Semalam Reuters memetik seorang pembelot Korea Utara Lee Chol-ho sebagai berkata Han Hun-il, pengasas dan ketua eksekutif
Malaysian Korea Partners (MKP) menyalurkan wang kepada kepimpinan di Pyongyang
sejak lebih dua dekad.
Cawangan bank MKP di Pyongyang turut disiasat Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai larangan syarikat asing atau kerjasama
asing dengan firma Korea Utara memiliki cawangan kewangan di negara itu.
Kerajaan
mengatakan akan menyiasat pendedahan ini
dan apakah ia tinggal kenyataan semata-mata seperti penyerahan sebuah
memorandum kepada Ketua Polis Negara sebelum ini?
Kenyataan ini membawa kepada AMANAH mengulangi desakannya agar kerajaan mengeluarkan
laporan lengkap berhubung dakwaan syarikat menjual senjata dari Korea Utara di
negara ini.
Timbalan
Presidennya Salahuddin Ayub membuat desakan itu selepas tiada sebarang jawapan
dikeluarkan kerajaan dan polis berhubung isu berkenaan walaupun satu memorandum
diserahkan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 15 Mac lalu.
Laporan
sebelum ini juga mendedahkan terdapat individu dan syarikat di negara ini
dikesan menjual senjata dan peralatan ketenteraan di sebuah premis di Bangsar
yang dikatakan pemiliknya seorang ketua Umno bahagian.
“Media
antarabangsa melaporkannya dan memburukkan imej negara, jadi saya bertindak
menghantar memorandum kepada ketua polis negara,” katanya pada sidang media di
ibu pejabat AMANAH hari ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed
menegaskan Malaysia perlu menyiasat dakwaan ketua eksekutif sebuah konglomerat
Malaysia didakwa menyalurkan wang kepada kepimpinan Korea Utara.
Nur Jazlan berkata dakwaan tersebut menjejaskan reputasi Kuala
Lumpur sebagai pusat kewangan.
Pada
15 Mac lalu, AMANAH melalui satu memorandum menggesa Khalid memberi penjelasan
segera berhubung dakwaan terdapat syarikat dan individu yang menjual senjata
dari Korea Utara.
“Saya
bimbang jika tiada tindakan pantas menyebabkan negara kita menjadi seperti
Mexico atau bandar di Amerika Selatan yang penuh dengan jenayah terancang.
Nur Jazlan...polis perlu siasat. |
Beliau
mendakwa ada aktiviti penjualan senjata oleh Global Communications Company
(Golcom) yang kemudiannya menukar identiti kepada International Golden Services
(IGS).
Dalam
memorandum itu, Salahuddin memberi tempoh dua minggu kepada Khalid mengeluarkan
kenyataan rasmi dan memulakan siasatan tetapi sehingga hari ini tidak ada
sebarang maklum balas diterima pihaknya.
Salahuddin
juga mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi membentang
laporan lengkap melibatkan isu ini pada sidang Parlimen akan datang.
Pemimpin AMANAH itu, pada sama menggesa Bank Negara untuk
menyiasat jika terdapat sebarang penyalahgunaan dalam sistem perbankan negara.
"Kita perlu siasat sekiranya antara lain Korea Utara
menggunakan hubungan dengan Malaysia sebagai saluran untuk melakukan kegiatan
haram," katanya.
Bank Negara juga diketakan masih belum memberi maklum balas
kepada Reuters berhubung permintaan untuk mengulas mengenai
perkara itu.
Nur Jazlan berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga perlu
menjalankan siasatan mereka terhadap MKP dan Han untuk menentukan sama ada
jenayah telah dilakukan.
Bulan lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata
pihak berkuasa akan membantu PBB dalam siasatan terhadap MKP.
No comments:
Post a Comment