Friday, December 24, 2010

AHAMAD KURIS BEBAS, SPRM KANTOI LAGI...

Datuk Ahamad Kuris bersama isteri, Datin Hamidah Ahmad Sujak (kanan) melambai kepada media.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Ahamad Kuris Mohd Nor dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri atas empat pertuduhan rasuah yang dakwa dilakukannya tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen di Shah Alam, Ahmad Sazali Omar membuat keputusan itu pada Jumaat, selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap tuduhan untuk dijawab oleh Ahamad Kuris.

Bekas ADUN itu berkata, beliau akan terus melibatkan diri dalam politik dan setia bersama UMNO.

Pada prosiding itu, Ahamad Kuris diwakili peguam Akbardin Abdul Kader manakala Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Fariza Hamzah hadir bagi pihak pendakwaan.

Ahamad Kuris, 53, didakwa atas tuduhan meminta suapan wang tunai RM170,000 daripada pengarah syarikat Ufuk Rata Sdn Bhd, Azlan Ahmad Marshid pada pukul 11.53 pagi, 26 Februari 2007 di pejabat syarikat tersebut, nombor 10B, tingkat 1, Jalan Mesra Niaga, Batu 13, Jalan Cheras, Kajang.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Ahamad Kuris bersama isteri, Datin Hamidah Ahmad Sujak (kiri) berjalan keluar dari bilik Mahkamah Sesyen selepas dibebaskan tanpa dipanggil membela diri daripada empat pertuduhan meminta rasuah tiga tahun lalu di Shah Alam, semalam.

Beliau juga didakwa atas tuduhan menerima RM20,000 daripada Azlan pada pukul 12.30 tengah hari, 11 Mei 2007 di pejabat ADUN Kawasan Semenyih, tingkat 1, Kompleks Penghulu Mukim Semenyih, Kajang.

Ahamad Kuris juga didakwa menerima RM5,000 di tempat yang sama pada pukul 12.30 tengah hari, 17 Ogos 2007 manakala bagi pertuduhan terakhir, beliau didakwa menerima suapan RM5,000 sebagai bayaran kad kredit Maybank bernombor 4842 8100 3023 7719.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Banking Berhad, nombor 28-30, Jalan Tukang, Kajang pada 27 Februari 2007.

Semua suapan tersebut didakwa sebagai dorongan untuk Ahamad Kuris yang semasa itu sebagai ADUN Semenyih dan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) membantu syarikat Ufuk Rata untuk mendapatkan tender membina jalan keluar masuk 100 kaki (30 meter) Taman Impian Ehsan, Balakong, Cheras, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Ahamad Kuris juga menghadapi tiga pertuduhan alternatif, iaitu telah secara curang menyalahgunakan semua wang tersebut yang milik UMNO Hulu Langat untuk kegunaan sendiri.

Pada penghakimannya, Ahmad Sazali yang mendengar keterangan 24 saksi pendakwan berkata, bukti menunjukkan wang yang menjadi asas dalam pertuduhan itu hanya timbul selepas Azlan memperoleh tender tersebut.

“Saya putuskan isu wang sebagai dorongan untuk mendapatkan tender tersebut tidak dapat dibuktikan. Saksi pendakwaan 19 (SP 19- Azlan) tidak ada berbincang dengan Ahamad Kuris untuk mendapatkan tender.

“SP19 hanya memaklumkan Ahamad Kuris bahawa dia masuk tender tersebut dan tiada apa-apa usaha dilakukan oleh Ahamad Kuris untuk SP19 mendapatkan tender seperti yang didakwa,” katanya.

Selain itu, Ahmad Sazali juga memutuskan bahawa tiada keterangan yang dapat menunjukkan bahawa Ahamad Kuris telah secara curang menggunakan wang milik UMNO untuk kegunaan diri sendiri.

Sebaik sahaja keputusan itu dibacakan, beberapa ahli keluarga Ahamad Kuris yang hadir untuk memberikan sokongan dilihat menangis dan saling berpelukan.

Sementara itu, Ahamad Kuris apabila ditemui berkata, beliau sangat bersyukur dengan keputusan tersebut.

“Alhamdulillah, syukurlah. Saya tidak bersalah,” katanya.

Saturday, December 11, 2010

SAIFUL BERSERAH KEPADA ALLAH, ANWAR BERSERAH KEPADA SIAPA?

Daripada www.hambali1.blogspot.com

Ramai mempertikaikan sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan apabila dia bersumpah dalam Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008 bahawa dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penyokong Anwar termasuk pemimpin PAS menuduh Mohd Saiful berbuat demikian kononnya kerana agenda politik yang bertujuan menjatuhkan bekas timbalan perdana menteri itu.
Namun apabila dia mengaku di Mekah mengenai kejadian liwat berkenaan, nampaknya tidak ada yang berani mempertikaikannya.

Apakah akan ada orang yang akan mempertikaikan sumpah Mohd Saiful di tanah suci dan mungkin di hadapan Baitullah?

Angkat sumpah yang dibuat Mohd Saiful berlangsung sehari sebelum Anwar umum diri bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh dilihat dan dinilai secara politik oleh banyak pihak.

Malah kata Agendaily, pemimpin PAS yang sudah bersekongkol dalam pakatan rakyat turut mempertikai kaedah sumpah laknat yang dilakukan Mohd Saiful.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi macam-macam alasan termasuk kaedah sumpah Mohd Saiful memegang al-Quran juga tidak tepat, bahkan Mohd Saiful dianggap bodoh berbuat demikian.

Hadi yang membuat dakwaan itu turut menghina pegawai agama yang terbabit dalam sumpah laknat itu.

“Ia suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam,” katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 sebelum ini.

Ada menganggap kes itu menyamai zina dan perlu diadili di Mahkamah Syariah.

Kerana kes itu juga, pegawai Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi diusung PKR berkempen ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan kenyataan beliau hanya diarah hadir ke majlis itu bagi menyempurnakan angkat sumpah Mohd Saiful di hadapannya.

Justeru itu semakin ramai terutama mereka yang taksub kepada Anwar tidak mempercayai kebenaran sumpah laknat Mohd Saiful

Tetapi amat jelas akhir-akhir ini pemimpin PAS seperti Presiden, Musyridum Am dan beberapa pemimpin yang lain nampaknya ‘tidak berani; membuat komen apabila Mohd Saiful mengatakan beliau menggunakan sepenuh peluang di tanah suci untuk mencurah dan mengadu perasaan dan kekesalahannya mengenai kejadian liwat yang berlaku.

Dalam satu entri Zulkifli Nordin dalam blognya mengatakan beliau masih ingat ada di kalangan ‘pak jangoat’ dok bawak cerita Saiful dah lumpuh. Saiful dah kena sopak. Saiful dah tak boleh berjalan. Saiful badan penuh kudis buta. Saiful dah terbaring dengan mulut berbuih. Saiful dok terbaring menyebut-nyebut nama Bang Non..Bang Non. Saiful dok berjalan macam orang tak waras nak mintak ampun dengan pemimpin anugerah tuhan. Semuanya berpunca daripada tohmahan konon Saiful telah terkena laknat ALLAH akibat sumpah muhabbalah yang dibuat Saiful.

Menurut Zulkifli: “Pelbagai cerita dongeng dibawa. Malah pemimpin anugerah tuhan sendiri pernah memberitahu bahawa Saiful ini tinggal masa saja untuk hancur dilaknat, begitu pemimpin anugerah tuhan ceritakan bagaimana golongan agamawan mengkhabarkan kapada pemimpin anugerah tuhan yang menyampaikannya pula kepada teman. Maka ramailah para pak jangoat yang dengan bodoh mengangguk dan mena'amkan patwa pemimpin anugerah tuhan itu; dan menunggulah para pak jangoat untuk laknat itu turun.”

Zulkifli bertanya: “Di mana pemimpin anugerah tuhan? Dengan wajah yang semakin keruh dan kerut. Parti yang semakin hancur. Penyokong yang makin menjauhkan diri. Rakyat yang mula menyedari pembohongannya. Umat yang insaf tembelangnya. Kawan yang makin tersedar kelentongnya. Hanya golongan kafir yang makin merapati. Hanya penyokong antarabangsa termasuk dari golongan gay terus menyokong. Dan hari ini diisytihar oleh bini sendiri sebagai pemimpin anugerah tuhan. Apakah kelak nanti akan mengikut jejak Fir'aun, "ana robbukumul a'laa!!"? Na'uzubillah min zalik!!”

Bagi Mohd Saiful pula, berdoa di dua tanah suci iaitu Mekah dan Madinah menyebabkan beliau tidak melepaskan peluang berdoa dengan harapan Allah akan menunjukkan siapa yang benar!

Bukan mudah untuk seseorang untuk ‘menjatuhkan maruah dirinya sendiri’ dengan mengakui diliwat kerana isu ini mendapat perhatian seluruh dunia.

Berapa ramai yang berani tampil mengatakan perkara yang sebenar tanpa berlindung seperti Mohd Saiful?

Menurut beliau, kesempatan dan peluang berada di tanah suci digunakan secukup-cukupnya untuk beribadah, berdoa dan memohon pada Allah SWT.

Antara tempat-tempat mustajab yang beliau ambil peluang untuk berdoa termasuklah - Wukuf di Arafah, Mina, Makam Rasulullah, Raudah, Multazam, Rukun Yamani, Gua Hira' Jabal Nur dan banyak lagi.

Bagi Saiful, sudah dua tahun setengah dia menanti agar kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan dan beliau tabah menghadapinya. Biarpun belum selesai, beliau redha dan bersyukur dengan segala bantuan yang Allah berikan. Banyak hikmah di sebalik kelewatan, penangguhan demi penangguhan, katanya.

“Mungkin ramai yang telah dapat lihat hikmah di sebaliknya. Itulah kebesaran Allah. Dia Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.”

Ujar Saiful, dia tidak mempunyai apa-apa kekuatan, kuasa, pengaruh, wang untuk berjuang, hanya Allah SWT tempat beliau mohon dan mengadu.

“Walaubagaimanapun, saya akan terus berdoa, istiqamah dan bersabar, tidak sesekali saya akan menyerah kalah! Kebenaran pasti akan bangkit jua akhirnya,”katanya.

Menurut laporan Agendadailylagi, Saiful yang mengalami berbagai-bagai tekanan berikutan tindakan Anwar suka membuat permohonan tangguh perbicaraan kes liwatnya berkata antara doa yang dipohon - agar terus diberi kekuatan untuk istiqamah dalam menegakkan kebenaran, diampuni dosa-dosa, kesejahteraan dan keselamatan keluarga, agama, umat, bangsa dan tanah air tercinta.
“Juga, mohon rakyat dibukakan Hijjab agar diperlihatkan yang HAQ dan dilenyapkan segala yang batil!,” katanya.
Mendengar dan mengambil pengajaran daripada tindakan Mohd Saiful bermuhabalah atau sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan, keyakinan semakin menyerlah di hati kita bahawa apanya yang diperkata dan diakui Saiful itu memang menimpannya.

Peliknya, sehingga ke hari ini Anwar masih tidak berani melakukan tindakan serupa sebaliknya membawa kes itu ke Mahkamah Syariah supaya Mohd Saiful dikenakan Hukum Qazaf kerana membuat dakwaan diliwat tanpa bukti dan saksi menurut Islam.

Mungkin ada kebenarnya apabila Zulkifli menasihatkan: “Cukuplah para pak jangoat menghina ALLAH dengan memartabatkan manusia yang dituduh meliwat sebagai pemimpin anugerah tuhan. Cukuplah menggadaikan anak isteri untuk dagangan politik. Cukuplah menghina dan meludah bangsa sendiri. Cukuplah dengan menjual nama ALLAH Maha Esa untuk disyirikkan…Beban yang pemimpin anugerah tuhan pun tidak akan dapat menolong kamu. Bertaubatlah sebelum terlambat!

Tuesday, December 7, 2010

MAHKAMAH - ANTARA KELAKIAN & KEBACULAN


Daripada mykmu (Monday, December 6th, 2010)

Hari ini negara gempar apabila mantan Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo (DSKT) dihadapkan di Mahkamah Seksyen Shah Alam atas tuduhan rasuah membabitkan jual beli tanah yang kononnya berada dibawah nilai sebenar.

Dalam masa yang hampir sama, disatu sudut mahkamah yang lain pula, manusia sejawatan DSKT tapi di Parlimen, Anwar Ibrahim gagal dalam permohonannya untuk menyingkirkan hakim bicara dalam perbicaraan liwatnya yang sudah mencatat rekod dunia sebagai kes yang paling banyak ditangguhkan. Berita gembira buat Anwar, perbicaraan ini ditangguhkan lagi ke 21 Januari 2011 bagi membolehkannya membuat rayuan.

Penangguhan kali ini berbeza kerana Anwar tidak terlibat secara langsung sebaliknya alasan untuk menyingkirkan hakim bicara kerana peguam OKUnya dikatakan diugut oleh hakim yang berkenaan. Tapi yang penting pada Anwar ialah penangguhan, apa yang menyebabkan itu tidak penting asal boleh tangguh.

Memang secara realistiknya kedua kes yang disebutkan di atas ini berbeza dari segi fakta dan situasinya tetapi yang kita patut ambil peduli ialah cara bagaimana kedua lelaki ini dalam menghadapi proses mahkamah yang sedang berjalan.

Di satu pihak, iltizam DSKT untuk menyelesaikan perbicaraannya dapat dilihat dari kenyataannya yang menjunjung tinggi sistem keadilan negara dan keinginan untuk menjadikan proses perbicaraan ini sebagai platform untuk membersihkan namanya daripada fitnah yang asalnya dirangka pembangkang.

Perlu diketahui bahawa asal usul kes ini ialah apabila ADUN Sekinchan Ng Suee Lim menyebarkan fitnah konon nilai hartanah tersebut ialah RM 24 juta!! Jelas daripada pertuduhan yang dikenakan ke atas DSKT, nilai RM 24 juta itu ialah fitnah pihak pembangkang bagi menjatuhkan imej DSKT yang aktif mendedahkan penyelewengan kerajaan Selangor terutama dalam isu pasir.

Di satu pihak yang lain pula, Anwar Ibrahim tidak henti-henti berusaha untuk menangguhkan perbicaraan liwatnya yang berlaku pada 2008. Sudah banyak yang disebut mengenai kebaculan Anwar ini dan satu lagi ulasan panjang lebar mengenainya hanya membuang masa.

Kita tidak kenal DSKT dengan slogan ‘lawan tetap lawan’ seperti mana Anwar Ibrahim tapi kita kagum dengan ’kelakian’ beliau untuk menyelesaikan proses perundangan yang sedang dihadapinya dalam kadar segera. Kalau diikutkan, kes dihadapi DSKT lebih kepada fitnah yang dimulakan pembangkang tetapi DSKT tidak mahu ke arah itu sebaliknya bersedia menghadapi kes ini tanpa ada lengah lagi.

Walaupun masih diperingkat awal, keyakinan DSKT ini memberikan gambaran bahawa beliau sebenarnya berada di pihak yang benar dan tidak ada apa yang perlu ditakutkan.

Berbeza dengan Anwar, dari kes liwat pertama sehingga sekarang, ‘penghakiman’ awal telah diberikan kepadanya oleh penyokongnya dengan Anwar dikatakan difitnah dan dianiaya. Mahkamah tidak digunakan untuk membersihkan namanya seperti mana yang ditunjukkan dalam kes DSKT sebaliknya keseluruhan proses mahkamah diperalatkan Anwar dan barisan manipulator undang-undang upahannya demi satu penangguhan.

Kami yakin bahawa DSKT berada di pihak yang benar dan keazaman DSKT untuk menghadapi kes ini dalam jangka masa segera membuktikan keyakinan tersebut.

DR KHIR SERAH SURAT LETAK JAWATAN KETUA PEMBANGKANG ESOK

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo akan menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kepada Badan Perhubungan Umno negeri, esok.

Katanya beliau menyerahkan kepada Badan Perhubungan Umno negeri untuk melantik Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk mengisi jawatan itu.

"Saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada Badan Perhubungan Umno Selangor sebagaimana yang diumumkan menerusi laman blog saya, http://www.drkhir.com/ semalam," katanya.

Semalam, bekas Menteri Besar Selangor itu menerusi laman blognya mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang Selangor berkuatkuasa serta-merta.

Beliau yang juga ADUN Sungai Panjang dan anggota jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Negeri, turut berkata beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan berhubung jawatannya dalam parti.

Semalam Dr Mohamad Khir, 45 didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di No 8 dan No 10, Jalan Suasa 7 /1L, Seksyen 7, Shah Alam bernilai RM6.5 juta yang dibeli dengan harga hanya RM3.5 juta.

Selain beliau, pengarah syarikat Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Haryoni, 52, yang menjual hartanah tersebut turut didakwa atas tuduhan bersubahat melakukan kesalahan itu dengan Dr Mohamad Khir pada 29 Mei 2007.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Dr Mohamad Khir yang menjadi Menteri Besar Selangor ke-13 menggantikan Tan Sri Abu Hassan Omar, dari Ogos 2000 hingga Februri 2008, berkata beliau memutuskan meletak jawatan demi kebaikan parti dan juga taraf jawatan tersebut.

Katanya, adalah lebih baik beliau melepaskan jawatan tersebut sementara menunggu proses mahkamah yang akan menentukan sama ada beliau bersalah ataupun tidak mengikut pertuduhan itu.

Beliau berkata keputusan itu diambil kerana khuatir kemungkinan akan wujudnya pelbagai andaian serta spekulasi daripada pihak luar khususnya pembangkang yang akan mengaitkan tuduhan itu dengan parti dan jawatan Ketua Pembangkang Selangor.

DAKWAAN TERHADAP DR KHIR GIMIK POLITIK

PAS sudah mula permainkan isu dakwaan terhadap Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sebagai gimik pilihan raya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia hanya gimik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kelihatan sedang mencari-cari waktu yang memberi kelebihan kepadanya untuk mengadakan pilihan raya.

Beliau mendakwa dakwaan ke atas Dr Khir membuktikan keengganan kerajaan memerangi rasuah.

"Walaupun bekas Menteri Besar Selangor didakwa atas tuduhan rasuah, ia hakikatnya membuktikan keengganan kerajaan memerangi rasuah.

"Tuduhan ke atas Khir adalah yang paling lemah dari begitu banyak pendedahan kes rasuah ke atasnya.

"Ia hanya gimik (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) yang kelihatan sedang mencari-cari waktu yang memberi kelebihan kepadanya untuk mengadakan pilihan raya," kata Mahfuz.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, keengganan kerajaan Najib memberi jalan supaya siasatan dapat dibuat ke atas pelbagai kes lain menguatkan lagi keyakinan bahawa ia bukan sahaja tidak mahu memerangi rasuah malah begitu selesa dengan rasuah.

"Sekatan apa yang dibuat oleh pihak kerajaan sehingga tidak boleh disiasat kes-kes seperti penyalahgunaan kuasa dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu, penyerahan medan minyak Blok L dan M, pembelian senjata dengan harga yang luar biasa mahal di Kementerian Pertahanan, penggunaan wang ihsan kepada Terengganu dari 2004 hingga 2008 dan terlalu banyak kes lain kalau disenaraikan sepenuhnya," kata Mahfuz.

Malah, katanya, ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, beliau lebih berani bertindak walaupun pemerintahannya disepakati sebagai paling buruk termasuk oleh sebahagian besar orang-orang Umno sendiri.

"Sekurang-kurangnya di zaman Abdullah, mata yang diperolehi Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tidak merudum ke peringkat paling buruk dan beliau berani bertindak ke atas mereka yang masih berkuasa dan memegang jawatan tinggi seperti Tan Sri Kasitah Gadam.

"Najib hanya berani memperalatkan orang yang tidak ada kuasa seperti Khir untuk menunjuk-nunjuk kepada rakyat kononnya beliau juga bertindak ke atas kes rasuah.
"Setakat itu sahaja keberanian Najib untuk gimik pilihan raya," kata beliau.

Khir sendiri tidak menolak tindakan terhadapnya itu ada kaitan dengan pilihan raya.
"Saya tidak tahu, sebagai seorang ahli politik, saya mungkin berfikir begitu," kata bekas Menteri Besar Selangor itu.

Mahfuz juga mempersoalkan adakah sudah ada "kira-bicara" dibuat sebelum Khir didakwa di mahakmah memandangkan beliau begitu yakin perbicaraan di mahkamah nanti akan membersihkan namanya.

Khir berkata, kes mahkamah terhadapnya akan dapat membersihkan namanya berhubung isu kediaman mewahnya di Shah Alam.

TIDAK HALANG SELANGOR AMBIL ALIH SYARIKAT KONSESI AIR

Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), tidak pernah menghalang hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih Syabas dan tiga lagi syarikat konsesi air di negeri Selangor.

Menteri berkenaan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata ia boleh dilakukan asalkan hasrat tersebut dibuat berasaskan prinsip "sedia beli sedia jual", menghormati perjanjian konsesi sedia ada yang masih sah dan berkuat kuasa serta kerajaan negeri membiayai sendiri pengambilalihan itu sepenuhnya.

Persetujuan ini diberikan sejak cadangan penstrukturan semula industri bekalan air di negeri Selangor dikemukakan kepada Kerajaan pada awal 2008, katanya.

Chin berkata perkara ini telah banyak kali dijelaskan menerusi surat-surat kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kenyataan media selain penjelasan di Parlimen.

Kali terakhir penjelasan dibuat oleh Menteri kepada Menteri Besar Selangor ialah melalui surat bertarikh 24 Nov, kata Chin.

"Berdasarkan persetujuan yang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih empat syarikat konsesi secara "willing buyer, willing seller" yang disampaikan melalui surat oleh Menteri, yang terbaharu bertarikh 24 Nov 2010, sepatutnya sudah tiada ada keperluan bagi Kerajaan Negeri Selangor untuk menyerahkan memorandum (kepada Yang di-Pertuan Agong) semalam, ataupun mengajak penyokong-penyokongnya berdemonstrasi.

Apa yang perlu dilakukan secepat yang mungkin oleh Kerajaan Negeri ialah mengemukakan tawaran pengambilalihan kepada empat syarikat konsesi seperti yang dihasratkan oleh Abdul Khalid, kata KeTTHA.

Chin membuat kenyataan itu sebagai reaksi kepada pengumuman Abdul Khalid yang hari Isnin mengumumkan Kerajaan Selangor sudah memperoleh kebenaran bertulis pada 3 Dis daripada KeTTHA untuk membeli kesemua empat konsesi syarikat air di negeri itu.

Berikutan itu, kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan tawaran terbuka untuk membeli kempat-empat syarikat konsesi air berkenaan bagi melaksanakan plan penstrukturan semula industri bekalan air di negeri itu dalam tempoh tiga minggu mulai sekarang.

"Kita akan kemukakan tawaran terbuka mengikut syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti bagi tujuan pembelian dalam tempoh antara dua atau tiga minggu," katanya Abdul Khalid di Shah Alam semalam.

Empat syarikat konsesi air di Selangor itu ialah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn. Bhd (Splash) and Konsortium ABASS.

Abdul Khalid berkata langkah untuk membeli syarikat-syarikat konsesi itu serta pendirian kerajaan negeri berhubung isu air, akan dimaklumkan kepada kementerian berkenaan.

Menurutnya beliau berpendapat keputusan Kerajaan Persekutuan memberi sedikit kelonggaran dalam isu air itu untuk mempercepatkan projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor bagi membekalkan sebanyak 1,890 juta liter air mentah sehari ke Lembah Klang.

Sebelum ini, wujud masalah antara kerajaan Selangor dengan Syabas, yang merupakan syarikat pengurusan air di negeri itu, termasuk pertikaian mengenai kenaikan kadar tarif air.

November lepas, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri mahu menaikkan tarif air sebanyak 15 peratus untuk pengguna air di Selangor menerusi proses penstrukturan industri air di Selangor yang masih dalam rundingan.

Mengikut perjanjian penswastaan industri air Selangor yang ditandatangani oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) pada 2004, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri menetapkan kenaikan tarif air pada kadar 37 peratus pada 2009, 25 peratus pada 2012 dan 20 peratus lagi pada 2015, katanya.

Pada masa ini, kadar tarif air domestik di Selangor ialah 57 sen bagi setiap 20 meter padu pertama, dan berdasarkan perjanjian konsesi itu, tarif air itu akan meningkat sehingga RM1.17 bagi setiap meter padu pada 2015.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri tidak bersetuju kadar tarif air dinaikkan kerana mendakwa SYABAS tidak mematuhi syarat-syarat perjanjian konsesi air itu.

Jika konsesi industri air disusun semula, kenaikan tarif air dapat dikurangkan dan harga bekalan itu dapat distabilkan, katanya.

ISU AIR – KHALID IBRAHIM BELAKANGKAN SULTAN SELANGOR

Sultan Selangor sudah menulis beberapa surat kepada pemimpin Pusat dan negeri agar isu air ini diselesaikan. Baginda mahukan kepentingan negeri dan rakyat diberikan keutamaan.Baginda bimbang jika politik menguasai isu ini, Selangor terpaksa membayar harga yang mahal akibat daripada pertelingkahan ini.

Daripada http://hambali1.blogspot.com

Isu air di Selangor kini sudah sampai ke peringkat menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Kerajaan Selangor melalui Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim semalam menyerahkan memorandum itu pada ketika dua pihak – Baju Merah dan Baju Hitam - mengadakan demonstrasi mengenai isu air dan isu penyelewengan kerajaan Selangor.

Persoalannya, pada ketika Sultan Selangor turut mengambil berat isu ini kenapa Menteri Besar Selangor tidak menghadap atau memohon perkenan Baginda membantu mengatasi masalah ini - sebaliknya terus kepada Yang di-Pertuan Agong?

Apakah Khalid merasakan Sultan Selangor tidak mengambil berat isu ini? Atau apakah Khalid merasakan Sultan Selangor tidak mempunyai ‘pengaruh’ dalam membantu mengatasi isu air di Selangor?

Semalam dalam temubual yang disiarkan The Star, Sultan Selangor memberi amaran negeri Selangor akan berdepan masalah air yang serius jika krisis air yang diakibatkan pertelingkahan antara kerajaan negeri dan Persekutuan (Pusat) berlanjutan.

Baginda bukan sekadar bimbang air paip ‘akan kering’ tetapi juga akan melibatkan bekalan kepada kilang. Jika keadaan ini berlaku apa jadi dengan industri di Selangor?

Apakah Selangor akan menerima nasib seperti Kelantan apabila pelabur enggan melabur di negeri berkenaan yang antara puncanya kerana beberapa kemudahan asas seperti bekalan air sentiasa tergencat

Rasional yang dinyatakan Sultan Selangor itu ada logiknya ketika kerajaan pimpinan Khalid merasakan bekalan air di negeri itu cukup sehingga 2019.

Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa kerana isu ini dipolitikkan, sedangkan Baginda tidak mahu rakyat Selangor menjadi mangsa jika ‘paip tidak lagi menitiskan airnya’.

“Isu ini sudah berlanjutan. Halangan perlu diatasi, “ titah Baginda dan menurut pembantu Sultan Selangor, Baginda begitu risau dengan masalah ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sumber istana, menurut The Star memaklumkan bahawa Sultan Selangor sudah menulis beberapa surat kepada pemimpin Pusat dan negeri agar isu air ini diselesaikan. Baginda mahukan kepentingan negeri dan rakyat diberikan keutamaan.

“Beta bimbang, jika politik menguasai isu ini, Selangor terpaksa membayar harga yang mahal kerana pertelingkahan ini,” titah Baginda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam berkata kepentingan rakyat merupakan keutamaan pokok apabila menyelesaikan masalah penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor.

Dalam hal itu, katanya, semua pihak perlu mengenepikan kepentingan politik masing-masing kerana isu air merupakan masalah serius. "Kita perlu kerana masalahnya ialah kerajaan negeri dan ia mengambil pendirian berbeza mengenai masalah air. Ianya masalah amat serius," kata Najib.

"Kita harus mengenepikan isu-isu politik dan melihat lebih kepada
kepentingan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar bahawa Sultan Sharafuddin melahirkan kekecewaan dengan isu air di
negeri itu dipolitikkan.

Laporan Kajian Sumber Air Kebangsaan 2000-2050 meramalkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan menghadapi masalah kekurangan bekalan air menjelang akhir 2014. Laporan diterbitkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Pertelingkahan membabitkan cadangan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor iaitu bekalan air yang belum dirawat oleh Pahang kepada Selangor. Baca di sini untuk lebih jelas.

Di pihak Kerajaan Pahang, negeri itu sudah memulakan projek bagi kerja menghantar air sejak April. Apabila siap pada 2014, 1,890 juta liter air yang belum dibersihkan akan dipam dari Sungai Semantan ke pusat merawat (loji) air di Hulu Langat.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui berkata Julai lalu, Kerajaan Pusat meminta Selangor memberikan kebenaran untuk membina loji merawat air Projek Langat 2 bernilai RM8.65 bilion.

Khalid dalam kenyataannya September lalu mengatakan Selangor tidak pernah menentang kepada projek Langat 2 sebaliknya mengatakan tidak perlu tergesa-gesa kerana Selangor meramalkan cukup air untuk memenuhi permintaan di negeri itu sehingga 2019.

Banyak pihak tertanya-tanya dengan sikap Khalid ini (baca di sini).

Pada 26 November lalu,Presiden Gabungan Persatuan- Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu meminta Kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) berbincang dan mencapai kata sepakat secepat mungkin bagi memastikan negeri itu tidak berdepan dengan krisis air pada masa depan.

Katanya, pertikaian demi pertikaian yang berlaku sejak akhir-akhir ini tidak menguntungkan sesiapa, sebaliknya merugikan rakyat.

"Ini bukan isu siapa menang siapa kalah dalam perlawanan melibatkan Menteri Besar dengan Pengerusi Syabas. Ini isu rakyat Selangor sebagai pengguna air di negeri ini. Ia juga tentang kepercayaan. Jika kita tidak percaya kepada orang sendiri, kepada siapa kita hendak percaya," katanya.

Marimuthu menambah, cadangan Syabas untuk menaikkan tarif air tidak perlu dipolitikkan kerana ia merupakan satu keperluan yang harus disegerakan.

Kenaikan kadar tarif air ini, jelasnya, perlu dilaksanakan demi menampung kos operasi untuk menjamin pembekalan air yang berkualiti serta berterusan di Selangor.

"Jika benar kerajaan negeri pentingkan rakyat, selesaikan masalah ini secepat mungkin supaya krisis air yang dijangka berlaku pada 2012 tidak akan berlaku," katanya.

Pada demonstrasi baju merah semalam, polis terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ketika penyokong Kerajaan Selangor berarak ke Istana Negara.

Ini kerana beberapa orang dikatakan bertindak ganas terhadap anggota polis ketika cuba melepasi kawalan pihak keselamatan.

Khalid menyerahkan memorandum membantah kenaikan bayaran air di Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong. Difahamkan juga, Menteri Besar Selangor itu menaiki kereta yang diiringi oleh pihak polis menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Sebelum itu, Khalid membaca kandungan memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong.

Antara kandungan memorandum itu memohon Tuanku Mizan menitahkan hak air, yang kini dikendali Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), dikembalikan kepada kerajaan negeri Selangor.

"Saya akan membuat offer-document menawarkan pembelian tersebut yang bernilai melebihi RM6 bilion kepada konsesi-konsesi yang menguruskan air," katanya.

Selain itu, memorandum berkenaan turut memohon Tuanku Mizan meneliti semula matlamat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 bagi memahami keperluan untuk penstrukturan semula Industri Perkhidmatan Air secara holistik.

Penyelaras perhimpunan tersebut, Badrul Amin memberitahu yang menteri besar Selangor itu akan diiringi polis ke Istana Negara.

Khalid kemudiannya menyerahkan memorandum serta 150,000 tandatangan kepada wakil Istana Negara. Menurut exco kerajaan Selangor, Teresa Kok, pihak polis tidak membenarkan mereka mengambil gambar.

Pada kira-kira jam 2.45 petang, polis mengarahkan kira-kira 2,000 penyokong baju merah yang masih berhimpun di Masjid Negara supaya bersurai. Apabila mereka tidak bergerak, kira-kira 300 anggota polis bergerak ke arah masjid untuk menyuraikan mereka.

Sebelum itu, penyokong baju merah mula berhimpun di Masjid Negara mulai jam 11 pagi dan sehingga jam 1 tengahari tadi, lebih 1,000 orang yang memakai baju merah di lihat di sekitar kawasan masjid.

Turut kelihatan ialah beberapa pemimpin Pakatan, antaranya timbalan presiden PKR, Azmin Ali; pengarah strategik PKR, Tian Chua dan pemimpn PAS, Dr Zulkefly Ahmad serta timbalan ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Pada satu lagi perhimpunan oleh kira-kira 200 penyokong Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) atau kumpulan baju hitam bagi menyerahkan memorandum mengenai penyelewengan kerajaan Selangor di Stadium Merdeka, berakhir dengan suasana aman.

Perhimpunan bermula jam 11.40 pagi Dan berakhir kira-kira jam 12.15 tengah hari tanpa kejadian tidak diingini berlaku.

Polis yang mengawal keadaan sehinggalah wakil kumpulan terbabit menyerahkan memorandum itu ke pejabat Istana Negara sebelum bersurai. Mereka yang berkumpul itu kebanyakannya wanita dan golongan muda dengan berbaju hitam sambil melaungkan `1Malaysia' dan 'Daulat Tuanku'.

Namun rancangan awal mereka untuk bersama ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum mengandungi dakwaan penyelewengan oleh kerajaan Selangor dibatalkan dipercayai atas nasihat polis.

Pengerusi Gaps, Hamidzun Khairuddin pada sidang akhbarnya berkata pihaknya menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong meminta supaya dapat dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja agar kepincangan itu dapat diatasi.

Apakah Yang di-Pertuan Agong akan melayani memorandum Khalid itu tanpa merujuk kepada Sultan Selangor?

Juga apakah Sultan Selangor akan membiarkan Khalid bertindak tanpa merujuk kepada Baginda dalam isu ini sedangkan Baginda amat prihatin terhadap masalah air ini?

SELANGOR ABAIKAN ORANG MISKIN

Kemiskinan di Selangor membimbangkan apa lagi kerajaan negeri membelanjakan sedikit sekali wangnya untuk orang miskin.

Berikutan itu kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sewajarnya digesa meningkatkan bantuan kepada rakyat miskin dan golongan kurang bernasib baik di negeri itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) bimbang golongan itu tidak mendapat pembelaan serta bantuan sewajarnya berdasarkan jumlah peruntukan yang dikeluarkan kerajaan negeri.

Menurutnya, setakat ini Kerajaan PKR Selangor hanya membelanjakan RM14.6 juta untuk membantu 8,007 penduduk miskin berbanding RM98.7 juta yang dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membantu 35,342 keluarga miskin termasuk orang kurang upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak di negeri itu.

"Kalau kementerian dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak menampung kebajikan golongan miskin di Selangor, mereka akan berada pada tahap berbahaya kerana tidak mendapat pembelaan.

"Jumlah orang miskin di Selangor amat membimbangkan tetapi pembelaan daripada kerajaan negeri terlalu kecil. Justeru saya minta supaya jumlah bantuan itu ditingkatkan.

"Sewaktu parti pembangkang mengambil alih Selangor, banyak duit ditinggalkan oleh kerajaan BN di bawah bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo tetapi anehnya mengapa ia tidak diguna untuk menjaga kebajikan rakyatnya?" katanya baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Sambutan Hari Raya Aidiladha dan Majlis Ibadah Qurban di Surau At-Taufiqiah, Taman Medan Cahaya.

Sunday, December 5, 2010

THE ECONOMIST - DASAR PKR TIDAK DEMOKRATIK

Laman web The Economist yang mengulas mengenai PKR.Kedudukan Anwar, Wan Azizah, Nurul Izzah buktikan parti kini dikuasai dinasti.

Berita Minggu 5 Disember 2010

Langkah berani Parti Keadilan Rakyat (PKR) mewujudkan dasar 'satu ahli, satu undi' pada pemilihan parti bulan lalu kononnya untuk mengubah parti itu menjadi moden, terbuka dan membantu mendemokrasikan politik negara tidak mendatangkan hasil seperti diingini.

Artikel yang disiarkan dalam keluaran terbaru majalah The Economist menyatakan langkah itu menghuru-harakan keadaan dan melemahkan PKR pada pandangan pengundi, malah dari satu sudut ia menjadi kelihatan kurang demokratik.

Artikel itu menyebut tidak pernah sebelum ini dalam sejarah Asia Tenggara mempunyai sebuah parti politik yang berani mewujudkan dasar ‘satu ahli, satu undi’ dalam pemilihannya, dengan semua pemimpinnya dipilih oleh semua ahli parti, seperti didakwa parti yang dipimpin oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sejak awal lagi, pemilihan itu sukar dilaksanakan menerusi pembabitan bilangan ahli yang ramai. Walaupun PKR mendakwa memiliki 450,000 ahli, hanya satu persepuluh ahli mengundi. Pemimpin PKR mendakwa masalah logistik menyebabkan ramai ahli tidak dapat mengundi atau gagal mendapatkan maklumat mengenai pengundian,” jelas artikel berkenaan.

Selain itu artikel berkenaan turut melaporkan mengenai tindakan bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada 20 November lalu kerana mendakwa bahawa pemilihan itu dimanipulasi supaya beliau tewas dan calon kegemaran Anwar dipilih untuk jawatan berkenaan.

“Zaid berkata, wujud penipuan yang meluas ketika pemilihan dan dasar pemilihan itu direka untuk `menampakkan demokrasi’ dalam parti.

“Seharusnya pemilihan itu membuktikan bahawa PKR adalah sebuah institusi politik berbanding sebagai sebuah pentas untuk satu individu. Dakwaan pengkritik bahawa PKR kurang demokratik bertambah kukuh apabila pemenang terbesar dalam pemilihan itu ialah anak perempuan Anwar, Nurul Izzah.

“Dengan kedudukan bapanya sebagai Penasihat Umum PKR dan ibunya sebagai presiden parti itu, ia menunjukkan bahawa PKR sudah menjadi sebuah parti dinasti. Ia tidak sejajar dengan transformasi parti seperti yang diuar-uarkan oleh Anwar,” kata penulis artikel itu.

Laporan itu turut menyebut dakwaan Nurul Izzah bahawa beliau mengambil inisiatif sendiri untuk tampil bertanding dan ada laporan mengatakan bahawa bapanya tidak bersetuju dengan niatnya untuk bertanding.

Di samping itu, artikel berkenaan turut menyebut seorang lagi Naib Presiden, Tian Chua mengakui beliau tidak mengambil kira risiko yang bakal dihadapi akibat dasar pemilihan berkenaan.

Pakatan pembangkang yang berjaya mengurangkan majoriti 2/3 parti pemerintah pada Pilihan Raya Umum 2008 kini berdepan masalah berat sehingga menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat bertambah kuat.

“Beberapa pihak juga mendesak supaya Najib mengambil peluang daripada masalah PKR untuk mengadakan pilihan raya. Bagaimanapun ia tidak mungkin berlaku.

“Tetapi dengan perbicaraan kes liwat kedua Anwar di mahkamah dan pada masa sekarang dengan masalah perpecahan dan dakwaan berlakunya penipuan ketika pemilihan PKR, menyebabkan kesan `tsunami politik’ menjadi semakin tidak dirasai lagi,” kata artikel berkenaan.

Tuesday, November 30, 2010

MELAYU - SULTAN SELANGOR SEDIH, DUKACITA

“Matlamat mereka supaya sistem Raja Berperlembagaan ini disemak dan dikaji semula atas alasan negara sudah menjalani arus pemodenan dan sistem yang diamalkan sekarang ini sudah tidak bersesuaian, amat tidak bertepatan...Sejarah ditulis oleh orang Inggeris ada menyatakan mengenai ‘Tanah Melayu’, ‘Negeri Melayu Bersekutu’ dan ‘Raja Melayu’, sekali gus membuktikan penulis Barat ketika itu mengiktiraf adanya Melayu yang memulakan sejarah negara ini." - Sultan Sharafuddin

Oleh Abdul Latiff Muda

Apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam bercakap mengenai Melayu apakah beliau juga patut dikategorikan sebagai mengamalkan sikap perkauman?

Dengan jelas Baginda menegaskan: “Kepada rakyat Melayu, beta ingin menyedarkan bahawa rakyat Melayu tidak akan hilang begitu saja kerana negeri ini adalah tanah tempat tumpah darah kita, dan di tanah bertuah ini juga tempat kita dikuburkan.”

Baginda bertitah, sejarah yang tercatat sejak beratus-ratus tahun lalu menunjukkan bahawa Raja-Raja Melayu sudah membuka serta membangunkan negeri di Tanah Melayu sehingga menjadi sebuah negara maju, selain menempa peristiwa membanggakan sehingga mampu bersaing dengan negara lain di dunia.

Apakah Sultan Sharafuddin rasis kerana menyebut perkara ini sambil mempertahankan institusi beraja dan kepentingan Melayu?

Baginda menegaskan bukan tujuan baginda untuk menyalakan api perkauman, tetapi ingin menyatakan bahawa rakyat Selangor mesti berbangga dengan negeri ini membabitkan kaum Cina, India dan Melayu serta kaum lain.

Persoalannya di sini kenapa Sultan Selangor dengan tegas menyatakan perkara ini ketika individu seperti Presiden Keadilan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengatakan ketuanan Melayu tidak relevan sementara Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi menganggap dirinya Melayu?

Apakah dengan mengatakan diri mereka Melayu ia memberikan implikasi bahawa Melayu itu dikaitkan dengan kemunduran, kemiskinan, lemah, Islam dan beraja?

Dan dengan tidak mengatakan diri mereka Melayu – orang Melayu akan menjadi ‘Melayu Bermaruah’, maju, bijak dan dihormati?

Siapakah tokoh orang Melayu yang menjadi ikon kepada Melayu yang maju , bijak dan dihormati itu?

Apakah manusia seperti Nik Aziz, Wan Azizah dan paling utama Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai mereka yang maju, bijak dan perlu dijadikan ‘manusia contoh yang terpilih’?

Nik Aziz kelmarin menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang menjadi teladan terbaik untuk rakyat. "Anwar adalah pemimpin yang dianugerahkan Tuhan kerana sanggup mengharungi pelbagai rintangan hidup," katanya.

Dan apakah manusia seperti Sultan Azlan Shah, Tuanku Mizan Zainal Abidin, Prof Ungku Aziz, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Azman Hashim, Datuk Seri Mohd Najib Razak, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, Prof Mahmud Zuhdi, Datuk Seri Harussani Zakaria (sekadar menyebut beberapa orang ) bukan ikon dan tidak setaraf Nik Aziz, Anwar atau Azmin untuk dijadikan teladan?

Apakah mereka ini bukan ‘Melayu Bermaruah’ berbanding Anwar dan Azizah?

Persoalannya, apakah orang Melayu/ Islam dalam pakatan pembangkang – PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP – tidak lagi berjiwa Melayu dan tidak sensitif dengan teguran-teguran yang dibuat oleh Raja-Raja Melayu?

Kalaupun ‘memekakkan telinga’ terhadap saranan pemimpin UMNO mengenai Melayu, setidak-tidaknya mereka akur dan sensitif dengan saranan dan perasaan Raja-Raja Melayu ketika ini.

Terbaru semalam, Sultan Sharafuddin melahirkan rasa sedih dan dukacita terhadap orang Melayu yang tidak lagi megah dan bangga sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan ‘Melayu’ untuk dikuburkan serta lenyap dari dunia.

Malah, Baginda juga sedih kerana ada segelintir individu yang berhijrah ke negeri itu, terutama orang Melayu, sanggup mempersoalkan peranan institusi Raja Melayu serta kedudukan dan hak keistimewaan bangsa Melayu. Baginda juga sedih kerana generasi sekarang malu mengaku diri mereka seorang Melayu.

Sultan Selangor bertitah, golongan itu turut mempersoalkan kerelevanan institusi Raja Melayu serta peranannya dalam sistem pemerintahan negara ketika ini.

Amat jelas bahawa orang Melayu, termasuk di Selangor – negeri paling mahu di Malaysia – tidak lagi mengendahkan institusi berkenaan yang mungkin menurut mereka tidak lagi relevan dalam konteks kini.

Dan dengan kedudukan di mana parti pemerintah di beberapa negeri di Semenanjung meletakkan kepentingan persamaan hak dan taraf dalam semua perkara, institusi raja kini bukan lagi dilihat penting.

Apakah di negeri-negeri seperti Selangor khususnya orang Melayu sudah tidak melihat Raja dan institusinya sebagai penting untuk kerana kerana tidak lagi sesuai atau mereka sudah moden?

Menurut Sultan Sharafuddin: “Matlamat mereka supaya sistem Raja Berperlembagaan ini disemak dan dikaji semula atas alasan negara sudah menjalani arus pemodenan dan sistem yang diamalkan sekarang ini sudah tidak bersesuaian, amat tidak bertepatan,” titah baginda pada Wacana Raja Berperlembagaan-Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di Shah Alam semalam.

Lebih merisaukan apabila ada pemimpin Melayu yang lantang meminta perkataan ‘Melayu’ dihapuskan daripada ungkapan ‘Raja-Raja Melayu’, titah Baginda.

Mana tidak sedihnya bagi Sultan Sharafuddin apabila ada juga suara lantang di kalangan orang Melayu sendiri yang meminta perkataan ‘Melayu’ dihapuskan daripada ungkapan ‘Raja-Raja Melayu’.

Dengan tegas Baginda percaya perbuatan itu dilakukan untuk kepentingan diri atau politik mereka.


Nah terang lagi bersuluh. Siapakah yang lantang menentang pembelaan terhadap orang Melayu, termasuk hak istimewa dan ketuanannya?

Yang melakukannya ialah pemimpin PKR seperti Wan Azizah dan Anwar yang terdesak menarik sokongan bukan Melayu untuk menang pilihan raya. Kerana itu Anwar sanggup berjanji untuk melantik Lim Kit Siang sebagai timbalan perdana menteri.

Apakah DAP lebih besar kemenangannya berbanding sekutu PKR satu lagi – PAS – dan di mana mahu diletakkan Presiden PAS?

Jadi apakah UMNO atau Barisan Nasional yang membelakangkan orang Melayu?

Persoalan lain ialah apakah UMNO memperjuangkan hak Melayu kerana mahu mengekalkan kuasanya seperti yang disebut oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar?

Yang nyata UMNO memperjuangkan Melayu kerana kedudukan orang Melayu dulu, kini dan masa akan datang. Selain itu yang menjadi ‘pelindung’ orang Melayu dan Islam ialah Raja-Raja Melayu.

Hakikatnya, seperti ditegaskan Sultan Selangor: “Sejarah ditulis oleh orang Inggeris ada menyatakan mengenai ‘Tanah Melayu’, ‘Negeri Melayu Bersekutu’ dan ‘Raja Melayu’, sekali gus membuktikan penulis Barat ketika itu mengiktiraf adanya Melayu yang memulakan sejarah negara ini.”

Dan hanya orang yang ‘membutakan sejarah’ kerana kepentingan ‘untuk ke Putrajaya’ sahaja seperti Wan Azizah, Anwar selain yang sewaktu dengannya tidak mengiktiraf pentingnya orang Melayu dan menafikan perjuangan orang Melayu menegakkan hak istimewa dan ketuannnya.

ELI 'BOGEL' WONG JUGA ANUGERAH TUHAN?

http://medan-info-kita.blogspot.com/ (30 Nov 2010)

Eli Lebih MULIA daripada Ustaz Badrul Amin Double Barrel..? Undi Tertinggi MPP PKR

Tahniah kepada Yb Bogel ADUN Bukit terLANJANg...! Walaupun pernah menggegar pentas politik tanahair kerana tersebar gambar bogel yang dirakam oleh teman lelakinya seorang anak muda melayu suatu ketika dahulu, namun masalah moral bukanlah kayu pengukur bagi ahli ahli PKR memilih dan menjulang seseorang pemimpin.

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..? Ketua Umum PKR sendiri mendepani masalah moral ditahap yang paling kritikal. Perbicaraan kes liwat masih belum selesai kerana Si Bangsat Anwar terlalu gerun untuk dibicarakan... Mimpi ngeri Si Bangsat Anwar dalam episod perbicaraan kes liwat benar benar disedari rakyat yang terbuka minda apabila si mangsa Saiful Bukhari Azlan berani bersumpah didalam masjid, berani juga mendedahkan banyak cerita yang selama tidak diketahui umum seperti ada password "Moktar" untuk menembusi kondo mewah tempat Si Bangsat Anwar, pertanyaan "can i fuck you today..?", "...are you okay..?" selepas meliwat, makan karipap daging setelah selesai meliwat..., hadiah seluar jeans dan bermacam macam lagi yang disimpan oleh si mangsa.

Begitulah hebatnya pendirian penjilat penjilat tegar Si Bangsat Anwar yang tidak pernah peduli latar belakang pemimpin yang mahu dijulang..! Oleh itu Eli Wong juga tidak menghadapi masalah untuk dijulang sebagai pemimpin mereka..!

Keputusan yang telah diumumkan dalam pemilihan 20 Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR menyaksikan Eli Bogel Wong menduduki tempat paling atas, nombor wahiidd..!!

Mungkin menyahut seruan Presiden yang mengatakan bahawa suaminya sebagai Anugerah Tuhan, maka berduyun duyun dan berbondong bondonglah ahli ahli PKR melihat Eli Bogel Wong sebagai Anugerah Tuhan juga....!

Mengikut rekod parti itu, bilangan ahli ahli melayu beragama islam adalah 65%, bangsa cina 20%, india 12% dan bangsa2 lain 3%.

Namun begitu, Eli Bogel Wong berjaya mendapat undi lebih banyak daripada Ustaz Badrul Amin yang menduduki tempat kedua senarai 20 MPP yang dipilih. Apakah ini bermakna umat islam dalam PKR lebih MULIAkan Eli Wong berbanding seorang Ustaz mereka sendiri..??

Lima Undi Tertinggi MPP PKR;

Elizabeth Wong - 10,897 undi [EXCO Selangor]
Dr Badrul Amin - 9,672 undi [Ketua Penerangan PKR Selangor]
Hee Loy San - 8,463 undi [Ahli Parlimen PJ Selatan]
Khalid Jaafar - 7,889 undi [Pengerusi PKR Melaka]
Abdul Rahman Yusof - 7,719 undi [Ketua Cabang Kemaman ]

selebihnya 15 MPP PKR yang dipilih;

Dato Johari Abdul - 7,719 undi [Ahli Parlimen Sungai Petani]
Haniza Talha - 7,588 undi [ADUN Taman Medan/Timb Speaker Selangor]
Fariz Musa - 7,511 undi [mantan Timbalan Ketua AMK Malaysia]
Zakaria Abd Hamid - 7,170 undi [mantan Pengerusi PKR Pahang]
Dr Roland Chia - 7,075 undi [Ketua Cabang PJU yang tewaskan Eli Wong]
Siti Asiah - 6,877 undi [Ketua Srikandi baru berusia 24 tahun...]
Ismail Yusuf - 6,322 undi [Ketua Cabang Bukit Gantang, mantan Pengerusi Tetap PKR]
Latheefah Koyak - 6,245 undi [Peguambela Si Bangsat Anwar, Pakar Akuan Bersumpah]
Kesavan - 6,139 undi [ ADUN Hutan Melintang, Ustaz tafsir ayat Quran suka hati dia..]
Shuhaimi Shafie - 6,097 undi [ADUN Sri Muda]
M R Shunmugam - 5,965 undi [ Ketua Cabang Teluk Intan]
Yusmadi Yusuf - 5,810 undi [ Ahli Parlimen Balik Pulau, coffee boy Si Bangsat Anwar yg baru]
S Manikumar - 5,789 undi [ADUN Bukit Selambau]
Dato Mustafa Kamal - 5,779 undi [proxy perniagaan Azmin Dayus]
Christina Liew - 5,707 undi [Naib Pengerusi PKR Sabah]

Blog ini pernah meramalkan bahawa Eli Bogel Wong akan diberikan sokongan padu untuk menang besar dalam perebutan mengisi 20 jawatan MPP PKR, sila klik SINI.

Sunday, November 28, 2010

ANWAR ANUGERAH TUHAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA?


pisau.net (27 Nov 2010)

Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ibrahim hari ini menyatakan bahawa Allah telah memilih suaminya, Anwar Ibrahim, untuk memimpin Malaysia menuju masa depan yang lebih baik, dan tidak ada orang lain yang boleh melebihi kekuatan kepemimpinannya.

Menurutnya lagi bahawa Anwar bukan orang biasa malah beliau lebih dari luar biasa.Sebenarnya Pisau mengakui Anwar memang luar biasa dari sifat tabii manusia yang normal. Masakan tidak lelaki tua ini lebih mengilai stor kunyit anak muda yang jambu daripada wanita.

Kurniaan Allah katanya?Sebenarnya perkataan paling sesuai Anwar hanyalah jelmaan DAJAL untuk memperlihatkan keburukan yang ada di dalam pakatan.Selama ini rakyat sudah terbiasa dengan BN.

Segala kebaikan mereka tidak nampak,maka Allah memberi satu contoh untuk dijadikan perbezaan.Yang buruk,pembohong,manipulatif dan kaki fitnah adalah dari pakatan ,barulah mereka sedar selama ini BN adalah yang terbaik.

Anwar berkali kali berbohong diseluruh negara mengenai 16 September,Tapi atas kehendak tuhan Perak jatuh kembali ke tangan BN adakan ini dikatakan kurniaan Allah kepada pakatan?

Anwar lebih berselera mengadai agama daripada mempertahankan agama.Beliau lebih berbohong bukan saja kepada orang luar malah paling utama beliau berani berbohong kepada penyokongnya sendiri.

Cadangan menetapkan kedudukan Anwar sebagai ketua umum PKR adalah salah satu langkah untuk mengelakkan daripad Anwar bertanding didalam parti PKR. Keputusan ini serupa dengan kedudukan wali selipar sebagai mursidul am PAS.

Suara kuasa presiden tidak releven berbanding ketua umum atau pun mursidul am. Inilah yang dikatakan kepimpinan autokratik dan diktaktor.

Ini baru cakap kurniaan tuhan,Pisau rasakan satu hari nanti Anwar pula dikatakan jelmaan tuhan oleh penyokong penyokongnya.

Pisau kata " Anwar sudah disamakan sebagai mursidul am PKR keh keh keh"

ANWAR ANUGERAH TUHAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA?

Anwar Anugerah Tuhan Kepada Rakyat Malaysia!
Filed Under ( anwar kantoi ) by pisau on 27.11.10

Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ibrahim hari ini menyatakan bahawa Allah telah memilih suaminya, Anwar Ibrahim, untuk memimpin Malaysia menuju masa depan yang lebih baik, dan tidak ada orang lain yang boleh melebihi kekuatan kepemimpinannya.

Menurutnya lagi bahawa Anwar bukan orang biasa malah beliau lebih dari luar biasa.Sebenarnya Pisau mengakui Anwar memang luar biasa dari sifat tabii manusia yang normal. Masakan tidak lelaki tua ini lebih mengilai stor kunyit anak muda yang jambu daripada wanita.

Kurniaan Allah katanya?Sebenarnya perkataan paling sesuai Anwar hanyalah jelmaan DAJAL untuk memperlihatkan keburukan yang ada di dalam pakatan.Selama ini rakyat sudah terbiasa dengan BN.

Segala kebaikan mereka tidak nampak,maka Allah memberi satu contoh untuk dijadikan perbezaan.Yang buruk,pembohong,manipulatif dan kaki fitnah adalah dari pakatan ,barulah mereka sedar selama ini BN adalah yang terbaik.


Anwar berkali kali berbohong diseluruh negara mengenai 16 September,Tapi atas kehendak tuhan Perak jatuh kembali ke tangan BN adakan ini dikatakan kurniaan Allah kepada pakatan?


Anwar lebih berselera mengadai agama daripada mempertahankan agama.Beliau lebih berbohong bukan saja kepada orang luar malah paling utama beliau berani berbohong kepada penyokongnya sendiri.


Cadangan menetapkan kedudukan Anwar sebagai ketua umum PKR adalah salah satu langkah untuk mengelakkan daripad Anwar bertanding didalam parti PKR. Keputusan ini serupa dengan kedudukan wali selipar sebagai mursidul am PAS.


Suara kuasa presiden tidak releven berbanding ketua umum atau pun mursidul am. Inilah yang dikatakan kepimpinan autokratik dan diktaktor.


Ini baru cakap kurniaan tuhan,Pisau rasakan satu hari nanti Anwar pula dikatakan jelmaan tuhan oleh penyokong penyokongnya.


Pisau kata " Anwar sudah disamakan sebagai mursidul am PKR keh keh keh"

Friday, November 26, 2010

PEMIKIRAN SEMPIT PEMIMPIN PKR DISERLAHKAN MELALUI AMK

Naib Presiden PKR, Azmin Ali, bersama barisan tertinggi PKR yang lain semasa menghadiri majlis perasmian Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, 26 Nov 2010.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyatakan hari ini ia meletakkan perjuangan bagi membebaskan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat sebagai misi utama sayap parti itu.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata bagi tujuan itu pihaknya akan menghantar wakil ke luar negara untuk memberi penerangan kepada masyarakat dunia dalam usaha membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan itu.

Kenyataan Samsul ini menunjukkan betapa Anwar dan PKR begitu terdesak untuk membersihkan dirinya yang semakin buruk di mata pemimpin luar.

Kenyataan Shamsul dengan jelas menunjukkan bahawa agenda melonjakkan Anwar adalah paling utama, bukan memperjuangkan keadilan seperti yang diwar-warkan.

Tuduhan liwat tidak mampu diselesaikan oleh masyarakat dunia sebaliknya hanya mahkamah Malaysia sahaja boleh memutuskan kedudukan Anwar.

Dengan bertindak ‘mengelilingi dunia’ bagi memberikan penerangan mengenai isu ini, AMK menunjukkan kepada masyarakat dunia ia tidak percaya kepada sistem kehakiman negara sendiri.

Inikah bentuk pemuda dan kepimpinannya yang diasuh oleh PKR?

Selain itu Shamsul menyamakan tuduhan terhadap Anwar kini dengan yang dihadapi pemimpinan dunia seperti Nelson Mandela dan tokoh demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, sebelum ini.

Sungguh lemah perbandingan ini sedangkan kedua-dua pemimpin – Suu Kyi dan Mandela - adalah yang berdepan dan ditekan oleh pemerintahan diktator dan junta.

Apakah Malaysia sebuah pemerintahan bercorak sedemikian?

Cetek dan rendah tahap pemikiran Shamsul ini sehingga tidak dapat membezakan sistem politik aparteid Afrika Selatan dan junta Myanmar dengan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia yang membolehkan Anwar menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Apakah Mandela dan Suu Kyi berpeluang mendapat kedudukan seperti Anwar?

Menurut Shamsul beberapa pemimpin AMK akan ditugaskan untuk memainkan peranan secara aktif dan komprehensif di peringkat antarabangsa bagi memberi penerangan kepada masyarakat dunia mengenai kezaliman yang dihadapi Anwar.

"Usaha menuntut hak Anwar mendapat perbicaraan yang adil ini harus menjadi misi utama kita. Saya mahu melihat tenaga dan komitmen yang dipusatkan kepada misi ini lebih daripada komitmen dalam pemilihan yang baru lalu," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Kongres Nasional di Shah Alam, hari ini.

Saturday, November 20, 2010

SEMUANYA GARA-GARA SI ANWAR

Gambar kenangan pengasas parti Keadilan tahun 1999. Ramai pemimpin yang berjuang dalam PKR kini sudah meninggalkan parti itu.

Utusan Malaysia 20 Nov 2010 (Tajuk asal -'Angkat kaki' kerana Anwar)

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) yang ditubuhkan pada tahun 1999 dengan hasrat kononnya untuk menegakkan keadilan dan memperjuangkan nasib rakyat kini menghadapi situasi politik yang tidak menentu.

Walaupun parti itu yang diketuai oleh Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan didampingi oleh isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail serta disokong oleh insan kesayangan Anwar, Azmin Ali dan anak Anwar, Nurul Izzah baru sahaja menyelesaikan pemilihan tetapi ia boleh dianggap sekadar pemilihan semata-mata.

Tiada apa-apa signifikannya kerana semua orang tahu bagaimana pemilihan berlangsung di peringkat cabang-cabang, yang pasti semua orang Anwar menang.

Bagi mereka yang ikhlas berjuang untuk memperkasakan PKR yang dilihat sudah lari daripada matlamat perjuangan asal, mereka terpaksa angkat kaki.

Mereka tidak mahu hanya menjadi perkakas politik kepada Anwar bagi mencapai cita-citanya ke Putrajaya.

Kalau pun mereka berhasrat melakukan perubahan apatah lagi menentang orang kesayangan Anwar seperti Azmin maka mereka perlu bersedia menerima akibatnya.
Demokrasi dan kebebasan yang dilaung-laungkan hanyalah hipokrit Anwar dan konco-konconya, berikutan itu maka seorang demi seorang meninggalkan parti tersebut.

Terbaru yang berbuat demikian atas nama prinsip ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim. Puncanya, beliau muak dengan masalah dalaman PKR.

Langkah Zaid akan menambahkan lagi senarai panjang mereka yang meninggalkan parti itu atas nama kebenaran.

Malah lebih menarik Zaid bukanlah sebarangan pemimpin, ia terbukti apabila tidak sampai beberapa bulan menyertai PKR, beliau telah dipilih bertanding sebagai calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Hakikatnya, sejak tahun 2007, PKR tidak pernah sunyi daripada tindakan pemimpin-pemimpinnya meninggalkan parti itu.

Antara yang paling awal berbuat demikian ialah Chandra Muzaffar yang memegang jawatan Timbalan Presiden. Kemudian ia diikuti pula dengan orang-orang yang dianggap rapat dan sanggup mati demi Anwar.

Ia termasuklah, kawan baik Anwar, Datuk S.Nallakaruppan, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd. Noor, Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, Ketua PKR Negeri Sembilan, Ruslan Kassim, Setiausaha AMK, SD Mohamad Johari Yassin.

Pemimpin-pemimpin wanita juga tidak ketinggalan mengucapkan selamat tinggal kepada PKR dan Anwar, mereka yang agak terkenal ialah Nell On (Ketua Wanita PKR), Marina Yusuff (Naib Presiden Parti Keadilan), Roshanita Mohd.Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bagan Serai), Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak ( Naib Presiden PKR), Aminah Abdullah (bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang) dan beberapa orang lagi di peringkat bahagian.

PKR juga turut menerima tamparan hebat apabila mulai tahun lalu seorang demi seorang wakil rakyat 'angkat kaki'.

Bermula dengan peletakan jawatan V.Arumugan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, ia diikuti oleh Mohd Radzi Salleh (Lunas), Jamaluddin Mohd.Radzi (Behrang), Kapten (B) Mohd.Osman Jailu (Changkat Jering), Tan Wei Shu (Bakar Arang), Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang).

Biarpun pelbagai tuduhan dilemparkan oleh PKR terhadap tindakan wakil-wakil rakyat berkenaan namun ia belum mampu menghentikan fenomena meninggalkan parti.

Bagi mereka yang berprinsip dan melihat PKR penuh dengan kepincangan, kepalsuan serta pembohongan, mereka tidak mahu terus bersekongkol dengan Anwar dan konco-konconya.

Justeru wujudlah tindakan keluar parti oleh beberapa ahli Parlimen PKR. Mereka ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd.Hashim, Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).

Jika mahu disenaraikan satu persatu siapa yang sudah mengucapkan selamat tinggal kepada PKR ia sememangnya ramai. Tetapi apa yang jelas ia belum juga menginsafkan Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR lain.

Sebaliknya, mereka dengan dibantu oleh pemimpin-pemimpin DAP dan Pas terus melemparkan pelbagai tuduhan kepada pemimpin yang meninggalkan PKR.

Paling hebat apabila Anwar mengatakan ahli Parlimen yang keluar dibayar berjuta-juta ringgit tetapi sampai ke hari ini tiada satu pun bukti diketengahkan.

Pembohongan, memutar belit fakta dan memperalatkan siapa juga demi kepentingan politik yang menjadi agenda Anwar apabila beliau memimpin PKR selepas keluar dari penjara telah menimbulkan perasaan muak di kalangan pemimpin dan ahli parti itu.

Tetapi Anwar, Dr. Wan Azizah, Azmin dan Nurul Izzah tidak mahu mengakuinya. Malahan Anwar lebih suka meneruskan 'hobinya' memburuk-burukkan Malaysia di luar negara.

Anwar tahu bahawa tiada sesiapa pun dalam PKR termasuklah Dr. Wan Azizah yang menjadi Presiden, tidak akan berani menegur cara berpolitik yang beliau amalkan.

Namun apa yang jelas perjuangan politik PKR kini semakin kelam-kabut dan tiada hala tuju, malahan PKR yang diterajui Anwar sekarang tidak lagi dilihat berjuang untuk rakyat, sebaliknya lebih kepada politik merebut kekuasaan semata-mata.

'' Sebagai sebuah parti, hala tuju PKR sudah jauh terpesong daripada asas-asas penubuhannya. Ia sudah menjadi parti anak beranak dan kroni Anwar sahaja,'' kata seorang penganalisis politik terkenal di sebuah universiti tempatan.

Menurut beliau, ramai rakan lama Anwar sudah mula tinggalkan Penasihat PKR itu kerana tidak sanggup bersubahat dengan penyelewengan dalam perjuangan yang Anwar bawa sekarang.

Kita tidak hairan jika selepas ini ramai lagi yang akan meninggalkan PKR kerana tidak semua di dalam parti itu yang rela diperbodoh atau menjadi 'pak turut' kepada cara berpolitik Anwar.

PKR hakikatnya semakin kehilangan pengaruh di kalangan rakyat. Selain daripada masalah dalaman yang semakin meruncing, tindakan parti itu terutamanya Anwar yang tidak menunaikan janji ketika pilihan raya umum lalu turut akan menghancurkan perjalanan politik PKR.

Mungkin Anwar dan pemimpin-pemimpin yang masih kekal di dalam PKR boleh berhujah apa sahaja mengenai situasi parti itu.

Tetapi apa yang jelas segala keburukan PKR semakin terdedah dan ia bukannya dilakukan oleh mainan politik sesiapa tetapi oleh pemimpin-pemimpin PKR sendiri.
Dalam situasi ini juga, maka tidak keterlaluan jika kita bertanya kepada Pas, kapal siapakah sebenar yang hendak karam?

Ia kerana sebelum ini parti itu menolak kerjasama dengan UMNO dengan mengibaratkan UMNO seperti kapal yang mahu karam tetapi ketika parti terbesar Melayu itu semakin pulih daripada kejutan Pilihan Raya Umum 2008, PKR pula yang terumbang-ambing dan paling malang ia mungkin akan menyeret Pas bersama-sama.

Friday, November 12, 2010

KHALID SEMAKIN GELABAH - GM PKNS SALAH GUNA KUASA

The Unspinners (Tajul asal - ADUN PAS dedah salahlaku GM PKNS?)

Hari ini kontroversi timbul lagi apabila Othman didakwa oleh Pas gagal menjalankan tangungjawabnya sebagai pengurus besar perbadanan terbabit.

Desakan itu turut melibatkan dakwaan bahawa Othman (gambar kanan) terlibat dengan amalan salah laku serta penyalahgunaan kuasa terhadap pengurusan termasuklah kewangan anak syarikat kerajaan negeri itu.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Dr. Rosli Che Mat menyatakan dakwaan itu dibuat hasil pendedahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib dalam satu perbahasan semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam.

Dakwanya, salah laku Othman itu dikatakan berlaku dalam soal pengambilan pekerja yang mana dikatakan melibatkan individu yang merupakan kenalan Pengurus Besar PKNS itu dalam bentuk jawatan kontrak termasuklah pembayaran gaji yang tinggi daripada kakitangan PKNS sendiri.

[Sebagai hanya Pengurus Besar, berapa puloh ribu sebulan gaji Osman? Dengar macam gaji CEO PLC. RM40-50,000. Dibawa kroni kaki2 pow kontraktor dari zaman dia di projek Kesas Highway dan Keramat Link yang tak jadi. Gaji masing2 dalam RM20-30,000.]

Selain itu, Dr. Rosli yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat turut mendakwa selain melantik kenalan untuk mengisi jawatan anak syarikat itu, Othman juga dikatakan turut melakukan perbelanjaan yang tidak munasabah apabila mengarahkan PKNS menaja perkahwinan Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha 10 Oktober lalu.

Perbelanjaan tersebut turut melibatkan perbelanjaan kehadiran angkasawan daripada luar negara ke majlis perkahwinan berkenaan yang memakan kos sebanyak RM520,000.

Dgn projek macam gini, mampukah Melayu membeli? Cina akan kuasai kawasan Melayu Keramat. Apa Azmin janji untuk jadi MP?

Selain dakwaan salahguna kewangan, Othman sebelum ini turut dikaitkan dengan dakwaan tidak selari dengan matlamat penubuhan PKNS apabila anak syarikat kerajaan negeri melaksanakan projek mewah Datuk Jelatek yang disifatkan tidak memberikan keuntungan dan manfaat kepada usaha meningatkan sosio-ekonomi bumiputera di Selangor.

Ini kerana, projek yang bernilai RM1.2 bilion itu merupakan projek mewah yang nilainya adalah tinggi iaitu diluar kemampuan kewangan golongan bumiputera.

[Azmin sitadah bontot kepada Anwar berkempen menggunakan projek Jelatek sebagai bahan kempen. Kurang2 BN janjikan penghuni dapat duduk balik. Bawah Osman dan Pakatan, haram tak merasa. Padan muka undi PKR!]

Bagi saya, kesemua mereka yang terlibat dalam perlantikan Othman dulu MESTI BERTANGGUNGJAWAB di atas kerosakan yang terjadi.

Benar, Pas yang membangkitkan isu ini tetapi pimpinan parti itu juga salah kerana tidak dapat 'menghidu' kelicikan Othman sebelum dan selepas Khalid melantiknya dulu, Pas macam kerbau dicucuk hidung kerana ikut apa saja yang Khalid putuskan.

Nah sekarang baru padan muka!

Baca sepenuhnya di Malaysia Instinct sini

Tuesday, November 9, 2010

BAIK PKR MAHUPUN ZAID IBRAHIM, SAMA2 HAPRAK


Kertas undi di atas didedahkan oleh peguam Bak Kut Teh Harris Ibrahim yang begitu tegar menyokong Zaid Ibrahim yang sedai membantu Harris memurtadkan orang islam.

Menurut Harris, kertas undi ini boleh dibeli dan ada tersebar. Ini bermakna pengundian jawatan dalam PKR sudah ditipu.

Saifuddin Nasution cuba memberi alasan bahawa ada ahli2 yang ambil kertas undi tapi tidak mengundi.

Masaalahnya macam mana itu boleh berlaku dengan hanya 15% ahli yang mengundi. Jumlah begitu rendah pun menimbulkan persolaan berapa sebenar ahli PKR. Adakah hanya 15% dari jumlah senarai ahli kononnya?

Jawapan Saifuddin pun tidak jelas kerana menurut Harris ada pulohan ribu kertas undi yang tercetak. Sini jawab balas dari Harris.

Apa sekali pun alsan Saifuddin, apa yang diperkatakan dan dilihat sendiri berlaku oleh akarumbi tidak boleh diketepikan langsung. Inilah PKR ... parti haprak hanya untuk menjadi kuda tunggang Anwar, isteri, anak dan jambunya.

Ditengah 2 isu ini sedang panas, Zaid Ibrahim mengumumkan mengundur diri dari semua bertanding dan semua jawatan dalam parti. Tunggu masa, dia akan undur juga dari PKR.

TIndak tanduk Zaid ini bukan satu yang memeranjatkan. Inilah cara Zaid dari dulu. Bila keadaan menajdi susah, dia akan cabut. Begitulah masa dia menjadi Menteri selama beberapa bulan.

Dia bercakap mengenai demokrasi dan judiciary yang adil dan tulus, tetapi bila ditanya dan ditekan mengenai asas dia membayar jutaan ringgit kepada hakim2, dia tidak menjawab. Kalau benar Dr Mahathir bersalah, kenapa tidak dihadapkan Dr Mahakamh dan setelah disahkan barulah hakim2 di bayar compensation.

Dia jalankan Suruhanjaya Kehakiman terhadap kes Lingam tetapi cara ianya dijalankan begitu cacamarba dan kelamkabut hingga akhirnya tiada kes pun terahdap dr Mahathir atau pun Lingam. Hakim2 daam panel yang dicadangkan Zaid Ibrahim hanya bercakap sesuka hati tanpa rujukan terma yang sah.

Zaid ini menjaja dirinya sebagai konon orang berprinsip tapi dia menang jadi Ketau Bahagaind alam UMNO Kota baru atas duit rasuah.

Dia berjanji akan habiskan pembinaan pejabat UMNO Bahagian tetapi rupanya dia sudah salahguna kuasa sebagai Ketua Bahagain dan di indors oleh AJK untuk salurkan banguna menjadi kepunyaan dia.

Akhirnya dia jual kepada Pemuda PAS Kelantan. Itu pun satu isu. Macam mana Pemuda PAs boleh mampu bayar Zaid Ibrahim?

Sebagai Ketua, Zaid tidak boleh diharap. When the going get tough, he will quit and betray his supporters. Itu bukan pemimpin namanya. Cakap Zaid tak pernah serupa bikin. Bodoh siuapa nak menyanjung Zaid.

He is a loser! Will forever be a loser!

Baik PKR, baik Zaid, dua-dua haprak!

http://theunspinners.blogspot.com/

Saturday, November 6, 2010

PAS MASIH BERNAFAS DI GALAS - MSO

Pilihan raya kecil Galas sudah berakhir jam 5:00 petang semalam dan secara rasminya pada jam 8:30 malam apabila Pengurus pilihan raya itu mengistyharkan calon BN, Abdul Aziz Yusuf menang besar dengan mejoriti 1,190. Beliau mendapat 5,324 undi manakala calon Pas Zulkefli Mohamad mendapat 4,134 undi. Sebanyak 132 undi yang ditolak manakala peratus keluar mengundi sebanyak 83 peratus.

Kemenangan Aziz itu besar dan mengejutkan. Ia hampir dua kali ganda dengan kemenangan Allahyarham Che Hashim Sulaima dalam pilihan raya umum 2008 yang mendapat majoriti sebanyak 646 undi. Jadi BN bolehlah bergembira dengan kemenangan itu menebus kekalahan sebelum ini. Perlu dicatat bahawa DUN Galas tidak pernah jatuh ke tangan Pas sejak ia diwujudkan pada tahun 1955 dikenali dengan nama Gua Musang dan menjadi Galas pada tahun 1986.

Menurut MSO, menyedari sejarah itu Pas tidak perlu menangis dan berdukalara atas kehilangan kerusi yang dipegang selama lebih dua tahun itu kerana kerusi itu asalnya hak BN dan secara peribadi kepunyaan Tengku Razaleigh Hamzah.

Apa yang berlaku sebelum ini kerusi itu hanya dipinjamkan kepada Pas sahaja. Namun ia tidak mustahil selepas ini kerusi itu akan dipinjamkan atau diberi terus kepada Pas kalau Pas sedia melakukan perubahan baik dari segi perjuangan, cara mendekati rakyat, tidak mungkir janji dan ikhlas dalam perjuangan serta tidak bermain kongkaling dalam pilihan raya.

Dari segi angka Pas hanya kekurangan sebanyak 265 undi saja berbanding dengan undi diperolehi Che Hashim tahun 2008 sebanyak 4,399. Kemerosotan ini bukannya besar. Tetapi kalau dilihat daripada majoriti ia mengejutkan. Kalau ikutkan logik dengan kehilangan undi sebanyak 256 calon BN tidak separtutnya mendapat majoriti hingga 1,190. Angka paling sesuai dan munasabah diraih Aziz untuk menang ialah sekitar 500 atau 700 sahaja menyamai majoriti yang diperolehi Pas sebelum ini.

Tetapi kenapa majoriti BN besar? Faktor paling jelas ialah kerana berlaku peningkatan peratus keluar mengundi kali ini iaitu sebanyak 83% kira-kira 2.11% atau seramai 1,267 orang. pertambahan. Secara mudah bolehlah disifatkan pengundi yang membantu peningkatan peratus ini berpihak kepada UBN. Walaupun ada maklumat mengatakan undi Cina beralih kepada BN dalam pilihan raya semalam, tetapi bila Pas dapat mengekalkan undi lama menunjukkan ada entiti lain yang mengganti tempat dilompongkan oleh pengundi Cina itu. Apakah sokongan Melayu kepada Pas di Gua Musang meningkat?

Dengan keupayaan Zulkefli hampir mengekalkan undi diraih Che Hashim itu Pas harus berbangga dan tidak perlu merasa dukacita yang amat sangat. Dalam hal ini para penyokong dan ahli Pas kena insaf mengenai kelaziman pilihan raya kecil selalunya berpihak kepada BN. Hanya selepas berlaku tsunami politik 2008 sahaja beberapa pilihan raya kecil mula berpihak kepada pembangkang - Pakatan Rakyat, sebelum ini hampir semua pilihan raya kecil yang dianggap berat sebelah dimenangi oleh BN.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa berlaku lonjakan begitu tinggi kepada BN sebanyak 926 sehingga hampir melebih dua kali ganda dengan majoriti dicapai oleh Pas sebelum ini? Sekali lagi faktor utamanya ialah kerana ia pilihan raya kecil. Sebab-sebab lain ialah pilihan raya itu ditambah dengan satu lagi suasana yang tidak mudah untuk difahami dan akan dihuraikan kemudian nanti.

Faktor inilah membawa kemenangan kepada calon BN. Di sini saya akan senaraikan faktor membantu kepada kemenangan BN itu tanpa memberi ulasan dan sebab musabab mengenai apa yang berlaku pada pilihan raya itu yang sebenarnya. [Saya sepatutnya post posting ulasan beracun tengah malam tadi, tetapi ditangguhkan]. Marilah kita berbahas secara berfakta yang nampak dan mudah difahanmi dulu bagi mengelak saya prejudis dan mahu mengkhianati sesiapa!

1. Faktor Tengku Razaleigh Hamzah. Kemenangan ini boleh disifatkan kemenangan peribadi Tengku Razaleigh Hamzah. Kemenangan untuk parti Tengku Razaleigh. Justeru Umno tidak boleh berbangga dengan kemenangan ini. Seperti mana kata Mustapa Mohamed mulanya mereka beranggapan keadaan 50 - 50 dan kemenangan itu mengejutkannya. Mustapa tidak tahu apa yang ada di sebalik tabir mengenai pilihan raya ini. Kalau bukan Tengku Razaleigh terlibat sebagai pengarah, besar kemungkinan Pas dapat mengekalkan kerusi berkenaan. Jadi penumpangan (penswastaan) kerusi berkenaan oleh BN kepada Tengku Razaleigh adalah tepat dan membawa kejayaan besar.

2. Peningkatan peratus pengundian. Peningkatan peratus pengundian sebanyak 2.11% ini memberi kelebihan kepada calon BN. Peningkatan ini membawa kepada pertambahan pengundi keluar mengundi sebanyak 9,590 berbanding dengan keluar mengundi tahun 2008 hanya 8,323 ianya meningkat sebanyak 1,265. Pertambahan ini adalah dari kalangan pengundi muda atau mereka yang pertama kali mengundi.

3. Kesungguh berpilihan raya. Awal-awal lagi Pas sudah melakukan beberapa kesilapan dalam pilihan raya. Perkara paling utama ialah apabila meneruskan kerja mengarah pilihan raya kepada mereka yang sudah menopause. Stail pengarahan lama zaman tahun 60-an atau 70-an tidak sesuai lagi. Paling ketara dalam pilihan raya kali ini tidak ada mana-mana pihak menyediakan blog khas pilihan raya kecil itu seperti biasa. Kealpaan ini disebabkan ketumpulan minda mereka yang menguasai bilik gerakan.

Saya awal-awal lagi telah mencadangkan supaya Pas melantik Husam Musa bersama Takiyuddin Hassan untuk mengendalikan pilihan raya berkenaan. Husam mengatur strategi Takiyuddin pula menyediakan logistik dari luar. Sentuhan mereka mungkin berbisa dan dapat membawa perubahan dalam stail dan juga bentuk-bentuk kempen. Mereka dapat membaca perkembangan dan selera kontemporari pengundi terutamanya di kalangan anak-anak muda. Selain itu perlantikan mereka boleh melatih mereka untuk mengambil tugas berat itu di masa akan datang.

Kelesuan kempen dan serangan kepada BN kali ini juga amat ketara sekali. Poster yang dapat dilihat selalu menggila dalam pilihan raya terjadi sebaliknya di Gua Musang. Nampaknya permintaan dan harapan tengku Razaleigh agar Pas tidak menyerangnya benar-benar dilaksanakan. Apakah ada persefahaman di antara tengku Razaleigh dengan orang tertentu di dalam Pas? Jika diperhatikan kepada kenyataan Razaleigh dalam menerima kemenangan itu di mana beliau mengucapkan terima kasih kepada Pas, semacam ada ikrar kecil antara beliau dengan Pas?

Selain dari itu beberapa kenyataan ataupun pendekatan diambil atau dikeluarkan Pengarah pilihan raya, Abdul Halim Abdul Rahman yang disokong kuat oleh penasihatnya Wan Abdul Rahim Abdullah dan digerakan oleh Pengarah operasinya Abdul Fatah Haron memberi imej buruk kepada Pas dalam pilihan raya itu. Misalnya tawaran untuk membayar RM250 kepada pengundi luar secara terbuka sangat menjatuhkan moral Pas.

Barangkali tidak salah kalau dikatakan kekalahan teruk Pas itu perlu dipikul oleh Tiga Abdul yang cuba menguak balik dalam politik Kelantan dan mahu menunjukkan kehebatan mereka dalam pilihan raya. Mereka harus memikul segala malu dan aib Pas itu untuk dibuang ke laut dan kalau perlu mereka boleh terjun bersama tongkolan malu dan aib itu ke dalam laut.