Ramai pelanggan merungut dan tidak berpuas hati dengan Tenaga
Nasional Berhad apabila caj yang diterima terlalu tinggi.
Ia berlaku sejak
proses menaik taraf sistem pengebilan pada 21 Julai 2016 dilaksanakan.
Terima kasih kepada Ahli Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd
Zuhdi kerana menimbulkan isu bil (TNB) yang tinggi.
Beliau juga memberi amaran suaya isu ini diselesaikan dalam masa sebulan dan sekiranya gagal, akan bertindak lebih jauh.
Walaupun tidak menyatakan apa jenis tindakan tetapi berjanji akan membawa isu ini ke peringkat lebih tinggi.
Menurut laporan, Budiman menimbulkan beberapa perkara
berkaitan isu ini:
1.
TNB perlu bertanggungjawab dan menyelesaikan
rungutan rakyat susulan isu bil lewat dan caj tinggi akibat proses menaik taraf
sistem pengebilan baharu;
2.
TNB tidak sepatutnya menggunakan alasan menaik
taraf sistem pengebilan baharu untuk mengenakan caj tinggi kepada pelanggan;
3.
TNB perlu mengambil langkah proaktif dan lebih
prihatin dengan tidak memotong bekalan elektrik pelanggan sepanjang proses
menaik taraf itu berlangsung; dan
4.
TNB menyediakan rebat khas supaya mengurangkan
keresahan rakyat.”
Beliau memperkatakan isu ini selepas menerima banyak
aduan daripada pelanggan yang tidak menerima bil elektrik secara konsisten,
tetapi tiba-tiba apabila bil sampai, cajnya sangat tinggi.
“Kami mendesak TNB
membenarkan bayaran bil dibuat secara ansuran kerana rakyat tidak menerima bil
daripada secara konsisten, tiba-tiba dapat jumlah tinggi.
“Kami juga minta TNB menyediakan rebat khas supaya
mengurangkan keresahan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas tampil
menuntut penjelasan daripada pihak pengurusan tertinggi TNB Selangor di Subang
Jaya hari ini.
Budiman berkata beliau berpuas hati dengan penjelasan TNB
dan syarikat itu memberi jaminan akan menyelesaikan isu menaik taraf dalam
tempoh sebulan.
Maklum balas TNB dikatakan sangat positif.
Bagaimanapun, kata Budiman, sekiranya isu ini tidak
selesai dalam tempoh sebulan seperti dijanjikan beliau akan membawa perkara ini
ke peringkat lebih tinggi.
TNB dalam kenyataannya mengakui proses menaikkan taraf
sistem pengebilan 8.5 juta pelanggan itu menimbulkan beberapa isu kerana ia
melibatkan penghijrahan data yang besar.
Berikutan itu, pelanggan yang belum menerima bil pada Julai
dan Ogos 2016 tidak akan dikenakan penalti bayaran lewat, malah turut memberi
jaminan bekalan elektrik tidak akan dipotong.
“TNB juga sedang mengambil segala langkah yang perlu bagi
menangani cabaran itu dan akan menyelesaikannya menjelang akhir November 2016,”
katanya.
Sekali lagi syabas Budiman!
No comments:
Post a Comment