Monday, August 22, 2011

Isu Gereja - "See U In Court...", Sultan Perintah Tubuh Majlis Syura

“Ini adalah sangkaan jahat dan satu niat untuk mendapatkan sokongan politik dan kita rasa amat terkilan dengan tindakan Mustafa dengan memberi segala gambaran yang berlaku didalangi UMNO Selangor. Saya bagi pihak UMNO Selangor membuat penafian sekeras-kerasnya, kita tidak terlibat dalam peristiwa ini dan kita tiada peranan dan tanggungjawab untuk mengeluarkan arahan kepada JAIS.” – Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed.

Pada ketika Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan kerajaan negeri supaya menubuhkan majlis penasihat syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lepas, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan, beliau bersedia untuk bertemu UMNO di mahkamah.

See you in court...” katakan.

Mustafa mengulangi, beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan UMNO dalam pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya awal bulan ini.

DEng an tegas Mustafa menegaskan tidak akan memohon maaf atau menarik balik dakwaan dilemparkan terhadap Umno sebelum ini. “Kita jumpa di mahkamah, kalau nak saman itu hak dia (UMNO Selangor), saya tidak akan minta maaf dan saya kekal dengan pendirian saya sebelum ini, kita jumpa di mahkamah.” jawabnya.

Umno Selangor dilaporkan akan memfailkan saman RM10 juta terhadap Mustafa berhubung dakwaan kononnya parti Melayu itu memainkan peranan dalam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja awal bulan ini.

Setiausaha UMNO Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, berkata selain Mustafa, pihaknya juga akan mempertimbangkan pihak-pihak lain dalam saman yang akan difailkan selepas Aidilfitri.

“Kita akan memulakan langkah permulaan saman iaitu saman tuntutan ganti rugi dan saman malu terhadap fitnah yang dibuat Datuk Mustafa Ali terhadap Umno Selangor dengan jumlah RM10 juta.

“Ini adalah tindakan yang terpaksa dilakukan demi mempertahankan maruah dan hak, kami akan hantar notis kepada beliau dan pihak-pihak tertentu dan jika tiada jawapan, kita akan failkan saman selepas Aidilfitri,” katanya pada sidang media di Shah Alam.

Mustafa sebelum ini mendakwa mempunyai bukti kononnya Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Beliau turut mengatakan UMNO memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu.

Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan UMNOI kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin.

Ir Mohd Zin bagaimanapun menegaskan, Mustafa masih boleh membuat permohonan maaf secara terbuka kepada UMNO Selangor dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini sebelum tindakan undang-undang diambil.

Jelas beliau, notis pemberitahuan saman akan dihantar kepada Mustafa dalam tempoh terdekat.

“Dan, saya (sebelum ini) telah memberi notis (tiga hari) kepada Mustafa supaya memohon maaf dan kita bersedia memaafkan beliau tetapi malangnya dengan begitu bongkak dan sombong beliau bukan mahu mengaku kesilapan, tetapi keluarkan kenyataan kononnya beliau mempunyai bukti dokumen bahawa semua tindakan dibuat Jais adalah arahan dan didalangi UMNO Selangor.

“Oleh kerana dalam semangat Ramadan dan persaudaraan sesama Islam ini, UMNO Selangor tiada pilihan kecuali mempertahankan diri dengan mengambil proses undang-undang untuk mendapatkan pembelaan,” katanya.

Menurut Ir. Mohd Zin, mustahil untuk pihaknya mengarahkan Jais bertindak sedemikian. Ini kerana Jais adalah sebuah agensi yang terletak di bawah urus tadbir kerajaan negeri Selangor bukan Umno Selangor.

“Ini adalah sangkaan jahat dan satu niat untuk mendapatkan sokongan politik dan kita rasa amat terkilan dengan tindakan Mustafa dengan memberi segala gambaran yang berlaku didalangi UMNO Selangor. Saya bagi pihak UMNO Selangor membuat penafian sekeras-kerasnya, kita tidak terlibat dalam peristiwa ini dan kita tiada peranan dan tanggungjawab untuk mengeluarkan arahan kepada Jais,” tegas Mohd Zin.

Umno Selangor akan diwakili peguam dari Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula berkata, baginda menitahkan demikian ketika beliau bersama Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid dan timbalannya, Datuk Abd Majid Omar menghadap baginda baru-baru ini.

Kata Khalid, penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh baginda minggu lalu dan saya menjunjung titah serta nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan.

No comments: