebut dibuat kedua-dua belah pihak iaitu kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Pas Kelantan dan akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

"Setiap MPKK di kampung-kampung mempunyai 16 anggota dan daripada jumlah itu, 11 anggota dilantik oleh kerajaan negeri manakala lima lagi dilantik oleh kerajaan Pusat.

"Setiap MPKK akan diberikan geran RM10,000 untuk melaksanakan pelbagai program-program kesejahteraan dan kecantikan kampung," katanya.

Persoalannya bagaimana Husam boleh berkata demikian jika tidak ada asas atau mengetahui kedudukan sebenar isu MPKK ini seperti yang diputuskan  oleh KPLB?

Bersambung:  MPKK – Meroyankah Dr Azman & PAS Terengganu?

No comments: