Jangan kata kerajaan pimpinan UMNO/Barisan Nasional (BN)
tidak mempengaruhi penggantungan pengajian aktivis siswa, Anis Syafiqah Md
Yusof dan rakan-rakannya.
Beliau digantung pengajian satu (1) semester, diberi amaran dan
dikenakan denda RM400 kerana pembabitannya dalam himpunan #TangkapMO1 di ibu
negara, Ogos lepas.
Himpunan #TangkapMO1 diadakan bagi mendesak pihak
berkuasa mengesan, menangkap dan mendakwa Malaysian Official 1, yang disebutkan
dalam siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat terhadap penggelapan dana
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini mengakui MO1 adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak.
Selain Anis, Mohamad Luqman Nul Haqim Zul Razali dan Muhammad
Luqman Hakim Mohd Fazli turut dikenakan hukuman yang sama, manakala Suhail Wan
Azahar diberi amaran dan dikenakan denda RM400.
Tindakan menghukum ini secara tidak langsung melahirkan pemimpin muda yang akan menentang kerajaan berterusan, iaitu UMNO dan BN.
Tindakan menghukum ini secara tidak langsung melahirkan pemimpin muda yang akan menentang kerajaan berterusan, iaitu UMNO dan BN.
Mungkin keluarga mereka turut bersimpati dan ‘akan
mengajar UMNO dan BN” dalam pilihan raya nanti.
Panel Tatatertib Universiti Malaya (UM) mendapati beliau
bersalah kerana mengadakan tunjuk perasaan; merosakkan nama baik universiti dan
memudaratkan keselamatan awam kerana menyertai himpunan tersebut.
Anis berkata, universiti yang telah dikawal oleh pihak
berkepentingan melakukan sedemikian untuk terus menakut-nakutkan mahasiswa agar
tidak lagi berani menyatakan suara dan pandangan terhadap isu dan masalah
negara.
Yang nyata Anis dan rakan-rakannya itu tidak akan
berhenti setakat ini. “Perjuangan kami sebagai mahasiswa dan rakyat perlu
diteruskan,” katanya.
Anis akan merayu universiti agar membatalkan pertuduhan
dan jika tiada sambutan, beliau dan rakan-rakannya tidak akan teragak-agak
untuk bawa ke mahkamah.
Kalaupun tidak dapat melihat dengan nyata kesan tindakan
ke atas mereka pada pilihan raya terdekat, pastinya gerakan mereka akan
berpanjangan hingga ke pilihan raya umum akan datang dan memandangkan mereka
masih muda, kesan jangka panjang akan dapat dilihat dengan jelas.
Berkaitan ini bekas Perdana Menteri yang berpengalaman
sebagai Menteri Pelajaran, Tun Dr Mahathir Mohamad
menulis surat kepada Anis serta memuji
keberanian beliau.
Dalam surat yang disiarkan di laman Facebook Anis, Dr
Mahathir berkata beliau terganggu dengan tindakan tatatertib Universiti Malaya
ke atas Anis kerana penglibatan beliau dalam perhimpunan
#TangkapMalaysianOfficial1 (MO1).
“Seharusnya, pihak universiti tersohor di Malaysia
menyokong keberanian dan keprihatinan saudari memperjuangkan masa depan negara
dan anak bangsa.
Saya dapati saudari amat jelas di dalam tindakan yang saudari ambil iaitu saudari bimbang akan masa depan negara dan generasi akan datang akibat daripada salah laku MO1,” kata Dr Mahathir.
“Saudari tidak
bersendirian di dalam kebimbangan ini. Saya yang di penghujung usia mungkin
akan terlepas menghadapi penderitaan angkara MO1.”
Beliau menyuarakan harapan agar Anis tabah menghadapi
tindakan tatatertib yang dihadapi, sambil menambah perjuangan tanpa pengorbanan
bukanlah perjuangan sebenar.
Dr Mahathir berkata beliau berharap belia lain mencontohi
Anis dan UM akan menyedari penglibatan beliau dalam perhimpunan itu adalah demi
tanggungjawab beliau terhadap masa depan negara, dan bukannya isu disiplin.
Pada 23 Ogos lalu, Majlis Presiden Pakatan Harapan
menyuarakan sokongan penuh kepada program #TangkapMO1 anjuran anak muda dan
mahasiswa yang akan berlangsung pada Sabtu 27 Ogos.
Dalam satu kenyataan media pada hari berkenaan, badan tertinggi Pakatan Harapan itu menggesa
seluruh rakyat Malaysia yang memegang teguh keadilan dan kebenaran untuk turut
bersama-sama menyertai program berkenaan.
Menurut kenyataan Majlis tersebut, isu laporan Jabatan
Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berkaitan dakwaan kecurian berbilion ringgit
wang rakyat oleh beberapa individu termasuk ‘Malaysian Official 1’ serta
kemasukan AS$731 juta ke dalam akaun peribadi beliau mesti dipandang serius
No comments:
Post a Comment