Monday, October 20, 2008

7 MP, 6 ADUN PKR LOMPAT KE BN?

Benarkah apa yang disiarkan oleh http://www.tranungkite.net ini?

Menurut laman ini yang menyiarkan tulisan Tarabilsi_2008 bertajuk “Anwar Ibrahim dan PKR dikuasai bukan Islam?”,mengatakan akan berlaku acara lompat parti - bukannya dari Barisan Nasional (BN) ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang asyik tidak jadi itu hinggakan Anwar Ibrahim dilihat sebagai pembohong.

Tetapi apa yang berlaku ialah lompat dari PKR ke BN. “Yes,dah terbalik coat kata orang Melayu dulu-dulu” kata penulis berkenaan.

Menurutnya: “Dah pun muncul cerita-cerita kononnya beberapa MP dan ADUN PKR sedang mempertimbangkan untuk lompat ke BN.

Mereka ini hampir semuanya adalah pemimpin-pemimpin yang beragam Islam yang sudah tidak boleh terima hakikat bahawa Anwar Ibrahim dan PKR sudah dikuasai oleh golongan bukan Islam. Mereka takut nanti orang Islam di negara ini hilang kuasa politik melalui PKR yang semakin di bawah kuasa dan pengaruh golongan bukan Islam,” katanya.

Beliau mendakwa ada nama-nama MP dan ADUN dari PKR yang nak lompat ke BN itu.
Bagaimanapun, menurut beliau: “Tapi saya nak ikut style Anwar. Saya hanya akan umumkan bilangannya. Bilangannya adal 7 MP dan 6 ADUN yang sedang mempertimbangkan untuk lompat dari PKR ke BN. Tarikhnya..of course bukan 16 September yang dah lepas.”

Katanya, ada tokoh-tokoh yang beragama Islam dalam PKR yang telah awal-awal lagi keluar dari parti kerana telah terasa terpinggir.

Mereka telah betungkus lumus dan mengambil risiko yang tinggi untuk menubuhkan Parti Keadilan, tetapi mereka semakin dipinggirkan apabila Wan Azizah dan Anwar dikelilingi dan dipengaruhi oleh golongan bukan Islam, tegas penulis berkenaan.

Untuk lebih lanjut, baca rencana berikut:

Anwar Ibrahim dan PKR dikuasai bukan Islam?
Oleh Tarabulsi_2008

"
Saya telah menyatakan dalam Bab I yang telah disiarkan oleh Tranungkite bahawa Presiden PAS, TG Abdul Hadi Awang telah beberapakali dan dengan tegasnya mengulangi pendirian PAS, iaitu PAS tidak akan menyertai kerajaan persekutuan yang hendak ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim yang tidak dikuasai oleh orang Islam.

Dan pendirian PAS ini berdasarkan kepada pandangan umum di kalangan orang Islam (bukan sahaja pandangan PAS) bahawa parti yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim, Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan sahaja kelihatan telah dikuasai tetapi sudah sebanrnya dikuasai oleh bukan Islam. Cara yang digunakan oleh bukan Islam untuk menguasai PKR akan dihuraikan di Bab II ini.

Bab II ini akan juga sentuh sebab kenapa beberapa tokoh politik yang mempelupori penubuhan Parti Keadlan (the pioneer group) telah keluar PKR. Akan juga disebut tentang beberapa orang lagi tokoh PKR yang sedang mempertimbangkan untuk lompat dari PKR balik ke pangkuan UMNO-BN.

Sebelum diteruskan, perlu dinyatakan saya berniat baik dalam menyelongkar sedikit sebanyak cerita-cerita di dalam seluar dalam PKR. Tujuan saya agar orang-orang Islam yang merupakan golongan majoriti dalam keanggotaan PKR akan melakukan sesuatu untuk ambil balik initiatif dalam parti dari golongan bukan Islam yang kini mengelilingi Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim mengikut ceritanya kelihatan semakin termakan ampu bodek gologan bukan Islam tersebut. Golongan bukan Islam kononnya berjaya menguasai dan mempengaruhi Anwar Ibrahim yang semakin semacam lembu ditarik hidungnya. (Anwar bagaikan lembu ditarik hidung itu bukanlah bermaksud Anwar itu lembu, hanya meminjam perumpamaan orang-orang tua).

Orang-orang bukan Islam melihat keinginan Anwar Ibrahim yang amat sangat untuk menjadi perdana menteri dengan secepat-cepatnya dan sanggup pula menggunakan cara-cara yang tak beretika sebagai sesuatu keadaan yang boleh mereka eksploitasikan.

Untuk memenuhi hajatnya untuk jadi PM dengan cepatnya, Anwar Ibrahim memilih cara lompat parti dari BN ke PKR. Cara lompat parti ini kaedah yang cepat untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan BN. Tak diambil kira langsung bahawa cara ini tidak beretika dan tidak menghormati dan mengindahkan kemahuan rakyat. Dan dikatakan Anwar Ibrahim gunakan cara membeli MP-MP BN - politik wang.

Dan mengikut ceritannya golongan bukan Islam sanggup menghulur bermillion-million ringgit untuk digunakan oleh Anwar Ibrahim dalam usaha membeli MP-MP BN untuk lompat masuk ke PKR.

Dan pada bermillion ringgit itu bertukar tangan di Hong Kong dan di London, Anwar Ibrahim telah menjadi semakin termakan budi kepada golongan bukan Islam dalam PKR. Malah ada yang kata Anwar dah jadi pak anggok dan pak turut. Entahlah.

Anwar Ibrahim juga diceritakan begitu seronok dan rasa terangkat bila didewa-dewakan oleh golongan bukan Islam dengan diberi sanjungan sebagai 'brilliant leader.. saviour of the nation' dsbnya. Memangnya golongan bukan Islam itu pandai membodek. Dan Anwar dikatakan sudah termakan bodek mereka tersebut. Dalam bahasa Inggeris Anwar 'fell for it hook line and sinker."

Orang-orang Islam dalam PKR tolonglah ingatkan Anwar Ibahim siapa yang telah keluar berdemonstrasi bila beliau dianiayai oleh Tun Dr Mahathir. Yes, hampir 98 peratus yang keluar berdemo, kena hambat dan kena belasah oleh FRU adalah orang-orang Islam.

Memangnya ada segentil orang bukan Islam yang keluar berdemo seperti Tien Chua. Motorcade parade penyokong Anwar yang diadakan dua kali yang melalui Jln Tunku Abdul Rahman dan Kampung Baharu memang hampir kesemuanya dari golongan bukan Islam dengan kereta-kereta mewah mereka.

Tapi 98 peratus yang keluar berdemo setiap kali diadakan demonstrasi untuk membela Anwar Ibrahim itu adalah orang-orang Islam. Dan dari kalangan orang-orang Islam yang keluar berdemo itu ada yang kena denda atas kesalahan perhimpunan haram, ada yang kena buang kerja dan ada yang ditahan kenaikkan pangkat (seperti yang berlaku ke atas diri saya)

Kenapa pulak sekarang ini orang-orang Islam dalam PKR semakin dipinggir dan diketepikan? Tolong jawab wahai saudara seperjuanganku Anwar Ibrahim. Dah hisap madu, sepah dibuang.

Semacam dengan sikap buruk dan perangai keanjingan PKR dan DAP terhadap PAS. Dah dapat kemenangan sedikit sebanyak dalam PRU ke-12 dengan pertolongan orang-orang PAS, DAP dan PKR menyerang dasar perjuangan Islam PAS dengan ujuan hendak singkirkan PAS dari PR. Inikah carnya PKR dan DAP berterima kasih.

Orang-orang bukan Islam yang tidak keluar berdemo dulu kini berduyun-duyun menyertai PKR (atau pun menyuarakan sokongan kepada PKR). Mereka sudah terhidu kemungkinan PKR boleh menerajui kerajaan persekutuan yang baru itu, dan oleh itu mereka mahu menguasai PKR dengan cara mempengaruhi Anwar Ibrahim. Dan nampaknya Anwar Ibrahim sudah pun kena beli. Bila Anwar Ibrahim dah kena beli, maka tidak hairanlah kalau PKR sekarang ini lebih dikuasai oleh golongan bukan Islam dengan orang-orang Islam pula dipinggirkan.

Ramai tokoh-tokoh politik yang beragama Islam yang dulu telah mengasaskan penubuhan Parti Keadilan telah keluar parti - Saari Sunggip dllnya. Ezam cuba bertahan tetapi terpakasa terima hakikat bahawa kepimpinan PKR sudah dibanjiri oleh bukan Islam. Mengikut ceritanya satu dari sebab utama "pioneer group" ini keluar dari PK dan PKR adalah kerana mereka tidak senang dengan keputusan digabungkan Parti Keadilan dengan Parti Rakyat kerana takut gabungan yang diberi nama baru, PKR itu, akan dibanjiri dan dikuasai oleh bukan Islam.

Ada tokoh-tokoh yang beragama Islam dalam PKR yang telah awal-awal lagi keluar dari parti kerana telah terasa terpinggir. Mereka telah betungkus lumus dan mengambil risiko yang tinggi untuk menubuhkan Parti Keadilan, tetapi mereka semakin dipinggirkan apabila Wan Azizah dan Anwar dikelilingi dan dipengaruhi oleh golongan bukan Islam.

Dan sekarang sudah ada cerita kononnya akan berlaku acara lompat parti - bukannya dari BN ke PKR yang asyik tak jadi itu hinggakan Anwar Ibrahim dilihat sebagai pembohong, tetapi lompat dari PKR ke BN. Yes,dah terbalik coat kata orang Melayu dulu-dulu.

Dah pun muncul cerita-cerita kononnya beberapa MP dan ADUN PKR sedang mempertimbangkan untuk lompat ke BN. Mereka ini hampir semuanya adalah pemimpin-pemimpin yang beragam Islam yang sudah tidak boleh terima hakikat bahawa Anwar Ibrahim dan PKR sudah dikuasai oleh golongan bukan Islam. Mereka takut nanti orang Islam di negara ini hilang kuasa politik melalui PKR yang semakin di bawah kuasa dan pengaruh golongan bukan Islam.

Saya ada nama-nama MP dan ADUN dari PKR yang nak lompat ke BN itu. Tapi saya nak ikut style Anwar. Saya hanya akan umumkan bilangannya. Bilangannya adala 7 MP dan 6 ADUN yang sedang mempertimbangkan untuk lompat dari PKR ke BN. Tarikhnya..of course bukan 16 September yang dah lepas.

Sama-sama kta tunggu dan lihat.

Akan bersambungan dengan Bab III jika saya menerima lagi maklumat-maklumat yang agak sahih.

18 Oktober 2008

No comments: