Apakah surat seperti itu mempunyai kekuatan untuk menggugat UMNO dan
kerajaan?
Entahlah.
Anggota Majlis Tertinggi (AMT) UMNO, Tan Sri Noh Omar sudah
menganggap penyebaran viral itu tidak
ubah seperti 'tindakan pelajar sekolah'.
Dengan kedudukan status seperti kata Noh itu, surat layang itu sewajarnya
tidak diambil berat oleh seorang Perdana Menteri yang terbukti sudah mendapat
sokongan lebih tiga juta ahli UMNO, selain penyokong parti komponen Barisan
Nasional (BN).
Jika dilihat kepada ikrar serta walak pengikut UMNO pada
Perhimpunan Agung UMNO 2016 baru-baru ini, tiada siapa boleh menggugat
perpaduan dalam parti Melayu itu.
Pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 baru-baru ini Dr Ahmad Zahid
Hamidi dan hadirin sudah menyatakan ikrar taat setia mereka kepada Najib .
Malah Dr Ahmad Zahid turut meminta hubungan beliau dengan
seorang lagi naib presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak
dilaga-lagakan.
Najib pula dalam ucapan penggulungannya menyatakan tidak
pernah meragui kesetiaan Zahid, malah tidak risau sama sekali jika naib
presiden UMNO itu 'berdiri' di belakangnya.
Namun tiba-tiba sahaja hanya dengan sekeping surat layang
yang entah dari mana datangnnya, negara heboh bahawa pembangkang kini begitu terdesak untuk
menggugat hubungan mereka, termasuk dalam UMNO dam kepimpinan tertinggi parti
utama BN dan kerajaan.
Sekeping surat yang didakwa ditulis Timbalan Perdana
Menteri dikatakan mendesak Najib supaya
meletak jawatan yang menjadi viral di laman media sosial kelmarin dan semalam.
Najib berkata beliau percaya surat itu sengaja direka
pembangkang yang didakwa 'iri hati' dengan solidariti kukuh yang diperlihatkan
pada PAU 2016 baru-baru ini.
Najib menuduh pembangkang kini begitu terdesak dan berada
dalam keadaan kucar-kacir sehingga mereka terpaksa bersekutu dengan orang yang
memenjarakan pemimpin mereka sendiri.
“Mereka mencuba pelbagai cara dalam bidang kuasa mereka
untuk memecahbelahkan kita. Tetapi mereka tidak kenal UMNO dan kesetiaan
ahlinya iaitu mereka yang berdiri di dalam senang mahupun susah bersama parti
dan kepimpinan parti yang dipilih secara demokrasi.
“Oleh itu, tidaklah menghairankan apabila mereka
menyebarkan khabar angin dalam usaha untuk merosakkan hubungan rapat saya dan
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” katanya dalam satu
catatan di laman blog najibrazak.com, malam tadi.
Najib mengatakan pembangkang mungkin tersalah anggap perwatakan
timbalan perdana menteri dengan beberapa bekas pemimpin parti UMNO yang
didorong oleh kepentingan peribadi dan bukannya kepentingan parti atau
nasional.
Berikutan itu beliau menggesa semua ahli parti UMNO untuk sentiasa
berwaspada terhadap taktik kotor yang digunakan pihak lawan.
“Mereka mencemburui solidariti kukuh dalam UMNO dan
Barisan Nasional,” tegas Najib.
Membaca reaksi Najib ini memperlihatkan betapa UMNO dan
BN yang sebenarnya terdesak sangat untuk memulihkan perpecahan di kalangan
mereka.
Betul juga kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu bahawa
Najib kini dilihat keliru dengan
kedudukannya sebagai Perdana Menteri berhubung pendekatannya dalam memberikan
reaksi kepada desakan tertentu.
Sebelum ini beliau menuntut keganasan terhadap etnik
Rohingya dihentikan dengan menyertai perhimpunan solidarity, sedangkan pemimpin
negara itu harus menggunakan kuasanya yang lebih wajar berbanding sekadar
himpunan.
"PM juga bertindak ajak demo sedangkan dia pimpinan kerajaan,
“ kata Mohamad, dan kini beliau menjawab surat layang.
Bukan serius sangatpun surat itu sehingga memerlukan
jawapan balas daripada beliau.
Pada ketika pembangkang sehari dua ini tidak melayan pun
surat layang itu jelas mereka menganggap surat itu tidak ada nilai langsung
untuk kepentingan politik mereka.
Berikutan itu, apakah surat itu dibuat pembangkang? Kalau
daripada pembangkang, kenapa mereka tidak riuh malah tidak ambil kisah
langsung.
Yang melalak sana sini ialah pemimpin UMNO sendiri, malah
mengejutkan apabila Najib yang beria-ia menjawab isu ini sedangkan yang
diserang ialah Dr Ahmad Zahid.
Apakah Najib cuba melindungi Dr Ahmad Zahid atau Najib
sendiri mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena dalam UMNO.
Malah isu surat palsu
kononnya pemimpin UMNO mendesak Najib
supaya meletak jawatan bukanlah relevan sangat.
Tiada nilai langsung!
Ini kerana pembangkang dan rakyat sudah menyatakan kehendak mereka supaya Najib letak jawatan sebelum ini dan apa sangat ‘berpengfaruhnya’ dengan sekeping surat layang.
Pembangkang 'tak main' surat layang, mereka tunjukkan melalui himpunan BERSIH 5 yang dikecam oleh kerajaan.
Jelas, hakikatnya Najib yang takut kepada bayang-bayangnya
sendiri.
Dengan ikrar Dr Ahmad Zahid yang tetap setia kepada
Najib, apa lagi yang Najib bimbang dengan sekeping surat entah dari ‘jamban’.
Malah mengesyaki bahawa ia dibuat oleh pemimpin atau
penyokong Parti Pribumi Persatu Malaysia (PPBM) mengeluarkan surat ini
merupakan pendapat yang boleh dipertikaikan.
Najib menyatakan pendapatnya bahawa surat palsu itu
mengandungi slogan "Demi Malaysia yang lebih baik".
“Ia merupakan slogan Parti Pribumi Persatu Malaysia
(PPBM),” kata Najib.
Kenapa cepat menuduh sedemikian sedangkan siasatan belum
dibuat.
Bagaimana jika pihak lain atau dalam UMNO sendiri yang
melakukan ‘kerja bodoh’ menyediakan surat dari ‘jamban’ ini?
No comments:
Post a Comment