Datuk Abdul Malik - kesal dengan fitnah... |
Kalaupun marah kepada pemimpin parti politik daripada
kalangan orang Cina dan bukan Islam, - walau dalam isu apa sekali pun - adalah tidak wajar untuk menabur fitnah seolah-olah ia suatu
perbuatan yang sengaja dilakukan.
Memalu dan menjijikkan, fitnah dilakukan oleh ustaz pada tazkirah di masjid pada bulan Ramadan yang
mulia.
Menurut laporan, Yang DiPertua (YDP) PAS Padang Serai, Shaharuddin Ibrahim
menimbulkan kontroversi kerana melemparkan fitnah kononnya masjid-masjid di Pulau
Pinang tidak boleh melaungkan azan.
Apakah gara-gara kerana PAS begitu marah dengan DAP yang ‘menyerang
mereka’ selepas robohnya pakatan pembangkang lama - Pakatan Rakyat - dan digantikan dengan Pakatan
Harapan, pemimpin PAS dengan begitu mudah menyerang parti pembangkang lain pimpinan orang Cina idengan begitu mudah?
Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul
Kassim berkata, beliau amat kesal dengan kenyataan berunsurkan fitnah yang
dilemparkan Shaharuddin itu.
Shaharuddin dilaporkan membuat dakwaan itu ketika
menyampaikan tazkirah Ramadan di Masjid Jamek An-Najah, Padang Serai, Kedah
pada 11 Jun 2016.
Berikutan itu pemimpin PAS berkenaan dituntut untuk
memohon maaf secara terbuka dan menarik balik fitnah tersebut.
“Tazkirah Ramadan sepatutnya menjadi wadah penyebaran
ilmu agama, menyingkap kisah-kisah nabi, kelebihan Ramadan dan bukannya
dijadikan pentas politik kepartian dengan menabur fitnah,” katanya dalam satu
sidang media di Komtar seperti dilapor Buletin Mutiara.
Menurut Abdul Malik, lebih dikesalkan adalah tohmahan dan
fitnah yang dilakukan itu ‘dilontarkan’ ketika di dalam masjid dan di bulan
Ramadan yang mulia.
“Justeru, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menuntut supaya
beliau (Shaharuddin) memohon maaf secara terbuka dan menarik balik fitnah
tersebut dalam media massa.
“Beliau (Shaharuddin) juga perlu memohon maaf kepada
Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui kenyataan bertulis dalam tempoh seminggu.
Sekiranya gagal, tindakan undang-undang akan dipertimbangkan,” jelasnya.
Pada 11 Jun lalu, Shaharuddin dipercayai mengeluarkan
kenyataan yang berbunyi seperti berikut:
“Kalau DAP menguasai negara…nuu Pulau Pinang tuan-tuan, bang (azan) dah tak boleh dah, bang (azan) tak boleh dah, tuan-tuan..!”
“Kalau DAP menguasai negara…nuu Pulau Pinang tuan-tuan, bang (azan) dah tak boleh dah, bang (azan) tak boleh dah, tuan-tuan..!”
Mengulas lanjut. Abdul Malik memberitahu, tazkirah
Shaharuddin yang berdurasi sekitar 30 minit itu, jelas menyiarkan ucapannya
pada minit 14:35.
No comments:
Post a Comment