Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berang dengan tuntutan sekumpulan mahasiswa yang mendakwanya mencuri dan memanipulasikan gambar mereka serta menyebarkannya di media sosial.
Katanya, beliau tidak mengetahui gambar itu telah dimanipulasikan, sebaliknya mendakwa dirinya hanya berkongsi setelah menjumpainya di group Whatsapp.
“Saya tak tahu, saya tolong kongsi orang punya (gambar). Banyak group yang kongsi, saya ambil dari group itu sebab saya punya group (Whatsapp) pun beratus,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Hari ini sekumpulan pelajar universiti menuntut Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk
Zein Isma Ismail supaya memoHon maaf secara terbuka kerana sebuah posting
di Facebook pemimpin UMNO itu.
Mereka memberi tempoh 24 jam supaya Zein Isma membuat
permohonan diru selain menurunkan posting tersebut.
Sekiranya gagal, tindakan undang-undang akan menyusul,
demikian amaran mereka
Permohonan maaf itu dituntut berikutan Zein Isma
dikatakan membuat tindakan mengedit, meminda, memuat naik gambar seolah-oleh
mereka menyokong dan memberci BERSIH 5.
Mereka menganggap perbuatan itu sebagai keji, biadap dan
rendah moral.
“Ia dibuat bertujuan untuk memfitnah dan
memburuk-burukkan kami,” kata kumpulan pelajar itu.
Kenapa begitu terdesak sekali UMNO hingga gunakan gambar kumpulan pelajar itu bagi bagi propaganda anti BERSIH?
Apakah sukar untuk UMNO mendapatkan gambar pelajar lain untuk
tujuan sedemikian?
Sungguh memalukan apabila seorang mahasiswa Universiti
Sains Islam Malaysia (USIM) Atyrah Hanim Razali mendakwa gambarnya telah dicuri.
Ia kemudian dimanipulasi oleh Umno serta disebarkan di
media sosial.
Beberapa gambar aktivis lain dalam gambar yang diviralkan
itu turut diubah suai. Antaranya potret Maryam Ramli Lee dan Farhan Haziq
dijadikan sebagai poster.
Dalam poster itu, antara lain bertulis ‘Kami Anak
Malaysia Tolak BERSIH5’ dan susunan kolaj sembilan wajah aktivis dengan
memegang ‘Kami Tolak BERSIH’.
Katanya, gambar asal, beliau memegang sekeping plakad
bertulis “Save Ulu Papar" namun diubahsuai dengan tulisan “Kami Tolak
BERSIH”.
“UMNO terdesak teruk sampai curi dan photoshop gambar
orang. Gambar sebenarnya adalah bersama plakad bertulis ‘Save Ulu Papar’ untuk
rakan kami, aktivis Sabah,” tulisnya di Twitter.
Menurut laporan Malaysiakini, satu kenyataan media Atyrah bersama lapan
rakannya berkata mereka amat terkejut apabila melihat gambar-gambar mereka
diedit, dipinda dan disiarkan di laman Facebook rasmi Ketua Penerangan Umno
Selangor itu.
Gambar tersebut diambil dari gambar asal mereka semasa program Strategising Unity Workshop di
Corus Hotel, pada September 2015.
“Gambar tersebut pada asalnya menunjukkan gambar-gambar mereka
sedang memegang placard bertulis Save
Ulu Papar”.
Mereka menuduh Ketua Penerangan UMNO Selangor itu meminda
gambar mereka yang diambil ketika menyertai program program perpaduan nasional
yang dianjurkan oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) dan
Merdeka Centre pada September 2015.
Mereka turut menyertakan gambar asal dan juga gambar yang
dipinda itu.
Kenapa boleh seperti ini dan tidak pasal-pasal UMNO juga yang kena.
Terdesak atau tidak teliti?
Zein Isma perlu memperbetulkannya. Apa pun tindakan pelajar ini membuktikan anak muda bukan semuanya 'suka dengan UMNO'.
Kalau mereka 'suka UMNO', mereka pasti bangga kerana gambar dipaparkan untuk menolak BERSIH 5.
Juga walaupun mungkin tidak gemar dengan BERSIH 5, cara 'mencuri gambar' seperti ini memang tidak beretika dan patutnya mereka mendesak Zein Isma meminta maaf.
Mengulas desakan kumpulan itu yang mahunya memohon maaf dan mengambil tindakan undang-undang, Zein berkata beliau tidak boleh berbuat apa-apa sekiranya Atyrah mahu berbuat demikian.
“Kalau mereka nak buat laporan polis dekat saya apa saya boleh buat, saya viralkan sahaja. kalau nak hukum-hukum lah…
“(Tapi) pihak polis pasti ada alat dia untuk kesan (siapa yang edit) dan forensik siapa yang buat. Kalau nak kira (buat laporan) macam tu tak terlayan lah mahkamah esok.
“Saya pun banyak laporan polis terhadap Malaysiakini pun ada. Saya viral je, ramai je viral kalau nak tangkap, tangkap semua lah,” katanya dengan nada sinis.
Sehingga jam 10 m alam ini, status di FB Zein Isma mengenai pelajar itu masih belum diturunkan.
No comments:
Post a Comment