Harapan diletakkan begitu tinggi kepada Konvensyen
Pakatan Harapan di Shah Alam pagi esok.
Ia penting untuk membincangkan penubuhan gabungan
pembangkang yang lebih besar dan kuat bagi merealisasikan pertandingan satu
lawan satu untuk menghadapi BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Perjanjian itu juga menyatakan pendirian mereka mengenai
Perlembagaan Persekutuan, Islam, Raja-Raja Melayu, kedudukan orang Melayu,
bahasa Melayu, Sabah dan Sarawak.
Selain itu, perjanjian itu juga menyatakan bahawa Pakatan Harapan akan terus berunding dengan parti-parti pembangkang lain dan agenda Reformasi akan dihormati.
Pakatan Harapan yang akan menggantikan Pakatan Rakyat, yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS, secara rasmi telah berkubur pada Julai tahun lalu.

The Star melaporkan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta penangguhan.
Sejauh ini tiada kenyataan daripada Muhyiddin mengenai
perkara itu.
Presiden PPBM yang sebelum ini telah bersetuju untuk turut serta, dipercayai telah meminta penangguhan kerana inginkan lebih banyak masa untuk berfikir tentang kerjasama yang dirancang.
Laporan Joceline Tan yang sebelum ini menimbulkan berbagai kontroversi dan sering dipersoalkan kebenaran laporannya bagaimanapun menyebut, keputusan Muhyiddin itu akan memberi tamparan hebat kepada konvensyen Pakatan Harapan.

Ia diadakan kali pertama sejak ia ditubuhkan tahun lepas
bagi menggantikan Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun, sehari selepas mesyuarat itu, Muhyiddin diberitakan berucap pada satu ceramah di Sijangkang, Kuala Langat, di samping Ahli Dewan Undangan Negeri 9ADUN) Meru, Dr Rani Osman dan Ahli Dewan Undangan (Adun) Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dari PAS.
ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari (PKR), juga menjadi salah seorang penceramah.
Menurut The Star, keesokan harinya, Muhyiddin telah menghubungi pemimpin Pakatan Harapan bagi meminta penangguhan perjanjian kerjasama, bagaimanapun beliau menekankan bahawa beliau tidak mempunyai masalah dengan kandungannya.
Difahamkan Muhyiddin mahukan lebih banyak perbincangan dengan pemimpin Pakatan Harapan mengenai hubungan mereka dengan DAP dan AMANAH.
Apakah laporan Joceline melalui akhbar yang dimiliki MCA
itu untuk menggambarkan bahjawa PPBM menolaj AMANAH dan DAP?
Apakah The Star berusaha membawa perkhabaran buruk bahawa
PBBM tidak dapat duduk semeja dan bekerjasama antara mereka?
Apakah kerjasama sementara seperti ditunjukkan pada
pilihan raya kecil dua Parlimen – Sungai Besar dan Kuala Kangsar – sebagai sesuatu
yang sudah berakhir?
Malah menurut Joceline, Muhyiddin difahamkan lebih berminat untuk membentuk pakatan pembangkangnya sendiri yang terdiri daripada PPBM, PKR dan PAS.
Gabungan itu akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Harapan tidak menerima cadangan itu.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan konvensyen yang kali pertama diadakan itu akan turut diisi dengan perbahasan oleh beberapa lapisan pemimpin Pakatan Harapan termasuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Muhamad Sabu.
Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yasin akan menyampaikan ucapannya iaitu bersama-sama dengan tiga
pimpinan utama Pakatan Harapan.
Konvensyen itu dijangka
dihadiri 1,000 anggota daripada tiga parti gabungan Pakatan Harapan iaitu PKR,
DAP dan Amanah serta tetamu undangan.
PAS menolak kehadiran di konvensyen berkenaan dan hari
ini Parti Warisan Sabah (WARISAN) turut mengesahkan mereka tidak menghadiri konvensyen
itu.
No comments:
Post a Comment