"Apa yang Jamal lakukan ini sepatutnya berlaku juga di Kelantan. Namun di Kelantan, mungkin kerana rakyatnya ‘waras’, mereka sanggup untuk minum dan mandi air ‘berkarat’ selain terpaksa menggali telaga sendiri."
Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin
menerusi laman Instagram miliknya dalam nada berseloroh menegur gelagat Pengerusi
Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Jamal ditegur kerana hadir ke Pejabat Setiausaha Kerajaan
(SUK) Negeri Selangor dengan hanya bertuala dan berjaya mencuri tumpuan.
Memang tindakan Jamal itu dilihat ‘gila’, namun gilanya
bersebab kerana ‘ramai rakyat Selangor menjadi gila kerana air’.
Kerajaan Selangor mesti terbuka dan menginsafi bahawa
soal terputusnya berkalan air membuatkan rakyat marah berbanding terputus
bekalan elektrik.
Hakikatnya, apa yang Jamal lakukan ini sepatutnya berlaku
juga di Kelantan. Namun di Kelantan, mungkin kerana semuanya ‘waras’, maka
mereka sanggup untuk minum dan mandi air ‘berkarat’ selain terpaksa menggali telaga
sendiri.
Lagipun mungkin di Kelantan ‘haram memakai ihram’ seperti
yang dibuat oleh Jamal.
Di Kelantan, isu air sudah tidak payah disbut lagi. Rakyat
dah lali, malah kerajaan PAS Kelantan tidak tergugat dengan masalah itu.
Kalau isu air penting bagi rakyat Kelantan, sudah
bergantilah kerajaan negeri, jika diikutkan dengan kemarahan rakyat. Namun
kemarahan antara rakyat Kelantan dan Selangor berlainan.
Kelantan tidak menjanjikan dengan rakyat untuk berikan kemudahan
‘air percuma’.
Sebalinya di Selangor, rakyat tidak akan peduli peruntukan RM170 juta di
bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor untuk membayar bekalan air percuma
yang dinikmati 1.1 juta akaun meter individu dan 65,000 unit pangsapuri kos
rendah setiap bulan.
Ingat kembali apa janji kerajaan negeri Selangor ketika bertukar
tangan daripada UMNO/Barisan Nasional (BN) kepada gabungan PKR, DAP dan PAS
pada tahun 2008?
Pakatan pembangkang berikrar untuk mengembalikan hak air
kepada rakyat menjadi dasar yang paling popular dan menjadi bualan semua orang.
Dijaja di seluruh negeri bagaimana rakyat Selangor mendapat 20m
padu air percuma yang dibayar oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
Setiap bulan, rakyat hanya perlu bayar RM6. Kadang-kadang
enam bulan sekali baru bayar bil air.
Berikutan itu wujud konflik dan pertembungan antara
kerajaan negeri dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tidak pernah
berkesudahan.
Tidak sukar untuk dimengertikan wujudnya konflik
sedemikian, lebih-lebih lagi kerana pertalian istimewa antara SYABAS dan dan
UMNO Selangor. Kedua-dua entiti ini
saling bersimbiosis. Pengasas Syabas itu bendahari UMNO Selangor.
Jadi apabila
sehari atau dua hari terputus bekalan
air, rakyat akan persoal dan marah ‘gila-gila’ serta salahkan kerajaan negeri.
Yang mereka tahu ialah, air hak mereka. Bukan sahaja
kerana memang itu keperluan asas manusia tetapi juga akibat janji kerajaan
negeri sebelum ini.
Itulah yang diulang sebut sejak 2008 dan ia telah menjadi
sebahagian daripada kelaziman sehari-hari.
Jadi apabila berlakunya aksi gila Jamal yang juga Ketua
UMNO Bahagian Sungai Besar, merangkap panglima utama angkatan Baju Merah yang
dilihat ‘lagaak samseng’, rakyat mungkin dapat lupakan kegilaannya dan
menyokongnya kerana beliau perjuangkan hak rakyat.
Memang Jamal ‘gila’ kerana buat gila, namun gelagatnya menarik
perhatian seluruh negara dan di luar negara. Yang ditujukan .kegilaannya’ itu
kepada pimpinan Datuk Seri Azmin Ali.
Jamal menggunakan kesempatan ini untuk pertikaikan kemampuan
kepimpinan PKR, DAP dan PAS di Selangor, selain menggugat kepercayaan rakyat bahawa air percuma negeri Selangor kini bukanlah kekuatan
amat besar bagi kerajaan negeri.
Dengan terputusnya bekalan air ini, maka akan semakin ‘kering
dan terhakislah’ sokongan rakyat
Selangor terhadap kerajaan negeri. Pemimpin UMNO turut menjadi gembira dengan
kegilaan Jamal itu.
Walaupun kini bekalan air di semua
kawasan yang terjejas akibat kerja penyelenggaraan pencawang masuk utama Bukit
Badong, Hulu Selangor pada 19 Dis lepas telah pulih sepenuhnya sejak 1 tengah
hari semalam, apa yang dilakukan oleh Jamal beberapa hari lalu memang menarik.
Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd
(Syabas), bekalan air kepada pengguna secara berjadual mengikut dua zon telah
menyegerakan pemulihan bekalan air.
Namum demikian, Syabas berkata beberapa kawasan di Gombak seperti Taman TAR, Ampang Jaya, Kampung Dato Mufti, Menara Mutiara Taman TAR dan Taman Bukit Indah sedang mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan kes paip pecah di kawasan berhampiran.
Namum demikian, Syabas berkata beberapa kawasan di Gombak seperti Taman TAR, Ampang Jaya, Kampung Dato Mufti, Menara Mutiara Taman TAR dan Taman Bukit Indah sedang mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan kes paip pecah di kawasan berhampiran.
Jadi , jangan anggap ‘Jamal’ gila tidak bertempat. Jamal ‘gila’
agar pembangkang merempat seperti yang dialami UMNO/BN selama ini.
Jamal berjaya tonjolkan keupayaannya untuk berlawaan
dengan hanya memakai tuala yang tidakpun dilakukan dilakukan rakyat Kelantan
terhadaap kerajaan PAS Kelantan, biarpun masalah air di negeri Cik Siti Wan
Kembang itu lebih kronik.
Yang bertanya
kenapa Jamal jadi begitu ‘bodoh dan gila’ sepatutnya malu pada diri sendiri
kerana Jamal lakukannya dengan bersebab iaitu membantu rakyat Selangor tidak
naik ‘gila’ kerana ketiadaan air.
Sedangkan air itu
hak rakyat, yang memang dijanjikan kerajaan negeri.
Dan apabila tiba-tiba
hak itu lenyap, apakah gelagat Jamal itu ‘bukan suara dan protes’ bagi pihak
rakyat dengan sindiran tajamnya melalui ‘perbuatan
gilanya’ yang tidak pernah dibayang atau difikir sebelum ini?
Gilapun gilalah
Jamal, gila bertempat untuk mengelakkan rakyat Selangor berterusan’gila’ kerana
masalah terputusnya bekalan ar.
Malah, bukan rakyat
sahaja, malah pengusaha, peniaga dan industry turut berterima kasih kepada
Jamal kerana gilanya itu.
Dan jika ada
anugerah untuk siapa paling ‘gila’, Jamal sewajarnya diberikan penghargaan
kerana gilanya itu untuk kemudahan dan kesenangan rakyat, bukan menyusahkan
rakyat gara-gara kegagalan pengurusan air dengan baik oleh kerajaan negeri.
Pada ketika Jamal
membantu rakyat, penyanyi tersohor yang menegur gelagat ‘gila’ Jamal itu membantu
apa?
No comments:
Post a Comment